Pages

Monday, July 11, 2011

POLIS RAJA DI MALAYSIA

Dari: Malaysiakini

Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBeliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas".

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami.

"Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air
ke perkarangan Hospital Tung Shin Hospital, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di perkarangan Hospital Tung Shin itu.


Video terbaik

..dari perhimpunan BERSIH 2.0..saksikan penipuan menteri yang aku benci jawatannya...



..dan pejuang-pejuang BERSIH 2.0 yang tidak didendang (UNSUNG HEROES)..


Sunday, July 10, 2011

Melahirkan negara yang adil, berilmu dan amanah.

11 Julai 2011. Umno selama-lamanya tidak akan menerima dan memahami erti perjuangan Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah yang didokongi oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) di negara ini. Walau pun penerimaan dan penghayatan Islam diantara dua puak ini tidak berbeza sama sekali jika dilihat pada mata namun perbezaannya amat ketara di dalam perjuangan menuntut keadilan anjuran BERSIH.

Dimanakah perbezaan ini?..Isu yang menjadikan orang melayu ini berpecah kepada dua puak ialah KEADILAN. Disini lah perbezaan yang amat ketara diantara dua puak ini. umPORNo telah merasakan keadilan telah lama wujud dan dipraktikkan mengikut perlembagaan negara. PAS dan orang melayu PKR tidak melihatnya begitu hingga wujud nya perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut keadilan.

Adakah kita melihat KEADILAN wujud di Malaysia dan pengertian rasuah dan ketirisan ekonomi itu berbeza diantara dua puak ini?

Kebodohan apakah yang telah merasuk puak-puak yang menentang perhimpunan yang menuntut keadilan untuk semua rakyat Malaysia? Kuasa memerintah negara ini hanya berlegar-legar di kalangan bangsawan yang dipertikaikan akhlaknya dan urusan negara ini tidak lagi di uruskan oleh cendiakawan-cendiakawan yang adil, berilmu dan amanah.

Hakikatnya kita memang mengetahui bahawa puak2 umPORNo memang sengaja buat-buat bodoh dengan masaalah sosial yang hampir tidak terkawal, pentadbiran negara yang tunggang langgang dan pengurusan ekonomi yang hancurr?..atau sebenar nya penyokong-penyokong umPORNo itu memang turrrr....hahahaaa..

Fakta ahli-ahli umPORNo

20 % daripada ahli adalah pemimpin yang ada diploma, ijazah, phd, master,bla..bla..yang kerjanya makan rasuah dan kaki projek habuan untuk diri sendiri dan penyokong-penyokong tegar sahaja.

80% daripada ahli adalah kaki masyukkk yang mengharap duit dari atas turun....kebanyakkan nya belajar sampai SPM kebawah...yang sekolah sampai darjah enam pun ramai yang jadi ketua pemuda cawangan..macam di kampung aku dulu...hahahaaa

60% dari ahli adalah penghutang tegar..rumah mesti besar dan beberapa buah, kereta wajib
baru dan beberapa buah, kredit kad?...fuhhhh...malas nak citerr..puak ni yang cintakan keamanan..KEAMANAN adalah penting untuk mereka kerana mereka mesti bekerja untuk membayar hutang,hutang,hutang...

40% dari ahli adalah gangster kampung terdiri dari budak-budak felda, cerok kampung dan kaki masyukkk..yang sanggup buat kerja kotor untuk duit..

Untuk melahirkan sebuah negara yang adil, berilmu dan amanah...tubuh, darah dan nyawa pejuang menjadi taruhan...ALLAHUAKBAR!

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 Berjaya!

09 Julai 2011. Aku turun berhimpun di Perhimpunan Bersih 2.0. Itu pun setelah aku puas berpusing-pusing mencari jalan masuk.

Plan nak masuk ke Dataran Merdeka tapi laluan ditutup di depan Balai Polis Jalan Travers. Lencongan masuk ke parlimen. Road block pertama dari PDRM..so far so good.

Laluan masuk ke Lake Garden dan Bukit Tunku juga ditutup, aku jalan terus hingga laluan menuju PWTC, pun ditutup.

Tak putus asa aku terus memandu hingga ke Jalan ChanSow Lin disebabkan semua jalan keluar dari Jalan Tun Razak ditutup. Aku letak kereta di Jalan 2 depan showroom Volvo. Kena recce line dulu.

Setelah melihat semua ok, aku masuk semula ke kereta untuk membuat pusingan U.. kembali semula ke Jalan Tun Razak menuju Ampang. Aku masuk balik Jalan 2 disebelah kedai 99Speedmart menuju ke flat PPR Jalan Lapangan Terbang Lama.

Dari situ aku keluar ke Jalan Loke Yew menuju Jalan Maharajalela. Aku letak kereta didepan kedai 4D dan berjalan kaki menuju ke tempat orang berhimpun berhampiran bulatan Merdeka..

Ramai nyerr orang sambil menjerit REFORMASI!!!...best, macam dulu-dulu pulak..heheheee...tengok la..

Mencari jalan masuk..Jalan Bangsar..lengang..


Trak-trak FRU diletakkan ditepi jalan Jalan Sultan Sulaiman.


Anggota-anggota FRU bersiap sedia untuk menjalankan tugas.


Anggota-anggota FRU di Jalan Sultan Sulaiman.


Mat Saleh botak ni sibuk mengambil gambar anggota-anggota UTK yang sedang berdiri disebelah kereta Honda Civic.


Selepas puas menjerit-jerit menyuruh orang ramai bersurai, anggota-anggota UTK pun berambus.


Peserta perhimpunan BERSIH 2.0 disekitar Bulatan Merdeka berhampiran rumah berhala Kuan Yin.


Si apek ni selamba jerr melaporkan dari tempat kejadian ke boss nyerr..


Human Shield oleh Polis Raja Di Malaysia mempertahankan Jalan Stadium menuju ke Stadium Merdeka.


Tiga orang didalam teksi ni dipercayai SB sedang sibuk mengambil gambar setiap orang yang berjalan pulang setelah jam hampir ke pukul 4 pm.


May Justice Prevail!



PERHIMPUNAN BERSIH 2.0




Pinjam video dari Berita Hairan..hahahaa

Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0..Apa kata pakar?

Beberapa orang pakar didalam bidang masing-masing memberi pandangan berhubung tindakan pihak yang berwajib menjaga kepentingan rakyat tetapi tanpa rasa malu melacurkan diri demi kepentingan segelintir kelompok manusia.


Pandangan Professor Abdul Aziz pensyarah Universiti Islam Antarabangsa jurusan undang-undang terhadap tindak-tanduk Timbalan Pengerusi SPR.

SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.


"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Kenyataannya boleh dibaca di SINI.

"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.

"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.

Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.

Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.

Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

Pandangan Brigadier Jeneral (B) Mohd. Arshad Raji bekas pegawai pemerintah Mekanis 4 Briged terhadap kenyataan dan tindakan Ketua Polis Negara.

WHICH BOMOH DID THE IGP USE TO COME OUT WITH SUCH LUDICROUS ANALYSIS?

IGP Tan Sri Ismail Omar has come out with this ludicrous statement, quote “based on our observation and analysis of the impending gathering, we believe that it would cause tension, chaos and destruction of property, injuries and maybe even loss of lives” unquote.

I am just wondering how the analysis was derived at, and what observation methods were used to conclude the statement that the IGP had made above. If the analysis were to come from the Special Branch of yesteryears, I would tend to believe it because they are experienced and capable officers, but I doubt it now. I know some of them, and they are truly a professional lot.

All along, I have not read nor heard any single statement made by the organizers’ of Bersih, nor from any one of the NGO’s and opposition party leaders that they are out to create chaos, destruction that can result in injuries and even loss of lives, as declared by the IGP. What I did hear are some stern warnings issued by Ibrahim Ali of Perkasa and supporters of the government, including UMNO Youth to expect trouble should the Bersih rally proceed. Wasn’t UMNO Youth involved in an attempt to burn the PKR office at Petaling Jaya? What wrong has the building done to UMNO Youth that the building deserves to be raised to the ground?

Tell me, was it not Ibrahim Ali who had said that he will not able to control his people if they turn violent at the rally? What violence is he talking about if the intended violence is to be instigated by the sordid and rowdy Perkasa members themselves? Did the IGP not know this, and why wasn’t Ibrahim Ali arrested and kept in solitary confinement at ‘Kamunting Resort’ for insinuating violence? Did the IGP hear anything from Bersih or its supporters to words that there are out to create trouble? Certainly, I have not heard of any, and I am neither deaf nor blind.

Bersih leaders has repeatedly said that the rally will be peaceful, and even PAS leaders has allowed the police to arrest any of its members if they are found to be trouble makers. So clearly, it is Perkasa, UMNO and its supporters that are inclined to create disorder, and not Bersih. How then did the IGP and the government come out with such negative and frightful analysis, which makes them appear that they are going to be the perpetrators of violence during the rally? We have had Bersih 1.0 prior to the GE 12 and did we see any dead bodies then? Who then created the fracas if it wasn’t because of the water cannons? And what was the outcome of Bersih 1.0? I do not need to tell you.

Tulisan menarik dari surat pembaca di HarakahDaily

Oleh: Fathifawwaz

Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”.

Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.

Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.

Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai.

Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?

Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:

شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ

Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.

Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.

Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.

Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.

Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.

Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.

Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.

Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.

Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.

Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???

Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?

Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.

Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?

Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?

MASALAH SERATUS PERATUS

Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.

Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.

Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.

Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.

Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.

Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?

Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.

Contoh 1:

Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?

Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.

Contoh 2:

Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.

Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.

Contoh 3:

Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.

Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.

Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.

Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:

“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.

Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…

“Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.

Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.

AKHIRNYA…

Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.

Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:

قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".

Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.

Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.

Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.

Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….

Do or Die,

You’ll never make me,

Because the world will never take my heart,

Go and try,

You’ll never break me,

We want it All,

We want to play this part,

I won’t explain, or say I’m sorry,

I’m unashamed, I’m gonna show my scars

Give a cheer for all the broken,

Listen here, because it’s who we are.

I’m just a man, I’m not a hero,

Just a boy, whose meant to sing this song.

I DON’T CARE!!!!

Tuesday, June 28, 2011

Konspirasi Makanan Dunia

"Reuters melaporkan: A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents.

Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas. Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus. Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini. Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini. "..

Kebelakangan ini Najib berhujah tentang masaalah makanan yang tidak mencukupi untuk masa-masa akan datang untuk manusia segajat. Ini kerana kesan masaalah cuaca yang dihadapi oleh negara-negara pengeluar makanan. Hanya yang kaya sahaja akan mampu membeli makanan. Pertama sekali, harga barangan pasti akan naik. Kita benar-benar akan kekurangan makanan dan harga barangan akan meningkat jika kita terus mengundi puak-puak BN.

Orang-orang Felda bukan faham masaalah ini. Tipu daya Dajjal tidak dapat dilihat dan difahami dengan pandangan mata kasar tetapi menerusi kajian terperinci. Para alim ulamak sepatutnya berganding bahu dengan golongan yang pakar dalam bidang ekonomi barat bagi membongkar kegiatan mereka dan memperkuatkan umat Islam dengan kembali kepada hukum asal yang di wahyukan oleh Allah menerusi Rasulullah.

Rasulullah telah mengingatkan umat Islam dengan jelas bagaimana tipu daya yang mereka jalankan bagi tujuan memalingkan kita dari Islam yang sebenar.

