Pages

Tuesday, January 11, 2011

Angkara cucu cicit Raja Mendeliar


Siri 1

Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob, MB Kelantan, pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke KL apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Annuar Musa ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak, telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra hanya kerana baginda (Sultan Ismail Petra) tidak sehaluan dengan Umno.

Mahathir pula cuba memalukan Tuanku dengan penyiaran berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablo dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu

Negeri Sembilan:
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor:
MB Selangor, Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan Puteri Tuanku (Ku Yah).

Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang perkara berkaitan dengan MBnya ketika itu, Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda pada Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang:
Walaupun Tuanku diketahui ramai adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau & membazir kerana Baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga pada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak:
Sultan Azlan Shah, Sultan yang tercerdik & terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan Baginda. Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.

Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku. Akhirnya Tuanku mengaku kalah tunduk pada Mahathir.

(Apakah cara jahat itu.... hehehe... ISA nama gua...)

Johor:
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno. Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai Sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Mahathir tentang Baginda. Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku, Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa. Memang ia satu kesalahan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu, adakah kisah itu akan disebarkan? atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu:
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali. Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa Sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan, kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu. Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja, ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan Sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu, maka Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. - petikan dari Blog PemudaSarawak.

Persoalannya, siapakah yang sepatutnya terlebih dahulu di ISA kan..???

Adakah si mamak mandeliar Mahathir Kutty atau Dr. Wan Azizah...??? Jadi.. janganlah terpedaya dengan dakyah karut puak2 haramjadah umnoapco yang memperjuangkan "Ketuanan Melayu" dan mempertahankan institusi Raja-Raja.
------------------------------------------------------------------------------------------

Siri 2

Mungkin kerana terasa dengan ayat “tutup kedai, balik India” (berita sila baca di SINI) Ahad lalu, Pemuda UMNO melalui Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Ng secara kasar terhadap pemilik restoran dengan menyita serta merampas barangan di premis itu tanpa sebarang perbincangan juga adalah tidak wajar.

Ini berikutan pada minggu yang lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.

Sekarang aku letakkan VideoClip dari Pisau.net (blogger upahan UMNO) yang memaparkan akan insiden tersebut, cuba korang dengar ada atau tidak Ng berkata “tutup kedai, balik India”, kalau ada tulis dalam ruangan komen, pada minit keberapa beliau menyebutnya..

Dan tunjukkan juga dimana sikap rakus dan gaya Mafia sebagaimana yang dikatakan mamak Reezal itu..

1 comments:

otaklunyai said...

sebab tu lah raja2 takut dengan umgok. sebab masing2 ada cerita belakang.... baru tauuuuuu....

Post a Comment