Pages

Wednesday, September 3, 2008

TERBARU! TERKINI ! TERPANAS !

Apabila 16hb September sampai ada lebih dari 40 Ahli Parlimen yang akan menyeberang dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.

Ini adalah kenyataan terbaru dari Dominique Ng Ketua PKR Serawak. Kenyataan ini di buat pada satu sidang akhbar petang ini di Kuching.

Menantu Rais Yatim mohon fasakh

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 19 Sept ini bagi sebutan semula permohonan fasakh Riza Ainurin Ramlan, 24, menantu Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Syarie Mohd Yunos Mohamad Zin menetapkan tarikh berkenaan setelah mendengar permohonan peguam syarie Roslizam Rahim, yang mewakili Riza Ainurin, bahawa pihaknya gagal menyerahkan surat saman kepada Dino Rais, 30.

Roslizam juga memberitahu mahkamah bahawa sudah dua kali pihaknya cuba menghantar surat saman itu, iaitu pada 28 Ogos dan 29 Ogos lalu, tetapi tidak berjaya kerana Dino tiada di rumah pada hari tersebut.

Riza Ainurin, yang kini mengandung lapan bulan anak sulung dan tidak bekerja, memfailkan permohonan fasakh pada 15 Ogos lepas.

Kah kah kah……. Menteri undang-undang haprakkkk…. Mana sudah lari dia punya anak ….. kah kah kah….. orang jelebu sila pastikan mamat ini tak melarikan diri dari jandanya yang lapan bulan mengandung …… kah kah kah… apa punya tuuuur….

Cup sikit….. bukankah dia ni menteri yang cakap ada 18 KES besar yang akan di bawa ke mahkamah…kah kah kah…. kes suami lari isteri bunting ini mungkin salah satu darinya….kah kah kah....

Sumber : http://tukartiub.blogspot.com

Pemimpin UMNO mengorak langkah untuk membetulkan keadaan

Pemimpin UMNO Dato’ Mazlan Harun, yang membuat laporan keatas Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai salahguna kuasa dan kedudukan berkempen untuk jawatan parti berdasarkan surat Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan Kept (B) Dato’ Zahar Hashim, pada BPR Wilayah Persekutuan, kini mengorak langkah lagi untuk membetulkan keadaan.

Besok, Mazlan dan Dato’ Kadar Shah Tun Sulaiman dari UMNO Muo akan memajukan satu affitdavit mengenai kes yang sama kepada BPR Wilayah Persekutuan. Oleh demikian, ahli ahli UMNO digesa untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 900am.

Dalam pada itu, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun dijangka akan membuat pengumuman khas di Alor Setar pada Jumaat 5 September 2008 ini, mengenai kareer politik beliau dalam parti.

Politik Ugut Pak Lah Untuk Sekat Kerajaan Baru

Oleh Haji Mahfuz Omar

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawaan 2009 yang bertegas tidak akan melepaskan kerajaan kerana mandat telah diberikan rakyat kepada BN. PAS berpandangan kenyataan ini adalah lambang sikap tidak demokratik Abdullah Badawi yang tidak mahu mengakui bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan parlimen untuk terus mengetuai kerajaan.

Jadi pendekatan yang berbau ugutan cuba digunakan ke atas wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan Pak Lah untuk terus mempertahankan kerajaannya itu telah ditafsirkan oleh pemerhati politik bahawa beliau akan menggunakan undang-undang darurat untuk mengisytiharkan MAGERAN atau membubarkan parlimen jika BN kehilangan majoriti di Dewan Rakyat. Ini merupakan satu amalan politik yang tidak sihat dan terlalu gilakan kuasa. Apabila seseorang perdana menteri sudah tidak diyakini oleh penyokong sendiri, mereka mesti berundur, bukannya mengugut wakil rakyat supaya tidak melakukan sesuatu. Bahkan, tindakan mereka yang hendak berhijrah " melompat " parti adalah suatu yang demokratik jika ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah supaya wakil mereka membela kepentingan rakyat, dan wakil-wakil rakyat BN mendapati BN bukanlah wadah untuk membela rakyat, sebaliknya untuk kroni dan keluarga Perdana Menteri. Untuk melaksanakan mandat rakyat mereka perlu berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.

Pak Lah cuba juga menggambarkan bahawa beliau berupaya untuk mendaruratkan negara ini atau membubarkan parlimen, sedangkan ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Pak Lah seolah-olah cuba memberi tahu rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju dengan caranya dan Baginda akan tunduk dengan kehendak beliau. PAS percaya bahawa Tuanku tidak akan mudah diperalatkan oleh BN dan PAS sangat berharap supaya Tuanku boleh memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis politik ini. BN cuba menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik mereka dengan menyuruh Tuanku membubarkan parlimen. Perkara ini tidak akan berlaku kerana Baginda terkenal dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran seperti yang berlaku dalam krisis politik di Terengganu selepas pilihan raya lalu.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk bertukar parti kerana ia adalah hak setiap wakil rakyat. Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan. Pada 1961, Umno membeli wakil rakyat PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Pada 1967, Umno melakukan sekali lagi di Kelantan, tetapi gagal. Kemudian pada 1994, kerajaan PBS di Sabah dijatuhkan dengan cara yang sama. Adakah apabila giliran Umno melakukannya ia adalah demokratik, apabila parti lain yang ingin menjatuhkan BN demi untuk perubahan masa depan negara, maka ia dianggap tidak demokratik. Jika demikian mengapa Umno/BN melakukannya di Kelantan pada 2004 dan Tajol Rosli melakukan di Perak menjelang 31 Ogos baru-baru ini?

Umno bertegas bahawa perbuatan memujuk wakil rakyat BN ini suatu perkara yang tidak bermoral, tetapi mereka sendiri melakukannya. Bukankah Umno juga berusaha memujuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN dalam isu muzakarah. Bermoralkah Umno? Umno patut menilik pada diri sendiri sebelum mengatakan tindakan orang lain sebagai tidak baik. Pakatan Rakyat memujuk wakil BN berpindah kem adalah untuk kebaikan rakyat setelah BN terbukti gagal membela kepentingan rakyat. Sedang BN membeli wakil rakyat pembangkang untuk kepentingan dan survival politik sempit mereka.

PM juga sedang melakukan ugutan dengan menakutkan wakil rakyat BN. PM ini berusaha untuk melakukan ugutan yang baru iaitu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dua agensi kerajaan ini sudah diarah untuk menyiasat mana-mana wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah atau melarikan diri daripada membayar cukai. Mereka akan didakwa jika cuba melompat daripada BN. Persoalannya, apakah apabila seseorang itu kekal dengan BN, dia mempunyai imuniti daripada undang-undang, sedang bila keluar sahaja, maka undang-undang akan berkuat kuasa ke atasnya. Inikah yang dikatakan keadilan untuk rakyat? BN bukan sahaja mengugut wakil rakyat mereka demi kelangsungan kuasa Pak Lah, tetapi turut memermain-mainkan undang-undang. Kerana itu, wakil rakyat BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mereka mesti melakukan dengan segera supaya kerajaan BN terus tumbang dan tidak lagi dapat memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.

PAS berharap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan untuk melindungi wakil-wakil rakyat BN yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat bagi menjayakan pembentukan kerajaan baru bagi negara Malaysia yang lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.

YB HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat

WHY DON'T I DO SOMETHING

(Versi Bahasa Malaysia di akhir artikel ini)

1. All four computers in my house are somehow not connected to the Internet. I wonder if other people are having the same trouble?

2. I cannot access my blog though I was able to do so this morning. I read some of the comments.

3. I wanted to reply but I can only do so imprecisely from memory. 

4. One comment asked me what am I doing about the current situation and my criticisms about it? It also suggested what I should do.

5. I have always been asked to do "something". I had done my best and:

a) I had openly blamed Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and asked him to step down

b) I had criticised his decision on the bridge

c) I have openly accused him of corruption

d) I have told UMNO leaders and members that they are destroying UMNO etc etc

e) I have resigned from UMNO

f) I have spoken about the corruption and the fate awaiting the Malays

g) I have started my blog and you know what I said on the blog

6. For all these, all I got from UMNO leaders were condemnation and abuse. You know what Nazri Aziz said.

7. None of the UMNO leaders have shown any desire to act against Abdullah. Even when he openly practised corruption, except for one division head, nobody else said anything. If anything, Nazri's re-election seem to imply that the majority of UMNO members and the voters in his constituency supported his abuse of me.

8. When I was invited to speak, no UMNO member or leaders would attend. And except for one leader in Perak, none have supported me.

9. My son Mukhriz has not resigned from UMNO. That is because no other leaders or MPs would resign. Without being in UMNO he cannot fight to restore UMNO. He openly told Abdullah to step down after the General Elections in 2008 and also after Permatang Pauh.

10. My son Mokhzani resigned. But who else have resigned? Instead even those who were supposed to be against Abdullah, e.g. the Cheras division head, now pledged their support for him.

11. Privately many said they support me and they want Abdullah to step down. But they are not prepared to say it openly.

12. That was why I started my blog. About six million had visited my blogsite and tens of thousands have commented and supported me.

13. But most appear to be worried and would not give their names. They are usually anonymous. So the support is not effective.

14. I cannot do everything all by myself. I need support. I cannot just go to Dato Seri Abdullah, catch him by the scruff of his neck and throw him out.

15. All things that I should do will need support especially from UMNO. But UMNO and its other leaders are useless. They are only interested in getting something for themselves but do not care if UMNO and this country are totally destroyed.

16. The only thing that the disgruntled UMNO members and other BN supporters could do and did was to vote for the opposition in order to show their displeasure with the party and the Government.

17. But the opposition will also destroy this country if they win and form the Government.

18. A people deserve the Government they get. If they get a bad Government it is because they are unwilling to fight against it, unwilling to take any risk.

19. Abdullah has already destroyed UMNO, MCA, Gerakan, MIC and the BN. Gerakan is talking about leaving the BN. MCA is more muted but its leaders who used to support Abdullah come what may, have deserted him.

20. Senior members of the MCA, Gerakan and MIC have joined the opposition.

21. In the Permatang Pauh election UMNO and BN members dared not wear shirts with BN or UMNO logo. They dared not put party stickers or flag on their cars. Their rallies were invaded by PKR supporters wearing the party logo and BN and UMNO members were quiet like mice even when the PKR youths shouted "bohong" when Dato Seri Najib spoke.

22. Really, the BN is in a sorry state. Not one leader has any gut. I hate to say it but the Permatang Pauh victory by PKR probably sounded the death knell of all the BN parties and the BN.

23. This is the doing of Abdullah Ahmad Badawi. 

24. History will record the failure of Abdullah Ahmad Badawi and his minion and the founders of the parties and future politicians will curse the leadership of BN through and through. 

*****


KENAPA SAYA TAK BUAT APA-APA 

1. Kesemua empat komputer di rumah saya tiba-tiba terputus hubungan internet. Saya terfikir adakah semua orang mengalami masalah yang sama? 

2. Saya tak boleh akses blog walaupun sebelah pagi boleh. Saya sempat baca sesetengah komen oleh pembaca.

3. Saya nak menjawab, tapi hanya sekadar apa yang saya boleh ingat.

4. Satu komen bertanyakan kepada saya apakah yang saya lakukan berkenaan keadaan semasa dan kritikan-kritikan saya terhadapnya? Komen tersebut juga ada mencadangkan apa yang patut saya lakukan. 

5. Saya selalu disuruh "buat sesuatu". Saya dah lakukan yang termampu:

i) Saya telah secara terbuka salahkan Dato Seri Abdullah dan meminta dia meletak jawatan 

ii) Saya kritik keputusannya berkenaan dengan jambatan (bengkok ke Singapura) 

iii) Saya secara terbuka menuduh beliau terlibat dengan rasuah 

iv) Saya telah tegur pemimpin dan ahli UMNO bahawa mereka akan menghancurkan UMNO dan sekutunya

v) Saya keluar dari UMNO

vi) Saya telah bercakap berkenaan rasuah dan kesannya terhadap nasib yang menanti orang Melayu 

vii) Saya telah mulakan blog saya dan pembaca pun tahu apa yang saya telah katakan dalam blog 

6. Untuk semua ini, apa yang saya dapat daripada pemimpin UMNO adalah saya telah dimaki dan dicerca. Semua orang tahu apa yang Nazri Aziz kata kepada saya. 

7. Tidak ada satu pun pemimpin UMNO yang tunjuk apa-apa kesungguhan untuk bertindak terhadap Dato Seri Abdullah. Hinggakan apabila dia melakukan rasuah secara terbuka pun, kecuali seorang ketua bahagian, yang lain tidakpun berkata apa-apa. Pemilihan semula Nazri Aiziz di dalam pilihanraya umum yang lepas menunjuk yang majoriti ahli UMNO dan pengundi di kawasannya menyokong tindakan beliau menghina saya. 

8. Apabila saya dijemput berucap, tidak ada pemimpin atau ahli UMNO yang hadir. Kecuali seorang pemimpin di Perak, tidak ada satupun yang menyokong saya. 

9. Anak saya Mukhriz tidak keluar UMNO. Ini kerana tiada pemimpin mahupun Ahli Parlimen lain yang tinggalkan UMNO. Tidak berada di dalam UMNO bermakna beliau tidak boleh bertindak untuk menyelamatkan UMNO. Dia secara terbuka meminta Dato Seri Abdullah meletak jawatan selepas Pilihanraya Umum 2008 dan selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh.

10. Anak saya Mokhzani keluar parti. Tetapi siapa lagi? Sebaliknya mereka-mereka yang kononnya menentang Dato Seri Abdullah, seperti Ketua Bahagian Cheras, sekarang ini menyatakan sokongan mereka terhadapnya.

11. Secara peribadi ramai yang nyatakan sokongan kepada saya dan mereka mahu Dato Seri Abdullah meletak jawatan. Tetapi mereka tidak sanggup berkata secara terbuka. 

12. Itulah sebabnya saya mulakan blog saya ini. Lebih kurang enam juta pelawat telah melayari blog saya dan berpuluh ribu lagi yang meninggalkan komen dan menyokong saya. 

13. Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.

14. Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Dato Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia. 

15. Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.

16. Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telahpun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan Kerajaan.

17. Tetapi pembangkang juga akan menghancurkan negara ini jika mereka menang dan tubuhkan Kerajaan. 

18. Rakyat sebenarnya mendapat Kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat Kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan Kerajaan kepada yang baik.

19. Dato' Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin. 

20. Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang.

21. Di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, ahli UMNO dan BN tidak berani pakai baju dengan logo UMNO atau BN. Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan UMNO duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa Dato Seri Najib berucap.

22. BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN. 

23. Inilah yang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi.

24. Sejarah akan rekodkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya dan pemimpin-pemimpin terdahulu parti-parti ini dan juga ahli-ahli politik yang akan datang akan mengutuk kepimpinan BN ini selama-lamanya. 

Sumber : Chedet.com

Tuesday, September 2, 2008

Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan '50 Tahun Kemerdekaan Negara' tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan 'Merdeka' oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM.

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu...

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?

Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.

Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu...

Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!

Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.

Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?

Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.

Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, 'jenayah' ini boleh dibetulkan?

Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.

Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah, pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.

Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah �merdeka� kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika itu.

Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?

Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinabatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.

Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?

Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.

Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.

Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.

Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin, fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.

Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.- (TMJ)

Sumber : HarakahDaily