Pages

Saturday, April 13, 2013

Pejuang Merdeka

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu.

KMM ditubuhkan pada bulan Mei 1937, bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Pada waktu yang sama terdapat pertubuhan orang Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lain-lain tetapi tidak mengamalkan prinsip perjuangan seperti KMM.

Penubuhan KMM adalah hasil daripada satu himpunan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bersama-sama dengan segelintir para inteligensia Melayu dari beberapa institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, dan golongan muda Melayu yang bersikap radikal, serta wartawan akhbar Majlis.

Ibrahim Yaacob

Jawatankuasa pusat KMM awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob (presiden), Mustapha Hussein (Naib Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd. Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam.

Semasa penubuhan ini, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam Merah dari Indonesia. Sutan Djenain merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan pergerakannya menyebarkan pengaruh sebelum perang Dunia Kedua.

KMM yang ditubuhkan secara sulit ini mempunyai ideologi dan prinsip perjuangan berlandaskan demokratik sentralisme. KMM menolak monopoli harta dan kekayaan oleh perusahaan swasta atau gabungan koperasi multinasional. Tetapi dasar sosialisme yang diamalkan ini tidak menafikan hak dan kebebasan dalam proses pengumpulan harta.

Cuma dalam mengamalkan demokrasi dalam ekonomi ini, KMM mahu mengelakkan monopoli dan eksploitasi ke atas rakyat jelata. KMM berhasrat menggunakan sosialisme untuk menjamin kelancaran pelaksanaan mekanisme demokratiknya.

Dasar perjuangan KMM antaranya ialah anti penjajahan, anti elite birokrat Melayu yang berorientasi Barat, penyatuan nasional, berperikemanusiaan, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi rasa persaudaraan dan berasaskan kebenaran dan kesucian. Bagi KMM penyatuan nasional penting bagi mewujudkan suatu tekanan kepada penjajah British di Tanah Melayu.

Orang-orang Melayu harus bersatu menghapuskan semangat kenegerian yang pada pendapat KMM sengaja diwujudkan oleh dasar penjajah. Atas dasar inilah KMM tidak dapat berjuang bersama-sama persatuan yang mirip kepada kenegerian, misalnya Kesatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Perak. Malahan hakikat penubuhan KMM itupun atas kesedaran menentang persatuan Melayu yang bersifat kenegerian yang memisahkan orang-orang Melayu.

Memandangkan kelemahan di kalangan sesetengah sultan dan pembesar Melayu terlalu ketara, hingga menunjukkan kelemahan kekuasaan mereka kepada bangsanya sendiri, golongan elit inteligensia yang insaf dalam KMM berpendapat bahawa KMM harus menjadi badan yang akan cuba mempengaruhi sultan dan pembesar, atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk ajar dan panduan kepada mereka apabila berhadapan dengan Residen British dalam menghadapi masalah negara.

KMM juga berpendapat bahawa ia harus menjadi badan yang akan menuntut hak bangsa Melayu dengan mengesyorkan melalui akhbar-akhbar agar perkara ini dibincangkan dalam majlis mesyuarat negeri-negeri atau persekutuan. Salah satu daripada syor yang dikemukakan oleh KMM ialah penubuhan ‘kampung-kampung baru orang Melayu’ untuk dijadikan penempatan orang-orang Melayu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Syor ini dikemukakan kepada sultan kerana bimbang orang-orang Melayu akan terusir ke kawasan pedalaman.

Kontroversi yang timbul daripada fahaman anti-feudal menyebabkan orang Melayu tidak menyokong KMM di peringkat awalnya. Sultan dan pembesar Melayu juga mencurigai KMM, dan ada di antara mereka yang menentang pengaruh KMM di negerinya. Mereka tidak suka pada demokrasi yang menuntut persamaan hak, dan adanya badan yang menyertai politik membela bangsanya.

