Pages

Tuesday, August 21, 2012

Rahsia Kerajaan Melayu...PENTING!

Permata Yang Hilang (Bahagian 1) Alam sebelah sini (Timur Jauh) dahulunya dikenali sebagai Nusantara. Bumi bertuah yang kita pijak pada hari ini pula dahulunya dikenali sebagai Aurea Chersonesus atau Semenanjung Emas. Itu adalah sebuah nama kuno yang semakin dilupai pada zaman Internet kini. Ianya telah diberikan oleh orang-orang Greek (masihkah ingat pada Socrates, Plato dll?) yang berdagang sehingga ke bahagian timur jauh.

Dalam bahasa Greek, “chersonesus” bermakna semenanjung; manakala “aurea” pula emas. Semenanjung Emas bukanlah nama sebuah kerajaan yang berdaulat. Ia hanyalah istilah atau nama rujukan tempat (sama seperti istilah Semenanjung Tanah Melayu, Benua Amerika, Tanah Arab, atau Tanah Jawa). Peta dibawah adalah antara peta terakhir yang masih menggunakan nama kuno tersebut untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Peta itu dikeluarkan pada 1765.


Bumi ini telah melalui pelbagai zaman keagungan dan kegelapan. Yang pasti, anak watan terus menabur bakti mentadbir dan mengurusnya dengan begitu baik sehingga kemakmurannya menggamit pedagang dari serata ceruk dan rantau dunia. Maka, gah dan tersohorlah beberapa kerajaan dibumi ini terutamanya Kerajaan Melayu Melaka.

Keagungan pasti mengundang kecelakaan andainya kita tidak sentiasa beringat bahawa itu tidak lain hanyalah ujian Allah SWT terhadap hambaNya. Kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali dalam hal ini. Ujian yang amat besar diturunkan oleh Allah terhadap hambaNya dalam bentuk kegawatan politik dalaman dan serangan anasir luaran sehingga runtuhnya Kota Melaka.

Keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka yang gemilang adalah bertitik tolak dari beberapa asbab dalaman dan juga luaran. Kelemahan pentadbiran (antara lainnya, ahli politik bercakaran sesama sendiri, fitnah-menfitnah dah berhasad-dengki menjadi perkara biasa) dan pengurusan (mengambil askar upahan untuk mempertahankan Melaka) serta kekejaman Sultan yang memerintah dikatakan asbab dalaman yang paling utama kepada kejatuhan empayar.

Asbab luaran yang utama pula ialah serangan hebat penjajah Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, Sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang, seterusnya ke Kepulauan Bintan dan menubuhkan Kerajaan Johor Lama (disebut juga Johor-Riau dan Johor-Riau-Lingga). Kerajaan baru yang ditubuhkan di selatan Tanah Melayu itu juga tidak terkecuali dari kempen penjajahan oleh Portugis, sehingga memaksa Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Sumatera dan meninggal dunia disana pada tahun 1528.

Al-sultan yang mangkat telah meninggalkan dua orang waris untuk meneruskan perjuangannya. Sultan Alauddin Riayat Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah yang pertama telah mewarisi daulat Kerajaan Melayu Melaka dan menubuhkan Kesultanan Melayu Johor. Pun begitu, keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh ayandanya tidak berakhir begitu sahaja. Sultan Alauddin juga mengalami keadaan yang sama. Serangan bertalu-talu oleh musuh luar iaitu Portugis dan diikuti oleh Belanda menyebabkan waris kerajaan Melayu yang seterusnya tidak dapat bertahan.

Manakala anakanda Sultan Mahmud Shah yang kedua, iaitu Muzaffar Shah telah meneruskan daulat Kerajaan Melayu Melaka dengan berkerajaan di sebuah negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu Perak. Kesultanan Melayu Perak juga tidak terkecuali dari campur tangan penjajah luar dari semasa ke semasa terutamanya oleh Belanda dan Inggeris.

Kuasa penjajah Belanda dan Inggeris juga sering bertempur sesama mereka untuk menguasai Semenanjung Emas yang melimpah ruah dengan pelbagai hasil ini. Akhirnya, pada bulan Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah dimeterai diantara beberapa pihak yang berkuasa untuk membahagikan alam Nusantara kepada dua. Satu bahagian yang mengandungi Semenanjung Emas dan jajahan takluknya dikuasai Inggeris; manakala sebahagian yang lain (Indonesia sekarang) dikuasai oleh Belanda . Perjanjian Pangkor 1874 menandakan bermulanya proses campurtangan pihak Inggeris dalam hal-ehwal Tanah Melayu.

Penjajahan Inggeris telah berakhir pada tahun 1957, iaitu setelah lebih 83 tahun menjarah hasil bumi ini semahunya. Jika diambil kira dari tarikh kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511, bumi ini telah dijajah dan dirompak dengan rakus selama 446 tahun!

Pengkisahan di atas adalah kefahaman umum terhadap sejarah bumi bertuah ini. Rujuklah mana-mana buku sejarah (yang semestinya menjadi alat propaganda dan indoktrinasi paling berkesan) baik diperingkat sekolah rendah, menengah atau universiti. Kisahnya tidak lari dari kefahaman sejarah yang tercatat di atas.

Tapi, AWAS tuan-tuan. Sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa. Inggeris telah melakarkan dan menentukan apa yang kita perlu tahu mengenai sejarah kita. Kefahaman sejarah diberikan sekadar cukup untuk menjadikan kita mengetahui serba sedikit latar belakang bangsa kita dan tidak bangun berjuang menentang penguasaan mereka terhadap bumi bertuah ini. Bukan semua mahu didedahkan oleh bangsa penjajah keparat ini.

Persoalannya, jika benar Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511, dimana waris kedaulatannya hanya mampu menubuhkan kerajaan Melayu yang kecil seperti Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Perak, mengapa peta dibawah ini, yang bertarikh 1747, masih lagi mencatatkan nama K. of Malacca diatas seluruh Semenanjung Tanah Melayu?


Huruf “K” pada nama tersebut bermaksud Kingdom of Malacca atau dalam terjemahan mudah Negara Beraja Melaka! Adakah ini satu kesilapan yang tidak disengajakan? Adakah pelukis peta tersebut tidak maklum bahawa Kerajaan Melayu Melaka telah tumbang pada 1511 seperti yang dikisahkan kembali oleh Inggeris kepada kita? Adakah setelah 236 tahun tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka (1747-1511=236 tahun), pelukis peta tersebut masih lagi tidak tahu bahawa Kingdom of Malacca telah lenyap dari atas muka bumi? Memang buta sejarahlah kalau begitu halnya. Pelukis peta tersebut hanya pedulikan Ilmu Alam sahaja. Makan dan minum geografi, tidur dan jaga pun geografi jugak.

Tuan-tuan, peta diatas telah diterbitkan pada tahun 1747 di London, iaitu 127 tahun sebelum termeterainya Perjanjian Pangkor. Pada penjuru kiri bahagian bawah peta tersebut terdapat tajuk berikut:

A new & accurate map of Asia. Drawn from actual surveys, and otherwise collected from journals; assisted by the most approved modern maps & charts. The whole being regulated by astronl. observations. By Eman. Bowen.

Sumber asal peta ini boleh diperolehi di sini. Peta ini adalah terhad dan dilukis pada tahun 1747 sebagai rujukan utama kepada William Innys dan lain-lain (entah siapa William Innys – perlu kajian mendalam mengenai pemilik asal peta ini). Menariknya, tajuk peta tersebut mengatakan ia adalah yang terkini (pada tahun 1747) dan paling tepat, dilukis dari data “survey” sebenar.

Hakikatnya tuan-tuan, kita telah ditipu terang-terangan oleh penjajah Inggeris! Kerajaan Melaka masih wujud dalam tahun 1747 seperti mana dibuktikan melalui nama K. of Malacca dalam peta tersebut. Hal ini cuba disembunyikan oleh mereka.

Jika Kerajaan Melaka masih wujud pada 1747 siapa pula rajanya pada ketika itu? Apa gelarannya? Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong jugakah? Dimanakah pula pusat pemerintahannya? Apakah bertempat disatu daerah yang sekarang ini dikenali sebagai negeri Melaka? Hal letak duduk Kerajaan Melaka ini ditutup dengan rapat sehingga umat Melayu tenggelam punca sejarah bangsanya sendiri.

Apa pula hubungan Kerajaan Melaka ini dengan Empayar Othmaniyah yang berkerajaan selama 623 tahun di Turki iaitu dari 1299 sehingga 1922? Pasti ada pertalian tertentu kerana umum mengetahui Empayar Othmaniyah adalah payung kepada semua kerajaan Islam di seluruh dunia. Hal ini juga cuba ditutup sepenuhnya oleh Inggeris. Ini adalah rahsia besar – TOP SECRET! Umat Melayu tidak boleh mengetahuinya sama sekali sampai bila-bila!



Tahun 1747- "Malacca Kingdom"

Tahun 1799-"Malacca"..State

Tahun 1806-"Malaya"

Screen-shot dari Luna Image Collection

Sumber: Think-Tank

Friday, August 3, 2012

Kembalikan hak P. Ramlee tanpa korbankan maruah diri

Oleh: Mazir Ibrahim

29 JUN 2011– Nama P.Ramlee lebih gah dari semua Perdana Menteri Malaysia. Apa-apa isu tentang P.Ramlee masih belum reda dalam nostalgia indah penghayat seni kita.

Yang terbaru adalah berkenaan tuntutan royalti karya P.Ramlee daripada Shaw Brothers sebagai pemilik filem-filem Seniman Agung itu.

Gedebak-gedebuk cerita tentang tuntutan hak intelek, kontrak dan perjanjian termasuk kisah tentang anggaran wang yang begitu besar jumlahnya, semua ini akhirnya akan menemui satu titik buta iaitu – kerajaan.

Jelasnya, P.Ramlee sepanjang hayatnya bukan sekadar bijak menggarap seni budaya bangsa kita dalam karyanya, tetapi selepas meninggalkan kita buat selama-lamanya, Seniman Agung ini juga berjaya membongkar satu krisis yang menjadi puncan kepada semua masalah ‘gedebak-gedebuk’ itu.

Puncanya adalah satu fenomena yang kini kita kenali sebagai sifat ‘kebergantungan’ kepada kerajaan. Kontra kepada sifat ini adalah bebas atau ‘independent’.

Budaya kebergantungan ini disemai sejak sekian lama. Lama-kelamaan budaya ini terbentuk menjadi satu jalur pemikiran – mentaliti.

Senario semasa

Dalam isu royalti P.Ramlee ini, golongan yang merasa sayang, prihatin dan bertanggungjawab mengenainya sebenarnya tidak perlu lagi mengharapkan pihak kerajaan untuk bertindak dan membantu golongan karyawan.

Memang pedih pada mulanya untuk menjadi “bebas kerana andaian selama ini adalah “tanpa kerajaan, mana nak dapat duit atau peruntukan”. Tetapi karyawan perlu ingat, peruntukan atau bantuan kerajaan tidak diberi percuma kerana “harga” yang perlu dibayar ialah kebebasan berekspresi itu sendiri.

Jika kita boleh senaraikan isu-isu yang timbul tentang Seniman Agung yang selama ini pernah dibangkitkan, pasti di kala penutup isunya akan berkumandanglah ayat klise seperti – “kerajaan patut buat itu, kerajaan perlu laksanakan ini, kerajaan wajar memperuntukkan itu, pihak berwajib mesti bertanggungjawab tentang hal ini dan seumpanya”.

Orang-orang yang prihatin ini termasuk golongan karyawan terus menyalak kepada kerajaan dengan pelbagai permintaan dan harapan sedangkan kita degil dan tidak mahu belajar dari sejarah.

Adakah kita faham bahawa dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang ada pada hari ini han
ya akan bertindak jika ada kepentingan politik di pihak mereka?

Adakah peminat P.Ramlee sudah lupa bagaimana Seniman Agung ini dilayan ketika di Studio Merdeka, Ulu Klang? P.Ramlee diperlakukan seperti hamba tebusan oleh industri dan penguasa politik.

Selepas P.Ramlee tiada, baru lah terkejar-kejar segala macam benda hendak dinamakan sempena namanya, gelaran sudah tak terkira. Seolah-olah mahu menebus dosa mereka terhadap Seniman Agung kita.

Sampai kita lupa P. Ramlee meninggal dunia dengan hati yang kempunan mahu menerbitkan filem berwarna sendiri tetapi dipinggirkan oleh penguasa politik dan kroni mereka dalam industri filem.

Hal yang sebegini pun kita masih tidak kenal wajah sebenar kerajaan yang kita harap-harapkan itu. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘mentaliti kebergantungan’ yang dididik sejak sekian lama oleh UMNO.

Kebanyakan kalangan kita belum ada budaya independen.

Cadangan penyelesaian I

Budaya kebergantungan ini harus diubah dengan budaya independen. Mungkin kita boleh menafsir konsep indipenden ini secara yang lebih mudah untuk difahami sebagai budaya berdikari.

Dalam konteks P.Ramlee sebagai lagenda yang hebat, beliau adalah khazanah negara, diiktiraf bukan sahaja di Malaysia, malah popular di Asia Tenggara. Ini boleh dilihat sebagai ‘selling point’ yang boleh dimanfaatkan untuk menggerakkan usaha ke arah penyelesaian terhadap isu royalti tersebut.

Pengiktirafan itu, jika diurus dengan betul, boleh menarik minat, simpati, sokongan atau bantuan dari sektor swasta, korporat dan syarikat multinasional, sama ada milik Melayu atau Malaysia, atau pun syarikat usahasama.

Barangkali bantuan itu dalam bentuk membiayai kos tuntutan tersebut, atau membantu khidmat guaman atau apa jua bentuk bantuan untuk kempen secara besar-besaran demi membantu dan menarik sokongan ramai dalam menyelesai dan mengubah keadaan tersebut.

Cadangan penyelesaian II

Ada kumpulan-kumpulan tertentu di negara ini yang sering melalak memperjuangkan bangsa Melayu. Mengapa tidak digerakkan usaha atas nama Seniman Agung ini demi mengembalikan khazanah negara kepangkuan pertiwi. Kata nak mengangkat martabat budaya bangsa.

Bukankah P.Ramlee telah diangkat sebagai simbol kebudayaan bangsa, simbol pencapaian seniman Melayu yang hebat?

Dalam situasi ini, di manakah kelompok Melayu seperti Perkasa, Pemuda UMNO dan sebagainya yang berdegar-degar hendak memperjuangkan nasib bangsa? Apakah P.Ramlee bukan orang Melayu? Karyanya bukan karya Melayu? Apa yang P.Ramlee wariskan itu bukan untuk tamadun bangsa Malaysia?

Jika usaha ini digerakkan dengan betul, bukan P.Ramlee seorang sahaja yang akan mendapat manfaat, sebaliknya semua karyawan dan industri juga akan menerima impak, sedikit demi sedikit ruang kebebasan dan budaya indipenden (berdikari) ini akan wujud.

Jika cara dan pendekatan ini menguntungkan kepada semua pihak, mengapa tidak? Daripada menggunakan nama Melayu untuk menakutkan orang lain, bukankah lebih baik digarap semua tenaga untuk mengembalikan khazanah Seniman Agung kembali ke ibu pertiwi?

Kesan yang lebih jauh dari itu ialah golongan seni tidak lagi perlu bergantung dalam semua perkara pada setiap masa dengan kerajaan. Dan kerajaan tidak perlu “membeli” seni dan seniman dengan harga yang paling murah seperti apa yang P.Ramlee terpaksa terima. Yang sudah itu sudah lah.

Peranan kerajaan sekadar menjaga hak-hak asas karyawan. Peruntukan untuk seni perlu diberikan kepada karyawan tanpa syarat. Peruntukan itu pun duit cukai rakyat. Yang penting kebebasan berekspresi dapat membuahkan kreativiti warga Malaysia.

Selebihnya, biar industri dan karyawan sendiri yang menentukan masa depan mereka. Inilah yang P.Ramlee lalui, dan kita belajar darinya. – Roketkini.com

Friday, May 25, 2012

Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin memprovoke.
Provoke mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun.

Tokoh-tokoh PKMM & API
Duduk dari kiri: Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad, Mahmud Abdul Samad,  Ayus Nurdin
Berdiri dari kiri: Abdullah Ayub, Khalid Wazir, Rahman Rahim, Baharuddin Latif, Dom Madzi Ibrahim

Dari Merdeka ke Hidup Melayu

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.
Mokhtaruddin Lasso

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. 

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan.

Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya pada 14 Mac 1948, telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Sebagai sebuah parti lslam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan sebuah negara lslam atau Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari menyokong parti Hizbul Muslimin. 

UMNO dengan slogan "Hidup Melayu" juga telah menghilangkan sejarah perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang begitu lantang menentang British dengan slogan "MERDEKA"

Teori konspirasi mengatakan bahawa cubaan British menubuhkan Malayan Union hanyalah sebagai helah  untuk melepaskan Tanah Melayu setelah habis sejarah dan hasil bumi Tanah Melayu dijarah. Begitu juga perang Jepun di Tanah Melayu hanya sekadar helah untuk melupakan perjuangan para pahlawan Melayu seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman menentang British.

Untuk generasi hari ini, hanya beberapa peristiwa terpilih yg didedahkan sebagai sejarah.. Perang Jepun 1945, Merdeka 1957 dan  Tragedi 13 Mei 1969.

Bagaimana dengan Februari 1988? Adakah orang Melayu hanya memakai cawat pada tahun 1300?

Dream Traitor; Komunis & Pemerintahan Gangsterism


Pada zaman ini kita dapat melihat corak pemerintahan “gangsterism” semakin berleluasa dengan begitu pesat, daripada pucuk pimpinan tertinggi sehinggalah kepada kehidupan masyarakat majmuk. Kehidupan masyarakat tidak sunyi dengan pangkat-pangkat seperti “Ayahanda“, “Abang Long” dan telah muncul seperti cendawan.

Dahulunya “Ayahanda” bermaksud “Tok Guru” atau “Tuan Guru” dan dipegang oleh mereka yang berpegangan agama kuat, tetapi kini jawatan dicemarkan dengan “Ayahanda” yang berkaraoke dan melakukan kemaksiatan. Mereka mendapat sokongan ramai dan kemudiannya memasuki parti politik dan sehingga berjaya memegang jawatan menteri-menteri tertinggi di dalam pemerintahan negara. Sebahagian lain menguasai bidang perniagaan dan memegang penghormatan “Dato“, “Tan Sri” dan sebagainya.


Namun seperkara yang ramai masih tidak sedar, pucuk bermulanya tercemar dan penguasaan gangsterism ini adalah berakar umbi daripada pelan perancangaan dan agenda komunis. Corak pemerintahan “gangsterism” ini adalah bukti kukuh komunis tidak tamat pada zaman dahulu dan kini berjaya 100% menyerap dalam pemerintahan, jawatan penting serta jawatan “nombor satu” negara. Dasar-dasar komunis telah mula mencorakkan cara pemerintahan negara dengan begitu pesat.

Bukti-bukti lain turut ditemui melalui simbol kumpulan yang mana berhubung rapat dengan simbol-simbol komunis. Selainnya ialah kebangkitan isu-isu komunis dan kepercayaan pemimpin tertinggi negara komunis masih wujud. Namun berbeza dengan strategi sebenar dan fahaman masyarakat kebiasaan , startegi sebenar dan kebiasaannya pihak yang mengeluarkan tuduhan lebih berkemungkinan terlibat kerana mereka faham benar bentuk aktiviti dan corak pemerintahan komunis. Tuduhan itu sebenarnya menunjukkan mereka faham agenda komunis dan ditujukan bagi membela/menutupi diri.

Kini cuba fikirkan kembali bagaimanakah semua ini bermula? Ianya bermula melalui melalui saluran ekonomi dan perniagaan. Pada mulanya ianya berbentuk sokongan ahli perniagaan berbangsa Cina dan lainnya kepada golongan politik. Akhirnya ia berkembang pesat kepada penguasaan pimpinan negara. Pada hari ini? Corak pemerintahan ini telah berkembang jauh sehingga kita dapat menyaksikan sendiri corak pemerintahan China dan kekejaman di Tibet diamalkan dalam negara kita. Kita dapat menyaksikan rasuah dan pemerasan berleluasa dengan begitu tinggi. Kita dapat menyaksikan semua bangsa kini terperangkap dengan kezaliman dan penindasan, dan pemimpin utama dengan isu meletupkan wanita Mongolia serta bagaimana adik iparnya terpaksa meninggalkan Malaysia kerana diserang gangster.

Kini, kenapa komunis? Kenapa bukan secara langsung Freemason? Ini kerana kita adalah negara Asia dan kita perlu melihat dan mengkaji kembali hubungan Freemason dan Komunis. Kita perlu mengkaji kembali kenapa ekonomi negara China dapat berkembang pesat dalam masa yang singkat. Apakah kemunasabahan negara China dapat tampil ke hadapan dalam masa yang singkat? Kita perlu turut mengkaji kembali kenapa Singapura boleh berkembang di dalam ekonomi tanpa mempunyai sumber-sumber asli. Jika saudara fikirkan kembali, pasti saudara dapat menemui jalan munasabah kepada semua yang terjadi pada hari ini; The Lee Bloodline; Chinese Secret Societies; Indian Secret Societies; Other Secret Societies

Sumber:http://muslimvillage.wordpress.com

Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. …saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) 

"Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"




Saudi; Pengkhianat Impian

Jambatan ke Africa
Mengapa para pegawai Arab Saudi berdiam diri di saat tentera Israel melakukan kebiadabannya dalam perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel iaitu masalah projek jambatan dari pulau Tiran?

Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyatakan adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir. Negara-negara Arab hingga kini tetap berdiam diri ketika menjalankan propaganda strategi asing berkaitan kunjungan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke pulau Abu Musa, Iran, Teluk Parsi.

