Manusia kini hanya mempunyai satu pilihan untuk menyelamatkan diri dari kongkongan para imperialis. Kembali mengangkat Islam ketempatnya dan mempraktikkan segala ajaran dan suruhanNya.
Kita WAJIB menjauhkan diri dari segala urusan yang berkaitan dengan RIBA' didalam kehidupan. Ini keperluan utama setiap insan yang mengatakan dirinya beriman kepada Allah S.W.T bagi menyelamatkan umat Islam dari tipu-daya diakhir zaman.
Kita harus memiliki pemimpin yang bersedia membawa kita merentasi kehidupan dunia yang penuh dengan tipudaya ini. PAS telah melahirkan banyak pemimpin yang berwibawa dan diyakini mampu memimpin manusia kejalan yang diredhai ALLAH S.W.T.
PAS menyeru umat manusia kembali kejalan yang benar tetapi mengapa kita masih mahu berpaling daripada mereka yang membawa berita gembira?
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
Zuhud bukan bermakna tinggalkan langsung hal dunia
SEBUT saja zuhud, terbayang dalam pemikiran segelintir umat Islam tuntutan meninggalkan hal bersangkutan keduniaan seperti harta serta menjalani kehidupan dengan membanyakkan amalan serta hidup bersederhana.
Malah ada yang terus meninggalkan hal dunia, sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari kekayaan untuk akhirat nanti. Keadaan itu jauh sama sekali terpesong daripada sifat zuhud dianjurkan Islam serta menyalahi fitrah manusia. Disebabkan salah faham itu, agama dilihat buruk.
Zuhud seperti diungkapkan Iman Al-Ghazali ialah suatu keputusan untuk membanteras jiwa daripada segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada lebih baik iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada lebih baik. Sheikh Muhammad Al-Mubarak dalam buku Sistem Islam, Akidah dan Ibadat menulis, seorang yang melebihkan akhirat dan apa yang berkaitan dengannya di atas dunia.
Zuhud bukan bermakna seseorang tidak perlu memiliki harta sama sekali. Walaupun ada harta yang banyak, jika digunakan pada jalan Allah, itu sudah termasuk kategori zuhud. Begitu juga seseorang yang meninggalkan perkara tidak baik atau haram dan selalu meningkatkan amalan kebaikan.
Imam Ahmad, ketika ada seorang datang bertanya padanya: Apakah orang kaya boleh menjadi orang yang zuhud?
Beliau menjawab: Ya, dengan syarat banyak hartanya tidak menjadikannya bangga dan ketika luput darinya dia tidak bersedih hati (kecewa).
Selanjutnya, Imam Ahmad membahagikan tingkatan zuhud kepada tiga iaitu:
•Meninggalkan yang haram (zuhud orang awam dan ini adalah fardu ain).
•Meninggalkan kelebihan daripada yang halal (zuhud orang khusus).
•Meninggalkan yang dapat menyibuk daripada mengingati Allah (zuhud orang yang mendalam pengetahuannya mengenai Allah).
Kehidupan zuhud yang tepat dan benar seperti ditunjukkan Rasulullah yang tidak pernah dibelit malas dan menganggur. Baginda tetap bekerja dengan gigih, namun hasil kerjanya tidaklah dinikmati sendiri tapi hanya diambil bahagian keperluan saja.
Seseorang bersifat zuhud tidak akan terlepas daripada pekerjaan atau kesibukan berusaha. Semua dilakukan untuk keperluan hidup serta beramal soleh sebagai jalan bertaqarub kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Jumuah, ayat 10)
Ada tiga ciri digariskan Imam Al-Ghazali mengenai mereka yang zuhud iaitu tidak berasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak berasa dukacita dengan apa yang hilang, sikapnya sama saja sama ada dipuji atau dicela.
Mereka yang zuhud sentiasa berdamping dengan Allah, hatinya dipenuhi kemanisan ketaatan kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong daripada kecintaan kepada Allah.
Natijah daripada sifat zuhud ialah akan menimbulkan kecenderungan menghindari perkara ditegah, melahirkan satu hubungan murni dan tulus yang didasarkan rasa cinta dan makrifat kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment