Pages

Thursday, December 13, 2012

King Ghaz-The Last British Intelligence

Dari Blog Sanusi Junid....
Diantara fakta2 yg menarik yang dinukilkan..

1. Tun Ghazali Shafie berbangga kerana beliaulah 'the last, internationally known, member of the Second World War British Intelligence who is still active in office.'

2. Mengenai keturunannya yang sebenar, kerana saya dengar ianya berbeza-beza, bergantung kepada tempat, masa dan orang yang ditemui, beliau dengan mudah melepaskan diri dengan berkata ' serupalah tu, semuanya Melayu ...... semuanya dari satu rumpun Melayu ...

3. Manusia ..... Sanusi .... suka percaya yang dia suka percaya.' Saya telah mencatat kata-katanya ini.

4. Katanya 'kalau tak ada dia tak ada Malaysia ini'

5. Sebagai orang kanan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membantu ke arah pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963.

6. Hari pertama saya melaporkan diri kepada Tun Ghazali Shafie saya terkejut bila dia bertanya keluarga kamu di Aceh. Bagaimana dengan Teungku Muhamad Dawud Bereueh .. datuk isteri kamu.' 'Tan Sri kenal dia?' Tun Ghazali menjawab, ' kalau dia dan orang-orang dia tak tolong habislah tentera Gerwani ( Gerakan Wanita Indonesia ) dan sukarelawan PKI ( Parti Komunis Indonesia ) masuk ke Sabah dan Sarawak.

7. Tun Ghazali memberitahu kepada saya beberapa perkara seperti berikut:

(a) Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja,

(b) Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah ORANGnya dan bukan organisasinya,

(c) Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia,

(d) Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini,
Kor Risik ATM

Men in Black ATM


Research JPM

e) Sanusi jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri,

8. Isterinya Puan Sri Khadijah. Katanya waktu memperkenalkan isterinya, ' ........ dia ini sepupu Dato' Harun Idris.'

9. Dua buah majalah kegemaran Tun Ghazali yang telah saya langgan sejak itu hingga sekarang sepanjang masa 40 tahun. Dua majalah itu ialah 'The Futurist' dan 'Current History'.

10. Peristiwa berikut telah berlaku silih berganti:

i) Serangan pengikut ajaran sesat ke atas Balai Polis Batu Pahat,

ii) Tamil Malar diharamkan kerana menghina Islam,

iii) Kapalterbang Garuda dihijack ke Pulau Pinang,

iv) Musa Ahmad Pengerusi Parti Komunis Malaya menyerah diri,

v) Pindaan Akta Pertubuhan 1966 yang kontroversial,

vi) Botak Chin mengamuk dan memukul warden di Penjara Pudu,

vii) Pensyarah Universiti Rahman Embong menjadi anggota Parti Komunis Malaya.

11. Hanya tiga negara saja di dunia yang sistem perisikannya menggabungkan media elektronik nasional, surat khabar nasional dan pejabat perisikan nasional iaitu Britain, Israel dan Singapura.

12. 'Polis tidak akan tembak sebelum mereka diserang .... polis tidak akan tembak dulu ..... kecuali kalau Menteri suruh.'

13. Saya tertanya-tanya kenapa kawan saya Ibrahim Libya telah tertembak di Memali sedangkan sebelumnya kabinet telah mencadangkan supaya saya berjumpa dengannya pada hari Jumaat berikutnya.

14. Hari Sabtu dan kami difahamkan Menteri-Menteri kesemuanya ada di padang golf dengan pesanan supaya tidak diganggu kecuali oleh 'ibu', maksudnya isteri mereka. Kami juga diberitahu para isteri sedang sibuk di meja 'poker' dengan pesanan supaya tidak diganggu kecuali oleh 'bapak', bererti suami mereka.

15. Kita telah bawa balik Musa melalui Nepal dengan menggunakan beberapa lapangan-terbang kecil antara Peking dengan Nepal.

16. Tahun tujuh puluhan kegiatan KGB dan CIA begitu cergas di dalam dunia ketiga maka sesuai dengan fikiran Tun Ghazali supaya kita perlu sentiasa siap untuk menghadapi segala kemungkinan.

17. 15 Mei, 1981 Akta Pertubuhan 1966 telah dipinda untuk membezakan antara pertubuhan politik dan pertubuhan non-politik. Kita telah memilih Aliran sebagai salah satu badan yang mempunyai kemampuan intelektual untuk berbahas dan berdialog, melalui media, dengan pihak kementerian, sekitar isu pencerobohan pihak asing di dalam pertubuhan-pertubuhan kita.

18. Setelah kami berdialog dengan mereka dengan panjang lebar beberapa kali dalam seminggu untuk 4 minggu kami berpendapat fahaman komunis itu tidak banyak bezanya dengan fahaman Islam dalam beberapa aspek.'

19. Ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini.

20. "Geng Kermit" Tentera Sabilullah ini dipimpin oleh Bung Isa, bekas Setiausaha Agung Parti Melayu Semenanjung yang menyokong Soekarno yang didukong oleh PKI, diwaku itu, dan diharamkan, di waktu Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia maka label komunis telah diberi kepada mereka.

Pencerahan: Freemason yang menggalakkan Kapitalisme telah berjaya mengalahkan Komunisme dan Sosialisme.


21. Saya kenal ahli-ahli Freemason Melayu waktu saya bekerja di The Chartered Bank, Jalan Raja, Kuala Lumpur

Pencerahan: Ada (dan masih) Akaun Freemason di Standard Chartered Bank Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk mengumpul 'yuran ahli' yang kemudiannya disalurkan ke United Overseas Bank (UOB) di Singapura.

UOB Singapura diasaskan pada tahun 1935 oleh Datuk Wee Kheng Chiang kelakhiran Kuching, Sarawak.
Sebelum itu pada tahun 1924 Datuk Wee Kheng Chiang menubuhkan Bian Chiang Bank di Sarawak.
Hari ini, Bank UOB Bank terkemuka di Asia dengan 5 anak-anak syarikat di seluruh Asia iaitu United Overseas Bank (Malaysia), United Overseas Bank (Thailand), PT Bank UOB Indonesia, PT Bank UOB Buana, United Overseas Bank (China) dan United Overseas Bank Filipina.
Bian Chiang Bank telah dibeli oleh Fleet Holdingn Berhad, syarikat pelaburan milik UMNO pada tahun 1979 dan dinamakan Bank of Commerce Berhad.  Bank of Commerce bercantum dengan Bank Bumiputra semasa tahun 1998 (?), dan dijenamakan sekali lagi menjadi Bumiputra-Commerce Bank (BCB). Paling akhir, ia menjadi CIMB


 22. Pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi anggota Freemason telah berhimpun di Equatorial Hotel untuk membuat penjelasan.

Pencerahan: Dato' Hussein Onn, telah dicabar oleh Dato' Sulaiman Palestin bekas Ketua Penerangan Umno  yg membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Beliau tewas dengan mudah kerana hanya mendapat 250 undi dan Hussein mendapat 898 undi. Khabar angin bahawa Dr. Mahathir yang meletakkan beliau menentang Dato' Hussein.Dato 'Sulaiman sendiri mendakwa beliau tidak mendapat apa yang dia telah dijanjikan, dan akan mendedahkan secara terperinci . 

 23. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sendiri telah menjelaskan bahawa beliau menjadi ahli sebagai 'cara nak berkawan saja ... tak ada apa-apa pun.... bukan badan politik pun. ... kalau mereka rugikan Melayu saya takkan ikut mereka...'

24. Video yang menunjukkan pasukan PKM sedang dalam latihan perarakan kerana menyambut majlis Maulud Nabi. Rahman tak tahan dikatakan murtad.

25. Tun Ghazali dan saya telah merumuskan bahawa agak susah, bagi sesiapa pun, untuk berpakat dengan orang Melayu dalam apa jua rancangan untuk mengkhianati bangsa dan ugamanya sendiri.

Sumber: Demi Bangsa dan Tanahair






0 comments:

Post a Comment