Pages

Saturday, April 13, 2013

Singapore: Jangan Terlupa Wahai Anak Bangsa

Pada 27 dan 29 Januari 1965, Pengerusi NCP, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS dan beberapa orang ahli terkemuka Barisan Sosialis yang dituduh bersubahat dalam komplot Pro-Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia telah ditangkap.

Dua minggu kemudian Barisan Sosialis mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur yang kemudiannya berubah menjadi satu rusuhan. Ramai ahli politik sayap kiri ditangkap menyebabkan pihak pembangkang tidak mempunyai pemimpin.

Lee Kuan Yew merebut peluang ini dan seterusnya berjaya menyatukan PAP, SUPP, UDP, PPP dan MACHINDA (parti yang dikuasai oleh orang Cina dan ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1964) ke dalam suatu Konvensyen Peprpaduan Malaysia yang berikrar untuk membina “Malaysia untuk rakyat Malaysia” bukannya “Malaysia untuk rakyat Melayu”.

Dalam pada itu, barisan pemimpin UMNO mula meragui sama ada persekutuan dengan Singapura boleh diteruskan ataupun tidak.

Ini disebabkan sekiranya Lee Kuan Yew berjaya menyatukan pengundi-pengundi Cina dan India serta sebahagian besar pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak, mungkin beliau akan mendapat cukup kerusi untuk mengetuai sebuah kerajaan bukan Melayu. 

Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa Lee Kuan Yew sedang mengatur rancangan untuk membentuk satu kombinasi negeri-negeri Singapura, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Desakan demi desakan dibuat kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya Majlis Undangan Negeri Singapura dibubarkan dan terus ditadbirkan secara langsung daripada ibu negara (KL). Lee Kuan Yew tetap tidak beralah. Sebaliknya Konvensyen Perpaduan Malaysia memperhebatkan kempennya terhadap UMNO, baik dalam majlis-majlis Undangan Negeri mahupun perhimpunan umum dengan menggunakan ungkapan “Malaysia untuk rakyat Malaysia”

Sekiranya kempen tersebut berhenti setakat itu sahaja, mungkin orang Melayu dapat bersabar. Apabila kempen-kempen tersebut mula menyelitkan ketidakyakinan mereka tentang kemampuan Perikatan yang dikuasai oleh UMNO untuk merealisasikan konsep berbilang kaum, orang Melayu mula berasa marah.

TAR sendiri dengan perasaan marah mengumumkan bahawa sekiranya Singapura ingin kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia, maka Singapura harus mencara seorang pemimpin yang lebih stabil dan mahu bekerjasama. Reaksi Lee Kuan Yew terhadap kenyataan tersebut ialah membuat cabaran terhadap UMNO, serta membentangkan dalam Parlimen suatu pindaan, iaitu kenyataan rasmi mengenai dasar-dasar kerajaan pada masa akan datang.

Cabaran dan pembentangan yang dibuat pada 27 Mei 1965 ini juga memasukkan kekesalan Lee Kuan Yew kerana kenyataan itu tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa negeri ini benar-benar akan menjadi negeri Malaysia untuk orang Malaysia.


Perbahasan yang berlanjutan dengan emosional dan perasaan benci membenci berakhir pada 31 Jun, apabila Tunku menyerahkan kepada TAR untuk menutup perbahasan bagi pihak kerajaan.

Semasa Tunku ke Britain, Tun Abdul Razak secara sementara telah mengambil alih pemerintahan sebagai Pemangku PM. Beliau mengadakan perjumpaan dengan Lee Kuan Yew dengan harapan satu penyelesaian boleh menjaga nama baik kedua-dua pihak dicapai. Perjumpaan itu gagal. TAR menghubungi Tunku di London dan memberitahunya bahawa tidak ada peluang lagi bagi Lee Kuan Yew untuk membetulkan pendiriannya. Tunku menasihatkan TAR supaya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

Rundingan selanjutnya dilakukan antara TAR dan Dr Goh Keng Swee (bekas ahli ekonomi yang menjadi Menteri Kewangan Singapura). TAR mendapati walaupun beliau mempertahankan Malaysia, tetapi sikap menteri-menteri Singapura yang berunding dengan beliau tidak mahu bertolak ansur. Menjelang hujung bulan Julai 1965, TAR akhirnya berpendapat tidak ada gunanya lagi berunding dengan Singapura. Jalan penyelesaian yang terbaik bagi Malaysia dan Singapura ialah berpisah.

Sehubungan itu, TAR membuat ketetapan bahawa adalah baik bagi pihak yang terlibat sekiranya perpisahan itu dilakukan secepat mungkin. Apabila dimaklumkan, Tunku menyerahkan tugas membuat peraturan-peraturan menyingkirkan Singapura kepada TAR. 

TAR memberitahu Dr. Goh apa yang akan berlaku dan meminta supaya mengetuai perwakilan Singapura yang akan menyusun syarat-syarat pemisahan itu. Akhirnya Singapura telah menjadi sebuah republik yang merdeka pada 9 Ogos 1965. Cita-cita Lee Kuan Yew tercapai.

* Persoalan..Mengapa Tunku tidak mengambil sebarang tindakkan undang-undang terhadap LKY? sedangkan diwaktu itu undang-undang ISA telah diguna pakai?..

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[2] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. 

tidak sebutir peluru pun dari askar Melayu yang dtembak utntuk menghalang pemisahan ini...sejarah yang melukakan perasaan.

Peristiwa lain: 

Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura 

Zaman Konfrentasi 1963- 1965..Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku memberitahu bagaimana pegawai tentera British meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagle yang berlabuh di Selat Melaka. 

Tulisan Said ini disahkan oleh Yap Chin Kwee, Setiausaha Politik Tunku Abdul Rahman. Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku, maka Malaysia boleh mengisytihar perang terhadap Indonesia dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

0 comments:

Post a Comment