Dahulunya “Ayahanda” bermaksud “Tok Guru” atau “Tuan Guru” dan dipegang oleh mereka yang berpegangan agama kuat, tetapi kini jawatan dicemarkan dengan “Ayahanda” yang berkaraoke dan melakukan kemaksiatan. Mereka mendapat sokongan ramai dan kemudiannya memasuki parti politik dan sehingga berjaya memegang jawatan menteri-menteri tertinggi di dalam pemerintahan negara. Sebahagian lain menguasai bidang perniagaan dan memegang penghormatan “Dato“, “Tan Sri” dan sebagainya.
Namun seperkara yang ramai masih tidak sedar, pucuk bermulanya tercemar dan penguasaan gangsterism ini adalah berakar umbi daripada pelan perancangaan dan agenda komunis. Corak pemerintahan “gangsterism” ini adalah bukti kukuh komunis tidak tamat pada zaman dahulu dan kini berjaya 100% menyerap dalam pemerintahan, jawatan penting serta jawatan “nombor satu” negara. Dasar-dasar komunis telah mula mencorakkan cara pemerintahan negara dengan begitu pesat.
Bukti-bukti lain turut ditemui melalui simbol kumpulan yang mana berhubung rapat dengan simbol-simbol komunis. Selainnya ialah kebangkitan isu-isu komunis dan kepercayaan pemimpin tertinggi negara komunis masih wujud. Namun berbeza dengan strategi sebenar dan fahaman masyarakat kebiasaan , startegi sebenar dan kebiasaannya pihak yang mengeluarkan tuduhan lebih berkemungkinan terlibat kerana mereka faham benar bentuk aktiviti dan corak pemerintahan komunis. Tuduhan itu sebenarnya menunjukkan mereka faham agenda komunis dan ditujukan bagi membela/menutupi diri.
Kini cuba fikirkan kembali bagaimanakah semua ini bermula? Ianya bermula melalui melalui saluran ekonomi dan perniagaan. Pada mulanya ianya berbentuk sokongan ahli perniagaan berbangsa Cina dan lainnya kepada golongan politik. Akhirnya ia berkembang pesat kepada penguasaan pimpinan negara. Pada hari ini? Corak pemerintahan ini telah berkembang jauh sehingga kita dapat menyaksikan sendiri corak pemerintahan China dan kekejaman di Tibet diamalkan dalam negara kita. Kita dapat menyaksikan rasuah dan pemerasan berleluasa dengan begitu tinggi. Kita dapat menyaksikan semua bangsa kini terperangkap dengan kezaliman dan penindasan, dan pemimpin utama dengan isu meletupkan wanita Mongolia serta bagaimana adik iparnya terpaksa meninggalkan Malaysia kerana diserang gangster.
Kini, kenapa komunis? Kenapa bukan secara langsung Freemason? Ini kerana kita adalah negara Asia dan kita perlu melihat dan mengkaji kembali hubungan Freemason dan Komunis. Kita perlu mengkaji kembali kenapa ekonomi negara China dapat berkembang pesat dalam masa yang singkat. Apakah kemunasabahan negara China dapat tampil ke hadapan dalam masa yang singkat? Kita perlu turut mengkaji kembali kenapa Singapura boleh berkembang di dalam ekonomi tanpa mempunyai sumber-sumber asli. Jika saudara fikirkan kembali, pasti saudara dapat menemui jalan munasabah kepada semua yang terjadi pada hari ini; The Lee Bloodline; Chinese Secret Societies; Indian Secret Societies; Other Secret Societies.
Sumber:http://muslimvillage.wordpress.com
Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :
"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. …saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?)
"Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"
0 comments:
Post a Comment