Pages

Sunday, December 9, 2007

Alah......beeb buatlah fitnah oori

Oleh : Hishamudin Rais


Kebelakangan ini keadaan dalam negara kita cukup gawat. Di rumah, kucing saya hari-hari naik angin – berlari ke hulu ke hilir. Entah kerana apa kucing membuat perangai sedemikian. Hujan pula turun tidak henti-henti. Berapa daerah di Selatan Semenanjung telah mula banjir. Di Kota Tinggi ramai penduduk telah mula pindah. Apakah ini tandanya hari-hari akhir zaman.

Dalam masa kelam kabut macam hendak kiamat ini saya terdengar terlalu banyak fitnah dan tohmah. Ini juga mungkin satu lagi tanda akhir zaman. Ini tohmah dan fitnah saheh, kalau dalam bahasa Tok Arab ini fitnah jenis afdal lagi kudus – bukan Afdal Sabah atau Kudus kaki rasuah. Semua ini bukan fitnah dari Laman Mahazalim. Ini fitnah dan tohmah laporan tercetak dari ‘media main stream’. Media main stream ini mengikut istilah Dewan ialah – media yang sedang hanyut di tengah-tengah sungai.

Saya juga ada mendengar tohmah dan fitnah dari kawan-kawan saya yang telah menonton tv Malaysia. Ini kerana saya tidak memiliki tv maka wajiblah mendengar laporan tangan kedua. Kawan-kawan saya menjadi To Perawi mula mengembangkan fitnah dan tohmah yang mereka lihat dan di dengar dari tv. Hebat. Sungguh hebat.

Fitnah dan tohmah bukan pekara baru. Ianya pernah terjadi pada 4 haribulan Disember 1974 dahulu. Pada hari itu terpampang di media yang juga sedang hanyut ditengah-tengah sungai satu laporan muka hadapan tentang tunjuk perasaaan pelajar dan mahasiswa di Selangor Padang ( ini nama asal Dataran Merdeka). Mahasiswa menunjuk perasaan bersoladariti menyokong penduduk Baling yang satu minggu sebelum itu telah turun berdemo menentang kerajaan. Berpuluh ribu penduduk Baling telah turun dan mengepung pekan Baling. Mereka marah kerana di klentong kerajaan. Mereka hidup melarat hinggakan ada yang mati kelaparan kerana makan ubi gadung.

Menurut laporan media hanya 500 pelajar sahaja turun berdemo. Etinya tidak ramai, demo meleset dan tidak mendapat sambutan. Tetapi di muka hadapan akhbar yang sama ada satu lagi berita tentang 1500 orang mahasiswa telah di tangkap. Ha ha ha. Pelik tetapi benar. 500 yang berdemo dan 1500 yang ditahan. Nasib baik David Copperfeild belum glamour macam hari ini kalau tidak Razak Hussein terpaksa lari masuk ke kelambu Sarimah.

Saya hairan dari semenjak tahun 1974 lagi akhbar dan media kita ini bangang mengira. Rasa saya ini satu kelemahan yang amat sangat. Tetapi bangang ini pun bangang yang bersebab. Adalah fakta saheh lagi afdal bahawa ramai pemberita dan wartawan kita ini hanya bersekolah kampung, tinggi-tinggi pun mereka belajar media dari Uitm atau dari Universiti Sintok. Mereka memang agak lemah dalam hal kira mengira. Lagi pun ketika mereka bersekolah mata pelajaran maths dan sains belum diajar dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan betapa peritnya Dasar Ekonomi Baru hendak mengakaswankan wartawan Melayu.

Pernahkah anda terdengar satu lagi tohmah dan fitnah baru yang keluar dari mulut Polis Besar? Ini sebenarnya fitnah ulang tayang pakai skrip lama sandiwara Al-maunah dan KMM. Ini skrip yang telah di arahkan olih Mahafiraun pada tahun 2000/2001 dahulu. Lecehlah negara kita ini para pegawai tinggi kita tidak bagitu kreatif. Mungkin saya terpaksa melobi British Council atau Kedutaan Amerika agar pegawai ini diberi biasiswa untuk belajar Creative Writing di Lancaster Universitya atau di East West Center.

Bila saya mendengar perkataan ‘ pengganas’ – senjata asli saya yang selalu keras ini menjadi lentuk. Ini betul-betul potong stim. Apa punya leceh punya cerita. Dam apa Kepala Polis ini sudah sedut. Ini bukan dam Aceh. Kalau berdengung kreatiflah sikit beeb! Buatlah fitnah yang masuk akal. Janganlah pakai skrip lama. Takkan lah nak pakai KMM – Keling Militan Malaysia – lagi. Macam mana KMM ini ada tersangkut dengan Kumpulan Tamil Tiger di Sri Langka. Tamil Tigers penganut Anarco Marxis mana mungkin hendak bercampur dengan KMM di Malaysia yang hanya menjadi penganut Anee Maxis. Kepala Polis ngok ini buat lawak Badul.

Adik kakak jangan terlupa, pada bulan April 2001 dahulu ada seorang malaon Kepala Polis telah membuat tohmah yang tidak masuk akal terhadap 10 orang aktivis Reformasi. Malaon ini bercerita tentang rocket launcher, molotov cocktail dan entah apa jenis lagi bom dan senjata yang disediakan ‘kunun’ untuk ‘membunuh’ Mahafiraun. Tuduhan malaon Kepala Polis ini telah dibuktikan olih Mahkamah Perseketuan sebagai bodoh lagi membodohkan lebih bodoh dari cerita Ayah Pin naik ke langit. (Hairan kenapa mereka ini tidak kreatif. Semasa bayi dulu munkin malaon ini hanya isap punting kosong agaknya. Tidak berpelung isap punting ibu kerana berebut dengan ayah).

Saya rasa ramai para gedebe kerajaan kita ini kurang faham tentang apa yang sedang berlaku hari ini. Mereka agak kurang arif tentang dunia internet. Teknik Goebelles sudah tidak bolih dipakai lagi hari ini. Ketika Goebelles membuat tohmah dan fitnah dahulu internet belum wujud. Goebelles jadi balachi Hitler pada tahun 1941. Joseph Goebelles ada Leni Riefenstahl yang bergetah lagi cun. Mamak Maidin ada apa – setakat me no speaking English itu isteri Datuk K pun bolih cakap.

Hari ini tahun 2007. Sorrylaaaa beeb kami dah ada stesen tv baru. Nak tahu nama stesen tv kami? Stesen yang betul tidak bertohmah. Nama stesen tv rakyat Malaysia ialah YouTube. (Polis kata tidak bolih. Kami beruk. Polis kata tidak boleh. Kami beruk….hahah – siapa tidak tahu joke ini sila google stesen YouTube untuk ketawa sampai kentut).

Tetapi ada satu lagi berita. Ini berita saheh. Ini betul-betul kes fitnah dan tohmah. Yang kena fitnah ialah kumpulan Ayahanda, Abang Long, Abang Ngah. Kasihan abang-bang kita ini. Mereka di fitnah kerana merancang hendak membuat perhimpunan tidak bersembelih di Kuala Lumpur. Saya tahu ini betul-betul tohmah dan fitnah terutama apabila cerita yang sama dikaitkan pula dengan Jantan Lidah Pendek dan Sang Hanuman.

Wahai tukang fitnah sedarlah kamu Jantan Lidah Pendek dan Sang Hanuman bukan dalam satu chai. Tidak mungkin mereka bekerjasama. Jantan Lidah Pendek ini kalau di suruh mengumpul beer can bolihlah. Kalau di suruh mengumpul rakyat untuk turun berdemo sampai kiamat pun tidak mungkin. Apakah anda-anda semua lupa pada tahun 1998 si Jantan Lidah Pendek ini hendak membuat satu perhimpuanan besar di Bukit Jalil. Hasilnya? Satu habuk taraak jadi kerana tidak ada sponsor.

Sebelum saya mengundur dari saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan mendengar fitnah dan tohmah dari media yang sedang hanyut ditengah arus sungai. Jangan percaya tentang fitnah yang mengatakan Zainuddin Maidin pergi ke London untuk belajar Bahasa Inggeris. Itu fitnah. Jangan percaya kepada fitnah MB Pahang kahwin lagi. MB ini tidak mungkin kahwin kerana bukan saja dia bebal malah berperangai bodoh dan bermuka hodoh. Ketika dia lahir dahulu perempuan yang membidani ibunya mati terkejut kerana mukanya cukup memeranjatkan.

Sekali lagi sebelum saya mengundur diri saya ingin megingatkan ibu bapa sekelian untuk berjaga-jaga. Keadaan dalam negara kita sedang kelam kabut. Suasana tidak menentu. Saya sangat-sangat berharap terutama kepada ibu bapa yang anak-anak yang masih bersekolah. Ini bukan kerana muncul kembali cerita Bengali Potong Kepala atau Hantu Stokin tetapi ada satu berita saheh lagi afdal yang baru saya baca dari laman web.

Berita ini bukan berpunca dari media hanyut di tengah sungai. Ianya bukan fitnah dan tohmah. Berita ini dilaporkan dari satu-satu laman Malaysia yang terkini, satu laman web yang bertaraf antarabangsa. Laman laporan tepat bukan laman kaki bodek.

Ini berita tentang seorang Tambi ( bukan tambi Hindraf) yang telah mula membuka zip untuk mengeluarkan parang kontot. Ini betul-betul bahaya. Ibu bapa terutama nenek-neek yang memilihara cucu hendaklah berjaga-jaga siang dan malam. Saya tidak tahu besar mana parang kontot Tambi ini. Saya juga tidak tahu apakah parang kontot Tambi ini ada sarong atau tidak. Atau apakah parang kontot Tambi ini masih boleh dipakai. Tetapi saya masih ingat lagi beberapa tahun dahulu parang kontot Tambi ini telah menikam budak sekolah. Ini kes pelik lagi bahaya. Hinggakan orang Melaka membuat seloka untuk ingatan kita semua:

Tambi si parang kontot
Cucu bunting budak sekolah
Lain di tikam lain di tangkap
Nenek lari cucu pun hilang

Berwaspada kita semua kerana fitnah dan tohmah sedang disebarkan olih media yang sedang hanyut dalam sungai. Berhati-hati bila mendengar berita. Jangan cepat kelam kabut. Untuk mendapat kepastian tepat hanya satu cara sahaja. Baca berita dari internet seperti berita yang saya tulis ini. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment