Pages

Thursday, December 13, 2012

King Ghaz-The Last British Intelligence

Dari Blog Sanusi Junid....
Diantara fakta2 yg menarik yang dinukilkan..

1. Tun Ghazali Shafie berbangga kerana beliaulah 'the last, internationally known, member of the Second World War British Intelligence who is still active in office.'

2. Mengenai keturunannya yang sebenar, kerana saya dengar ianya berbeza-beza, bergantung kepada tempat, masa dan orang yang ditemui, beliau dengan mudah melepaskan diri dengan berkata ' serupalah tu, semuanya Melayu ...... semuanya dari satu rumpun Melayu ...

3. Manusia ..... Sanusi .... suka percaya yang dia suka percaya.' Saya telah mencatat kata-katanya ini.

4. Katanya 'kalau tak ada dia tak ada Malaysia ini'

5. Sebagai orang kanan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membantu ke arah pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963.

6. Hari pertama saya melaporkan diri kepada Tun Ghazali Shafie saya terkejut bila dia bertanya keluarga kamu di Aceh. Bagaimana dengan Teungku Muhamad Dawud Bereueh .. datuk isteri kamu.' 'Tan Sri kenal dia?' Tun Ghazali menjawab, ' kalau dia dan orang-orang dia tak tolong habislah tentera Gerwani ( Gerakan Wanita Indonesia ) dan sukarelawan PKI ( Parti Komunis Indonesia ) masuk ke Sabah dan Sarawak.

7. Tun Ghazali memberitahu kepada saya beberapa perkara seperti berikut:

(a) Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja,

(b) Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah ORANGnya dan bukan organisasinya,

(c) Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia,

(d) Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini,
Kor Risik ATM

Men in Black ATM


Research JPM

e) Sanusi jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri,

8. Isterinya Puan Sri Khadijah. Katanya waktu memperkenalkan isterinya, ' ........ dia ini sepupu Dato' Harun Idris.'

9. Dua buah majalah kegemaran Tun Ghazali yang telah saya langgan sejak itu hingga sekarang sepanjang masa 40 tahun. Dua majalah itu ialah 'The Futurist' dan 'Current History'.

10. Peristiwa berikut telah berlaku silih berganti:

i) Serangan pengikut ajaran sesat ke atas Balai Polis Batu Pahat,

ii) Tamil Malar diharamkan kerana menghina Islam,

iii) Kapalterbang Garuda dihijack ke Pulau Pinang,

iv) Musa Ahmad Pengerusi Parti Komunis Malaya menyerah diri,

v) Pindaan Akta Pertubuhan 1966 yang kontroversial,

vi) Botak Chin mengamuk dan memukul warden di Penjara Pudu,

vii) Pensyarah Universiti Rahman Embong menjadi anggota Parti Komunis Malaya.

11. Hanya tiga negara saja di dunia yang sistem perisikannya menggabungkan media elektronik nasional, surat khabar nasional dan pejabat perisikan nasional iaitu Britain, Israel dan Singapura.

12. 'Polis tidak akan tembak sebelum mereka diserang .... polis tidak akan tembak dulu ..... kecuali kalau Menteri suruh.'

13. Saya tertanya-tanya kenapa kawan saya Ibrahim Libya telah tertembak di Memali sedangkan sebelumnya kabinet telah mencadangkan supaya saya berjumpa dengannya pada hari Jumaat berikutnya.

14. Hari Sabtu dan kami difahamkan Menteri-Menteri kesemuanya ada di padang golf dengan pesanan supaya tidak diganggu kecuali oleh 'ibu', maksudnya isteri mereka. Kami juga diberitahu para isteri sedang sibuk di meja 'poker' dengan pesanan supaya tidak diganggu kecuali oleh 'bapak', bererti suami mereka.

15. Kita telah bawa balik Musa melalui Nepal dengan menggunakan beberapa lapangan-terbang kecil antara Peking dengan Nepal.

16. Tahun tujuh puluhan kegiatan KGB dan CIA begitu cergas di dalam dunia ketiga maka sesuai dengan fikiran Tun Ghazali supaya kita perlu sentiasa siap untuk menghadapi segala kemungkinan.

17. 15 Mei, 1981 Akta Pertubuhan 1966 telah dipinda untuk membezakan antara pertubuhan politik dan pertubuhan non-politik. Kita telah memilih Aliran sebagai salah satu badan yang mempunyai kemampuan intelektual untuk berbahas dan berdialog, melalui media, dengan pihak kementerian, sekitar isu pencerobohan pihak asing di dalam pertubuhan-pertubuhan kita.

18. Setelah kami berdialog dengan mereka dengan panjang lebar beberapa kali dalam seminggu untuk 4 minggu kami berpendapat fahaman komunis itu tidak banyak bezanya dengan fahaman Islam dalam beberapa aspek.'

19. Ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini.

20. "Geng Kermit" Tentera Sabilullah ini dipimpin oleh Bung Isa, bekas Setiausaha Agung Parti Melayu Semenanjung yang menyokong Soekarno yang didukong oleh PKI, diwaku itu, dan diharamkan, di waktu Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia maka label komunis telah diberi kepada mereka.

Pencerahan: Freemason yang menggalakkan Kapitalisme telah berjaya mengalahkan Komunisme dan Sosialisme.


21. Saya kenal ahli-ahli Freemason Melayu waktu saya bekerja di The Chartered Bank, Jalan Raja, Kuala Lumpur

Pencerahan: Ada (dan masih) Akaun Freemason di Standard Chartered Bank Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk mengumpul 'yuran ahli' yang kemudiannya disalurkan ke United Overseas Bank (UOB) di Singapura.

