Pages

Monday, July 25, 2011

Komunis; Rais Yatim tertinggal kapal..

25 Julai 2011. Siapa yang teringin nak hidup bawah sistem pemerintahan komunis lagi di masa ni? China dan Rusia pun sudah mula melonggarkan minda dari kerasukan ideologi marxist. Jadi apa dan siapa yang dimaksudkan oleh Rais Yatim ancaman golongan sesat haram komunis sedang melanda di Malaysia ni?


Aku tak pasti siapakah sasaran tuduhan Rais Yatim tu? Adakah tuduhan itu ditujukan kepada PSM dan Blog Kini & Silam juga??..Pada pandangan aku, blog matamin ni menceritakan sejarah perjuangan yang lalu dari kacamata satu pihak yang pernah menentang kerajaan ini dengan mengangkat senjata.


Aku tidak berminat dengan ideologi komunis tetapi aku berminat terhadap sejarah negara ni. Pergerakan dan pemerintahan Parti komunis adalah sebahagian dari sejarah yang tercatat. Adalah menjadi satu kewajipan kepada ku untuk mencari penyebab mengapa orang melayu sanggup berbunuhan sesama sendiri atas dasar cintakan negara.


Rashid Maiden dan Mat Indera adalah contoh ahli pergerakan parti komunis yang beragama Islam yang telah bertempur dengan askar-askar Melayu.


Adakah perjuangan mereka ketika itu adalah untuk meletakkan sistem komunis sebagai sistem pemerintahahn di negara ini? Atau mereka bertempur senjata semata-mata kerana ingin menghalau British keluar dari negara ini? Dan sokongan dari parti komunis China hanya sebagai SATU peluang atau pilihan yang ada ketika itu untuk membebaskan negara tercinta.


Dengan kemudahan teknologi yang ada, adalah lebih baik bagi matamin dan rakan-rakannya mengambil kesempatan menceritakan sejarah yang dilalui mereka ketika berjuang kepada generasi kini supaya sejarah yang lebih adil dapat ditulis. Sudah terlalu lama umPORNo dan British menipu tentang sejarah bangsa melayu.


Untuk mengetahui sejarah negara sendiri pun haram ke RAIS YATIM??..Hanya perlu tahu sejarah umPORNo mengambil merdeka dari Queen..itu saja sejarah Malaysia???..bodoh nyer mintiri..


Jadi tidaklah nanti bila pergi kursus di BTN, kita mudah jerr di brainwash supaya percaya orang cina akan menjajah malaysia.


Diantara skrip perkauman yang paling popular ialah...
"..orang Cina adalah musuh kita..13 Mei di mulakan oleh parti DAP (?)..lihat apa berlaku di Singapura dan Pulau Pinang..abis la melayu...Anwar Ibrahim agen Israel, Tuan Guru Nik Aziz agen APCO."..errr..APCO? itu kawan baik orang-orang besar di Bukit Aman...



Jata negara bekas negara komunis Jerman Timur..tukul dan jangka sudut???..pasti ada kaitan dengan pengaruh Freemason..



Harap sangat tak ramai orang yang sengal otaknya macam Rais Yatim ni...


Rais: Golongan sesat mahu wujudkan komunisme


Golongan yang tertarik terhadap fahaman komunisme dan mahu mewujudkan kembali fahaman itu di negara ini adalah golongan yang sesat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.


rais yatimJusteru, beliau berkata masyarakat tidak harus melayan atau terpengaruh dengan golongan tersebut yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak memahami sejarah negara.



"Gerakan menentang komunisme mesti menyeluruh di Malaysia ini sebab ia telah diputuskan oleh sistem perundangan dan sistem demokrasi iaitu pelaksanaan atau pewujudan Parti Komunis Malaya adalah haram.



"Sebab itu, apa-apa ajaran dan amalan yang dikemukakan oleh mereka perlu dianggap haram dan tidak boleh diamalkan di negara kita," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) kali ke-35, di Kuala Lumpur hari ini.



Sehubungan itu, beliau berkata amat perlu bagi semua pihak, termasuk bekas anggota pasukan polis, memainkan peranan dalam menerangkan kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar tentang agenda golongan tersebut.



Rais berkata kementeriannya juga bercadang menggunakan khidmat bekas anggota polis yang mempunyai pengalaman luas dan hubungan baik dengan masyarakat untuk menerangkan kepada masyarakat tentang perkara itu.



NONESementara itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap portal berita The Malaysian Insider berikutan penyiaran gambar berkaitan perhimpunan 9 Julai lalu.



Katanya pihaknya kini menunggu hasil siasatan terutama soal kesahihan gambar-gambar tersebut.



"Kami di kementerian sangat objektif melihat dari sudut undang-undang dan tidak mahu melampaui kuasa-kuasa tertentu. Oleh itu penguatkuasa (akan) mencari jalan yang betul-betul neutral (menyiasat perkara itu) dan diredhai oleh undang-undang negara," katanya.



Terdahulu dalam ucapannya, Rais menggesa semua pihak, terutama ibu bapa, agar dapat memastikan anak-anak mereka mendalami ilmu dan kemahiran penggunaan teknologi serta media baru yang kini penggunaannya semakin meluas.



Katanya ini bagi memastikan masyarakat negara ini tidak ketinggalan dan tidak mudah diperdaya oleh agenda jahat masyarakat Barat yang boleh memporak-porandakan tamadun dan budaya masyarakat Timur.



"Jangan tamadun kita ditukar oleh orang lain, yang elok-elok budaya kita sudah tidak ada lagi. Orang boleh memfitnah kita, boleh memperbodoh kita, jadi penting untuk kita mengetahui penggunaannya," katanya.



Pada majlis itu, Rais turut menyerahkan 20 netbook 1Malaysia kepada anak-anak bekas anggota polis dan cek bernilai RM40,000 daripada kementerian untuk persatuan tersebut.



- Bernama

0 comments:

Post a Comment