Pages

Wednesday, August 18, 2010

Umno dan Freemason

Aku terbaca satu artikel berhubung Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun M. Amat terkejut betul aku bila Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 di Malaysia manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Dan yang terbaru 1 Malaysia sama dengan 1 Israel..

Adakah ini kebetulan atau Freemason telah lama berjaya menakluki pucuk pimpinan pemerintah?....aku copy artikel ini agar ia tidak dilupakan...

Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?

Wawasan 2020

Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.

Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.

Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …

“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”

Latar Belakang Israel 2020

Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.

Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.

Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;

  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Kementerian Dalaman
  3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
  4. Kementerian Pertahanan
  5. Kementerian Kewangan
  6. Kementerian Pertanian
  7. Kementerian Pendidikan
  8. Kementerian Persekitaran
  9. Kementerian Pengangkutan
  10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
  11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
  12. Suruhanjaya Air Israel
  13. Penguasa Tanah Israel

Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020″ untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.

Matlamat Akhir Israel 2020

Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.

Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.

Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020

Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.

Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.

Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.

#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.

Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.

Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”

#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020

Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.

#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin

Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur

Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.

#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger

Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.
Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;

“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”

Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).
Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;

Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”

Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″(Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)

Kesimpulan

Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.

Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.

Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.

Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.

Thursday, July 29, 2010

Semangat Bangsa kawan lama di Facebook

Facebook telah berjaya menemukan aku dgn kawan-kawan lama di zaman kanak-kanak. Dari cerita-cerita zaman persekolahan sehingga lah meleret-leret ke isu politik.

Ramai yang menyokong PR dan hanya seorang sahaja yang memperjuang prinsip Perkasa Berahim Ali. Hidup Melayu!!! Memperjuangkan hak bangsa Melayu supaya apa yang telah berlaku kepada negara Singapura tidak akan berulang di Tanah Melayu ini.

Salah siapa?
Salah orang melayu bangsawan yang memerintah Tanah Melayu ini. Adakah mereka benar-benar memerintah atau sekadar boneka British? Umno ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar dengan slogan Merdeka. Ketika proses rundingan kemerdekaan mula bergerak, slogan Merdeka telah ditukarkan Hidup Melayu. Mengapa?Baca disini.

Semangat bangsa ini adalah jarum halus yangg ditinggalkan oleh British melalui UMNO ke dalam perasaan setiap orang Melayu di Tanah Melayu ini. Ini supaya kita tidak berupaya mampu bersatu membangunkan negara ini.

Mengapakah kita tidak mahu mengambil iktibar dari sabda Rasulullah S.A.W "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China" ..mengapa China, tidak Rom (Byzantine) atau negara-negara lain yang maju di zaman itu. Bukan kah lebih baik jika kita mampu berfikir dan percaya berpandukan sabda Rasulullah S.A.W. itu bahawa bangsa Tionghua adalah bangsa yang berilmu dan tidak kedekut dengan ilmu nya.
Dan mereka juga boleh dipercayai dan dijadikan kawan.

Aku sungguh merasa kesal kerana perasaan perasangka kawan ku itu terhadap bangsa Tionghua. Walaupun kita telah hidup bersama dan ada sebahagian nya mati bersama, mengapa kita masih ada perasaan perasangka sebegitu? Hasil yang kita dapat dari berperasaan perangsangka sebegitu ialah orang Tionghua juga mempunya perasaan yang sama terhadap bangsa kita.

Dan selamanya orang Melayu tidak mampu bersaing walaupun mereka di anugerahkan satu bangsa yang berilmu dan boleh menjadi sahabat sehingga disebut oleh Rasulullah S.A.W. Tapi kita menjadi sombong kerana Ketuanan Melayu.

Cukuplah kesilapan yang telah kita lakukan selama ini.

Mari lah kita bangunkan bersama-sama negara kita ini untuk generasi yang akan datang..be a partner is better than be a competitor...kita boleh bergerak lebih jauh.

p/s- Negara China tidak pernah menjajah mana-mana negara.

Monday, July 26, 2010

Isu pasir di Berjuntai Bestari@Batang Berjuntai

Pertama sekali, Berjuntai Bestari@Batang Berjuntai tu kampung aku..dari kecil sampai habis form 5 aku tinggal di Berjuntai Tin ...dari sejak aku lahir lagi...aku da kenal sangat tempat ni...da lama pasir-pasir di situ dikorek oleh kapal-kapal korek (ada 9 buah kapal korek), segala jenis jentolak atau mesin-mesin yg sewaktu dgn nya.

Bukan la sesuatu yg asing bagi aku melihat lori-lori pasir berlumba dlm kawasan tempat tinggal aku..di Kem 9....lebih 50 tahun operasi korek pasir ni berlaku disitu...korek pasir tanpa henti20x...

Tapi dulu aku selalu nampak jeep PTG K. Selangor bersidai depan TNB sub-station sebelah kilang Saminax..,lori-lori pasir keluar masuk ambil pasir.. laju bukan main..macam kereta F1..habis jalan berhabuk..jalan rosak..tak da pulak TV3 1/4 nak datang....