Keterangannya jelas, sebab para pemimpin Arab tetap berdiam diri dan mengunci mulutnya mengenai pendudukan Israel atas kepulauan Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi. Sementara itu berkaitan tiga pulau milik Iran, enam negara Teluk Arab akan bermesyuarat di ibu kota Saudi, Riyadh,bagi membahas pemilikan ketiga-tiga pulau yang dituntut oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Gulf News Jumaat, 13/04/12 lalu.

Para menteri luar negeri dari anggota Dewan Kerja sama Teluk (GCC), iaitu Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE dan Oman, telah bersidang pada Rabu 18/04/12 semalam untuk persidangan kecemasan bagi menentukan strategi bersama berkaitan dengan Iran. Menurut laporan itu, Setiausaha Agung GCC Abdul Latif Al Zayani mengecam perjalanan Ahmadinejad itu sebagai "kesalahan yang jelas atas kedaulatan UAE" dan "tidak selaras dengan undang-undang GCC bagi menjaga hubungan baik dengan Iran."

Wikipedia
Hebatnya mereka. Soal kepulauan milik Iran, mereka bersatu menempatkan Iran, namun kenyataannya Arab Saudi dan para pemimpin Arab , tidak pernah mempertikaikan dua pulau; Tiran dan Sanafir yang sehingga kini tetap diduduki oleh Rejim Zionis Israel. Sejarahnya, pasukan Israel telah menduduki kedua-dua pulau tersebut sejak tahun 1967 tetapi raja Saudi tidak pernah mempersoalkan atau bersuara merebut kembali kedua wilayah yang diduduki oleh Israel tersebut.

Dua pulau tersebut awalnya disewakan oleh Saudi Arabia kepada Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser, untuk keperluan rawatan dalam Perang Enam Hari tahun 1967 dengan pasukan Israel. Namun, pulau-pulau tersebut dijajah oleh tentera Tel Aviv sejak Mesir mengalami kekalahan. Peliknya, Emiriah Arab Bersatu tanpa mempunyai bukti yang kuat dan mendakwa tiga pulau Abu Musa, Tunb Kecil dan Tunb Besar sebagai miliknya.

Bahkan Emiriah Arab Bersatu mengambil kesempatan ke atas isu Arab dan propaganda antarabangsa untuk mengambil ketiga-tiga pulau ini. Desakan Pulau Tiran dan Sanafir Pelabuhan Elat yang terletak di Teluk Aqabah sangat strategik bagi Rejim Zionis Israel, kerana sebahagian besar aktiviti eksport dan import rejim Zionis dilakukakan melalui pelabuhan ini. Pelabuhan Elat menjadi penghubung antara Israel dengan pantai timur dan selatan Afrika serta negara-negara selatan dan barat daya Asia.

Pelabuhan ini dihubungkan dengan pelabuhan Asqalan pantai timur Laut Mediterranean melalui jalur paip minyak dan pusat darat. Dengan memiliki pelabuhan ini, Israel sudah tidak lagi memerlukan Terusan Suez, dan kenyataannya menunjukkan betapa strategiknya pelabuhan Elat bagi rejim penjajah ini. Namun apakah satu-satunya jalur hubungan Israel dengan laut melalui Selat Tiran?

Selat Tiran adalah pulau yang menghubungkan Teluk Aqabah dengan Laut Merah. Selat Aqabah adalah pulau Tiran dan Sanafir. Bekas Duta Besar Rejim Zionis Israel di Amerika Ishaq Rabin pernah mengatakan, "Pulau Tiran dan Sanafir sangat strategik. Pertikaian tiga orang bersenjata saja mampu menutup selat ini. " Sebegitu strategiknya selat ini hingga ramai pemerhati menilai salah satu pencetus perang Arab-Israel pada tahun 1967 adalah sikap Mesir menutup selat ini bagi tentera laut Israel.

Kronologi Sejarah Desakan Pulau Tiran dan Sanafir Pada tahun 1949 Mesir menutup Terusan Suez untuk kapal-kapal Rejim Zionis Israel. Sikap Mesir ini secara automatik mengangkat kedudukan Pelabuhan Elat menjadi sangat strategik bagi Israel. Kerana dengan penutupan Terusan Suez tanpa memiliki pelabuhan tersebut,bererti kapal-kapal dagang rejim Israel setelah melakukan transaksi untuk kembali ke asalnya, harus merentasi Afrika Selatan terlebih dahulu.

Pada tarikh 13 September 1955, Mesir mengeluarkan peraturan bagi kapal-kapal yang ingin melalui Teluk Aqabah harus mendapat izin negaranya. Sebaliknya, Israel melihat halangan dalam usahanya untuk merentasi laut atau tidak. Saat Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir memajukan Terusan Suez, negara-negara Perancis, Britain dan Rejim Zionis Israel menyerang Mesir. Hasil dari peperangan ini adalah tercetusnya keinginan Rejim Zionis Israel dengan pembukaan kembali Selat Tiran dan menempatkan pasukan antarabangsa di Teluk Aqabah dan Gurun Sina. Pulau Sanafir untuk pertama kalinya diduduki Rejim Zionis Israel ketika peperangan tahun 1956 selama 10 bulan.

Sebelum perang tahun 1967 Mesir menyewa pulau ini dari Arab Saudi dengan tujuan menutup Selat Tiran untuk kapal Israel. Namun setelah peperangan, pulau ini menjadi jajahan Israel. Sebelum terjadi perang, Mesir menuntut penarikan pasukan perdamaian PBB dari garis gencatan senjata dengan Israel. Pasukan perdamaian PBB pada tarikh 23 Mei 1967 menarik pasukannya dari sana. Mesir tetap menutup Selat Tiran bagi pasukan kapal Rejim Zionis Israel.

Pendudukan haram Pelabuhan Elat di kawasan Umm Al-Rashrash oleh Rejim Zionis Israel setelah gencatan senjata tahun 1949, keluasan Teluk Aqabah lebih banyak dimiliki oleh Mesir dan keyakinan negara ini bahawa Selat Tiran bukan kawasan Israel serta tidak menjadi alasan Mesir untuk menutup selat ini. Langkah yang dilakukan Mesir menunjukkan negara ini telah siap untuk melakukan perang bagi menentukan dengan Rejim Zionis Israel.

Namun Rejim Zionis Israel mendahului Mesir dengan lampu hijau yang diberikan oleh Amerika, dipagi hari tarikh 5 Jun 1967 telah mengebom 9 lapangan terbang Mesir selama 3 jam dan setiap kali selama 10 minit. Pasukan darat rejim ini di siang hari itu juga telah menyerang sempadan Mesir dan kemudian bergerak maju mendekati terusan Suez. Pagi hari kedua perang (6 Jun), Panglima Tertinggi Tentera Mesir Abdul Hakim Amir memerintahkan pasukannya akan berundur dari Gurun Sina.

Berikutan perintah ini, Mesir pada tarikh 7 Jun menerima perang diberhentikan dan memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, sementara tentera Israel pada tarikh 8 Jun tengah berusaha untuk menduduki Gurun Sina secara keseluruhan. Ada sejumlah pencapaian Rejim Zionis Israel setelah berakhirnya perang ke-3 tahun 1967 antara Arab dan Israel. Hasil-hasil itu sebagaimana berikut:

1. Rejim Zionis Israel tetap menguasai dan menduduki daerah-daerah seperti Tebing Barat Sungai Jordan, Jalur Gaza, Gurun Sina milik Mesir, Dataran Tinggi Golan milik Syria dan pulau Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi

2. Sekitar 330 ribu warga Palestin menjadi pelarian

3. Rejim Zionis Israel menguasai sumber air Sungai Jordan dan Selat Tiran dan Teluk Aqabah terbuka bagi tentera kapal rejim ini

4. Rejim Zionis Israel telah berjaya mewujudkan satu garis pertahanan baru yang strategik untuk menghadapi serangan asing

5. Sejumlah daerah telah diduduki Rejim Zionis Israel. Selepas ini matlamat Arab hanya berusaha untuk mengembalikan tanah-tanah yang telah diduduki baik tahun 1948 atau 1967

6. Kekuatan tentera Mesir, Jordan dan Syria telah hancur

7. Ketidakmampuan para pemimpin Arab, ketidaksepaduan dan ketidakseriusan mereka untuk membebaskan Palestin semakin jelas

8. Peperangan Palestin muncul dari hari ke hari semakin kuat.

Berikutan ketidakmampuan dunia Arab, bangsa Palestin berusaha sendiri dengan melakukan pelbagai cara untuk membebaskan tanah airnya. Peperangan pada tahun 1967 bukan berakhirnya permusuhan Arab-Israel. Kerana pada tahun 1973 perang kembali terjadi apabila terjadinya Perjanjian memalukan Camp David yang ditandatangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Menachem Begin pada tarikh 17 September 1978.

Dalam perundingan itu tidak disebutkan mengenai pulau-pulau milik Arab Saudi dan kawasan Umm Ar-Rashrash milik Mesir sebelum perang 1967 yang diduduki Rejim Zionis Israel. Pengkhiatan Arab Saudi atas matlamat Palestin dan Umat Islam Diperhatikan kronologi pendudukan pulau Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi oleh Rejim Zionis Israel dan berdiam dirinya pemerintah Arab Saudi atas kenyataan ini menimbulkan pelbagai soalan.

Apakah mungkin ada kesepakatan rahsia antara kerajaan Arab Saudi dan Rejim Zionis Israel?

Perlu diketahui bahawa setahun setengah sebelum terjadinya perang Gaza, Arab Saudi akan membina jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara ini dari Ra 's Al-Sheikh Hamid, Arab Saudi hingga Sharm Al-Sheikh, Mesir. Kenyataan ini pada ketika itu juga dipandang tegas oleh Rejim Zionis Israel.

Tegasnya kenyataan Israel ini dapat dibaca dalam penulisan yang dimuatkan dalam Laman Debka bahawa pembinaan jambatan itu dapat mencetuskan perang yang lebih besar di Timur Tengah. Alasan perang tahun 1967 antara Arab dan Israel dibesar-besarkan agar para pegawai Arab Saudi akan menarik balik keputusannya itu. Jambatan sepanjang 50 kilometer itu dijangka bernilai 3 bilion dolar dan dirancang akan siap selama tiga tahun.

Hampir dua tahun dan peletakan batu pertama dilakukan, namun sehingga kini tidak ada maklumat baru mengenai kemajuan projek ini. Tindakan kejam tentera Rejim Zionis Israel dan sikap berdiam diri Arab Saudi menyaksikan kebiadaban rejim ini membuat dunia bertanya-tanya.

Kenapa pejabat Arab Saudi dan para pemimpin Arab membuat sikap berdiam diri ketika tentera Israel melakukan kebiadaban terhadap bangsa tertindas Palestin? Adakah ianya sebahagian daripada perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel dalam masalah projek jambatan pulau Tiran?

Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyebut-nyebut adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir. Waktu itu jugalah yang akan menjawab apa sebenarnya di sebalik kemungkinan perjanjian rahsia antara pengkhianat dan munafik umat Islam dengan Rejim Zionis Israel.

Apabila menulis surat kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, Pemimpin Besar Revolusi Islam, Ayatollah Al-Udzma Sayyid Ali Khamenei mengatakan; "Para pengkhianat Arab juga harus tahu bahawa nasib mereka tidak akan lebih baik daripada orang-orang Yahudi dalam perang Ahzab", sambil menyebut ayat ke-26 surat Al-Ahzab yang berbunyi, "dan dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan.

Thursday, May 10, 2012

Bangsa Cina dan Melayu

Sejarah awal Srivijaya adalah kabur. Catatan China dari Sejarah Negeri Liang menyatakan kewujudan sebuah kerajaan kuno bernama Kantoli disyaki berpusat di kawasan antara Jambi dan Palembang, dan dipercayai merupakan pendahulu Srivijaya.
 
Ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shunya (Sejarah Awal Sung) ada menyebut tentang satu utusan dari negeri "Ho-Lo-Tan" yang dihantar oleh Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" pada tahun 434 masihi, satu nama yang sangat mirip dengan sebutan "Srivijaya". Sejarawan moden berbeza pendapat tentang kedudukan sebenar "Ho-Lo-Tan", namun kajian lanjut menunjukkan ia terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens, sarjana Jepun, K. Takakuwa dan sarjana Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan negeri Kelantan tua.

Dalam tulisannya pada tahun 1937, Moens berpendapat Kelantan menggunakan nama "Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun 666 masihi. Menurut Coedes, oleh kerana telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman dahulu di mana Raja yang memerintah menamakan kerajaannya bersempena namanya, berkemungkinan besar nama Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan yang muncul ratusan tahun kemudian (abad ke-7) di Sumatera.

Pada tahun 671 masihi, I-Tsing melawat bandar Bogha (Palembang) dan menetap di sana selama 6 bulan untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu. Dari Palembang, beliau melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang menurutnya terletak 15 hari pelayaran dari Bogha. Dari catatan I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru bertukar menjadi Sribogha ketika beliau melawatnya. Keterangan I-Tsing dilihat konsisten dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan empayar Srivijaya dibentuk pada abad ke-7.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya