Pages

Saturday, August 22, 2009

Kalau UMNO, buat apa saja boleh?

UMNO selalu dan bila-bila pun akan menuduh PAS dulu dalam apa jua hal. Walhal yang memulakan sesuatu isu, perkara, hal itu dan ini adalah UMNO. Sejarahnya bermula dalam masyarakat Malaysia, PAS dituduh pecah belahkan masyarakat. Antaranya melahirkan dalam satu kampung dua imam, dua masjid atau tempat ibadat, juga bab sembelihan, sembelihan orang PAS saja halal dan berbagai-bagai lagi. Oleh itu, PAS secara tradisi demi mempertahan diri kena jawab dan membalas serangan bagi mempertahankan sesuatu perkara tersebut.

Terkini adalah isu Sasterawan Negara yang dikurniakan kepada Datuk Anwar Riduan (orang baru dalam dunia kesususasteraan) berbanding dengan Azizi Abdullah (orang lama). Kata orang, jika Azizi Abdullah mahukan atau dikurniakan gelaran kena keluar PAS dan masuk UMNO. Gerenti dapat. Dan isu terbaru yang paling pelik dan lagi terkini adalah antara speakar DUN Kedah dengan speakar DUN di mana negeri UMNO kuasai, apa saja dibuat boleh belaka dan jadi belaka. Amat kontra, speaker DUN yang dikuasai UMNO boleh buat apa saja walaupun tiada dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri, tetapi speaker DUN negeri milik Pakatan Rakyat (PR), nanti dulu, salah dan tidak memgikut perlembagaan negara.

Isunya speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail mempertahankan tindakannya menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif untuk hadir sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran beliau.

Beliau berkata, Artikel 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana ADUN yang tidak hadir pada sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka tempatnya hendaklah dikosongkan. Sehubungan itu, Dr Abdul Isa menegaskan bahawa beliau tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara tersebut.

Maka demi tanggungjawab amanah kepada rakyat speaker DUN Kedah telah menghantar surat kepada SPR selaku badan yang bertanggungjawab dalam negara bagi mengendalikan urusan hal ehwal perlantikan kuasa eksekutif ini. Adalah tidak salah dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menjawab menerima atau menolak pemohonan tersebut. Dan rakyat mahukan penjelasan sebab-sebab ia ditolak.

Bacaan politik kita adalah mudah, tindakan luar jangka ADUN Siputeh Kedah ini amat memalukan, kerana dalam sibuk Najib melaksanakan KPI , wakli rakyat UMNO BN sendiri gagal memahami apa itu KPI. Dan menjadi tanggungjawab kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menjelaskan kenapa beliau gagal mengawal dan memaklumkan kepada Dewan tentang masalah berhubung ADUN Seputeh itu.

Moralnya wakil rakyat UMNO masing-masing bukan mahu menjaga rakyat, tetapi mahu menjaga kedudukan masing-masing. Maknanya masing-masing perahu masing-masing ada pengayuh, maka mudiklah sendiri sama ada ke hulu atau ke hilir.

http://www.malaysiatoday.com

0 comments:

Post a Comment