Pages

Tuesday, August 5, 2008

MALAIKAT CALON UMNO DI PERMATANG PAUH

Oleh : muramatsu,United Kingdom.

Mungkin tajuk tulisan muramatsu kali ini melampau sedikit, tetapi payah untuk mencari tajuk yang sesuai apabila berdepan dengan situasi payahnya UMNO memilih calon mereka di Permatang Pauh.

Dua berita yang dilapor iaitu pertama; Mufti Perlis menolak pelawaan menjadi calon UMNO di Permatang Pauh. Kedua; PakLah pula menyebut orang kampung mufti itu yang mempelawa mufti perlis untuk menjadi calon di situ sebaliknya bukan dia yang mempelawa mufti itu.

Walau apa pun keadaan, sama ada orang kampung atau PakLah yang mencadangkannya, tetapi cadangan atau pelawaan itu mesti datang dari tali perut UMNO. Samada ia tali perut besar atau tali perut kecil, ia tidak penting kerana mereka tetap dari tali perut UMNO.

Tidak keterlaluan disebutkan di sini bahawa UMNO seolah-olah teraba-raba mencari-cari calon mereka di Permatang Pauh nanti. Nampaknya UMNO sudah kurang yakin bahawa Imam Masjid Negara yang hafiz itu menjadi calon di Permatang Pauh. Seolah-olah moral imam besar itu pun tidak cukup pada UMNO demi mempertahankan mereka. Lebih-lebih lagi Ezam sendiri mengatakan pilihanraya di Permatang Pauh adalah perlawanan moral dengan DSAI.

Adakah Ezam dan semua orang melayu islam lupa bahawa Imam Masjid Negara sudah dua kali kalah di Permatang Pauh. Adakah asas moral tidak ada di situ sebelum ini?

Pencalonan Imam Masjid Negara itu juga bolehlah dikira untuk melawan moral DSAI melalui isterinya DSWA.

Sebenarnya kita jangan lupa, UMNOlah sebenarnya mengheret pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dalam kancah rosak moral demi mempertahankan kedurjanaam mereka berpolitik (sebenarnya pegawai itu pun kaki UMNO totok).

Yang lebih terkesan kepada kita cuma Ketua Polis UMNO Negara (Musa Hassan) dan Peguam Negara (Gani Patail) saja, tetapi sebenarnya Imam Masjid Negara juga secara langsung turut diguna UMNO demi mempertahankan kedurjanaan politik mereka.

Tiga pegawai tertinggi kerajaan dalam sektor masing-masing telah diguna oleh UMNO untuk mempertahankan kedurjanaan mereka itu.

Cara dan kaedah UMNO memilih calon mereka di Permatang Pauh sekarang sudah ada tanda-tanda menunjukan mereka akan menggunakan pegawai tertinggi kerajaan sekali lagi untuk dijadikan bagi tujuan disembelihkan di Permatang Pauh.

Ini benar kerana Mufti Perlis sendiri menolak pelawaan UMNO sebagai calon di situ.

Kenapa mufti? Jawapannya adalah mudah kerana UMNO cuba menunjukkan kepada mata umum bahawa calon mereka bermoral.

Ingatkan moral Ezam dan Sayfool sudah cukup untuk membantu UMNO di Permatang Pauh, tetapi nampaknya UMNO sendiri tidak yakin moral mereka berdua itu mampu untuk dijadikan galang-ganti dalam pertempuran (pinjam kata-kata Ezam) di Permatang Pauh, maka nak mangsakan Mufti pula.

Sekarang apa pilihan yang ada pada UMNO? Siapakah lagi yang bermoral tinggal dalam UMNO yang boleh mereka korbankan sebagai calon di Permatang Pauh nanti? Inilah agaknya yang memeningkan Nordin Kardi dan manusia yang seumpama dengannya di Biro Tatanegara, SB-SB dan pemikir-pemikir UMNO termasukkan yang ada di Institut Pemikiran Mahathir itu.

Tidak keterlaluan disebutkan kalau boleh malaikat dijadikan calon dalam pilihanya, nescaya UMNO akan calonkan malaikat di Permatang Pauh. Bukan niat muramatsu untuk membandingkan malaikat dengan manusia, cuma untuk mengambarkan betapa kritikalnya “moral” kepada UMNO sekarang demi mempertahankan kedurjanaan demi kedurjanaan yang dilakukan tanpa batasa agama tuhan dan akal manusia yang waras.

