Pages

Sunday, May 19, 2013

ASAM GARAM PERJUANGAN.

SIAPA ADAM ADLI?

PEMIMPIN POLITIK?
PEMIMPIN NGO?
PEMIMPIN MAHASISWA?

YANG SOHIHNYA, ADAM ADLI ADALAH MAHASISWA YANG DIGANTUNG PENGAJIAN AKIBAT TINDAKANNYA MENURUNKAN BENDERA NAJIB DI PWTC.

Printscreen dari blog politik Harian


PADA 17 DIS. 2011, 250 ORANG MAHASISWA YANG MEWAKILI SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) DAN GERAKAN MENUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK (BEBAS) BERARAK KE PWTC UNTUK MENYERAHKAN MEMORENDUM PELAJARAN PERCUMA DAN MEMANSUHKAN AUKU SECARA TOTAL KEPADA NAJIB RAZAK.


DALAM PERISITIWA INI ADAM ADLI TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN MENURUNKAN BENDERA NAJIB SELAMA 3 MINIT.  SEMENJAK DARI ITU DIA SEMAKIN SERIUS DENGAN PERJUANGANNYA.



HEBAT PERJUANGAN BUDAK NI..SO FAR YANG GUA TAHU, ADAM ADLI PERNAH DITUMBUK CURI OLEH "PAILANG" PANTAI. SETAKAT DIANCAM UNTUK DICEDERAKAN ADALAH PERKARA BIASA BAGI ADAM ADLI.


SEMALAM ADAM ADLI TELAH PUN DITANGKAP POLIS ATAS TUDUHAN MENGHASUT RAKYAT MENJATUHKAN KERAJAAN BN.

SYUKURLAH IBUBAPANYA MENYOKONG PERJUANGAN ANAK MUDA INI.
YANG BENAR PASTI MENANG. ITU JANJI ALLAH TAALA.








Thursday, May 16, 2013

Agenda Kabinet 2013

Selain pemimpin-peminpin Umno Selangor, PERKASA, JATI, JMM DAN NGO-NGO MELAYU yang bermati-matian untuk mempertahankan UMNO, malangnya tidak seekor pun yang dilantik menjadi menteri melainkan dua ekor timbalan menteri.

Kasihan melihatkan nasib pejuang-pejuang Melayu yang lantang bersuara memperjuangkan akidah Islam namun tidak di baris dalam kabinet baru 2013. Kabinet baru Najid tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.



Apakah agenda Najib melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi??

Mary Mary Yap Kain Ching merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia (Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua? Jika tidak melainkan untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh,  dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat?

JOM UBAH!

Senarai penuh cabinet dapur Najib:-

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak 
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

1. Menteri di Jabatan Perdana.
Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

2. Kementerian Kewangan 
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

3. Kementerian Pelajaran.
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

4. Kementerian Dalam Negeri.
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

6. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

7. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

8. Kementerian Pengangkutan.
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

9. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

10. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

11. Kementerian Pertahanan.
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

12. Kementerian Kerja Raya.
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

13. Kementerian Kesihatan.
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

14. Kementerian Belia dan Sukan.
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

15. Kementerian Sumber Manusia.
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

16. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

17. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

18. Kementerian Luar Negeri.
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin 

19. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

20. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

21. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

22. Kementerian Wilayah Persekutuan.
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

23. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

24. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

GANJA BOY


Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah (S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.


Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempaty bagi menentukan sesuatu hukum.

Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias.

Imam-imam yang empat (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" (Hadis Bukhari dan Muslim)

Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:-

Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"

Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar.

Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan.

Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan.

Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dario segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-

"Sesungguhnya adalah hasyisy (GANJA) itu haram dan dihukum dengan had ke atas orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada lafaz dan maknanya."

Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-

"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya."

Dan sabdanya lagi:-

"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan orang yang dibelikan kepadanya".

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-

1. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;

2. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan

3. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram.

Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-

"Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah (S.W.T.) maha belas kasihan kepada kamu".

FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-

"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".

Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (S.A.W) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-

"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".

Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

Sumber: http://smktt.tripod.com/islam.htm

Asal-Usul Manusia

Bilakah tarikh sebenarnya kewujudan manusia di muka bumi ini? Macam-macam teori yang timbul dari fakta sains dan ilmu Islam.
Peking -Man dan Perak Man bukan spesis manusia moden.
Rangka yang dijumpai di Barat Laut China bukannya manusia tetapi salah satu humanoid. dari segi scientifik namanya ialah Homo-Erectus Pekinensis dimana DNAnya banyak bezanya drpd manusia. Melalui kajian Geologi dan Arkeologi, struktur tulang ini berusia 1 juta tahun. 
Di Bukit Bunuh, Lenggong Perak telah dijumpai rangka yang menyerupai manusia bersama sebuah alat batu berusia 1.83 juta tahun yang di panggil Perak-Man .

Dari fakta kajian sainstis, ini lah klasifikasi (taxonomy) anak cucu Nabi Adam AS dari sudut biologi.

i. Familia: Hominidae

ii. Subfamilia: Homininae

iii. Genus: Homo

iv. Species: Homo sapiens

v. Subspecies: Homo sapiens sapiens

Perlu diingatkan bahawa semua kategori hominid dan homonin yang lain BUKAN manusia. Jadi Australopithecus, Homo erectus, homo habilis bukan manusia. Begitu juga Homo sapines Neanderthal yang pupus 35,000 tahun yang lalu juga bukan manusia.

Manusia moden adalah Homo sapiens sapiens. Nabi Allah Adam AS juga Homo sapiens sapiens.

Bila Nabi Adam AS diturunkan ke Bumi? Oleh kerana tiada nas dalam Quran atau hadis sahih, maka terpulang kepada akal dan ilmu manusia untuk mengkaji.

Setakat ini anggaran tarikh tepat manusia pertama masih lagi belum dijumpai. Berdasarkan kajian DNA mitochondria manusia, saintis menganggarkan manusia pertama muncul kira-kira 200,000 tahun dahulu. Tetapi teori ini banyak kecacatan.

Pakar-pakar genetik percaya usia manusia moden ditentukan oleh DNA most recent common ancestor (MRCA).
The Human MRCA. All humans alive today share a surprisingly recent common ancestor, perhaps even within the last 5,000 years, even for people born on different continents

http://en.wikipedia.org/wiki/Mitochondrial_Eve

Jadi boleh dianggarkan Nabi Adam muncul kira-kira 5,000 hingga 10,000 tahu dahulu. Ini adalah fakta saintifik.

Fakta DNA otak manusia pula menunjukkan bahawa manusia bukan dari keturunan Australopithecus, Homo erectus, homo habilis atau mana-mana hominid. Fakta DNA menunjukkan manusia muncul entah dari mana.

Ini adalah hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Universiti Edinburgh.

Kenyataan Dr Martin Taylor (Institute of Genetics and Molecular Medicine, University of Edinburgh) berkenaan DNA otak manusia.

This new molecule sprang from nowhere at a time when our species was undergoing dramatic changes: living longer, walking upright, learning how to use tools and how to communicate. We’re now hopeful that we will find more new genes that help show what makes us human.
http://sensuouscurmudgeon.wordpress.com/2012/11/14/human-brain-gene-sprang-from-nowhere

Apa yang ironis ialah Universiti Edinburgh adalah tempat lahir teori Darwinisme yang mendakwa mansia berasal dari beruk.

Sepanjang perjalanan saintifik Darwin, dia hanya menghabiskan masa dengan minum arak sehingga mabuk sambil bermain dengan belalang yang ditangkap di Pulau Galapagos.  Darwin mencipta teori evolusi hasil permainan dengan belalang tersebut.

Namun, disyaki bahawa Darwin tidak berseorangan dalam menyebarkan teori tersebut. Kemungkinan ada satu "organisasi rahsia" yang mencipta teori tersebut supaya manusia rasa inferiority dan berasa kebergantungan kepada orang putih

Jangan bimbang kawan-kawan, fakta saintifik tidak akan lari dari dalil naqli yang ada.

Wallahualam.

Sumber: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4616&highlight=

Wednesday, May 15, 2013

Dunia semakin gila

KONSERT BOGEL????

GILLERRRR JEPUN NIHHH..

TAKKAN PANDANG KE TIMUR@JEPUN






SUMBER: http://youtu.be/GxFDkwOK3kM



Sunday, May 12, 2013

PR Memang Pilihan Terbaik

Jom Undi PR lagi di PRU akan datang.




Siapakah Bangsa itu?

Dari kajian geologi, sekitar 5-6,000 tahun dahulu, laut sampai 2km kedaratan. - Guar Kepah terletak di tepi laut. Beberapa cengkerang laut ditemui dikaki Gunung Jerai dan di Lembah Bujang. Mungkin pemandangan ketika itu sangat berbeza dengan sekarang.


Kapal besar boleh berlabuh di Sg. Batu kuno dengan banyak jeti@pengkalan yang ditemui dikedua belah tebing Sg. Batu kuno.

Kajian geofizik juga menunjukkan anomali yang menggambarkan ada kemungkinan kapal karam dalam bakau di tapak Sg Batu.

Piramid di Mesir berusia 3-5,000 tahun dahulu utk yg paling awal, iaitu sezaman dgn orang di Guar Kepah (5,000 td).

Nonumen di Sg Batu dibina sekitar 2,000 tahun. Tapi Sg Batu jauh lebih tua drp Angkor Watt dan Borobudur yang dibina sekitar 1000-1200 tahun.



At the beginning of the eighth century, the territory of Śrīvijaya became the largest covering the Malay Peninsula, the Malacca Strait, Southern Sumatra and the Central Java.
The whole history of Śrīvijaya is divided by three phases as tributary states to China. The first is ‘Shih-li-fo-shi (室利佛逝)’, the second is ‘Śailendra (in the central Java=訶陵)’, the third is ‘San-fo-chi (三佛斉)’. Shih-li-fo-shi sent embassies during 670 to 741, Śailendra during 768~860 and San-fo-chi during 904~1178. At every stage, the descendants of Funan’s royal family probably dominated Śrīvijaya.
(http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6Sri2011Chaiya.html)