Pada mereka orang-orang Melayu tidak berhak campur tangan dalam urusan politik negeri dan bangsanya. Mereka harus taat dan setia kepada sultan dan pembesar. Walaupun begitu, terdapat juga sultan yang memahami dan member sokongan moral kepada KMM. Di antaranya termasuklah Sultan Abu Bakar, Pahang yang tidak dapat menyokong secara terang-terangan kerana menjaga keselamatan diri mereka.

Di samping itu, dasar-dasar perjuangan KMM tidak dapat dinyatakan secara terang-terangan kerana kerana keadaan politik masa itu yang terlalu sensitive. Untuk menyatakan sikap anti-penjajah dan anti-feudal adalah suatu hal yang tidak mungkin. Oleh itu pemahaman ideologi dan dasar-dasar perjuangan KMM tidak tersebar dan diketahui oleh orang-orang Melayu. Ini merupakan salah satu faktor kekurangan pengaruhnya di kalangan orang-orang Melayu sebelum perang.

Sungguhpun begitu, kehebatan KMM dalam usaha menyebarkan idea dan pengaruhnya dengan begitu cepat (2 tahun sahaja) amatlah mengkagumkan, sehingga membawa kepada penangkapan pemimpin-pemimpin KMM pada Disember 1941.

Sumber:  http://mindaahad.wordpress.com

Singapore: Jangan Terlupa Wahai Anak Bangsa

Pada 27 dan 29 Januari 1965, Pengerusi NCP, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS dan beberapa orang ahli terkemuka Barisan Sosialis yang dituduh bersubahat dalam komplot Pro-Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia telah ditangkap.

Dua minggu kemudian Barisan Sosialis mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur yang kemudiannya berubah menjadi satu rusuhan. Ramai ahli politik sayap kiri ditangkap menyebabkan pihak pembangkang tidak mempunyai pemimpin.

Lee Kuan Yew merebut peluang ini dan seterusnya berjaya menyatukan PAP, SUPP, UDP, PPP dan MACHINDA (parti yang dikuasai oleh orang Cina dan ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1964) ke dalam suatu Konvensyen Peprpaduan Malaysia yang berikrar untuk membina “Malaysia untuk rakyat Malaysia” bukannya “Malaysia untuk rakyat Melayu”.

Dalam pada itu, barisan pemimpin UMNO mula meragui sama ada persekutuan dengan Singapura boleh diteruskan ataupun tidak.

Ini disebabkan sekiranya Lee Kuan Yew berjaya menyatukan pengundi-pengundi Cina dan India serta sebahagian besar pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak, mungkin beliau akan mendapat cukup kerusi untuk mengetuai sebuah kerajaan bukan Melayu. 

Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa Lee Kuan Yew sedang mengatur rancangan untuk membentuk satu kombinasi negeri-negeri Singapura, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Desakan demi desakan dibuat kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya Majlis Undangan Negeri Singapura dibubarkan dan terus ditadbirkan secara langsung daripada ibu negara (KL). Lee Kuan Yew tetap tidak beralah. Sebaliknya Konvensyen Perpaduan Malaysia memperhebatkan kempennya terhadap UMNO, baik dalam majlis-majlis Undangan Negeri mahupun perhimpunan umum dengan menggunakan ungkapan “Malaysia untuk rakyat Malaysia”

Sekiranya kempen tersebut berhenti setakat itu sahaja, mungkin orang Melayu dapat bersabar. Apabila kempen-kempen tersebut mula menyelitkan ketidakyakinan mereka tentang kemampuan Perikatan yang dikuasai oleh UMNO untuk merealisasikan konsep berbilang kaum, orang Melayu mula berasa marah.

TAR sendiri dengan perasaan marah mengumumkan bahawa sekiranya Singapura ingin kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia, maka Singapura harus mencara seorang pemimpin yang lebih stabil dan mahu bekerjasama. Reaksi Lee Kuan Yew terhadap kenyataan tersebut ialah membuat cabaran terhadap UMNO, serta membentangkan dalam Parlimen suatu pindaan, iaitu kenyataan rasmi mengenai dasar-dasar kerajaan pada masa akan datang.

Cabaran dan pembentangan yang dibuat pada 27 Mei 1965 ini juga memasukkan kekesalan Lee Kuan Yew kerana kenyataan itu tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa negeri ini benar-benar akan menjadi negeri Malaysia untuk orang Malaysia.


Perbahasan yang berlanjutan dengan emosional dan perasaan benci membenci berakhir pada 31 Jun, apabila Tunku menyerahkan kepada TAR untuk menutup perbahasan bagi pihak kerajaan.

Semasa Tunku ke Britain, Tun Abdul Razak secara sementara telah mengambil alih pemerintahan sebagai Pemangku PM. Beliau mengadakan perjumpaan dengan Lee Kuan Yew dengan harapan satu penyelesaian boleh menjaga nama baik kedua-dua pihak dicapai. Perjumpaan itu gagal. TAR menghubungi Tunku di London dan memberitahunya bahawa tidak ada peluang lagi bagi Lee Kuan Yew untuk membetulkan pendiriannya. Tunku menasihatkan TAR supaya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

Rundingan selanjutnya dilakukan antara TAR dan Dr Goh Keng Swee (bekas ahli ekonomi yang menjadi Menteri Kewangan Singapura). TAR mendapati walaupun beliau mempertahankan Malaysia, tetapi sikap menteri-menteri Singapura yang berunding dengan beliau tidak mahu bertolak ansur. Menjelang hujung bulan Julai 1965, TAR akhirnya berpendapat tidak ada gunanya lagi berunding dengan Singapura. Jalan penyelesaian yang terbaik bagi Malaysia dan Singapura ialah berpisah.

Sehubungan itu, TAR membuat ketetapan bahawa adalah baik bagi pihak yang terlibat sekiranya perpisahan itu dilakukan secepat mungkin. Apabila dimaklumkan, Tunku menyerahkan tugas membuat peraturan-peraturan menyingkirkan Singapura kepada TAR. 

TAR memberitahu Dr. Goh apa yang akan berlaku dan meminta supaya mengetuai perwakilan Singapura yang akan menyusun syarat-syarat pemisahan itu. Akhirnya Singapura telah menjadi sebuah republik yang merdeka pada 9 Ogos 1965. Cita-cita Lee Kuan Yew tercapai.

* Persoalan..Mengapa Tunku tidak mengambil sebarang tindakkan undang-undang terhadap LKY? sedangkan diwaktu itu undang-undang ISA telah diguna pakai?..

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[2] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. 

tidak sebutir peluru pun dari askar Melayu yang dtembak utntuk menghalang pemisahan ini...sejarah yang melukakan perasaan.

Peristiwa lain: 

Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura 

Zaman Konfrentasi 1963- 1965..Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku memberitahu bagaimana pegawai tentera British meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagle yang berlabuh di Selat Melaka. 

Tulisan Said ini disahkan oleh Yap Chin Kwee, Setiausaha Politik Tunku Abdul Rahman. Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku, maka Malaysia boleh mengisytihar perang terhadap Indonesia dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Friday, April 12, 2013

Rahsia Dalam Rahsia Orang Dalam

Gua tak mengikuti sangat B4 karier politik mamat ni walaupun namanya di petik masa havoc nak UG dulu.

Tapi..dengan kelulusan seorang pendidik tetapi mamat ni jadi Timbalan Menteri Sains dan Teknologi. Dalam karier politiknya pula, mamat ni berjaya naik sebagai pemimpin dengan pantas. Pada PRU yang lepas mamat ni bertanding di kawasan kuat umno..dan PAS kalah. Berapa jumlah undi kakitangan kerajaan yang memangkah bn dan memangkah PAS??

Pada pendapat gua..

1. Mamat ni tak menonjolkan diri.

2. Background mamat ni tak selari dgn kerja-kerja yang penah di galas

3. Gayanya pun agak sekular..

4. Lifestyle berwarna warni

5. Tak banyak gambar mamat ni pakai kopiah..hanya satu jerr..tapi semenjak timbul isu panas, kehulu kehilir berkopiah memanjang..

6. Mamat ni 'mesra sangat' dengan lawan.. tapi kurang publisiti dan gambo..

7. Aspirasi perjuangan mamat ni tidak berapa jelas..kelabuuu

8. Tidak perlu bertanding sebagai calon dalam PRU

9. Dipecat selepas PRU!!!

10. Ulama-ulama menyedari permainanya


11. B4 terpaksa musnahkan orang dalam..dah takda pilihan

12. Orang dalam sudah goyang.. takut di ranjau paymaster

13. Dalam majlis syura pun ada orang dalam


Bahaya jd orang dalam nihhh...

Wednesday, April 10, 2013

Apa Yang di Rahsia di dalam Rahsia

Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di Blok B4 dekat dengan MAMPU dan Bahagian Pengurusan Harta. Memang hak milik kerajaan. Jika nak tengok yang mana pejabat B4 dari luar JPM,  tengok kat bumbung mana yang paling banyak antena dan piring satelite..disitu la dia.

Apa dia blok B4?

Nama yang ingin dikenali untuk orang-orang awam ialah Bahagian Penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih recce lagi.


Semenjak tidak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya.

Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.

Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai.

Di masa perhimpunan Bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4.


Lokasi cetak terletak di dalam satu bilik di unit B4. Separuh bilik tu berada di bawah tanah. Disitu jugak ada tempat memusnahkn dokumen..Bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti dokumen tak ada, sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.

Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak.

Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini.


Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah.

Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua Islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanya untuk kegunaan PM dan TPM je.

DS Anwar mesti tahu fungsi jabatan ni. Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL pada tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je.


Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara.

Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B.

Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat. sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje.

Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra.

Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal.

Pengakuan seorang forumer di militarynet.

Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih.

Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.

Kebanyakkan banner atau risalah ni diorang bungkus dalam kotak dan baru diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kereta2, lori2  di  pejabat B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun kereta kerajaan. Kereta, lori2 ni tak berlogo langsung..

Di dalam unit B4 ini juga terdapat bahagian yang menggunakan kem tentera. Kem Risik Changkat di Batu Gajah, Perak. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Kenderaan yang digunakan di kem tersebut bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam dan didaftarkan atas nama orang awam.


Terdapat sebuah busut didalam kem ini yang dipercayai digunakan secara rahsia untuk menyimpan sejumlah senjata. Kebiasaannya, jika senjata-senjata ini hendak dikeluarkan dari kem, mereka akan menggunakan kenderaan awam utnuk mengelak dari pengetahuan awam.

Apa tujuan busut senjata kat kem tu? Tujuannya, jika delagasi luar negara datang, kebiasaannya mereka beri senjata atau wang tunai sebagai hadiah. Kadang-kadang bahagian ini yang sediakan wang tunai atau senjata untuk tujuan operasi. Yang menjaga senjata-senjata ini adalah seorang askar pencen pangkat Pegawai Waran 1..

Terdapat juga sebuah kem tentera di Johor yang menempatkan pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..jika ada 500 orang staff, pegawai hampir 400 orang. Tidak semua anggota-anggota SB atau askar yang tahu fungsi sebenar jabatan ini.


Pengarah CIA pernah muncul di rumah operasi di Jalan Bellamy. Kebanyakan  ops berpusat di situ. Banyak rumah-rumah operasi yang wujud seperti Rumah Mukhlis, Rumah Hamid. Itu ialah nama orang yang menjaga rumah tersebut.


Sekolah latihan a.k.a rumah Operasi  terletak di Jalan Bellamy.  Kemungkinan diorang akan memantau PRU13 dan menerima arahan-arahan jahat dari Jalan Bellamy.

Sumber: kingofgoblok

Tuesday, April 9, 2013

Matrix; Trilogi akhir Zaman

Layan Trilogy Matrix plakk...propa zionis kununnya akan memenangi peperangan akhir zaman...pirrraaahhh.


Teori aku tentang watak-watak di dalam filem Matrix..


 1. Thomas Anderson: Seorang ahli kitab yahudi
2. Neo "One": Zionis
3. Trinity: Orang-orang Nasrani
4. Mopheus: Zionis@Freemason

5. Merovingian: Golongan kaya Eropah yg memuja Dajal.. i.e..Rothschild, Alan Greenspan.
"when some see coincidence, I see consequence...when others see chance, I see cost."
6. Persephone: Vatican
7. Keymaker: Ahli kitab

8. The Architect: Tuhan
9. Oracles: Kitab
10. Matrix: Dunia
11. Program: Kehidupan

Siapa agen Smith??


"we are many"



Why, Mr. Anderson?
Why do you do it?
Why get up?
Why keep fighting?
Do you believe you're fighting for something?
For more than your survival?
Can you tell me what it is?
Do you even know?
Is it freedom?
Or truth?
Perhaps peace?
Could it be for love?
Illusions, Mr. Anderson.
Vagaries of perception.
The temporary construct of a feeble human intellect trying desperately to justify an existence that is without meaning or purpose.
And all of them as artificial as the Matrix itself. Although, only a human mind could invent something as insipid as love.
You must be able to see it, Mr. Anderson.
You must know it by now. You can't win.
It's pointless to keep fighting.
Why, Mr. Anderson, Why?
Why do you persist?..

.
Sometimes the truth is a little more simpler.


Saturday, April 6, 2013

Epik Melayu di Filem

Aku melihat persamaan sesuatu didalam jalan cerita The Lord of the Rings. Sebuah epik yg dikarang sejak dari tahun 1910an.  Perjuangan memusnahkan kuasa kezaliman yang menakluk dunia.

Perjalanan cerita ini amat selari dengan hadis-hadis akhir zaman yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan wasiat para wali. Hanya melihat dengan ilmu dan akal sahaja yang mampu menterjemahkannya. Sebenarnya kita selalu ditipu oleh mata.


Jalan penceritaan yang memukau dan tertanya-tanya. Apa dan dimana kitab, buku, catatan, gambar atau maklumat yang digunakan untuk mengarang cerita The Lord of the Rings?



1. Dimana letaknya Middle Earth?
Mungkin di Malaysia..
Kedudukan Malaysia di garisan Khatulistiwa.



2. Siapa Hobbit?
Mungkin orang Melayu..
Bertubuh  kecil, lincah, hidup harmoni, aman damai dan bersopan santun.



3. Siapa Hobbit Fellowship?
Mungkin umat Islam di Nusantara, Mesir, Palestin, Iran, Afghanistan, Pakistan...



4. Dimana The Two Tower?
Mungkin di Mekah...
Menguatkan syak bahawa epik ini menceritakan sesuatu akan berlaku di Masjidil Haram bersesuaian dengan hadis-hadis akhir zaman.


5. Siapa Aragon Return of the King?
Mungkin Imam Mahadi /Anak Raja Melayu..
Seorang hamba Allah yang dipilih dikalangan umat manusia tanpa beliau menyedarinya kelebihan yang ada pada dirinya.



6. Siapa Gandalf?
Mungkin Malaikat atau Nabi Isa..
Sentiasa disisi umat Islam untuk melakukan keajaiban pada akal manusia.
















7. Siapa Nazgul?
Mungkin Mahathir, Umno dan Zionis..
Menimbulkan suasana tidak aman kepada manusia




8. Siapa Souron?
Dajal

  




9. Apa kuasa cincin Souron?
Mengawal ekonomi dan politik
















10. Siapa Smeagol?
Orang-orang Melayu yang pernah memiliki kuasa tetapi telah menjadi terhina akibat sifat tamak.
















Oh, Awek..what da f...