Pages

Tuesday, March 8, 2011

Mahathir dan buku-bukunya

Nak ulas skit pasal pelancaran buku terbaru Dr. Mahathir.

Apa tajuk?..Doktor inda house.memori Dr. Mahathir..

Kalau baca tajuk buku ni dalam Bahasa Melayu, takda la hebat sangat isinya..

Cerita lama yang sama saja tapi ditukar skit tajuknya...Rasanya da banyak kita baca buku pasal doktor ni..tapi buku yang terbaru ni ada lain sikit..

Apa yang lain skit ialah Anwar dan 4 wanita dan waktu pelancarannya..rasa-rasa macam dah dekat sangat pilihanraya ni..Kes liwat II ni dah tak berapa lancar di mahkamah...serangan dari Karpal sungguh dashyat..tak tertahan saksi, pendakwaraya dan hakim..

Doktor datang bawa cerita baru pulak..4 wanita..2 nak dan 2 lagi tak nak..lepas ni korang tungguuu..mesti ada balaci yang buat repot kat Umno cawangan PDRM..Siaplah ko Anwar Ibrahim..

Pada pengamatan aku, Najib tak mampu nak mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen sekiranya tak ada bantuan doktor ni. Doktor pun tampil dengan ubat yang paling mujarab untuk menundukkan pengaruh PR terutama pada golongan muda..Anwar WAJIB dibusukkan sebusuk-busuknya..

Aku tak kisah pun apa rancangan doktor ni dan puak-puak yang sewaktu dengannya..lantaklah korang.

Islam akan terus berjuang dengan perancangan manusia...menang atau kalah..Allah S.W.T sahaja yang menentukannya..dan aku akan terus berjuang menjunjung kalimahnya.



Dr M: Saya terpaksa menulis apa yang benar

Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor
yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah.

mahathir book launch memoirs 080311Ia adalah prinsip hidupnya iaitu apa sahaja yang berlaku, "Kita mesti lawan, menang dan berupaya untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur, petang semalam.

Dr Mahathir berkata berdasarkan pengalamannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau menghadapi banyak cabaran, bukan sahaja dari dalam tetapi juga di luar Malaysia.

Terdapat ahli politik yang menentangnya, pemimpin antarabangsa dan tindakan antarabangsa terhadap negara, katanya dan menambah: "Kita mungkin telah jatuh dan menanggung kesengsaraan tetapi kita bertekad apa sahaja yang berlaku kita mesti lawan, menang dan harus bangkit semula."

NONEApabila ditanya sama ada ia adalah prinsip yang sama beliau gunakan semasa Asia menghadapi krisis kewangan pada 1990, Mahathir berkata ia adalah sukar apabila semua orang menasihati beliau untuk memohon dana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), tetapi beliau berpegang teguh pada prinsipnya.

Mengulas mengenai buku memoir beliau setebal 800 muka surat, yang dikarangnya sejak 8 tahun yang lalu selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat, Dr Mahathir berkata ia adalah mengenai kisah hidupnya selama 80 tahun.

"Ada yang boleh dijadikan panduan, (dan) ada yang perlu dielakkan oleh semua orang.

"Saya mengambil masa lapan tahun untuk menulis buku ini, saya mahu orang ramai membaca buku ini dan berharap orang ramai akan membacanya."

NONEDitanya adakah beliau bersedia terhadap kemungkinan tindakan saman diambil terhadap tulisannya itu, Dr Mahathir berkata: "Semasa saya menulis, saya cuba mengelak daripada menyakitkan hati orang namun demikian saya terpaksa menulis apa yang benar."

"Saya berpendapat akan ada orang rasa tidak senang hati dengan penulisan saya dalam buku ini....Jadi saya terimalah...nak saman, samanlah," katanya.

Katanya beliau tidak dapat melakukan apa-apa sekiranya ada pihak menjadi musuhnya hasil daripada tulisannya itu kerana bagi sesetengah orang buku ini akan menjadi pengajaran, mungkin ada yang berpendapat buku ini tidak berguna, terpulanglah kepada orang ramai untuk menilainya.

NONE"Saya telah mencuba yang terbaik walaupun saya tidak boleh menjadi hakim untuk menilai buku saya sendiri, terpulanglah kepada orang ramai pada hari ini dan masa depan untuk menghakimi buku ini," katanya.

Buku biografi itu turut memuatkan kisah ibu bapa dan masa kecilnya, pengajian beliau di universiti, percintaan beliau dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, juga meliputi topik yang luas termasuk Ops Lalang, badan kehakiman dan hubungan beliau dengan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment