Siapa dia ni sebenarnya? Watak nya tidak nyata dalam kes DSAI ketika zaman 1998 dahulu. Anak Pulau Pinang ,Sg Rambai Bukit Mertajam ini terlibat sebagai talibarut Umi Hafilda dan juga menjadi tukang edar buku 50 dalil di merata tempat di seluruh Malaysia mendedahkan keburukan DS Anwar Ibrahim kepada kelompok dikampung-kampung.
Anak saudara kepada arwah Sulaiman Palestin dan sepupu kepada DS Anwar Ibrahim. Tak dapat Umi Hafilda dapat Umi Aida. Kini mendapat gelaran Dato sejak beberapa tahun dahulu. Semasa zaman Pak Lah melakukan penerbangan dengan nama Kembara Kailan.Bermula dari kosong dan melilau kini menjadi jutawan.
Jika tak tersilap, beberapa tahun dahulu selepas atau semasa kes Anwar hangat di mahkamah dan media, Khairuddin Abu Hassan juga dituduh di mahkamah kerana membunuh ketua wanita Umno Taman Keramat di Hotel Wenworth. Wanita tersebut telah dijerut dengan tali beg tangannya. Tetapi akhirnya beliau dilepaskan dan dibebaskan kerana tidak dapat dibuktikan di mahkamah sehingga kekecohan berlaku akibat anak lelaki mangsa tidak berpuashati dengan keputusan yang diumumkan oleh hakim.
Entah perniagaan apa yang di lakukan beliau sehingga menjadi kaya raya dan mendapat gelaran Dato .Kini menggunakan kereta jenama Maserrati,Ferrari , Kawan baik Ali Rostam dan pernah menjadi Pengarah kilang motor Comel di Melaka .Beliau juga menjadi pengarah pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.
Khabarnya menghadiahkan rumah dan juga kereta mewah mencecah jutaan ringgit untuk mendapatkan Umi Aida....yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk Khairuddin ni kepada Umie Aida.
Cincin tunang bertatahkan berlian daripada koleksi jenama mewah, Chopard mengikat pelakon jelita, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad dengan putera idamannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, malam tadi.
Anwar Ibrahim menziarahi salah seorang keluarganya, arwah Sulaiman Palestin, veteran UMNO.
Khalid Jafri dan Khairuddin di belakang Umi dan Azwan
Kad ucapan Xmas dari saksi pihak pendakwa kepada Hakim Augustine Paul
Ahli Umno Cawangan Taman Murai
Pengarah Pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.
Pengarah Urusan Prime Utilities Berhad
Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd
Pengerusi Eksekutif World Islamic Network Television Sdn Bhd (WINTV)
Pengerusi Eksekutif Fountain View Development Berhad
Pengerusi Eksekutif Spektrum Majujaya Sdn Bhd
Pengarah Arris Venture Sdn Bhd
“Beri saya sedikit masa untuk berkenal mesra dengan abang. Umpamanya kami bagaikan orang dulu-dulu yang menyemai benih cinta selepas mendirikan rumah tangga,” katan Umi Aida sambil tersenyum.
Oleh :Pena Usang
Thursday, January 20, 2011
Konspirator; Siapa dia?
Labels:
ANWAR IBRAHIM,
BN-Batu Negara,
BodohLah,
ISLAM,
KONSPIRASI,
Mahathir,
Malaysia,
MELAKA,
Orang Melayu,
Pelik,
Pengkhianat,
Rahsia,
UMNO,
Wabak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment