Pages

Thursday, March 7, 2013

Tragedi 1.3.13: Lahad Datu tiada Plihanraya

Cahaya PRU13 cuba dielakkan berlaku di Sabah telah nampak sinarnya.

Pengerusi SPR tanpa segan silu seperti mangkok jamban telah menyuarakan sedikit berita gembira untuk Najib..

Berapa nilai pampasan yg diperolehinya kerana telah berjaya menggembirakan Najib untuk sementara waktu tidak pula diketahui.


Game ni memang telah diduga..


Pengorbanan 2 anggota VAT69 di Lahad Datu adalah justifikasi kepada rancangan ini.
Zalim, kejam dan tidak berperikemanusian demi mengekalkan kuasa di Putra Jaya.
Selain janji tanah, entah berapa juta telah dibayar oleh Najib kepada Kiram untuk melaksanakan rancangan bangsat ni.

Tapi, aku amat yakin bahawa perancangan Allah Taala lagi Maha Hebat.
Dan Umno dan Najib pasti terkucil.


Najib diliwat Saiful Bukhari

Ini apa citer ni??
Dah terasa kesan dari sumpah laknat ke?
Dulu, bukan main tinggi songkok bapaknya semasa Sinfool ni bersumpah.
Sekarang waktu buat U-turn.
Berita lanjut disini.


Hijrah Seorang Pope

Betol ke berita nih??



Wednesday, March 6, 2013

Tragedi 1.3.13..Konspirasi?

Menagapa dikatakan konspirasi..

Objektif : Supaya Sabah digantung dari PRU13 atas alasan Sabah masih belum aman.

Rancangan: Reset. 
                  1. Politik 
                  2. Ekonomi
                  3. Etnik

Atas dasar 3 faktor ini, lahirlah tayangan drama untuk tontonan umum.
Drama2 Melayu yang hebat sepanjang hayat...


Drama Malayan Union--->03.146--->tertubuhnya umno.
Drama May--->13.569--->rampasan kuasa TAR.
Drama Bk. Jenalik---> 03.720--->rampasan 2 tan senjata dgn 3 pajero.
Drama LD---> 01.313--->mayat2 x d jumpai walau sekor punn..hampehhh


Dalam kes di Lahad Datu, semakin banyak persoalan demi persoalan yang mampu dijawab tetapi tidak dijawab atas alasan yang tidak boleh diterima akal.


Seorang roket saintis tidak diperlukan untuk menafsir gambar dibawah ini. Seorang awek pun tertanya-tanya kebenaran foto yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan.


Dari cakap-dengar yg dihebahkan para sahabat..
Dalam Ops Daulat, Jet-jet TUDM akan mengebom kawasan yang ditakluki pengganas Sulu. Sebaliknya jet-jet ini mengebom kawasan sejauh 1 kilometer dari sasaran sebenar.


Dan juga kononnya bahawa sebahagian anggota tentera dari 7 Batalion yang dihantar ke Sabah akan terlibat melakukan operasi "Sweeping" di Kampung Tanduo. 

Sebaliknya pihak tentera langsung tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke kawasan musuh di Kampung Tanduo. Anggota tentera hanya hadir sekadar untuk bergambar dan foto-foto anggota tentera yang sedang bersiap-sedia yang disiarkan media kerajaan sebenarnya berada sangat jauh kawasan musuh.

Dan yang amat menyedihkan apabila pihak berkuasa digunakan untuk menjayakan drama-drama bangsat ini.   Dan pihak berkuasa pula sanggup dan bersedia menjayakan drama tersebut. 2x Sedihhh..

Monday, March 4, 2013

Tragedi 1.3.13: Umno dan Penceroboh Sulu

Kata macai-macai Umno,  DSAI adalah dalang dalam Tragedi 1.3.13..berdasarkan sekeping gambar..


Tak lama selepas itu, pihak Pengganas Sulu menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan parti pembangkang di Malaysia.



Tapi dengan sekeping gambar, macai-macai Umno membina persepsi bahawa Tragedi 1.3.13 ini tiada hubungan dengan Umno. Aku bersyukur kerana kini zaman siber..Dan aku tidak mudah lupa..ok?


Ini adalah punca kepada segala masaalah. Pemberian IC palsu demi mengekal kuasa memerintah di Malaysia. Umno dan BN telah memerintah negara ini semenjak merdeka lagi. Tidakkah ini menunjukkan apa yang berlaku adalah berpunca dari Umno??

Dalam Tragedi 1.3.13 telah dihebahkan di alam siber kononnyerr...


Ko percaya?..
Aku percaya kerana Lahad Datu adalah sebahagian dari milik Kesultanan Sulu. Besar kemungkinan mereka yang telah memiliki IC dan bermastautin di Sabah masih mempunyai pertalian yang erat diantara sanak saudara mereka di Filipina. Seperti Sanusi Junid yang masih mempunyai sanak saudara di Acheh.  

 The heirs of the Sultan of Sulu: (seated from left) Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail Kiram II and (standing from left) Datu Alianapia Kiram, Datu Phugdal Kiram and Datu Baduruddin Kiram. 

Ini adalah diantara keluarga yang mengaku mewarisi Kesultanan Sulu yang sah..disahkan oleh siapa? Rumah Bicara@Kabinet?? ..boleh pakai lagi ke tak, aku pun tak pasti kerana kerajaannya tidak lagi wujud.


Jika dibaca susur galur keturunan Sultan Sulu, ketiadaan waris pengganti Sultan Jamalul Kiram II telah menyebabkan Kerajaan Sulu runtuh. Kiram diraikan oleh sultan Negeri Sembilan...adakah Kiram ini Sultan Sulu yang sah?


Di dalam gambar ini kelihatan Najib dan Keluarga Kiram sedang meraikan sesuatu...jemputan kahwin atau majlis makan??


Didalam gambar ini kelihatan Dollah Badawi sedang menghadap hidangan bersama Keluarga Kiram..meraikan apa??


Najib dan pemimpin MILF Murad Ebrahim ketika menandatangi perjanjian bersama Kerajaan Filipina.

Pertubuhan MILF berjuang mengangkat senjata menentang Filipina setelah MNLF pimpinan Nur Misuari menandatangani perjanjian autonomi bersama Kerajaan Filipina pada tahun 1996.


Murad Ebrahim dan pemimpin MILF diraikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC. Bersediakah PWTC menerima peperangan ini?


Ada macai umno yang mengaku sebagai orang perantaraan diantara Kerajaan Malaysia dan fake Sultan Sulu Rodinood Julaspi.. Siapa yg melantik Lokman Noor Adam sebagai orang perantaraan pd 2005? Kementerian Luar?
Haikkk Ptuihhh....nama sultan pun dah cukup lawak... 



Sultan pun kena pecat? kahkahkahkahkkk..
Kabarnya juga anak Sultan Sulu ni ayahanda Pekida?..Mamposss

Walau apa pun Sabah bukan milik Kesultanan Sulu lagi..kerana Kesultanan Sulu tidak lagi wujud.


Sultan Sulu(?) telah mengakuinya bahawa Sabah milik Malaysia dan dibawah adalah bukti bayaran kerajaan Malaysia kepada Keluarga Kiram.


Kadang-kadang apa yang diperkatakan macai-macai tu ada kebenarannya. Sebelum korang belah, aku nak tunjukkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ni...saksikan..



Thursday, February 28, 2013

Tentera Sultan sulu mati ditembak

Pagi tadi pukul 10.00 am telah berlaku tembak menembak diantara ATM dan Tentera sultan Sulu.

Lapuran tak rasmi pertempuran di Lahad Datu..

TSS 14 mati dan beberapa orang ditawan...

ATM dan PDRM..3 Komando cedera diterbangkan ke Kota Kinabalu..


Kedua-dua pihak mempunyai pengalaman peperangan yang seimbang tetapi berbeza plan tindakan dan alatan yang digunakan.

Jika dulu ATM yang membekalkan segala perkhidmatan kepada TTS dan kini TTS menentang mereka.

Seperti yang berlaku diantara Al-Qaeda dan CIA.

Jalan ceritanya hampir sama tetapi dilakonkan oleh pelakon dan pentas yang berbeza.

Teori konspirasi tidak dilupakan kerana umno juga terlibat dalam tragedi ini. Sumber: Sabahkini.



Thursday, January 31, 2013

Perancangan agen keganasan membina tamadun

Negara-negara di dunia Arab bergolak akibat campurtangan agen-agen asing dan penjual senjata.

CIA, MI6, FIS, ISI..etc..adalah badan perisikan yg bertanggungjawab menimbulkan keganasan di dunia demi kepentingan Agenda New World Order.

Keganasan adalah permainan CIA a.k.a illuminati untuk menghapuskan  'Nur' Islam dari hati umat Nabi Muhammad SAW.

Dengan kemusnahan ekonomi sebuah negara, CIA a.k.a illuminati dapat mengawal segala kehidupan rakyat negara itu.

Di Afghanistan, Iraq, Iran, Syria, Algeria,Yaman, Sudan..ketua-ketua  puak dibayar oleh  CIA a.k.a illuminati melalui agen untuk berperang menentang kerajaan yang memerintah tanpa alasan yang benar-benar menyakinkan dunia bahawa kedamaian dapat dicapai.

Keganasan itu digambarkan melalui media ciptaan mereka yang amat unggul bahawa islam itu ganas walaupun hakikatnya Islam itu terlalu hebat untuk dipermainkan sebegitu rupa.

Balaci@anjing paling utama CIA a.k.a illuminati ialah negara Arab Saudi. Syeikh-syeikh yang hidup seperti kisah dongeng seribu satu malam menyediakan segala kemudahan untuk musuh merancang segala tipudaya.

Umat Islam tidak 'membeli' rancangan keganasan ini kerana dilindungi hatinya dari segala tipudaya oleh Allah Taala dan RasulNya..selawat keatas Nabi Muhammad SAW.

CIA a.k.a illuminati merancang membina tamadun mereka tetapi Allah sebaik-baik perancang.

Seandainya aku dipanggil berjihad demi Allah Taala dan Sunnah Rasulullah SAW..akan aku bawa sepucuk yang seperti ini..baru la rancak skitt..angan-angan aku nii..


JIHAD KEGANASAN BUKAN AMALAN UMAT ISLAM.

JIHAD yang terbaik hari ini..pada pandangan aku adalah jihad melalui sistem demokrasi kerana..

1. Demokrasi adalah ciptaan Allah Taala.

2. Pesanan terakhir Rasulullah SAW yang mengingatkan umatnya menjauhkan keganasan kerana kita tidak mampu menewaskan musuh Islam.

3. Sistem perlaksanaan demokrasi tidak melanggar hukum syarak.

4. Kekuatan Islam itu akan menjinakkan sistem demokrasi pada akhir kehidupan.