Pages

Monday, January 9, 2012

PROGRAM QIAMULAIL ANJURAN PERKASA DAN PEKIDA


PROGRAM QIAMULAIL???
AYAHANDA KENA BERANI BERKATA BENAR
KALAU NAK BERDEMO..
CAKAP TERANG2 NAK BERDEMO MENENTANG ANWAR PENGKHIANAT NEGARA, BANGSA DAN AGAMA....

MELENCONG KE PROGRAM QIAMULAIL PLAK..
NAK MENIPU PUN..AGAK2 LAA...

PARA DEMONSTRAN PENYOKONG SAIFUL TU KE YG TERLIBAT DLM PROGRAM QIAMULAIL MALAM TADI???.



LARI NYOROK DALAM MASJID.. SEBAB UNDUR DARI PERJUANGAN...DOSA TUU.
NIPU LAGI BERDOSA!



Sumpah Saiful Pun Berjalan, Hanya 50 Turun Sokongnya

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah.

Setiausaha agung Permas, Zulkifly Shariff yang mengetuai perhimpunan hari ini, sebelum dilaporkan bahawa pertubuhan itu akan menggerakkan sehingga 5,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.

Ratusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah.

Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat."

Polis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang.

Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan.

Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh.

Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik."

Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro Anwar.

Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat. -mk

0 comments:

Post a Comment