UOB Singapura diasaskan pada tahun 1935 oleh Datuk Wee Kheng Chiang kelakhiran Kuching, Sarawak.
Sebelum itu pada tahun 1924 Datuk Wee Kheng Chiang menubuhkan Bian Chiang Bank di Sarawak.
Hari ini, Bank UOB Bank terkemuka di Asia dengan 5 anak-anak syarikat di seluruh Asia iaitu United Overseas Bank (Malaysia), United Overseas Bank (Thailand), PT Bank UOB Indonesia, PT Bank UOB Buana, United Overseas Bank (China) dan United Overseas Bank Filipina.
Bian Chiang Bank telah dibeli oleh Fleet Holdingn Berhad, syarikat pelaburan milik UMNO pada tahun 1979 dan dinamakan Bank of Commerce Berhad.  Bank of Commerce bercantum dengan Bank Bumiputra semasa tahun 1998 (?), dan dijenamakan sekali lagi menjadi Bumiputra-Commerce Bank (BCB). Paling akhir, ia menjadi CIMB


 22. Pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi anggota Freemason telah berhimpun di Equatorial Hotel untuk membuat penjelasan.

Pencerahan: Dato' Hussein Onn, telah dicabar oleh Dato' Sulaiman Palestin bekas Ketua Penerangan Umno  yg membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Beliau tewas dengan mudah kerana hanya mendapat 250 undi dan Hussein mendapat 898 undi. Khabar angin bahawa Dr. Mahathir yang meletakkan beliau menentang Dato' Hussein.Dato 'Sulaiman sendiri mendakwa beliau tidak mendapat apa yang dia telah dijanjikan, dan akan mendedahkan secara terperinci . 

 23. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sendiri telah menjelaskan bahawa beliau menjadi ahli sebagai 'cara nak berkawan saja ... tak ada apa-apa pun.... bukan badan politik pun. ... kalau mereka rugikan Melayu saya takkan ikut mereka...'

24. Video yang menunjukkan pasukan PKM sedang dalam latihan perarakan kerana menyambut majlis Maulud Nabi. Rahman tak tahan dikatakan murtad.

25. Tun Ghazali dan saya telah merumuskan bahawa agak susah, bagi sesiapa pun, untuk berpakat dengan orang Melayu dalam apa jua rancangan untuk mengkhianati bangsa dan ugamanya sendiri.

Sumber: Demi Bangsa dan Tanahair






Monday, December 3, 2012

Sesatnya Umno!

Pada amnya seluruh ahli UMNO dan para penyokongnya tidak pernah menilai apa dan siapa UMNO dari perspektif Islam. Maka itulah sebabnya hati gelap dan tidak nampak yang UMNO sendiri berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli serta berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an. Dengan sebab Allah telah berikan mereka syaitan menjadi teman maka itulah sebabnya mereka sangat anti apa yang diperjuangkan oleh PAS.

Mereka tidak pernah nak ambil tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS itu kerana membaca Perlembagaan PAS pun jika ada, mereka tidak mahu terima kerana minda mereka adalah sekular.

APA DAN SIAPAKAH UMNO DARI PERSPEKTIF ISLAM?
1. Bila kita menilai UMNO kita jangan lupa Firman Allah Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf.

Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]


2. Ini adalah kerana sememangnya terbukti dalam banyak kes parti politik UMNO dan para pendokongnya berpolitik untuk mengekalkan kuasa menerajui pemerintahan negara adalah TIDAK mengendahkan pengajaran Al-Qur’an; iaitu mereka berpolitik adalah mengikut acuan politik Machiavelli yang dasarnya adalah “matlamat menghalalkan cara”.


3. Memang dasar tersembunyi parti politik mereka adalah jenis tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka mereka tidak akan ambil peduli walau pun diberikan nasihat dan dakwah banyak mana sekali pun. Cakaplah bab kewajipan supaya ditegakkan hudud dijadikan undang-undang; lagi banyak dicakapkan lagi banyak mereka mencari dan membuat daleh supaya hukum Allah itu tidak dimertabatkan. Hal ini adalah jelas di fb, dilakukan oleh pencacai UMNO dengan memberikan pelbagai alasan dan dalih yang disuarakan oleh teman rapat mereka yang tidak renggang drpd mereka itu, iaitu syaitan.


4. Kenapakah mereka begitu?.... Jawapannya ada dalam Firman Allah Ayat 36 Surah Al-Zukhruf itu. Mereka adalah produk iaitu hasil dari akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bila berpolitik.


5. Bukan senang untuk mereka berubah kembali kepada mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dalam berpolitik mereka, kerana Allah SWT sudah pun jelaskan iaitu “Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."... walau pun mereka itu beragama adalah Islam.   6. Pada zaman Rasulullah s.a.w. pun sudah ada golongan seperti mereka itu yang diketuai oleh Abdullah Ubai. Walau pun Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu beragama Islam, kenapa Rasulullah s.a.w. perintahkan masjid yang Abdullah Ubai itu bina dimusnahkan?... Ini membuktikan bahawa tidak semestinya mereka itu beragama Islam bahawa hati dan minda mereka mahu memertabatkan Islam; iaitu mahu memertabtakn SEMUA hukum Allah. Contohnya UMNO, bab hudud mereka besikap seperti sikap Abdullah Ubai. UMNO dan para pemimpinya, malah para penyokongnya juga mengaku bahawa hudud itu hukum Allah tetapi pada masa yang sama bila diminta dilaksanakan (kerana mereka di pihak yang berkuasa menerajui pemerintahah negara), jawapannya adalah seperti kenyataan yang Najib kata itulah...