Sumber : http://www.marhaen.org

Jawatan adalah kuasa dan kekayaan’ – Gaduh, pukul, rasuah adalah budaya dalam mesyuarat UMNO

Ditulis oleh SM Noor

Kuala Terengganu - Mesyuarat agung peringkat cawangan UMNO sejak beberapa minggu lalu telah dicemari dengan siri pergaduhan dan gejala politik wang di seluruh Negara.

Mengulas tentang perangai buruk ahli-ahli UMNO itu, Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengatakan fenomena itu adalah ‘liabiliti’ yang terpaksa ditanggung oleh UMNO kerana doktrin ‘jawatan adalah pangkat, kuasa dan kekayaan’.

“Ini lumrah UMNO, budaya UMNO, mereka berebut jawatan dan pangkat, bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat,
”bagi mereka jawatan adalah tiket untuk mengaut keuntungan dan kekayaan,
”apabila mereka mendapat pangkat, mereka menyalahgunakan harta rakyat dan Negara,”kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk ketika dihubungi semalam.


Pemimpin tertinggi UMNO tidak perlu menuding jari dan menyalahkan anak-anak buahnya di peringkat akar umbi, kerana perkara yang sama juga berlaku kepada peringkat atasan.


“Bukan perkara baru, sejarah pergaduhan pemimpin atasan UMNO cukup dahsyat, sehingga sanggup ‘membunuh’ parti mereka sendiri, menyebabkan UMNO haram pada 1988,

“Jawatan setinggi Naib Presiden UMNO melakukan rasuah politik, menyogok ahli-ahlinya supaya memberikannya jawatan,”kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ariffin Deraman.


http://buletinonline.net/images/berita9/ariffin.gifMenurut Ariffin, anak-anak buah UMNO dicawangan-cawangan sekarang yang sedang ‘berperang’ adalah mengikuti jejak langkah pemimpin mereka.


Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj. Muhyidin Abdul Rashid menyimpulkan, pergaduhan dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan UMNO adalah natijah dari perjuangan yang tidak berdasarkan Islam.


“Rakus mengejar maddiah (kebendaan) dan kesenangan hidup duniawi menjadikan UMNO sebuah parti yang porak peranda,”kata Muhyidin.


Respon Hj Muhyidin disokong oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak yang berkata perbalahan yang berlaku dicawangan-cawangan UMNO kini adalah persengketaan diantara kelompok-kelompok yang berebut kuasa
http://buletinonline.net/images/berita9/dralias1.jpg.


“Perbalahan dalam UMNO menzahirkan adanya ‘kem-kem’ dalam UMNO, perjuangan mereka bukan atas kepentingan orang Melayu dan agama Islam, namun atas kepentingan ‘puak’ masing-masing bagi mendapatkan kebendaan,”kata Dr. Alias yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersetuju dengan pendapat Timbalan Ketuanya Ariffin Deraman.


http://buletinonline.net/images/berita9/sukairi.jpgKetika diminta mengulas perkara berkaitan yang juga berlaku dalam mesyuarat UMNO cawangan di Terengganu, beliau berpendapat, UMNO Terengganu sedang menuju kehancuran.


“Bapa borek, anak rintik, kalau pimpinann atas dah bergolak, yang bawah apatah lagi,”kata Wan Sukairi.


Umumnya, seluruh masyarakat sudah maklum tentang kejelekan masalah dalaman UMNO, kerana apabila

setiap kali tiba musim pemilihan, akan berlaku perebutan jawatan dalam UMNO.


Sebaliknya dalam PAS, sekiranya tiba musim pemilihan, walaupun ada pertandingan, ia bukan perebutan jawatan tetapi pertandingan yang sihat bagi ‘berlumba-lumba membuat kebaikan’.


Sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana semalam, beberapa insiden pergaduhan dan gejala politik wang telah melibatkan beberapa bahagian UMNO.


Antaranya adalah Bahagian Kota Tinggi di Johor, Bahagian Gopeng di Ipoh dan di negeri Selangor melibatkan kawasan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.


Di Kota Tinggi, polis menerima lima laporan mengenai kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot yang mengesahkan tentang kejadian pergaduhan itu hari ini berkata, polis menyiasat satu daripada laporan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Ketua Umno Bahagian itu dilaporkan oleh akhbar hari ini sebagai berkata, penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur "kemaruk kuasa."

Di Ipoh, Perak, seorang ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu


http://buletinonline.net/images/berita6/whasan.jpgJusteru itu, ADUN Kawasan Sura, Ustaz Wan Hasan Ramli menyeru seluruh masyarakat supaya kembali kepada Islam kerana Islam adalah kaedah terbaik bagi meyelesaikan masalah ‘siasah’ masakini.


“Perebutan jawatan menggalakkan rasuah yang menjadi masalah dan ‘barah’ yang sukar diubati dalam UMNO,

“ia menjadi perbalahan, menimbulkan perpecahan dan UMNO kini menjadi parti yang sangat lemah,”kata Wan Hasan.

“Bagaimana parti yang lemah boleh memperjuangkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya pemimpinnya sentiasa bersengketa,

“Bagaimana pula mahu meninggikan agama Islam sedangkan maruah ahli-ahlinya boleh dibeli dengan wang ringgit,”tambah beliau.


Sumber : http://buletinonline.net


Hairan : Dadah hilang dari balai Polis!


JOHOR BAHRU: Tiga wartawan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) hari ini menerima surat arahan dari polis bagi memberi keterangan berhubung penulisan artikel kehilangan syabu bernilai RM1 juta dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri ini.

Surat arahan bagi menghadiri penyiasatan mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah itu diserahkan Pegawai Turus Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor, Deputi Superintendan Kalawan Singh di pejabat kumpulan akhbar itu di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Mengikut surat arahan itu, ketiga-tiga wartawan iaitu masing-masing seorang dari akhbar New Straits Times (NST), Harian Metro dan Berita Harian diminta ke JSJ IPK, jam 11 pagi esok.

Hari ini, ketiga-tiga akhbar itu — NST, Harian Metro dan Berita Harian — melaporkan berita kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu dari bilik bahan bukti itu minggu lalu yang dianggar bernilai kira-kira RM1 juta, yang dikatakan menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta Mac lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan seorang pegawai bertugas mendapati mangga bilik berkenaan telah dirosakkan dengan asid dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral.

Sementara itu, Ketua Biro Berita Harian Khirul Bahri Basarudin yang dihubungi, mengesahkan kehadiran Pegawai Turus Perundangan dan penerimaan surat arahan itu.
— Bernama


Melaka -– Pihak berkuasa hari ini disaran mengambil perhatian dan tindakan serius berhubung kehilangan pelbagai jenis dadah yang menjadi bahan bukti penting bagi sembilan kes, yang hilang dari stor pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, kelmarin.
Pengerusi Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Idris Haron berkata kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku kerana bahan bukti terbabit berada di dalam jagaan pihak Polis.
Menurut beliau tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang didapati bertanggungajwab terhadap kejadian berkenaan untuk memastikan imej serta kredibiliti pihak berkuasa tidak terus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
"Kita tidak tahu apakah kejadian itu berpunca daripada unsur kecuaian dan sebagainya. Perkara itu kita serahkan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan dalaman.
"Apa yang penting, kejadian sedemikian perlu diberi perhatian dan tindakan segera untuk mengelakkan kejadian seumpama itu tidak dijadikan bahan oleh mana-mana pihak untuk terus mempertikaikan kewibawaan anggota pasukan yang menjaga ketenteraman awam di negara kita", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian kehilangan pelbagai jenis dadah yang menjadi bahan bukti penting bagi sembilan kes, yang hilang dari stor pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, kelmarin.
Malah, dokumen serta kertas siasatan berkaitan kes rampasan dadah itu juga lesap. Dadah itu membabitkan lebih 1,000 pil kuda, heroin serta ubat batuk yang bernilai RM40,000.
Untuk rekod, ini merupakan kejadian kedua membabitkan kehilangan dadah daripada simpanan polis.
Sebelum ini, perbicaraan kes pengedaran dadah membabitkan seorang warga tua di Mahkamah Majistret Shah Alam, kecoh apabila kira-kira 60,000 pil psikotropik menjadi bahan bukti didapati hilang.
Kehilangan pil itu disedari pada hari kedua perbicaraan pada 5 April tahun lalu, apabila seorang pegawai Jabatan Kimia, Zurina Ramli diarah membuka satu daripada tiga kotak mengandungi bahan bukti berkenaan. Bagaimanapun, hanya bungkusan pil berkenaan dan sampel serbuknya ditemui.
Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu seterusnya berkata sungguhpun kejadian itu merupakan kejadian kedua, pihaknya bimbang jika tidak ditangani secara serius akan memberi implikasi kepada proses pendakwaan sekaligus menyebabkan pesalah yang terlibat akan terlepas dari tindakan undang-undang.
"Kita mintaklah pihak Polis mengambil perhatian serius perkara ini kerana ianya membabitkan penguatkuasaan undang-undang. Jangan hanya kerana seorang dua yang terlibat, imej satu pasukan Polis terus dikritik dan diperkatakan rakyat", ujarnya.
SEREMBAN: Kes kehilangan dadah yang dirampas polis berulang lagi, kali ini membabitkan kira-kira tiga kilogram (kg) ketamin dari bilik simpanan barang bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Kehilangan dadah itu dikatakan disedari seorang pegawai yang menjalankan pemeriksaan di bilik berkenaan, Sabtu lalu.
Dadah yang lesap itu dipercayai sebahagian daripada 30.32 kilogram ketamin bernilai RM1.2 juta yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah premis perniagaan dan sebuah rumah di Rantau dekat sini pada 26 Mei lalu.
Difahamkan, dua laporan polis sudah dibuat mengenai kehilangan barang bukti itu dan kes berkenaan kini dikatakan disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
Bukit Aman juga dilaporkan sudah menghantar pegawainya ke IPD Seremban untuk menyiasat kes itu.
Tiga tahun lalu, 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti perbicaraan kes pengedaran dadah membabitkan seorang warga emas, dilaporkan hilang daripada simpanan polis di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.
Tidak lama selepas itu, 1,168 pil kuda, 7.5 gram heroin dan 400 mililiter ubat batuk merangkumi sembilan kes turut dilaporkan hilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin yang dihubungi di Kuala Lumpur, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kes terbaru itu.
Beliau berkata, kes itu perlu dirujuk kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Osman yang ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam, pula berkata beliau tidak tahu mengenai kehilangan dadah berkenaan.
Rampasan dadah berkenaan yang terbesar di negeri ini tahun ini, dilakukan JSJN IPD Seremban dalam serbuan di sebuah premis perniagaan dan rumah di Rantau, kira-kira jam 3.20 petang, 26 Mei lalu.
Ketamin itu yang diisytiharkan sebagai marmar perhiasan masjid, dipercayai diseludup sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari sebuah negara Asia Selatan menerusi perkhidmatan kurier di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber Maklumat : Berita Harian (03 Jun, 2008)
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mencari jawapan kenapa kira-kira 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti perbicaraan satu kes dadah, hilang daripada simpanan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar sudah mengarahkan pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan siasatan segera, manakala satu laporan polis dibuat berhubung kehilangan bahan bukti itu.
Siasatan itu diketuai seorang pegawai penyiasat berpangkat Asisten Superintendan (ASP).
Beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pegawainya dan akan mendapatkan penjelasan mengenai kehilangan barang bukti itu daripada IPK berkenaan.
“Kehilangan itu sesuatu yang memalukan. Kita hairan bagaimana bahan bukti yang disimpan di tempat yang selamat boleh hilang. Saya sudah mengarahkan siasatan rapi dijalankan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Perbicaraan satu kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin kecoh berikutan kehilangan kira-kira 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti kes itu.
Kehilangan pil eramin itu, disedari pada hari kedua perbicaraan apabila seorang pegawai Jabatan Kimia, Zurina Ramli diarah membuka satu daripada tiga kotak mengandungi bahan bukti berkenaan.
Perbicaraan kes itu membabitkan tertuduh, Tua Bit, 61, yang menghadapi dua tuduhan mengedar pil berkenaan pada 2002.
Mohd Bakri berkata, beliau juga sudah mengarahkan seorang pegawai di Jabatan Narkotik Bukit Aman untuk memantau perkembangan siasatan itu. “Pegawai berkenaan akan melaporkan perkembangan siasatan kes itu terus kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar, yang terkejut dengan insiden itu, mahu tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
“Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap polis segera menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti bagaimana bahan bukti itu boleh lesap dan siapa yang bertanggungjawab.
“Saya harap kes ini dapat diselesaikan segera. Kerajaan memandang serius kes ini lebih-lebih lagi ketika kita berhempas pulas menangani masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah sekarang,” katanya kepada Berita Harian.
Noh berkata, dadah itu tidak sepatutnya hilang kerana mengikut prosedur, bahan bukti kes mahkamah perlu disimpan dalam stor khas dan hanya pegawai atau anggota polis tertentu mempunyai akses.
Beliau bimbang kehilangan bahan bukti lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak itu akan menjejaskan kredibiliti polis dan Jabatan Kimia yang mengendalikan kes itu.
Selain itu, katanya, kehilangan bahan bukti dikhuatiri akan digunakan oleh peguam bela tertuduh dalam penghujahannya sehingga menyebabkan tertuduh dibebaskan.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Yahya Udin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis dibuat oleh pegawainya berhubung kehilangan bahan bukti itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes sedang disiasat.
Difahamkan, siasatan dalaman kes itu sudah dimulakan dengan menyoal siasat beberapa anggota dan pegawai yang mempunyai akses ke dalam stor bahan bukti itu.
Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang menyemak buku log yang merekodkan jadual bertugas anggota dan pegawai yang mempunyai akses terhadap stor berkenaan.
Sementara itu, Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Noor Hakim Kassim ketika dihubungi berkata, walaupun kes rampasan dadah itu berlaku di Kajang, polis daerah itu hanya menyimpan bahan bukti itu selama beberapa bulan saja, sebelum dipindahkan ke stor menyimpan bahan bukti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

ACA delves into IT project involving firm with Israeli directors

KUALA LUMPUR: The Anti-Corruption Agency (ACA) is investigating how a little-known IT company with little experience became the local partner in the RM1bil project to upgrade the Royal Malaysian Police's communication systems from analogue-based to digital.

The project has since been scaled down.

According to sources, the ACA was also probing how a Singapore-based company, several of whose directors are Israeli nationals, was awarded a slice of the project when it was against the Government's directive to do so.

The Israelis are said to be former officers in the Israeli Air Force.

The upgrading of the communications system would enable traffic policemen, those in mobile patrol vehicles and beat-duty policemen to communicate with each other and with their control centres.

The sources said the authorities had begun their preliminary inquiries into the companies to ascertain whether there was any irregularity in the awarding of the project and whether they could pose a security risk.

They said the ACA would call up several people, including police officers and senior government officials to assist in investigations following allegations that the company does not possess the requisite expertise.

It is learnt the Home Ministry had first awarded the RM980mil upgrading project to a well-known multi-national company in February.

However, in March, the company was informed that a local IT company had been appointed as local partner for the project, causing eyebrows to be raised.

With the latest development, sources said the IT company?s involvement in the project has since been limited to enable further discussions on the matter.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said police were aware of the involvement of the Israelis in their communications systems upgrading project.

"We informed the Home Ministry as soon as we learnt about it," he said, declining to elaborate.

It is learnt that the Government has decided to scale down the project for the time being and had only approved its first phase, estimated to cost around RM42mil.

The IGP had last October announced that the police planned to equip their personnel with hand-held computers, and micro-cameras fitted into walkie-talkies, as part of a massive plan to beef up the force's capability.

He had said the police wanted to use such high-tech devices and set up a network of camera surveillance systems to fight crime more effectively.

Musa said the force needed to have an e-solution system that would enable them to communicate with police helicopters, airplanes and marine police as well as with their mobile police vehicles.

"The Bukit Aman control centre will use the latest high-tech devices and communication systems to relay, monitor and coordinate operations throughout the country," he said.

10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Umno veteran lodges corruption report against top party leaders

Mazlan (in blue shirt) entering the ACA office to make the report. With him is Umno veteran Datuk Kadar Shah Sulaiman. — Picture by Choo Choy May

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Aug 5 — Veteran Selangor Umno leader Datuk Mazlan Harun today lodged a report with the Anti-Corruption Agency against Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Razak for alleged abuse of power.

"The report is based on a letter," he said, referring to the letter written by Petaling Jaya Selatan Umno division head Kapt (R) Datuk Zahar Hashim which accused Abdullah and Najib of "political corruption of the highest order".

In the letter addressed to the Umno secretary-general, Zahar said the two top leaders had been campaigning to defend their positions despite asking others not to do the same. He also wrote that the top two leaders' actions were in violation of the guidelines issued by the party headquarters.

"This is to ensure that nobody will abuse their position and government machinery during the Umno elections. It is up to the ACA whether to take any action," said Mazlan.

"It is not only Umno members who want a fair election but also Malaysians and especially the Malay community want the same thing," he told reporters.

Mazlan, however, refused to say whether Abdullah's and Najib's names were mentioned in the report. "I can only say that my report is against the powers that be. Who are the most powerful people in this country?" he said.

He was also reluctant to reveal whether he was in possession of any evidence of corrupt practices in Umno. "It is up to ACA," he added.

There had been talk earlier that Umno members would gather at Dataran Merdeka this morning before walking to the Kuala Lumpur ACA branch office which is located nearby. But there were more journalists than party members present this morning.

Mazlan, the son of the late Datuk Harun Idris who was a former Menteri Besar of Selangor, denied he had called for such a gathering. He spent about 45 minutes at the ACA office.


Sumber : http://www.themalaysianinsider.com

Monday, August 4, 2008

Pandikar Amin : Dari Lembu Politik ke Speaker Parlimen

Anda fikir persidangan parlimen penggal ke-12 yang baru dimulakan ini menarik? Alasannya? Pertambahan komposisi pembangkang dari 21 kepada 82 MP mungkin menyebabkan anda teruja mendapatkan tempat di galeri awam parlimen, atau tengok di website, blog mahupun siaran langsung di RTM yang menggelikan itu.

Apa lagi yang menarik? Speaker baru? Dari Sabah? Ada pengalaman dan latarbelakang yang menarik? Tunggu dulu! Ahli-ahli parlimen mungkin dipaksa oleh undang-undang untuk menghormatinya. Tetapi rakyat kebanyakan seperti saya melihat dari sudut yang berlainan. Pandikar Amin Mulia, pada pengamatan saya hanyalah seekor lembu yang diletakkan dalam kandang yang lebih selesa.

Dia akan menterjemahkan kemahuan sang gembala Dolah Badawi dengan kawalan ketat anjingnya, Nazri Aziz. Bezanya, mungkin dulu lembu diangkut dengan lori dari Perak, penggal ini lembu sabah pula di bawa masuk dengan kapal terbang. Begitulah jawatan speaker parlimen di Malaysia, prestij dan kehebatannya telah sekian lama dinodai oleh Umno. Peranannya seumpama Pengerusi Tetap Umno.

Penjawatnya mesti berjiwa Umno, bertuhankan Umno dan mendengar arahan dari Presiden Umno semata-mata. Penyandangnya pula dipilih dikalangan kaki ampu, pencacai dan perasuah. Latarbelakang undang-undang hanya tempelan, maruah dan integriti tolak tepi.

Jawatan speaker di Malaysia hanyalah untuk diisi oleh mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dan mereka yang setia membuta-tuli yang telah dipastikan lebih patuh kepada Presiden Umno daripada perintah Allah s.w.t.

Dalam konteks parlimen ke-12 ini, kesetiaan kepada menantu Presiden Umno adalah asas survival politik kepada Pandikar Amin. Jadi tidak hairanlah, menantu PM yang menang di Rembau dengan bantuan pengundi pos dan hantu ini, berkokok garang di hari pertama sessi soal jawab. Tidak peduli makhluk ini akan standing order. Speaker pun tidak berani menguatkuasakan peraturan mesyuarat ke atasnya.

Siapakah Pandikar Amin Mulia? Benarkah dia seorang 'lembu politik'? Kenapa dia dipilih sebagai speaker sedangkan namanya tidak tersenarai dalam 5 nama yang dicadangkan Umno Sabah? Dalam PRU12 lalu, dia digugurkan dari bertanding di Dun Tempasuk. Bukan rahsia lagi permusuhannya dengan Musa Aman.

Tetapi Pandikar Amin telah merayu kepada Khairy Jamaluddin untuk dapatkan jawatan di pusat. Sebagai balasannya, Umno Kota Marudu yang dipimpinnya akan menyokong pencalonan Khary Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno atau apa-apa sahaja jawatan yang idamkannya dalam AGM Umno Disember nanti.

Ini bukan kali pertama Pandikar Amin dipergunakan lantaran kegoyahan pegangan politiknya dan kesediaannya untuk dicucuk hidung oleh pemerintah sama ada di peringkat negeri atau pusat.

Dalam tahun 1982, dia menerima tawaran Tun Datu Mustapha untuk bertanding di atas tiket Usno menentang Berjaya. Bapa dan sepupunya menentang keras kerana mereka berdua pernah dipenjarakan oleh Tun Datu Mustapha di bawah Ordinan Darurat Negeri pada tahun 1971. Namun, Pandikar Amin menggadaikan maruah keluarganya dan menerima tawaran itu. Ganjaran menantinya, konsesi balak bernilai jutaan ringgit. Bagaimanapun dia tewas di kerusi parlimen Kota Belud.

8 bulan selepas itu, Usno meletakkannya sekali lagi sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Usukan. Pandikar menang dan kekal bersama Usno. Ketika itu tentangan keluarganya amat hebat. Mereka mendesak Pandikar menyertai Berjaya demi untuk mengembalikan maruah keluarga.Disangka panas hingga ke petang, akhirnya Tun Datu Mustapha tidak memerlukan lagi lembu ini walaupun dia bersedia untuk dicocok hidungnya ke mana-mana. Usno berpecah pada 1984 dan Pandikar Amin hilang tuan gembala.

Cuba untuk berdikari, Pandikar Amin menubuhkan Parti Bersih pada 1984. Dia sebagai Presiden dan Juhar Mahiruddin (speaker Dun Sabah sekarang) sebagai timbalannya. bagaimanapun parti itu hancur selepas kalah teruk dalam PRU 1986.

Bagai rezeki jatuh dari langit, dalam tahun yang sama Tun Daim Zainuddin (atas arahan Mahathir) membelinya untuk diserapkan ke dalam kerajaan PBS pimpinan Pairin Kitingan. Ketika itu, Pairin baru sahaja menewaskan parti Berjaya pimpinan Haris Saleh dengan bantuan kewangan dari Tun Daim.

Untuk mengikat kesetiaannya, Pandikar dilantik sebagai speaker Dun Sabah walaupun terdapat ahli-ahli MT PBS yang tidak bersetuju.Kerana Pairin tidak dapat membalas kesetiaannya dengan kontrak-kontrak kerajaan negeri, Pandikar Amin mula beralih angin untuk mengintai-intai peluang buat duit melalui peruntukan federal.

Maka dia berpakat dengan Mark Koding (ketika itu timbalan KM) untuk meluluskan usul undi tidak percaya ke atas kerajaan PBS Sabah. Pairin dapat menghidu rancangan jahat ini dan mengarahkan Pandikar melepaskan jawatan speaker Dun.

Selepas perundingan dengan Mark Koding dan Pairin, Tun Daim bersetuju untuk membawanya ke Pusat. Tun Daim memiindahkan Senator Alban Hassan ke Dun Sabah sebagai speaker, manakala Pandikar Amin mengisi lebihan tempoh penggal Hassan Alban sebagai senator selama 18 bulan. Tun Daim bagaikan dapat menduga bahawa Pairin akan membelot dari BN dalam masa terdekat dan untuk itu dengan restu Mahathir, Pandikar Amin dijadikan 'deposit tetap' seandainya PBS menyeberang.

Ternyata ramalan Tun Daim tepat dan pada tahun 1990 Pairin menyeberang ke kem Tengku Razaleigh. Pandikar bersama Mark Koding menubuhkan AKAR. Tun Daim terus mengembala Pandikar Amin dengan mengagihkan banyak projek-projek persekutuan di Sabah melalui JPP.

Annuar Musa yang ketika itu memegang portfolio luar bandar turut menghamburkan projek-projek untuk kroni-kroni Pandikar Amin. Tun Daim mendapat bantahan dari Umno Sabah kerana Pandikar Amin mendapat banyak projek sehingga menjejaskan kantung mereka. Atas nasihat Tun daim, Pandikar Amin membubarkan AKAR dan masuk Umno en bloc pada tahun 1999.

Selepas itu tidak kedengaran lagi kisah pemimpin Sabah berebut projek kerana pandikar Amin tertakluk kepada agihan projek melalui Umno Sabah. Sebagai balasan, Pandikar Amin dilantik sebagai senator sekali lagi dan diberi jawatan sebagai Menteri di jabatan Perdana Menteri.2004, bertanding atas tiket Umno dan menang di Dun Tempasuk. Kehadirannya semula di arena politik negeri mewujudkan perang besar di Sabah. Hubungannya yang erat dengan pusat menyebabkan Pandikar Amin mendapat layanan istimewa.

Berlaku pertembungan antara kem Musa Aman dan Kem Pandikar Amin. Untuk jaminan keselamatan hayatnya, Pandikar Amin mula menceburkan diri di dalam kem Khairy Jamaluddin. Manalah tau kalau-kalau Musa Aman tendang. PRU12 menyaksikan memang dia ditendang dari kancah politik Sabah apabila namanya digugurkan oleh Musa Aman dari senarai calon.

Bagaimanapun, kegembiraan kem Musa Aman hanya seketika dan berakhir apabila Khairy Jamaluddin mencadangkan nama Pandikar Amin sebagai speaker dewan rakyat. Sayangkan menantunya, Dolah Badawi mengetepikan 5 calon dari Sabah dan 3 calon dari Sarawak yang dicadangkan Ketua Menteri masing-masing.

Dari sudut lain, tiada apapun yang dapat menebus kekecewaan Umno Sabah selepas PRU12 ini. Dari 5 jawatan menteri penuh, hanya 2 diberikan. Dan 3 tempat saguhati sebagai speaker, timbalan speaker dan timbalan ketua back-bencher.

Namun ketiga-tiga jawatan ini tidak membawa banyak makna kepada Sabah, tiada peruntukan tambahan, tiada projek yang boleh difaraidkan dan tidak ada kuasa khusus setaraf menteri untuk mendapatkan dana federal. Menariknya, jawatan-jawatan ini dianugerahkan kepada lembu-lembu yang selama ini diternak oleh Umno Pusat.

Kesetiaan mereka kepada Dolah Badawi dan menantu kesayangannya adalah setanding dengan lembu-lembu Umno semenanjung yang pernah diletakkan di dalam kandang jawatan-jawatan tersebut.

Sudah tentulah lembu-lembu ini tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dialami rakyat Sabah sekian lama seperti kadar kemiskinan tegar yang tinggi, kemudahan infrastruktur yang lebih mundur dari Timor Leste, pengangguran yang tinggi, perhambaan moden oleh majikan sektor swasta dengan perbezaan gaji pekerja secara relatifnya 50% lebih rendah dari semenanjung, pendatang asing Filifina yang mendapat IC biru, pelupusan kawasan balak, kemusnahan alam sekitar dan peminggiran kaum peribumi dari tanah adat keturunan mereka.

Selesaikah masalah-masalah tersebut melalui perlantikan seorang speaker, seorang timbalan speaker dan seorang timbalan pengerusi BBC dari Sabah? Berbalik kepada Pandikar Amin, keengganannya membenarkan usul YB Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian)-yang menuntut pengembalian royalti minyak kepada Terengganu dan kenaikan kadar royalti dari 5% kepada 20% untuk Terengganu, Sabah dan Sarawak- didebatkan pada hari pertama sessi soal jawab menunjukkan Pandikar Amin tidak bersedia menggunakan kedudukannya untuk kebaikan Sabah.

Yang pastinya sekarang lembu ini akan patuh kepada tuan gembala yang baru, Khairy Jamaluddin. Kita akan saksikan nanti lewat sidang-sidang parlimen, Pandikar Amin akan di lembukan oleh nya melalui manipulasi peraturan-peraturan dan tatacara persidangan parlimen untuk kepentingan politik sempit Khairy Jamaluddin.

Sumber : http://bulanpenuh2012.blogspot.com/