Semenjak PKR memerintah Selangor..dan KSSB menguruskan pasir..dah tak nampak lagi jeep PTG berlegar di simpang tiga Tennamaram tu...kenapa ya?

Yang buat aku rasa nak muntah tu..dalam Buletin Utama TV 31/4 tadi..si Jepon kawan aku dengan muka pelakon kayu pun berkata konon nya pasal KSSB korek pasir disekitar lombong-lombong tinggal...rumah penduduk disitu menjadi retak..cubalah jangan menipu Jepon..yang si Kamal Scorpion pun nak enter frame.

Rumah-rumah disitu dah lama retak-retak..bukan lah di sebab disebabkan operasi korek pasir..tapi..sebab ubahsuai rumah tak ikut piawaian. Siapa punya idea yang panggil TV3 1/4 ni? Team Mat yoep (Ketua umno Cawangan) atau team Mamud (Bekas ketua kampung)?

Dan satu soalan buat si Jepon..bila kau keluar lokap?..sial ko Jepon..buat malu aku jerrr..


Friday, July 16, 2010

Pengusaha pasir bumiputra di Selangor

Tadi aku ter-tengok buletin utama..pengusaha pasir bumiputra di Selangor tanahairku telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak...Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin meminta supaya Kerajaan Negeri Selangor ni memulangkan kuasa pengurusan melombong pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada Pejabat Tanah dan Daerah sebab syarikat bumiputra tak mampu bersaing kerana memerlukan modal yang besar..

Kenapa diorang ni tak bercadang menubuhkan konsortium...gabungkan semua syarikat bumiputra.. kan jadi lebih besar dan lebih berdaya-saing..

Mereka juga menuntut supaya Dato Seri Khalid meletakkan jawatan dan menutup sahaja operasi Kumpulan Semesta..kalau Dato Seri Khalid dah letak jawatan..siapakah yang layak menggantinya?.. ini supaya dapat memuaskan hati jawatankuasa Bertindak Pengusaha -pengusaha Pasir Melayu Selangor ni...

Aku rasa kalau macam tu lebih baik kita lantik pengerusi jawatankuasa Bertindak Pengusaha -pengusaha Pasir Melayu Selangor menjadi MB Selangor tanahairku...agar pengusaha-pengusaha pasir bumiputra di Selangor ni boleh bernafas lega dan terus dapat melonggokkan harta..

Cerita tahun 2004... Isu pasir di Selangor ketika zaman UMNO mentadbir...

Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang sedang mengemis simpati Umno Selangor dan Pak Lah supaya dikekalkan sebagai MB Selangor sepenggal lagi, terus menghebohkan kejayaannya menawan puluhan jentera berat, lori hantu dan belasan orang kuli batak upahan para perompak, hasil daripada `Perang Pasir Selangor`yang telah memasuki minggu keempat.
Amat malang hebohan itu sedikit pun tidak berjaya mengikis imejnya sebagai Pengamal Rasuah Terkemuka. Rata-rata rakyat di pelbagai peringkat termasuk ahli-ahli Umno dari Sabak Bernam hingga ke Sepang hanya mentertawakan drama arahan Dr. Khir, terutamanya episod `puluhan jentera berat berjaya melarikan diri daripada sitaan`.

Didorong oleh rasa marah dan kecewa kerana dipersenda-sendakan oleh rakyat, pembangkang dan pencabar-pencabarnya di dalam Umno Selangor, Dr Khir mula mencari kambing hitam untuk dikorbankan.

MB Muda itu di dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kuala Selangor pada 27 Januari lalu berkata: “Saya ada menerima laporan bahawa ada ketua kampong terlibat di dalam kegiatan mencuri pasir. Jika benar, jawatannya akan dilucutkan dan tindakan Undang-undang akan diambil terhadap orang berkenaan.”

Kenyataan Pengamal Rasuah Terkemuka itu sekali lagi diperolok-olokkan oleh rakyat. Seorang pesara Penghulu mengulas: “Kecurian pasir sudah berjalan selama 3 tahun, kerajaan rugi 180 juta ringgit, tak kan seorang saja yang akan ditangkap, macam mana pula pencuri-pencuri yang lain? Hiss….tak masuk akal la!”

Hasrat Khir untuk mengkambing-hitamkan ketua kampong berkenaan tidaklah menghairankan. Sebelum ini bekas DO Kuala Langat adalah korban pertama Khir untuk menutup dosa rasuahnya.

Yusop Badul 56, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 6 Disember tahun lalu kerana menyalahgunakan kuasa membuat pengesyoran permohonan tanah seluas 50 ekar di Bukit Cheding, Mukim Tanjung Dua Belas Kuala Langat kepada Syarikat Nadi Jitu Sdn.Bhd, untuk diluluskan oleh Exco yang bermesyuarat pada 4 Julai 2001.

Nadi Jitu Sdn. Adalah milik Azril Yusri berusia 21 tahun anak lelaki Yusop. Turut terbabit di dalam pengesyoran itu tiga syarikat lain; Kualiti Anggun Sdn.Bhd, Awal Sentosa Sdn Bhd dan Semaian Bintang Sdn.Bhd. Masing-masing memperolehi 50 ekar.

Keempat-empat syarikat terbabit mempunyai alamat yang sama di Jalan Goh Hock Guat Klang. Manakala Pengarah setiap syarikat terdiri daripada empat orang anak muda berusia berusia awal dua puluhan termasuk Azril Yusri.

Menurut aduan Sdr. Lutfi Othman kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia pada 23 Oktober 2001, Khir Toyo disyaki menyogok Yusop Badul dengan memasukkan Nadi Jitu Sdn Bhd sebagai salah satu daripada empat syarikat terbabit untuk melicinkan urusan permohonan tanah tersebut.

Sah Yusop Badul telah dikambing-hitamkan oleh Khir Toyo. Diberitakan Pengamal Rasuah Terkemuka itu kini sedang berusaha untuk merasuah Yusop jutaan RM, agar tidak melibatkan namanya di dalam perbicaraan yang akan bermula pada April depan.

Yusop buat masa ini dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM6000 sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mungkinkah ketua kampong yang disyakki itu akan senasib dengan Yusop? Tidak mustahil begitu, kalau Dr Khir punya cukup telur untuk bertindak!

Jika pendakwaan terhadap ketua kampong itu nanti benar-benar berlaku, bolehlah Insan Menggilai Rasuah itu menjadikannya sebagai bahan kempen untuk memperlihatkan `kesungguhannya`memerangi perompak pasir.

Menurut sumber dari pihak tertentu, ketua kampong yang bakal dimangsakan itu adalah kroni rapat bekas MB Dato Seri Abu Hassan Omar. Beliau difahamkan adalah Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Pasir di salah sebuah daerah di Selangor.

Dipercayai beliau pernah menghantar memorandum bantahan bagi pihak para pengusaha kepada Khir Toyo kerana membekukan permit pengeluaran pasir dengan alasan semua kawasan yang terlibat telah diambil semula oleh anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Sdn.Bhd (PNSB).

Kebanyakan para pengusaha pasir tersebut difahamkan meragui keikhlasan tindakan Khir menyerahkan semula kawasan-kawasan terlibat kepada PNSB. Tindakan Khir itu dianggap sebagai menaruh pasir ke dalam periuk nasi mereka.

Ada yang berpendapat MB itu sengaja berbuat begitu agar dapat mengeluarkan permit baru untuk kroni-kroni rapatnya sahaja.

Ada pula desas-desus lain yang mengatakan sebuah syarikat LBS Sdn Bhd memainkan peranan penting merangsang Khir di sebalik pengambil-alihan semula kawasan-kawasan (tanah-tanah) terlibat.

Bagaimana pun ceritanya, mari sama-sama kita nantikan tindak tanduk Pengamal Rasuah Terkemuka itu seterusnya. Mengkambing-hitamkan ketua kampong bererti melondehkan seluarnya sendiri kerana tiada seorang pun ketua kampong di Selangor yang bukan ahli Umno.

Sekurang-kurang penjawat berkenaan mestilah ketua Umno cawangan atau pun AJK Bahagian. Apa kata kalau individu berkenaan mengugut akan menjadi pelapor pertama muncul dari kalangan Umno untuk melaporkan amalan rasuah mega dan mini Khir Toyo?

Almaklum sajalah! Kalau orang sudah marah dia boleh berbuat apa saja. Habuannya yang kecil diheboh-hebohkan sedangkan Khir Toyo sendiri membalun ratusan juta RM wang rasuah.

Difahamkan ketua kampong yang disyaki itu terkenal dengan keberaniannya lagi pun laporan lengkap Rasuah Khir Toyo kepada Ketua Pengarah BPR senang-senang boleh diperolehi daripada pihak pembangkang.

Mari kita lihat siapa yang lebih jantan... Khir Toyo atau ketua kampong yang bakal dikambing-hitamkan?

Orang Dalam - 29.01.2004


Tuesday, July 13, 2010

Isu pasir di Selangor


Aku rasa sungguh sakit hati masa tenngok Buletin Utama TV3 1/4 tadi. Dengan muzik background yang mendayu-dayu, menunjukkan lombong-lombong tinggal di Selangor. Aku tak rasa projek korek pasir kat lombong-lombong tu berlaku selama 2 tahun PKR memerintah..itu lombong-lombong peninggalan lanun -lanun yang da jadi pembangkang sekarang ni.

Tupasal la lanun-lanun tu dok meraung-raung kat Sidang Dewan nak kan harta curi diorang semula..apa punya gila la bapak penyamun ni...tapi diorang ngaku pulak yang KSSB buat lebih banyak untung dari masa diorang memerintah negeri kesayangan aku ni..

Cukup la khir..nak bangkang pun bior la yang menguntungkan rakyat...paling tidak pun tok orang kampung yg ngundi ko tu...jgn asyik dok pikir tembolok sendiri je!

Apa yang Tan Sri Khalid jawap...baca seterusnya..dan yang ini pun menarik jugak..baca la.

Thursday, July 8, 2010

Yang gembira ketika kawan sedang sakit.

Ini lah sifat manusia. Adakah ini satu kebetulan atau satu perancangan dari yang Esa?