Pages

Tuesday, April 5, 2011

Berhati-hati di perjalanan

Pada perkiraan aku serangan fitnah tidak akan terhenti setakat kepada DSAI sahaja. Selagi Mamak Kutty dari Kerala masih bernyawa, fitnah-fitnah baru akan dicipta untuk melemahkan musuhnya.

Aku percaya apabila PRU 13 semakin hampir, akan berlaku peristiwa yang menggemparkan melibatkan parti-parti didalam Pakatan Rakyat.

Konspirator tempatan tidaklah terlalu sofistikated kerana sumber mereka agak terhad. Ini dapat dipelajari dari fitnah-fitnah yang berlegar dizaman pemerintahan Mamak Kutty dari Kerala.

Kes Liwat telah diulang tayang dengan pelakun-pelakun yang sama. Dengan bantuan media perdana, mereka telah merasa bahang kejayaan konspirasi ini dengan tertubuh nya satu Suruhanjaya Diraja.

Mereka berjaya mencapai objektif hasil dari fitnah ini. Sasaran jangka pendek para konspirator ini adalah pengundi-pengundi atas pagar di pilihanraya Sarawak.

Aku mengingatkan para pemimpin parti Pakatan Rakyat, satu lagi konspirasi fitnah akan dirancang untuk melumpuhkan keseluruhan Pakatan Rakyat.

Apakah fitnah yang tersohor dizaman pemerintahan Mamak Kutty dari Kerala?

Nantikan.. mungkin akan wujud kem latihan militan Islam yang tergantung bendera PAS dan poster serta cd-cd ceramah pemimpin PAS.. atau pun gudang simpanan berbagai jenis senjata yang diimpot masuk secara haram oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Mungkin militan ini dipercayai sedang merancang untuk meletupkan Istana Negara yang baru? Ataupun mungkin mahu meletupkan pejabat atau mahligai Perdana Menteri?

Atau mungkin militan Islam ini sedang merancang untuk menyerang konvoi Perdana Menteri ketika dalam perjalanan bertemu rakan-rakan Facebooknya?

Mungkinkah akan berlaku pembunuhan yang lebih dashyat dari tragedi rompakan senjata kumpulan Al-Ma'unah? Adakah korang rasa ini mungkin akan berlaku? Kita.. tunggguuuu....


Al-Ma'unah


Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam". Menurut jangkawaktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Baca lagi...

0 comments:

Post a Comment