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajjal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. (Hadis Muslim)


Mughirah b. Syu'ba melaporkan: Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Aku (salah satu perawi selain Mughirah b. Shu'bah) berkata: Apa yang kamu telah bertanya? Mughira menjawab: Aku berkata bahawa mereka mengatakan bahawa dia (Dajjal) mempunyai roti yang menggunung dan daging kambing dan sungai daripada air. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. (Hadis Muslim)

Pesan Orang Tua Jangan Bermain Dengan Makanan Besar Maknanya

Waktu kita kecil dulu kalau kita masih ingat, orang-orang tua amat marah kalau kita bermain dengan makanan kerana itu di sukai syaitan, rupanya amatlah benar rupanya makanan merupakan permainan yang paling besar oleh syaitan dajjal bagi memperdaya umat manusia.

Masa dulu perdagangan makanan tidak dianggap perniagaan menguntungkan kerana sifatnya cepat rosak dan tidak boleh disimpan lama. Tapi itu berubah dengan perkembangan ETFs (Exchange Traded Fund) dan inovasi kewangan yang lain. Pada mulanya spekulasi makanan di pasaran hadapan nampaknya baik, bila kontrak akan berakhir, seseorang akan membeli barangan secara serta-merta atau harga tunai. Hal ini memaksa harga pasaran hadapan lebih menarik dan penentuan penentuan penyelarasan harga semasa yang lebih realistik. Tapi itu berubah pada tahun 1991. Dalam Julai 2010 lapuran di Harper's Magazine mendedahkan “The Food Bubble: How Wall Street Starved Millions and Got Away with It,”

Frederick Kaufman menulis:

Tanpa kita sedari pada tahun 1991, berlaku peristiwa penting yang merubah sejarah makanan tidak seperti yang kita ketahui selama ini, apabila pada tahun itu Goldman Sachs memutuskan roti kita sehari-hari merupakan pelaburan yang sangat baik. . . .

Siapakah Goldman Sachs?

Beliau merupakan salah seorang pemilik konsortium 8 buah bank yang membentuk Federal Reserve Bank Amerika, yang diketuai oleh kumpulan Rothschild. Gabungan kedua-dua individu ini merupakan penyagak ekonomi dan dipercayai mendalangi kumpulan rahsia Illuminati yang diketahui umum merupakan agen dajjal. Buat pertama kali juga pada 9 december 2009, kerajaan Malaysia melalui Malaysian Securities Comission (MSC) telah meluluskan lesen untuk Goldman Sachs membuka pejabat di sini dan menawarkan perkhidmatan onshore fund management services, sebelum ini mereka beroperasi melalui negara asing. Kita bimbang akibat mainan penyangak ekonomi ini seperti yang berlaku di Greece akan terjadi pula di negara kita.

Penyangak-penyangak ekonomi ini atas nama industrialist, broker-broker emas, dan pelabur-pelabur kewangan setiap bidang sudah lama mengidamkan untuk mengawal keperluan asasi orang ramai, kemudian menahan bekalan untuk menaikan harga seperti yang biasa berlaku dinegara kita sendiri. Selepas di katakan kekurangan bekalan seperti ayam, tepung, gula, diesel, dsbnya maka diiystiharkan kenaikan harga. Tapi selepas kenaikan harga itu, dengan serta-merta bekalan mencukupi. Inilah mainan golongan riba-kapitalis yang memegang kepentingan didalam negara.

Allah telah memberi amaran kepada orang-orang beriman tentang tipu-daya mereka dengan tujuan menyesatkan dari jalan Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:34)

Tetapi bagi golongan dajjal imperialis inilah inovasi kewangan! Seperti di jelaskan lagi oleh Kaufman,

Goldman. . . datang dengan idea indeks dana komoditi (commodity index fund), sebenarnya inilah cara mereka mengumpul kekayaan menggunung (umat Islam telah diberitahu melalui hadis diatas!) untuk diri mereka sendiri. . . . sepatutnya jual dan beli, seperti amalan biasa semua orang di pasaran, mereka hanya buat oder untuk beli. Ini disebut "going long." Mulalah mereka “going long” untuk pasaran hadapan gandum. . . . Dan setiap kali kontrak ini hampir tamat tempoh, mereka akan melakukan sesuatu yang disebut "rolling it over" untuk kontrak seterusnya. . . . Dan mereka terus mengulangi kaedah tersebut dengan beli dan beli dan beli dan beli dan mengumpulkan hingga menimbun-nimbun dan menggunung untuk belian gandum dipasaran hadapan dalam jumlah yang tidak pernah berlaku selama ini dalam sejarah. Dan penimbunan ini mencipta sebuah fenomena yang sangat aneh di pasaran. Ini disebut "demand shock." Biasanya harga naik kerana kekurangan bekalan . .. . Dalam hal ini, Goldman dan beserta bank-bank riba-kapitalis mengada-adakan permintaan bukan berdasarkan permintaan pasaran sebenarnya untuk keperluan membeli gandum, dan seterusnya menetapkan harga lebih tinggi dari sebenarnya. . . . gandum merah (mutu tinggi untuk roti) umumnya diperdagangkan antara $ 3 dan $ 6 per bushel. Ia naik hingga $ 12, lalu $ 15, lalu $18. Kemudian mencecah $ 20. Dan pada 25 Februari 2008, pasaran hadapan gandum merah berada sekitar $ 25 per bushel. . . . tetapi ironinya di sini pada tahun 2008, pengeluaran gandum dihasilkan adalah terbesar dalam sejarah dunia.

Kedajalan mereka seterusnya. . . pada waktu itu Goldman dan serta bank-bank riba-kapitalis benar-benar mencelarukan struktur dalam pasaran, mereka mencipta satu sistem melindungi diri mereka di luar pasaran, memperkenal idea yang sangat jahat disebut "replikasi". . . . Katakanlah,. . . Anda lantik saya melabur untuk anda di pasaran gandum. Anda memberi saya $100. . . . apa saya perlu lakukan adalah meletakkan $100 di pasaran gandum. Tapi saya tidak perlu melakukan itu. Yang perlu hanyalah sebanyak $ 5 sahaja. . . Dan dengan $ 5 itu, saya boleh memegang kedudukan $100 anda. Nah, sekarang saya sekarang memiliki $ 95 anda. . . . inilah Goldman lakukan dengan beratus-ratus bilion dolar, dan apa yang dilakukan juga oleh semua bank riba-kapitalis dengan beratus-ratus bilion dolar, mereka telah menempatkan pelaburan yang paling konservatif mungkin. Mereka memasukkannya ke dalam T-bil. . . . dengani beratus-ratus bilion dolar di T-bil, mereka dapat mengembangkan menjadi triliunan dolar. . . . Dan kemudian mereka mengambil trilion dolar, mereka memberikannya kepada peniaga bawahan mereka, dan mereka berkata, "Kamu semua buatlah apa yang patut.. Lakukan apa yang paling menguntungkan saat ini" Maka, ketika berbilion-bilion orang kelaparan, mereka menggunakan wang itu untuk membuat berbilion-bilion dolar untuk diri mereka sendiri.

Para penyelidik bersependapat tentang perkara yang menyebabkan krisis makanan. Dalam sebuah rencana 2010 Julai disebut “How Goldman Sachs Gambled on Starving the World’s Poor – And Won,”

Wartawan Johann Hari menjelaskan;

Bermula pada akhir tahun 2006, harga makanan dunia mulai naik. Setahun kemudian, harga gandum telah naik 80 peratus, jagung sebanyak 90 peratus dan beras sebanyak 320 peratus. Rusuhan makanan berlaku di lebih daripada 30 negara, dan 200 juta orang menghadapi kekurangan zat dan kelaparan. Tiba-tiba, pada pertengahan tahun 2008, harga makanan turun ke paras sebelum ini, semacam silap mata pula. Jean Ziegler, wakil khas PBB tentang Right to Food, menyebut ini adalah a silent mass murder", entirely due to "man-made actions.”

Beberapa ahli ekonomi mengatakan, kenaikan disebabkan oleh peningkatan permintaan oleh China dan India pertambahan mendadak penduduk kelas menengah dan berkembangnya pada penggunaan jagung untuk etanol. Namun menurut Profesor Jayati Ghosh dari Pusat Pengajian Ekonomi di New Delhi, permintaan dari negara-negara tersebut sebenarnya turun 3 peratus selama tempoh tersebut; dan International Grain Council menyatakan bahawa pengeluaran gandum global telah meningkat tatkala berlaku lonjakan harga.

Menurut sebuah kajian oleh Lehman Brothers (sekarang ini bubar – setelah banyak meragut hasil dunia), indeks spekulasi dana makanan melonjak dari $ 13b menjadi $ 260b dari tahun 2003-2008. Tidak menghairankan, kenaikannya sejajar dengan peingkatan harga makanan bermula pada tahun 2003. Hedge fund manager Michael Masters menganggarkan bahawa urusniaga di bursa di AS, hanya 64 peratus daripada semua kontrak gandum adalah spekulasi tanpa langsung melibatkan dagangan gandum sebenar. Mereka miliki pegangan itu semata-mata jangkaan inflasi harga dan menjual semula dengan berganda.

Pada Ogos 2009 Jayati Ghosh seorang profesor di Pusat Pengajian Ekonomi dan Perancangan di Jawaharlal Nehru University di New Dehli membentangkan dalam kertasnya , membandingkan harga makanan asasi tersenarai di pasaran berjangka dengan yang tidak tersenarai. Dia mendapati bahawa harga makanan asasi tidak tersenarai dalam pasaran berjangka, seperti bijian, ubi kayu dan kentang, mengalami hanya kenaikan kecil tidaklah sebanyak makanan asasi yang bergantung kepada spekulasi, seperti gandum.

Apa Yang Boleh Kita Dilakukan?

Menurut Kaufman, krisis makanan kini meningkatkan mangsa kelaparan seluruh dunia sebanyak 250 juta orang. Sebagai alternatif, beliau menyarankan pusat simapnan gandum kebangsaan atau seluruh dunia, sehingga pihak berkuasa boleh membawa gandum ke pasar ketika diperlukan untuk menstabilkan harga. Penyelesaian jangka panjang ialah membina semula pasaran tanpa melalui orang tengah.

Penyelesaian bagi umat islam ialah kembali kepada hukum asal zakat.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Kami biasanya mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu gantang makanan, satu gantang gandum, satu gantang kurma, satu gantang keju atau satu gantang zabib iaitu anggur kering. (Hadis Muslim)

Firman Allah s.w.t dalam quran;

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 2:267)

Rasulullah s.a.w merupakan seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah sudah mendapat gambaran yang jelas peristiwa-peristiwa yang akan berlaku terutamanya pada akhir zaman.Mengikut hukum asal, zakat wajar dikeluarkan berdasarkan harta zakat itu sendiri. Misalnya, jika buah tamar maka zakatnya adalah buah tamar, jika padi maka zakatnya adalah padi dan jika biri-biri maka zakatnya adalah biri-biri. Tetapi mengikut ulamak fikah masakini yang membolehkan agar harta tersebut ditukar nilainya ke dalam matawang dan zakat dikeluarkan berdasarkan nilai matawang. Namun begitu berdasarkan realiti semasa, adalah wajar pandangan ini dinilai semula dan kembali kepada hukum asal zakat di sebabkan keperluan strategik bahan bekalan asasi umat islam. Tambahan lagi mata wang kertas fiat yang di guna pakai kini telah terserlah kelemahannya kerana di manupulasi oleh zionist-dajjal bagi kepentingan mereka. Mereka makhluk yang paling licik tipudayanya sehingga sesiapa tidak mengikut sistem yang mereka cipta kelihatan amat ketinggalan dan mundur. Sebenarnya nilai wang ataupun pendapatan transaksi yang kita dapat hanyalah fatamorgana sahaja, yang nilainya boleh dihilangkan dalam sekelip mata dan bahan mentah sebenar yang paling baik mutunya diserahkan kepada mereka untuk dimiliki dan dimonopoli sepenuhnya oleh mereka tanpa perlu membanting tulang, dan pemilikan bahan mentah ini digunakan sebagai senjata strategik mereka berpaksikan sepenuh-penuhnya sistem riba-kapitalis. Mereka menentukan kepada siapa yang boleh dijual iaitu kepada sesiapa yang mengikut telunjuk mereka. Dan mereka akan sekat perdagangan dan bekalan makanan kepada sesiapa yang menentang menggunakan usul PBB.

Disalin dari: Petunjukzaman

BERSIH 2.0..suara siapa

Suhakam kata berhimpun dengan aman. Ulama-ulama PAS dan kerajaan kata tidak haram berhimpun di BERSIH 2.0. Undang-undang penjajah kata ok, undang-undang Islam pun kata dibenarkan..tapi kenapa tak boleh dilaksanakan?..undang-undang mana pulak Gani Patail pakai?

Puak-puak BN kata perhimpunan ini dicemari anasir-anasir agen negara asing. Mereka dah tahu siapa dalang-dalang yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0.

Suratkabar(?) Utusan dah buat pendedahan bahawa Dato' Ambiga dapat tajaan kewangan dari George Soros untuk melaksanakan BERSIH 2.0. Tapi Ambiga kata tajaan kewangan itu hanya untuk pemerhati pilihanraya dan tiada kena mengena dengan perhimpunan ini.

Diikuti lagi pendedahan ahli Parti PSM terlibat dengan Romeo Castillo agen komunis dari Filipina. Satu bas kena bawa ke balai polis kerana cuba mengedarkan T-shirt gambar Che Guevara....

T-shirt gambar Che Guevara?..hahahaaa..T-shirt jual kat uptown Danau Kota, Cheras, Shah Alam melambak gambar komunis gilerr dan hantu-hantuan..syirikkkk..

Pakatan Rakyat merestui perhimpunan ini kerana tiada ruang lagi bagi mereka mendapatkan pihanraya yang bersih dari permainan kotor BN yang dijalankan oleh JPN dan SPR. Kemahuan mereka bukan lah mahu menjatuhkan BN melalui demonstrasi jalanraya. Tidak sama sekali.

PAS terutamanya mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil kerana ini sahaja jalan yang ada bagi mereka untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah di negara ini. Diatas sebab adab, sopan dan maruah orang melayu, PAS sama sekali tidak akan merestui penyokong-peyokongnya melakukan sebarang tindakkan ganas ketika perhimpunan. Cukup sekadar berhimpun, bersuara mengumpul semangat kekuatan diri untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.


Perhimpunan ini bakal mencatit satu lagi sejarah politik negara kita jika diteruskan. Kemungkinan puak-puak BN akan menanti dengan keganasan terancang yg direncanakan oleh agensi-agensi keselamatan dalam negara. KDN pasti menghantar tentera-tentera FRU, SB dan segala unit PRDM dgn lilitan dilengan, trak-trak merah dan biru, gas pemedih mata, kayu cota, water cannon, penumbuk, penyepak, pelempang.,anda dapat pakej..hahahaa..

Dari persepsi majoriti rakyat, keganasan pasti meledak dan kekacauan, huru-hara akan menggugat keselesaan mereka. Mereka sama sekali tidak akan merestui perbuatan kedua-dua belah pihak.

Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia bersetuju sebuah sistem pilihanraya yang bersih, adil dan telus dapat dijalankan didalam negara ini.

Kenapa hal ini tidak dibawa meja perundingan? Seolah-olah tiada ruang lagi bagi kedua-dua pihak untuk berunding. Jika diberi pilihan, aku lebih suka melihat satu rundingan meja semua pihak terlibat membincangkan isu-isu yang ingin disuarakan oleh Ambiga dan puak-puak nya sambil disaksikan YDP Agong.

Gani dan Najib jangan bengkeng sangat!!!

Saturday, June 25, 2011

Kawalan minda konspirator

Celaka betul Shafee gunakan mahkamah untuk meneruskan konspirasi Anwar. Mereka berusaha sedaya upaya menggunakan fitnah celaka ini untuk merosakkan persefahaman gabungan Pakatan Rakyat. Biarkan mereka terus berusaha kerana kami disini juga berusaha menegakkan sebuah sistem perundangan, kewangan dan ekonomi Islam yang bersih dari RIBA.

Mengapa Anwar menjadi sasaran FITNAH tahap antarabangsa semenjak dia dipecat keahlian dari puak BN? Pada pandangan konspirasi aku, Anwar adalah subjek yang sesuai untuk menjalankan misi Ordo Ab Chaos.


Anwar mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah. Kebolehan berpidato nya menarik puluhan ribu pendengar adalah satu kelebihan kepada puak konspirator. Rakyat akan terus mengikuti konspirasi ini. Tanpa disedari pemikiran kita telah dikawal oleh puak konspirator.

"Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" Puak konspirator amat bersabar dalam menjayakan rancangan mereka kerana keuntungan yang bakal dikecapi amat-amat lumayan.

Apakah kelebihan kepada puak konspirator dengan tindak-tanduk Anwar menghadapi fitnah-fitnah yang sengaja dilemparkan oleh puak-puak BN atas perancangan Mahathir? Puak-puak konspirator berpeluang menyebar satu lagi "kawalan minda" kepada rakyat, golongan-golongan belia dan pejuang-pejuang PAS. Mereka akan semakin tertanya-tanya setiap berita fitnah Anwar dikemaskini di media. Fikiran mereka kini semakin sarat memikirkan babak-babak kehidupan seharian mereka sehingga mereka tidak dapat melihat kebenaran.

Anwar akan membantu puak konspirator menyebarkan satu set pemikiran yang telah dirancang kedalam kotak ingatan golongan-golongan sasaran terutama golongan belia. Diantara tujuannya ialah agar belia-belia Islam ini dan pejuang-pejuang PAS akan terus terpesong tanpa disedari dari asas perjuangan dan kehidupan iaitu menegakkan yang dituntut didalam Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W dan mereka akan terus "cool"dari jihad menentang musuh-musuh Allah kerana terlalu cintakan dunia.

Motif dan arah perjuangan mereka kini adalah menegakkan sebuah negara yang adil, selamat dan kekayaan negara akan dikongsi bersama. Ini berlaku kerana Pakatan Rakyat seharusnya memberi respon kepada setiap rancangan keselamatan, ekonomi dan kewangan negara yang dicanangkan dengan hebat oleh puak-puak BN. Ketaksuban pejuang-pejuang PAS membantu Anwar menangkis serangan fitnah adalah satu keuntungan kepada puak konspirator.

Kini pentas penceramah PAS semakin kurang MENGINGATKAN manusia melaksanakan sistem kehidupan seperti yang dituntut didalam Al-Quran dan Sunnah. Mereka terlupa tanpa menyedari bahawa agenda Allah S.W.T adalah lebih besar dari sebuah negara Malaysia...lebih internasional.. KEADILAN UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA dan SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT. Ceramah-ceramah PAS kini hanya berkisar beberapa isu politik semasa seperti ANWAR DIFITNAH, KEPINCANGAN PUAK-PUAK BN, KONSPIRASI ALTANTUYA, RASUAH, bla..bla...

Adakah Anwar menyedari nya? Ya, Anwar sedar dia dipergunakan oleh puak konspirator untuk satu tujuan politik. Anwar menghadapinya dengan gerak politik tanpa merosakkan hubungan persefahaman Pakatan Rakyat. Umpama menarik rambut didalam tepung...

Adakah PAS akan terpesong dari asas perjuangannya? Tidak, kerana Allah S.W.T menjaga ugamaNya. Kita terus berusaha sebaik-baiknya kerana ganjaran bukan diatas kemenangan tetapi usaha kita yg membawa ke syurga. Insyallah.

Kalau Allah S.W.T nak menang, dah lama dahhh..