7.



8. Pada zaman Rasulullah s.a.w. apakah Baginda tidak menyeru dan tidak menyampaikan dakwah Baginda?.... Sudah pasti sebagai Rasulullah s.a.w. Baginda telah melaksanakannya terhadap kaum munafik itu. Tidak berkesan sebab Abdullah Ubai dan para pengikutnya itu mengaku bahawa mereka juga beragama Islam tetapi tidak mahu mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, yang akibatnya Allah Sediakan kepada mereka syaitan untuk menjadi teman yang tidak renggang daripada diri mereka.


9. Samalah juga dengan UMNO dan para penyokongnya. Di fb bila ditanya apakah mereka suka hudud dijadikan undang-undang di Malaysia, mereka tidak jawab. Kenapa mereka tidak jawab?.... Mereka tidak jawab kerana mereka tidak mahu diri mereka dianggap oleh para pembaca sebagai golongan yang tidak Islamik. Mereka diam tidak menjawab kerana dasar politik yang tersembunyi (hidden political principle) mereka memang tidak mahu hudud dijadikan undang-undang di Malaysia. Kalau mereka jawab pun mereka tanya balik kenapa PAS tidak lebih dulu laksanakan hudud?... Jawapan yang seolah-olahnya bagi mereka hudud adalah PAS yang hendak sangat, dan bagi mereka tanpa hudud pun tidak mengapa.

10. Kenapa mereka begitu?... Ini membuktikan mereka adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an. Jika mereka mengendhkan pengajaran Al-Qur’an sudah tentulah mereka menemui Firman Allah SWT ini:

Firman Allah SWT.:

كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Yang maksudnya:

"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686].


11. Jawapan mereka itu adalah jawapan dari minda yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, iaitu Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu.


12. Bagaimanakah hendak menghadapi mereka yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an itu sedangkan mereka mempunyai kuasa politik menerajui pemerintahan negara?.... Teruskanlah berdakwah?... Teruskanlah. Persoalannya ialah mahukan syaitan yang tidak renggang dari mereka itu meninggalkan diri mereka?... Terhadap Abdullah Ubai dan para pengikutnya Rasulullah s.a.w. juga berdakwah. Tidak berkesan juga hinggakan sampai Abdullah Ubai itu mati pun syaitan tidak mahu renggang daripadanya. Maka Allah s.a.w. Turunkan Firman iaitu:

Firman Allah SWT:

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." [At-Taubah : 84.]


13. MENGENAI MUNAFIK



14. Mereka mencanangkan mereka juga memperjuangkan Islam, mendirikan masjid itu dan ini untuk membuktikan mereka juga adalah pejuang bagi memertabatkan agama tetapi mereka tetap juga tidak mengendahkan pengajaran Al-Quran dalam bab hudud. Samalah juga, Abdullah Ubai juga mendirikan masjid kononnya sebagai memertabatkan agama Islam.... Cuba kaji kenapa Rasulullah s.a.w. perintah masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai itu dimusnahkan.


15. Abdullah Ubai mendirikan masjid sebagai lambang kuasa politik bagi diri dan para pengikutnya untuk menentang kuasa politik Rasulullah s.a.w. dan masjid tersebut adalah sebagai kuasa politik bagi Abdullah Ubai. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. perintah masjid tersebut dimusnahkan iaitu sebagai memusnahkan kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya.


16. Di Malaysia?.... Jika di zaman Rasulullah s.a.w. masjid yang dibina oleh Abdullah Ubai adalah lambang kuasa politik Abdullah Ubai dan para pengikutnya, maka di Malaysia kuasa politik itu adalah dilambangkan oleh parti UMNO. UMNO = Masjid Abdullah Ubai. Binalah banyak mana pun masjid namun hukum-hukum Allah bukanlah keutamaan bagi mereka dan Najib pun sudah isytiharkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.


17. Di Zaman Rasulullah s.a.w. masjid Abdullah Ubai itu mudah saja dimusnahkan kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa politik untuk memerintahkan masjid itu ditumbang dan dimusnahkan. Di Malaysia sekarang, hanya melalui pilihanraya saja yang ada dari segi yang dibenarkan oleh undang-undang negara sebagai cara untuk mengambil alih kuasa politik sekular yang dimiliki oleh UMNO itu bagi ditukarkan kepada politik Islamik.


18. PRU-13 itu sendiri nanti ia adalah kuasa YDPA yang memerintahkan rakayat boleh memilih sama ada hendak mengambil alih kuasa politik UMNO itu atau rakyat mahu memberi UMNO terus memiliki kuasa politik itu hingga ke PRU-14... Itulah tujuannya pilihanraya diadakan, iaitu rakyat boleh mengambil alih kuasa politik UMNO yang kini menerajui pemerintahan negara.


19. Sudah tahu bahawa kuasa politik UMNO adalah jenis yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, maka terimalah padahnya jika diberikan juga UMNO/BN yang akan memenangi PRU-13 nanti yang akibatnya membolehkan UMNO/BN terus memiliki kuasa politik bagi menerajui pemerintahan negara. Antara padahnya terimalah budaya rasuah yang akan menjadi semakin hebat.   20. Contohnya ialah di Sabah Musa Aman adalah ahli UMNO, Ketua Menteri Sabah... Bagaimanakah boleh sampai adanya laporan polis terhadap dirinya? Klik ===> http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t65165.html


21. Sampaikan berjawatan menteri pun turut tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, sanggup melakukan perbuatan yang dilaknati oleh Allah… Klik===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48561-aman-brothers-involved-in-sabah-timber-graft

22. Million Dollar Bribes Disguised As ‘Donations’ – UMNO’s Ever Changing Stories!...

Klik dan baca…===> http://www.sarawakreport.org/2012/10/time-umno-stopped-changing-stories-and-just-published-the-evidence/?utm_source=Sarawak+Report&utm_medium=email&utm_campaign=a1d63dbda8-RSS_EMAIL_CAMPAIGN

23. "The timber mafia is larger than you suspect" Klik ===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/52396-the-timber-mafia-is-larger-than-you-suspect   24. Kenapa mereka yang melakukan rasuah itu tidak diambil tindakan hingga ke Mahkamah.... Jawapannya ialah kerana Gani Patail adalah AG bagi Malaysia. ... Klik===> http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/48583-mafia-trio-gani-musa-anifah-cornered-macc-files

25. Siapakah Gani Patail? …. Sebuah buku yang menarik dibaca:

Tajuk: TAN SRI ABDUL GANI PATAIL Pemalsu, Penipu, Penjenayah?

Pengarang: Zainal Abidin Ahmad

Harga: RM18.00

Boleh dibeli di:

GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd

11 Lorong 11/4E

46200 Petaling Jaya

Selangor

Malaysia

T:+60(0)3 7957 8342/8343

F:+60(0)3 7954 9202

E-mail: gerakbudaya@pd.jaring.my atau sird@streamyx.com

Boleh beli secara on-line bayar bank-in; CIMB A/C. No. 1440-0009373-05-8 [GB GERAKBUDAYA ENTERPRIE SD BHD]

Lokasi: ===> http://www.malaysia.com/directory/export-and-import/maize/selangor/Gb_Gerakbudaya_Enterprise_Sdn._Bhd._169749.html

Website: http://gbgerakbudaya.com/bookshop/index.php?main_page=product_book_info&cPath=2_8&products_id=1584


26. Apa kata Mat Zain Ibrahim dalam suratterbukanya?

Klik dan bacalah ===> http://blog.limkitsiang.com/2012/08/08/mat-zains-letter-to-igp-buku-berkaitan-ag-gani-patail-pemalsu-penipu-penjenayah/   27. MENGIKUT AJARAN ISLAM PENGAMAL / PELAKU RASUAH ADALAH DILAKNAT

Klik dan bacalah ===> http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec&key=126&cmd=resetall


28. Sudah tentulah pengamal / pelaku rasuah adalah golongan yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an, termasuklah tidak mengendahkan Firman Allah SWT. Berfirman:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].


29. Akibat tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, maka siapakah mereka itu? ...Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].   30. Sesungguhnya maha benar Firman Allah di Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu. Akibat UMNO berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik dengan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka Allah SWT telah mengadakan dan terus mengadakan syaitan menjadi temannya yang tidak renggang daripada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya). Maka oleh kerana tidak renggangnya syaitan itu daripada para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya, itulah sebabnya menjadi amat sukar bagi mereka mahu menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang Allah SWT telah sediakan syaitan kepada UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu.


31. Walau pun telah diberikan nas dan dalil iaitu mengikut Al-Qur’an dan hadis untuk dirujuk, namun amat sukar bagi UMNO (para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya) itu mahu menerimanya dan amat sukar bagi para pemimpinnya, ahli-ahlinya dan juga para penyokongnya itu boleh melepaskan UMNO sebagai wadah politik bagi diri mereka.


32. Maka dengan sebab itulah walau pun manusia itu melakukan perbuatan syirik dan melakukan kezaliman terhadap Allah SWT namun mereka tetap menyokongnya asalkan manusia itu adalah pemimpin UMNO.


33. Najib di Tugu Negara


34. FATWA Klik ===> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/istiadat-meletakkan-kalungan-bunga-di-tugu-negara-sempena


35. Layakkah manusia yang melakukan syirik dijadikan PM oleh rakyat yg beragama Islam di Malaysia?... Layakkah mereka yang mengamalkan rasuah itu terus dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin enerajui dan mentadbir pemerintahan negeri / negara? Berhati-hati Memilih Pemimpin.   36. Kaedah memilih pemimpin mengikut landasan Islam sudah tiada lagi di dalam hati dan di minda mereka kerana kaedah tersebut sudah tidak dapat diterima oleh hati dan minda mereka kerana ia sentiasa dihalang oleh syaitan yang Allah telah adakan bagi diri mereka itu sebagaimana maksud Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf itu.


37. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah kerana melibatkan diri dengan rasuah dan menyalahguna kuasa akibat tidak memelihara dan menjaga amanah. Apabila tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an maka itulah yang menyebabkan tidak henti-hentinya di kalangan pemimpin UMNO itu melakukan rasuh.


38. Dari perspektif Islam siapakah mereka?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima sholat dan zakatnya.” [Hadis Riwayat Al-Bazar].

39. Betulkah atau tidak adanya bukti bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berpolitik mengikut acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an bagi memperolehi dan mengekalkan berkuasa untuk menerajui pemerintahan negeri / negara di Malaysia?....   40. Jika betul, awas… Ingatlah... Peguam-peguam dari UMNO tidak akan membela kamu di akhirat nanti bila kamu dibicarakan di hadapan Allah SWT. di atas dosa kamu jika kamu menjadi ahli dan penyokong parti UMNO yang merupakan sebuah parti politik yang berpolitik tidak mengikut landasan Al-Qur'an dan Sunah tetapi menggunakan acuan politik Machiavelli dan berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an.


Allah SWT. Berfirman:

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦

Yang maksudnya:

”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].


UMNO DAN PENYOKONGNYA BERSYAITAN ...Klik ===> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5841&start=0


41. Itulah sebabnya asal cenderung pada UMNO, kecerdikan pun hilang.

KLik ===> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=23027&mode&order=0&thold=0


42. Kecerdikan terhadap mahu mematuhi Perintah Allah agar memertabatkan Islam sebagai AD-DEEN tidak ada dalam minda ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya akibat tidak mahu mengikut politik manhaj Al-Qur'an Dan Sunnah ...


Klik, baca dan belajar apa itu BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH ===> http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/07/berpolitik-mengikut-manhaj-al-quran-dan.html   43. Rakyat khasnya orang Melayu di Malaysia ini pada amnya tidak begitu tahu apa maksud kezaliman dari perspektif Islam. Itu sebabnya ramai orang Melayu sendiri tidak nampak dan tidak pun ada merasakan parti UMNO adalah sebuah partik politik yang banyak melakukan kezaliman mengikut maksud kezaliman dalam ajaran Islam. Apabila tidak tahu apa maksud kezaliman mana tidak tahulah sama ada seseorang atau sesuatu pihak itu melakukan kezaliman atau pun tidak.


44. "Asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Arti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:


(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t;

(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan sebagainya.

(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya."

[K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bandung, Indonesia, 1976; ms.151-152.].   45. Contoh UMNO melakukan kezaliman terhadap Allah SWT ialah keengganan UMNO menjadikan hudud hukum Allah sebagai undang-undang bagi rakyat yang beragama Islam di Malaysia. Tindakan UMNO ini adalah merupakan penyimpangan dari ketentuan oleh Perintah Allah kerana hudud adalah salah satu drpd hukum Allah. Tindakan oleh pihak UMNO inilah satu daripada contohnya bahawa berdasarkan kepada maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah meletakkan orang-orang UMNO yang merestui hudud tidak dijadikan undang-undang adalah sebagai KAFIR kerana tidak mahu berhukum dengan hokum Allah (iaitu hudud).


46. Allah SWT. Berfirman:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.”. [Al-Maidah: 44].


Apakah para ulama UMNO dan para pemimpin UMNO yang beragama Islam tidak nampak perkataan KAFIR di akhir maksud Ayat 44 dalam Surah Al-Maidah itu?   47. Keenganan mematuhi Perintah Allah iaitu tidak mahu hudud dijadikan undang-undang dan menguatkuasakannya bagi rakyat yang beragama Islam itu menjadikan UMNO selain dari melakukan kezaliman, juga UMNO adalah telah melakukan perbuatan menyalahi perintah Allah; padahnya ialah menjadikan UMNO yang menerajui pemerintahan Negara adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah. … Firman Allah SWT.:

كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Yang maksudnya:

"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.].


48. Persoalannya ialah wajarkan kita sebagai rakyat yang beragama Islam mempunyai pemerintah (iaitu UMNO) yang menerajui pemerintahan Negara, sedang mereka di sisi Allah adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci oleh Allah kerana telah menyalahi satu daripada Perintah Allah iaitu hudud?... Itulah sebabnya orang-orang Melayu susah hendak maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan termasuk ekonomi kerana pemerintahannya (iaitu UMNO yang menerajui pemerintahan Negara) adalah golongan yang melakukan kejahatan yang Dibenci di sisi Allah.   49. Satu lagi contoh kezaliman yang dilakukan oleh UMNO ialah menyekat hak Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan dalam hal royalti petrolieum Petronas... Ini adalah tindakan UMNO menggunakan Kerajaan Pusat menzalimi Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan. Hal ini diakui sendiri oleh orang UMNO, iaitu Tengku Razaligh Hamzah. Klik dan dengar ...  








50. Mengenai kezaliman UMNO ini, dan apa juga jenis kezaliman, kita ada Perintah Allah yang wajib kita patuhi. Jika kita tidak patuhi maka padahnya adalah diri kita sendiri pula yang akan menanggung akibatnya. Rakyat kena fahami baik-baik Firman Allah ini, iaitu:


وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].


Berkecenderungan pun Allah tegah, inikan pula menjadi ahli UMNO, dan menyokong untuk memenangkannya di PRU supaya UMNO terus menerajui pemerintahan Negara dan akan terus melakukan kezaliman iaitu sebagaimana maksud kezaliman dari perspektif Islam; sudah tentulah ia adalah merupakan sebagai manifestasi berani menentang Firman Allah tersebut.

51. Adalah amat perlu diberi tahu kepada rakyat apa juga kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dalam bidang politik kerana berkecenderungan hati menyokong dan memenangkan UMNO/BN di PRU13 nanti bererti akan menerima padahnya sebagaimana yang Allah SWT telah Firmankan di Ayat 113 dalam Surah Hud itu tadi, iaitu:

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

yang maksudnya:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].

52. KEZALIMAN UMNO KEPADA MELAYU

Klk dan baca ===> http://www.scribd.com/doc/12139015/Dosa-UMNO-Pada-Ketuanan-Melayu

Jangan bersetuju dengan orang yang zalim - Ustaz Azhar Idrus.



Oleh: AsaBakri

Thursday, November 15, 2012

Bakal Ketua Agama??..Adoyaiiiii

Kononnya raja adalah ketua agama Islam..
Kalau perangai raja mengalahkan kapir cemana pulakkk??
Pi mamposs dengan pangkat dan gelaran..
Pada aku bezanyer manusia hanya takwa kpd Allah Taala..that's it!

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian).
(Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya)

Bahkan sabda Rasulullah S.A.W lagi (ini yang aku paling takut), maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu.
(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar R.A)

Berita Lanjut disini dan sini..



Wednesday, November 14, 2012

Raja Muda??...Pi Mamposs

Kononnya raja adalah ketua agama Islam..
Kalau perangai raja mengalahkan kapir cemana pulakkk??
Pi mamposs dengan pangkat dan gelaran..
Pada aku bezanyer manusia hanya takwa kpd Allah Taala..that's it!

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian).
(Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya)

Bahkan sabda Rasulullah S.A.W lagi (ini yang aku paling takut), maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu.
(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar R.A)

Berita Lanjutdisini dan sini..



Friday, October 5, 2012

Tuesday, August 21, 2012

Rahsia Kerajaan Melayu...PENTING!

Permata Yang Hilang (Bahagian 1) Alam sebelah sini (Timur Jauh) dahulunya dikenali sebagai Nusantara. Bumi bertuah yang kita pijak pada hari ini pula dahulunya dikenali sebagai Aurea Chersonesus atau Semenanjung Emas. Itu adalah sebuah nama kuno yang semakin dilupai pada zaman Internet kini. Ianya telah diberikan oleh orang-orang Greek (masihkah ingat pada Socrates, Plato dll?) yang berdagang sehingga ke bahagian timur jauh.

Dalam bahasa Greek, “chersonesus” bermakna semenanjung; manakala “aurea” pula emas. Semenanjung Emas bukanlah nama sebuah kerajaan yang berdaulat. Ia hanyalah istilah atau nama rujukan tempat (sama seperti istilah Semenanjung Tanah Melayu, Benua Amerika, Tanah Arab, atau Tanah Jawa). Peta dibawah adalah antara peta terakhir yang masih menggunakan nama kuno tersebut untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Peta itu dikeluarkan pada 1765.


Bumi ini telah melalui pelbagai zaman keagungan dan kegelapan. Yang pasti, anak watan terus menabur bakti mentadbir dan mengurusnya dengan begitu baik sehingga kemakmurannya menggamit pedagang dari serata ceruk dan rantau dunia. Maka, gah dan tersohorlah beberapa kerajaan dibumi ini terutamanya Kerajaan Melayu Melaka.

Keagungan pasti mengundang kecelakaan andainya kita tidak sentiasa beringat bahawa itu tidak lain hanyalah ujian Allah SWT terhadap hambaNya. Kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali dalam hal ini. Ujian yang amat besar diturunkan oleh Allah terhadap hambaNya dalam bentuk kegawatan politik dalaman dan serangan anasir luaran sehingga runtuhnya Kota Melaka.

Keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka yang gemilang adalah bertitik tolak dari beberapa asbab dalaman dan juga luaran. Kelemahan pentadbiran (antara lainnya, ahli politik bercakaran sesama sendiri, fitnah-menfitnah dah berhasad-dengki menjadi perkara biasa) dan pengurusan (mengambil askar upahan untuk mempertahankan Melaka) serta kekejaman Sultan yang memerintah dikatakan asbab dalaman yang paling utama kepada kejatuhan empayar.

Asbab luaran yang utama pula ialah serangan hebat penjajah Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, Sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang, seterusnya ke Kepulauan Bintan dan menubuhkan Kerajaan Johor Lama (disebut juga Johor-Riau dan Johor-Riau-Lingga). Kerajaan baru yang ditubuhkan di selatan Tanah Melayu itu juga tidak terkecuali dari kempen penjajahan oleh Portugis, sehingga memaksa Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Sumatera dan meninggal dunia disana pada tahun 1528.

Al-sultan yang mangkat telah meninggalkan dua orang waris untuk meneruskan perjuangannya. Sultan Alauddin Riayat Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah yang pertama telah mewarisi daulat Kerajaan Melayu Melaka dan menubuhkan Kesultanan Melayu Johor. Pun begitu, keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh ayandanya tidak berakhir begitu sahaja. Sultan Alauddin juga mengalami keadaan yang sama. Serangan bertalu-talu oleh musuh luar iaitu Portugis dan diikuti oleh Belanda menyebabkan waris kerajaan Melayu yang seterusnya tidak dapat bertahan.

Manakala anakanda Sultan Mahmud Shah yang kedua, iaitu Muzaffar Shah telah meneruskan daulat Kerajaan Melayu Melaka dengan berkerajaan di sebuah negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu Perak. Kesultanan Melayu Perak juga tidak terkecuali dari campur tangan penjajah luar dari semasa ke semasa terutamanya oleh Belanda dan Inggeris.

Kuasa penjajah Belanda dan Inggeris juga sering bertempur sesama mereka untuk menguasai Semenanjung Emas yang melimpah ruah dengan pelbagai hasil ini. Akhirnya, pada bulan Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah dimeterai diantara beberapa pihak yang berkuasa untuk membahagikan alam Nusantara kepada dua. Satu bahagian yang mengandungi Semenanjung Emas dan jajahan takluknya dikuasai Inggeris; manakala sebahagian yang lain (Indonesia sekarang) dikuasai oleh Belanda . Perjanjian Pangkor 1874 menandakan bermulanya proses campurtangan pihak Inggeris dalam hal-ehwal Tanah Melayu.

Penjajahan Inggeris telah berakhir pada tahun 1957, iaitu setelah lebih 83 tahun menjarah hasil bumi ini semahunya. Jika diambil kira dari tarikh kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511, bumi ini telah dijajah dan dirompak dengan rakus selama 446 tahun!

Pengkisahan di atas adalah kefahaman umum terhadap sejarah bumi bertuah ini. Rujuklah mana-mana buku sejarah (yang semestinya menjadi alat propaganda dan indoktrinasi paling berkesan) baik diperingkat sekolah rendah, menengah atau universiti. Kisahnya tidak lari dari kefahaman sejarah yang tercatat di atas.

Tapi, AWAS tuan-tuan. Sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa. Inggeris telah melakarkan dan menentukan apa yang kita perlu tahu mengenai sejarah kita. Kefahaman sejarah diberikan sekadar cukup untuk menjadikan kita mengetahui serba sedikit latar belakang bangsa kita dan tidak bangun berjuang menentang penguasaan mereka terhadap bumi bertuah ini. Bukan semua mahu didedahkan oleh bangsa penjajah keparat ini.

Persoalannya, jika benar Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511, dimana waris kedaulatannya hanya mampu menubuhkan kerajaan Melayu yang kecil seperti Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Perak, mengapa peta dibawah ini, yang bertarikh 1747, masih lagi mencatatkan nama K. of Malacca diatas seluruh Semenanjung Tanah Melayu?


Huruf “K” pada nama tersebut bermaksud Kingdom of Malacca atau dalam terjemahan mudah Negara Beraja Melaka! Adakah ini satu kesilapan yang tidak disengajakan? Adakah pelukis peta tersebut tidak maklum bahawa Kerajaan Melayu Melaka telah tumbang pada 1511 seperti yang dikisahkan kembali oleh Inggeris kepada kita? Adakah setelah 236 tahun tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka (1747-1511=236 tahun), pelukis peta tersebut masih lagi tidak tahu bahawa Kingdom of Malacca telah lenyap dari atas muka bumi? Memang buta sejarahlah kalau begitu halnya. Pelukis peta tersebut hanya pedulikan Ilmu Alam sahaja. Makan dan minum geografi, tidur dan jaga pun geografi jugak.

Tuan-tuan, peta diatas telah diterbitkan pada tahun 1747 di London, iaitu 127 tahun sebelum termeterainya Perjanjian Pangkor. Pada penjuru kiri bahagian bawah peta tersebut terdapat tajuk berikut:

A new & accurate map of Asia. Drawn from actual surveys, and otherwise collected from journals; assisted by the most approved modern maps & charts. The whole being regulated by astronl. observations. By Eman. Bowen.

Sumber asal peta ini boleh diperolehi di sini. Peta ini adalah terhad dan dilukis pada tahun 1747 sebagai rujukan utama kepada William Innys dan lain-lain (entah siapa William Innys – perlu kajian mendalam mengenai pemilik asal peta ini). Menariknya, tajuk peta tersebut mengatakan ia adalah yang terkini (pada tahun 1747) dan paling tepat, dilukis dari data “survey” sebenar.

Hakikatnya tuan-tuan, kita telah ditipu terang-terangan oleh penjajah Inggeris! Kerajaan Melaka masih wujud dalam tahun 1747 seperti mana dibuktikan melalui nama K. of Malacca dalam peta tersebut. Hal ini cuba disembunyikan oleh mereka.

Jika Kerajaan Melaka masih wujud pada 1747 siapa pula rajanya pada ketika itu? Apa gelarannya? Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong jugakah? Dimanakah pula pusat pemerintahannya? Apakah bertempat disatu daerah yang sekarang ini dikenali sebagai negeri Melaka? Hal letak duduk Kerajaan Melaka ini ditutup dengan rapat sehingga umat Melayu tenggelam punca sejarah bangsanya sendiri.

Apa pula hubungan Kerajaan Melaka ini dengan Empayar Othmaniyah yang berkerajaan selama 623 tahun di Turki iaitu dari 1299 sehingga 1922? Pasti ada pertalian tertentu kerana umum mengetahui Empayar Othmaniyah adalah payung kepada semua kerajaan Islam di seluruh dunia. Hal ini juga cuba ditutup sepenuhnya oleh Inggeris. Ini adalah rahsia besar – TOP SECRET! Umat Melayu tidak boleh mengetahuinya sama sekali sampai bila-bila!



Tahun 1747- "Malacca Kingdom"

Tahun 1799-"Malacca"..State

Tahun 1806-"Malaya"

Screen-shot dari Luna Image Collection

Sumber: Think-Tank

Friday, August 3, 2012

Kembalikan hak P. Ramlee tanpa korbankan maruah diri

Oleh: Mazir Ibrahim

29 JUN 2011– Nama P.Ramlee lebih gah dari semua Perdana Menteri Malaysia. Apa-apa isu tentang P.Ramlee masih belum reda dalam nostalgia indah penghayat seni kita.

Yang terbaru adalah berkenaan tuntutan royalti karya P.Ramlee daripada Shaw Brothers sebagai pemilik filem-filem Seniman Agung itu.

Gedebak-gedebuk cerita tentang tuntutan hak intelek, kontrak dan perjanjian termasuk kisah tentang anggaran wang yang begitu besar jumlahnya, semua ini akhirnya akan menemui satu titik buta iaitu – kerajaan.

Jelasnya, P.Ramlee sepanjang hayatnya bukan sekadar bijak menggarap seni budaya bangsa kita dalam karyanya, tetapi selepas meninggalkan kita buat selama-lamanya, Seniman Agung ini juga berjaya membongkar satu krisis yang menjadi puncan kepada semua masalah ‘gedebak-gedebuk’ itu.

Puncanya adalah satu fenomena yang kini kita kenali sebagai sifat ‘kebergantungan’ kepada kerajaan. Kontra kepada sifat ini adalah bebas atau ‘independent’.

Budaya kebergantungan ini disemai sejak sekian lama. Lama-kelamaan budaya ini terbentuk menjadi satu jalur pemikiran – mentaliti.

Senario semasa

Dalam isu royalti P.Ramlee ini, golongan yang merasa sayang, prihatin dan bertanggungjawab mengenainya sebenarnya tidak perlu lagi mengharapkan pihak kerajaan untuk bertindak dan membantu golongan karyawan.

Memang pedih pada mulanya untuk menjadi “bebas kerana andaian selama ini adalah “tanpa kerajaan, mana nak dapat duit atau peruntukan”. Tetapi karyawan perlu ingat, peruntukan atau bantuan kerajaan tidak diberi percuma kerana “harga” yang perlu dibayar ialah kebebasan berekspresi itu sendiri.

Jika kita boleh senaraikan isu-isu yang timbul tentang Seniman Agung yang selama ini pernah dibangkitkan, pasti di kala penutup isunya akan berkumandanglah ayat klise seperti – “kerajaan patut buat itu, kerajaan perlu laksanakan ini, kerajaan wajar memperuntukkan itu, pihak berwajib mesti bertanggungjawab tentang hal ini dan seumpanya”.

Orang-orang yang prihatin ini termasuk golongan karyawan terus menyalak kepada kerajaan dengan pelbagai permintaan dan harapan sedangkan kita degil dan tidak mahu belajar dari sejarah.

Adakah kita faham bahawa dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang ada pada hari ini han
ya akan bertindak jika ada kepentingan politik di pihak mereka?

Adakah peminat P.Ramlee sudah lupa bagaimana Seniman Agung ini dilayan ketika di Studio Merdeka, Ulu Klang? P.Ramlee diperlakukan seperti hamba tebusan oleh industri dan penguasa politik.

Selepas P.Ramlee tiada, baru lah terkejar-kejar segala macam benda hendak dinamakan sempena namanya, gelaran sudah tak terkira. Seolah-olah mahu menebus dosa mereka terhadap Seniman Agung kita.

Sampai kita lupa P. Ramlee meninggal dunia dengan hati yang kempunan mahu menerbitkan filem berwarna sendiri tetapi dipinggirkan oleh penguasa politik dan kroni mereka dalam industri filem.

Hal yang sebegini pun kita masih tidak kenal wajah sebenar kerajaan yang kita harap-harapkan itu. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘mentaliti kebergantungan’ yang dididik sejak sekian lama oleh UMNO.

Kebanyakan kalangan kita belum ada budaya independen.

Cadangan penyelesaian I

Budaya kebergantungan ini harus diubah dengan budaya independen. Mungkin kita boleh menafsir konsep indipenden ini secara yang lebih mudah untuk difahami sebagai budaya berdikari.

Dalam konteks P.Ramlee sebagai lagenda yang hebat, beliau adalah khazanah negara, diiktiraf bukan sahaja di Malaysia, malah popular di Asia Tenggara. Ini boleh dilihat sebagai ‘selling point’ yang boleh dimanfaatkan untuk menggerakkan usaha ke arah penyelesaian terhadap isu royalti tersebut.

Pengiktirafan itu, jika diurus dengan betul, boleh menarik minat, simpati, sokongan atau bantuan dari sektor swasta, korporat dan syarikat multinasional, sama ada milik Melayu atau Malaysia, atau pun syarikat usahasama.

Barangkali bantuan itu dalam bentuk membiayai kos tuntutan tersebut, atau membantu khidmat guaman atau apa jua bentuk bantuan untuk kempen secara besar-besaran demi membantu dan menarik sokongan ramai dalam menyelesai dan mengubah keadaan tersebut.

Cadangan penyelesaian II

Ada kumpulan-kumpulan tertentu di negara ini yang sering melalak memperjuangkan bangsa Melayu. Mengapa tidak digerakkan usaha atas nama Seniman Agung ini demi mengembalikan khazanah negara kepangkuan pertiwi. Kata nak mengangkat martabat budaya bangsa.

Bukankah P.Ramlee telah diangkat sebagai simbol kebudayaan bangsa, simbol pencapaian seniman Melayu yang hebat?

Dalam situasi ini, di manakah kelompok Melayu seperti Perkasa, Pemuda UMNO dan sebagainya yang berdegar-degar hendak memperjuangkan nasib bangsa? Apakah P.Ramlee bukan orang Melayu? Karyanya bukan karya Melayu? Apa yang P.Ramlee wariskan itu bukan untuk tamadun bangsa Malaysia?

Jika usaha ini digerakkan dengan betul, bukan P.Ramlee seorang sahaja yang akan mendapat manfaat, sebaliknya semua karyawan dan industri juga akan menerima impak, sedikit demi sedikit ruang kebebasan dan budaya indipenden (berdikari) ini akan wujud.

Jika cara dan pendekatan ini menguntungkan kepada semua pihak, mengapa tidak? Daripada menggunakan nama Melayu untuk menakutkan orang lain, bukankah lebih baik digarap semua tenaga untuk mengembalikan khazanah Seniman Agung kembali ke ibu pertiwi?

Kesan yang lebih jauh dari itu ialah golongan seni tidak lagi perlu bergantung dalam semua perkara pada setiap masa dengan kerajaan. Dan kerajaan tidak perlu “membeli” seni dan seniman dengan harga yang paling murah seperti apa yang P.Ramlee terpaksa terima. Yang sudah itu sudah lah.

Peranan kerajaan sekadar menjaga hak-hak asas karyawan. Peruntukan untuk seni perlu diberikan kepada karyawan tanpa syarat. Peruntukan itu pun duit cukai rakyat. Yang penting kebebasan berekspresi dapat membuahkan kreativiti warga Malaysia.

Selebihnya, biar industri dan karyawan sendiri yang menentukan masa depan mereka. Inilah yang P.Ramlee lalui, dan kita belajar darinya. – Roketkini.com