Pages

Thursday, September 19, 2013

Permainan Minda

Puak-puak pemuja dajjal tidak pernah berhenti mempengaruhi minda umat Islam dengan niat memesongkannya dari jalan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Banyak hadis-hadis sahih yang memperkatakan tentang kemunculan dajjal dan menyatakan bahawa Mekah dan Madinah tanah yang diharamkan untuk Dajjal.

Pauk-puak memuja dajal di Hoollywood kerap menghidangkan santapan minda manusia dengan kehadiran dajal yang akan muncul di khalayak ramai. Filem-filem seperti  Lord of the rings. Matrix dan Monster inc. adalah antara propaganda puak-puak dajal untuk memukau minda generasi akan datang. Filem Monster Inc. amat bersesuaian sekali dengan kisah Tamim Ad-Dari yang telah bertemu dajal disebuah pulau yang sejuk.

Dajal dan Al-Jasassah

“Sesungguhnya cerita Tamim ad-Dari ini bersesuaian dengan dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua terutamanya tentang keistimewaan Mekah dan Madinah. Ketahuilah! Dajjal itu berada di Laut Syam atau Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur”, terang Baginda sambil menunjukkan tangannya ke arah Timur.

Sebagai permulaan dalam kisah ini, marilah kita merenung sebuah hadith sahih yang panjang dan mahsyur yang diriwayatkan oleh ramai sahabat-sahabat Nabi SAW. Kisah ini diceritakan oleh seorang yang baru memeluk Islam ketika itu, dan beliau menceritakan pengalamannya sesat di sebuah pulau misteri dan berjumpa dengan sesuatu yang agak pelik.

Hadith ini diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW. Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini dalam bentuk cerita:

Pada suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. Baginda SAW menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-Dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil.

Pulau Svalbard kini adalah tanah jajahan Norway. 
Ia mula dibuka pada tahun 1790 oleh Britain, Denmark, Belanda, Perancis dan Rusia.
Selain stesyen NASA USA,  Jerman dan Sweden juga memiliki stesen cuaca disitu..
tetapi mengapa ada populasi orang-orang Thai di Svalbard???

Setibanya mereka sampai di pulau tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.

Pakaian berbulu orang Innuit yang menduduki kawasan Artik.

“Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.
“Akulah pengintip rahsia (Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu.
“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.
“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara (tempat pertapaan) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”, jawab binatang itu lagi.

 
Pintu masuk ke Global Seed Vault di Pulau Svalbard.
Adakah disini tempat dajal menyihir biji benih tanaman yang  menjadi makanan manusia  hari ini??

Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.

“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.
“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.
“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini”, jawab mereka.

Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Beisan (Beit She'an, Israel). Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.
“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.


   
Poko kurma di Beit She'an, Israel.

Makna soalan: Adakah bangsa Arab Palestin masih memiliki tanah untuk bertani?
Kalau dulu ya, tapi kini hanya tinggal sedikit jumlah tanah untuk petani Palestin.



“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah (Tiberias, Israel)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.
“Airnya masih banyak.” jawab mereka.
Lalu dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”.

Makna soalan: Adakah zionis telah memiliki Israel dan mengisinya dengan penganut-penganut agama yahudi? 
Hari ini semakin ramai penganut-penganut agama yahudi kembali berpindah ke Israel, air tasik Thabariyah@ Tasik Galilee yang menjadi sumber utama kegunaan rakyat Israel juga semakin berkurangan.

Mata air di Zohar di  lembah Safed, Israel.

Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zaughar (Zohar, Israel)? Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.
“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.

Makna soalan: ???
Zohar adalah nama satu mata air yang mengalir dari dalam taman memberi manafaat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Orang yang dekat dengan itu menikmati semua keseronokan.

“Bagaimanakah dengan nabi orang-orang ummiyin? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”
“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.

“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.
“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.
“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.
“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.


Lalu makhluk itu berkata:

“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah. Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.

Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”

“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.

Tiga pertanyaan dajal kepada Tamim ad-Dari adalah berkaitan dengan paras air di Laut Mati yang menjadi sumber utama  kepada pertanian dan penduduk disepanjang sungai Jordan.


Keturah; Rahsia satu Bangsa

Profesor Khoo Khay Kim pernah berkata "Tanah Melayu ini bukan sebarangan tanah".


Ibn Athir berpendapat bahawa Bani Jawi yang kaya dengan sopan santun itu berasal dari anak cucu Nabi Ibrahim AS dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.". Surah Hud Ayat 75.

Wujudkah manusia Keturah atau Qatura ini?

Qatura atau Keturah dan anak-anaknya kemudiannya telah berpindah ke arah timur setelah diperintahkan oleh Nabi Ibrahim AS dan dipercayai berkembang merupakan nenek moyang kepada agama Hindu, Buddha dan Shinto.



Di dalam kitab Injil versi King James tertera didalamnya nama Keturah.

Abraham again took a wife, and her name [was] KETURAH.
(Genesis 25:1)

And the sons of Midian [were] Ephah, Epher, Hanoch, Abidah, and Eldaah. All these [were] the children of KETURAH.
(Genesis 25:4)

Now the sons born to KETURAH, Abraham's concubine, [were] Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah.
(1 Chronicles 1:32)

Adakah hal ini bermaksud kita percaya kepada kitab Injil hari ini?  Sama sekali tidak.

Pada gua, kitab Injil hari ini tak ubah sebagai sebuah buku sejarah yang di dalamnya terkandung secara bercampur-baur antara wahyu kepada para nabi, hadith para nabi terdahulu, kalam para ulama, nukilan para sejarahwan dan kesalahan sama ada yang disengaja atau tidak disengajakan. Namun kita perlu ingat bahawa segala maklumat yang dinyatakan di dalam Kitab Perjanjian Lama itu ada yang boleh diterima dan ada yang tidak.

Dalam menyingkap pendapat ahli-ahli kitab, termasuk semua yang termuat dalam Injil dan Taurat kita hendaklah bersikap inshaf. Di antara pendapat itu, ada yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, ada yang menyimpang dan ada pula yang ditengah-tengah (tidak sesuai namun tidak pula bertentangan).

Bagi pendapat yang ditengah-tengah Rasulullah SAW memerintahkan untuk diabaikan, tidak dibenarkan, tetapi jangan pula didustakan. Seorang Muslim tetap dituntut untuk berhati-hati kerana sifat ahli-ahli kitab banyak dicela Allah SWT.

Seperti Imam Mahadi AS, kisahnya atau namamnya tidak disebut didalam Al-Quran tetapi disebut oleh Nabi SAW. Allah SWT mempunyai rahsianya yang tersendiri kita yang kita tidak mampu selongkar.

Mengenai Dzulkarnain pula, ada disebut didalam Al-Quran tetapi hingga kini masih ramai tertanya-tanya siapakah Dzulkarnain yang sebenarnya yang memenjarakan Yakjuj & Makjuj.

“Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Surah Al ‘Ankabut, Ayat 26 

Nabi Ibrahim AS dan Nabi Lut AS diperintahkan ke sebuah negeri, cuma pentafsir mengandaikan negeri tersebut adalah Syam dalam Palestin, kerana negeri tersebut dikatakan tempat para nabi2 tetapi masalahnya Allah SWT tidak memberitahu pun nama negeri tersebut dan sekarang ini kita lihat apa yang terjadi dengan Palestin.



Zionist membunuh rakyat Palestin semata-mata kerana percaya tanah Palestin itu adalah "The Promising Land" mereka ataupun tanah yang dijanjikan. Lihat betapa hebatnya perancangan Allah SWT.


Pada pendapat gua, mengapa Keturah tidak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan Nabi SAW pun tak sebut dalam mana-mana hadisnya kerana jika Al-Quran ada menyebut Keturah itu seorang melayu, ini akan menjelaskan secara terang kepada zionis, bahawa bangsa Melayu berhubung-kait dengan bangsa yahudi. Maka nasib Melayu akan sama seperti bangsa Afghanistan sekarang dimana nama "Khurasan" terkait dgn PANJI HITAM DARI TIMUR dan DAJJAL...

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan.

Kesimpulannya, semuanya rahsia ini berkaitan dengan golongan umat Islam akhir zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mengenai Imam Mahdi al-muntazar a.s. dan peperangan yang bakal berlaku tidak lama lagi sengaja Allah sembunyikan buat masa ini.ALLAH SWT ada perancangaNya sendiri.

Wallahualam.

Thursday, September 12, 2013

Tembak Perompak..OPS Cantas!

Gua terserempak dengan aksi tembak oleh komando PDRM Bkt. Aman ketika perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari TM Malim di Bertam Melaka melalui Lebuh AMJ. Kejadian berlaku di simpang empat Tesco, Cheng, Melaka. Jam lebih kurang 10.30 pagi.



Ini gambar yang gua kutip dari forum..




Mengikut lapuran yang dikeluarkan oleh PDRM penjenayah yang ditembak itu dari geng 36.
As salam Dato2/ tuan2 memaklumkan kejayaan D9 BA dan D9 Melaka menumpaskan penjenayah bsenjatapi di Melaka.

Pada jam lKurang 0920hrs @ 12/9/2013 berhampiran persimpangan lebuh SPA dan AMJ satu kejadian tembak menembak berlaku antara pasukan polis dgn 2 penjenayah yg menaiki m/kar jenis perodua myvi warna silver No pendaftaran Perodua 2698

- ketika pasukan sedang menjalankn rondaan telah terserempak dgn kenderaan dinaiki saspek dlm keadaan yg mencurigakan. Saya dan Pasukan cuba tahan m/kar tersebut setelah memperkenalkan diri sebagai polis dgn memakai jaket bertulis polis telah terdengar beberapa letupan dari arah dalam kereta saspek dan pada masa yg sama terlihat salah seorg memegang sepucuk pistol - pasukan kemudian membalas tembakan sehingga tiada lagi ancaman keselamatan terhadap saya dan pasukan sehingga saspek berjaya di tumpaskan

- setelah pemeriksaan rambang dapati:-




1) Taruman a/l. Sp Perumal. Sivalingam kpt: 850928055641 ( dipercayai palsu)

Dipercayai kpt original Selvam A/L Devadasan (Raja@cella) 
Kpt:780313-01-6143

Alt:no14, Jalan Teratai 51, Taman Johor Jaya 81100 johor Bahru.

Semakan r/jenayah:

i) Gemas rpt: 264/97 sek.324kk - dihukum

ii) Gemas rpt 193/03 sek. 379kk- Tangkap

iii) PPA S.renggam 0000/07 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan

iv) PPA S.renggam 0000/08 Sek. POPC 7A (1)- Ditahan

v) Sungai Petani rpt 0000/08 Sek. POPC 4B- Dihadkan

vi) Sungai Petani rpt 7466/09 Sek. POPC 4A (1)(f)- tangkap

vii) PPA Machang rpt 0000/10 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
viii) PPA Machang 0000/11 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan

ix) PPA Machang 0000/12 Sek. POPC 7B (1)- Ditahan

x) Desa Cemerlang rpt 6226/12 Sek.307 KK - Wanted




Sivanesan a/L kalaiarasu
Kpt: 881209055559

Alt: no 323 Jalan Merak 14 Taman Thivy Jaya seremban N.sembilan.

Rekod Jenayah:

i) Bandar seri jempol 1665/12 adb 15(1)a

- kenderaan yg digunakan

- Perodua 2698 No chasis PM2M302S002004096

- barang yg dijumpai didlm m/kar

2- sepucuk pistol jenis warna hitam dijumpai iaitu dikaki penumpang dan satu dibelakang badan pemandu.

YDH KPN akan ke Melaka utk sidang. Weldone D9.

Tq.

Senarai nama-nama ahli kumpulan kongsi gelap yang dikehendaki PDRM.



Sejarah Telekomunikasi Negara

Sejarah awal telekomunikasi di Malaysia bermula di negeri Perak apabila sistem rangkaian telegraf pertama yang digunakan untuk menghubungkan pejabat James Wheeler Woodford Birch  atau lebih dikenali JWW Birch, Residen British di Kuala Kangsar dengan Pejabat Penolong Residen di Taiping terus ke pejabat Majistret di Matang, Perak pada 16 April 1876.

Jabatan Telekom bermula di negeri Perak pada tahun 1874 oleh .

Frank Swettenham (kiri) dan JWW. Birch di Belanja, Sungai Perak  pada tahun 1874. 
JWW Birch mati dibunuh pada 2 November 1875.

Pada tahun1876, telah wujudnya talian sepanjang 27 batu menghubungi pejabat Residen di Kuala Kangsar dan pejabat Penolong Residen di Taiping. Pada tahun 1882, talian tersebut telah disambung ke Seberang Prai dan Pulau Pinang melalui kabel dasar laut.

Dalam tahun 1900 perkhidmatan telefon magneto pertama diperkenalkan di Kudat, Jesselton (Kota Kinabalu) dan Sandakan. Raja Charles Brooke turut memainkan peranan dalam mewujudkan talian yang berterusan sepanjang 600 kilometer dari Kuching ke Sungai Baram dalam awal 1990. Dalam tahun 1908 pula sistem komunikasi bertambah maju dan telah wujud satu Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telegram.

Peristiwa Jepun menyerah kalah dalam WW II.

Pada tahun 1 April 1946, Jabatan Telekom ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris.

Logo Jabatan Telekom Malaysia

Jabatan Telekom Malaysia wujud pada tahun 1968 apabila Semenanjung Malaysia telah bercantum dengan Sabah dan Sarawak. Kemudahan sambung-jauh Terus Dail (STD) telah diberikan pada tahun 1962 di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Pada tahun 1963, gelombang mikro telah diperluaskan ke Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Bharu. Pada tahun 1964, pemasangan kabel dasar-laut SEACOM di antara Singapura dan Kota Kinabalu telah dilakukan pada tahun berikutnya pula, ianya dipasang di antara Kota Kinabalu dan Hong Kong.

Pemasangan Stesen Satelit Bumi yang pertama di Kuantan telah dilancarkan pada tahun 1970 dan pada tahun 1975 pemasangan Ibusawat Telek Automatik digunakan dimana ahli perniagaan dapat menghantar teleks tanpa melalui telefonis.

Pada tahun 1979, pelanggan yang disambung ke ibusawat jenis Sapura Elektronik telah diperkenalkan dengan kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD).


Pada tahun 1981, Ibusawat pertama telah dipasang di Kuala Lumpur dan Ibusawat Elektronik yang pertama telah dilancarkan di Pelangi Johor.

Sejak itu tidak kurang daripada 60% ibusawat telefon terdiri daripada jenis berkomputer (SPC). Pada tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang kedua telah dilancarkan di Ledu dan ia beroperasi dengan Satelit Lautan Hindi. Pada tahun 1983 perkhidmatan Datel dan Telefaks pula telah dilancarkan.Perkhidmatan ATUR (Automatic Telephone Using Radio) telah diperkenalkan pada tahun1984.

Bagi memajukan dan menaikkan lagi taraf sektor telekomunikasi ini maka pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia (JTM) telah diswastakan di atas nama Telekom Malaysia Berhad (TMB). Kerajaan Malaysia merupakan pemegang saham utama sebanyak 60 peratus dan 40 peratus lagi adalah di bawah pentadbiran individu (swasta).

Pada tahun 1987 juga Customer Service System (CASS) diperkenalkan untuk memudahkan urusan kerja. Perkhidmatan business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada tahun 1988 dan pada tahun ini juga Telekom Malaysia Berhad (TMB) juga lebih memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai reka-bentuk dan teknologi yang termoden.


Selepas itu TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan komputer dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi bahasa melayu dan inggeris. Pada tahun 1990 diperkenalkan pula perkhidmatan Toll-Free Antarabangsa dan diikuti pula dengan kad-fon tanpa bayaran.

ISDN (Intergrated Service Digital Network) sistem yang lebih pantas pada masa kini telah diperkenalkan pada tahun 1998 dimana sistem ini membolehkan pengguna berhubung dan dapat melihat terus wajah orang yang dihubunginya dan pada tahun 1998 juga diperkenalkan juga TM-CLIP iaitu pelanggan dapat melihat nombor telefon siapa yang menghubungi mereka.

Diperkenalkan pula teknologi “Video Cellullar” dan pemasangan lima ibusawat telefon bergerak dan beberapa stesen induk di Malaysia yang juga merupakan negara pertama yang menggunakan sistem tersebut di Asia.

Sistem MARS (Multi Accsess Radio System) telah diperkenalkan bagi menjaga kepentingan penduduk luar Bandar. Usaha-usaha membaik-pulih mutu perkhidmatan diteruskan dengan adanya kemajuan teknologi “Fiber Optic” iaitu rangkaian digital dan teknologi komputer.

Tuesday, August 27, 2013

Jeneral Muslim yang disegani

Omar Bai Chongxi atau Jeneral Bai Chongxi dilahirkan pada 18 Mac 1893. Beliau adalah seorang pegawai Tentera Revolusi Nasional Republik China (ROC) dan pemimpin tertinggi di dalam perjuangan Nasionalis Islam Cina. Beliau adalah Menteri Pertahanan Nasional Republik China 1946-1948.

Jeneral Bai Chongxi@Omar Baderludin

Jeneral Bai dilahirkan di Guilin, Guangxi dan diberi nama Jiansheng atau bermaksud Ehsan (健 生).  Beliau adalah dari etnik Hui dan beragama Islam membawa mazhad Sunnah Wal Jammaah.. Beliau merupakan anak yang kedua dari tiga beradik lelaki. Keluarga beliau dikatakan telah datang dari Sichuan.

Jeneral Bai ketika memberi ucapan kepada jemaah didalam masjid.

Sebagai seorang Muslim, beliau adalah Pengerusi Cina Islam di dalam Persekutuan Keselamatan Negara, dan kemudiannya menjadi Persatuan Cina Muslim. Beliau juga merupakan ahli lembaga Persatuan Antara-Agama seluruh China yang mewakili agama Islam.

Jeneral Bai dan Li Zongren pada tahun 1948.

Dari pertengahan tahun 1920-an hingga 1949, Jeneral Bai dan sekutunya Li Zongren telah memerintah wilayah Guangxi sebagai panglima perang serantau dengan pasukan mereka sendiri dan autonomi politik yang besar.

Jeneral Bai menjadikan wilayah Guangxi sebagai sebuah negara republik Islam. Beliau menentang sekerasnya-kerasnya segala perbuatan syirik dan tahyul  didalam wilayah Guangxi dan menaungi penerbitan Yuehua Islam di Guilin yang mencetak petikan dari Al-Quran dan Hadis sebagai maklumat untuk rakyat.

Jeneral Bai ketika perang Sino-Jepun II di Hankou, China pada tahun 1938.

Jeneral Bai menyemai semangat anti-warga asing, anti-penjajah dan menegakkan peraturan Islam didalam wilayah Guangxi. Tentera-tentera beliau  yang terdiri dari umat Islam China akan menyerang pendakwah-pendakwah Kristian yang dipercayai menjadi agen penjajah.  Setiap warga asing yang derada didalam wilayah Guangxi akan diserang termasuk warga Amerika dan Eropah. Pada amnya beliau menjadikan wilayah Guangxi menjadi tidak selamat untuk sebarang warga asing.

Pengisytiharan Jihad.

Pada tahun 1937, beliau mengisytiharkan jihad menjadi kewajipan untuk semua umat Islam China menentang Jepun semasa Perang Sino-Jepun II.


Selepas tewas kepada pihak Komunis, pada tahun 1951, Jeneral Bai membuat ucapan kepada seluruh dunia Islam memanggil umat Islam berjihad terhadap Kesatuan Soviet, dengan mendakwa bahawa "raksasa imperialis" pemimpin Joseph Stalin adalah "jurutera" kepada Perang Dunia III, dan Bai juga menyeru umat Islam untuk meminggirkan pemimpin India Jawaharlal Nehru kerana menjadi buta kepada gerakan  imperialisme Soviet yang semakin berkembang.

Beliau meninggal dunia di Taiwan pada 1 Disember 1966 pada umur 73 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Liuzhangli, Taipei.

Reputasi Jeneral Bai sebagai pakar strategi tentera amat terkenal dan dikagumi sehingga beliau dilaberkan oleh pakar-pakar peperangan sebagai salah satu daripada komander yang paling bijak dan cekap. Diantara kata-kata yang membuktikan ketokohan Jeneral Bai sebagai pemimpin perang Islam yang hebat.

All sources indicate that Bai was an impressive physical presence. “Tall, well-built, with a high intellectual forehead,” was the way a British intelligence report described him. “A thinker and planner in the realms of both politics and strategy. A strict disciplinarian. Possessed of both physical and mental energy of a high order. A sense of humour.” Bai was widely respected for his skills as a commander. 
Even the American General Joseph Stilwell – “Vinegar Joe”– was impressed. His finest hour might have come in 1938, when he was instrumental in inflicting a resounding defeat on the Japanese at the city of Taierzhuang. In addition to its military value, the battle was also of psychological significance, as it showed that the Japanese Army was not invincible.
Bai's reputation as a military strategist was well known. Evans Carlson, a United States Marine Corps colonel, noted that Bai "was considered by many to be the keenest of Chinese military men." Edgar Snow went even further, calling him "one of the most intelligent and efficient commanders boasted by any army in the world."


Pada bulan Mac 2013 Datuk Bandar Taipei Hau Lung-Pin telah mengumumkan makam Jeneral Bai akan menjadi asas bagi kawasan budaya Islam dan taman bersejarah Taiwan.

Monday, August 26, 2013

Altantuya; Begini ceritanya..

Kisah pembunuhan wanita Mongolia di Puncak Alam yang tersebar di internet ini belum pasti kebenarannya. Hanya Allah Taala dan mereka yang terlibat sahaja mengetahui segala kebenaran.

Masih banyak kepincangan yang jelas dalam kes pembunuhan ini selama dibicarakan di mahkamah. Watak-watak utama yang merancang pembunuhan ini bukan sahaja tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah malah cuba dilindungi oleh mahkamah itu sendiri...lu pikir la sendiri!

Sipembunuh ini menceritakan bagaimana beliau mula terlibat dan akhirnya membunuh wanita itu selepas dijanjikan sejumlah wang sebagai upah...

Upah pembunuhan hanya RM430.00 + RM30.00 (duit minyak kereta)



Sipembunuh akhirnya dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah undang-undang ciptaan manusia dari hukuman mati.

Begini ceritanya...




BILA SYAITAN BERBICARA

BARU SETAHUN DR. MURSI AL-HAFIZ MENTADBIR MESIR, UTUSAN LIDAH UMNO TELAH MENGATAKAN KUNUNNYER DR. MURSI GAGAL MEMULIHKAN EKONOMI.

EKONOMI MESIR BERADA DI AMBANG KERUNTUHAN KETIKA DR. MURSI MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN DARI HOSNI MUBARAK.

BERBAGAI-BAGAI LANGKAH PEMULIHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENTADBIR UNTUK MENSTABILKAN EKONOMI.  NAMUN, BELUM SEMPAT RAKYAT MESIR MERASA HASILNYA, TENTERA DATANG MERAMPAS KUASA...ADILKAH??

PEMBODOHAN LIDAH SYAITAN INI HANYA UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI SALURAN 1 YANG SEMAKIN PUPUS..





YA, ALLAH!  
HAMBA MU YANG LEMAH INI MEMOHON KEHADRAT MU AGAR DITURUNKAN BALA KE ATAS PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB DIATAS FITNAH INI..

SESUNGGUHNYA HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON PERTOLONGAN DAN KEPADAMU JUA AKU MEMOHON PERLINDUNGAN..
AMEEENNN YA RABB.