Pages

Friday, January 4, 2013

FITNAH-Cerita tanpa gambar

~ UNTUK BACAAN AHLI PAS, AHLI UMNO JUGA DI ALU-ALUKAN SEKURANG-KURANGNYA KITA TAHU APA PANDANGAN PAS TERHADAP UMNO SELAMA INI DAN KENAPA MEREKA SAMPAI SANGGUP MENGKAFIRKAN UMNO~

Penulis: C.N. Al-Afghani.

WARKAH BUAT DATUK SERI HJ HADI

Assalamualaikum wr wb,

Datuk Seri,

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terpaksa menyebut Datuk Seri, walaupun pada hakikatnya saya tidak gembira dengan sebutan itu. Saya lebih senang panggil tok guru atau ustaz sahaja seperti dulu-dulu. Tetapi bimbang pula kelak ada yang menuduh saya biadab, kerana tidak menghormati gelaran itu. Jadi, izinlah saya menyebut nama Datuk Seri, kerana saya dapat rasakan hati kecil Datuk Seri sendiri kurang senang dengan gelaran tersebut.

Gelaran..takot biadap?...masih x pasti cara yg berakhlak utk memanggil TGHA...
remehhh

Sebelum pergi lebih jauh untuk melontar sesuatu dari lubuk hati ini, suka saya katakan, bahawa tidaklah semudah ini untuk diukirkan lembaran buat Datuk Seri. Telah berbelas buah buku saya tulis, tetapi tidaklah serumit yang ini. Jiwa saya amat tertekan, takut akan dituduh bersikap kurang ajar terhadap ulama. Nescaya orang-orang Pas tidak dapat menerima tindakan saya mengeluarkan buku ini. Mungkin akan ada antara mereka yang menghalalkan darah saya. Saya sedar hal ini boleh membahayakan diri.

Ya, betol! mmg org pas x dpt menerima perbuatan ahli yg khianat..tiada istiqamah!

Seperti mana saya mengeluarkan buku Air Mata Di Bumi Memali, ramai juga ahli Pas termasuk kawan-kawan yang menuduh saya sengaja hendak memburukkan Pas, menjadi talibarut Umno dengan mendapat upah lumayan hasil tulis buku sebegini. Itulah fitnah besar yang sering menimpa saya bila membuat teguran terbuka pada pimpinan Pas. Apalagi dalam buku ini saya secara terus menegur kepimpinan Datuk Seri.

Memali adalah pembunuhan atas desakan umno..itu fakta!

Ahli-ahli Pas termasuk beberapa orang kawan saya merungut, sudah bertahun mereka bertungkus lumus bekerja untuk kemenangan Pas. Mereka rasa sudah terlalu letih, lesu mengharungi perjuangan ini. Bagi mereka, sudah terlalu hampir untuk menawan Putrajaya, tiba-tiba harapan itu terhalang dengan tindakan saya. Mungkin sekali lagi saya akan dicap sebagai pengkhianat kepada Pas.

Aku x merungut dan x letih selama 20 tahun berjuang bersama PAS.. Allahyarham ayah aku 40 tahun bersama PAS..x merungut dan x letih..hingga ke akhir hayatnya dia bersama PAS....
Lebih baik ko merujuk diri ko jerr...xpayah sebut ahli2 PAS..ini FITNAH semata2


Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan. Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan. Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan Sunnah.


Untuk itu, terlebih dulu saya mohon maaf pada Datuk Seri, pimpinan Pas semua peringkat dan juga ahli Pas seluruhnya, di samping memohon restu dari yang Maha Esa. Allah lihat semua apa yang saya buat, juga apa yang saya catat. Di waktu yang sama, saya juga sedar bahawa segala tindakan saya turut dicatat oleh malaikat. Saya sudah tidak ada platform lain untuk meluahkan rasa hati, melainkan inilah pendekatan yang ada. Biar rakyat umum, umat Islam dan bangsa Melayu menjadi saksi bahawa telah ada suara yang menegur kepimpinan Pas sekarang. Jangan pula anak cucu akan datang menyalahkan kita kerana membiarkan Pas hanyut bersama gelombang hijau.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa dalam keadaan terlalu hampir dengan PRU 13, buku ini saya keluarkan. Memang saya ingin mendapat perhatian dari banyak pihak, terutama pimpinan Pas dan juga para pengundi. Saya mempunyai masej yang sangat penting untuk menyelamatkan agama, negara dan bangsa. Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara.

Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, tapi jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan Kebajikan, Kedah Sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.
Pimpinan Pas harus sedar yang rumah tempat kita berteduh sekarang masih bocor atau istilah orang Kedah sebut ‘tiris’. Jadi, untuk apa kita mengajak orang ramai datang berteduh dari hujan di dalam rumah kita yang masih bocor? Kita janji yang rumah kita selamat, sejahtera dan penuh selesa, tapi bila dimasuki penuh dengan air. Pemerintah BN/Umno disebut sebagai tidak telus, berlaku ketirisan di sana sini, tapi kita tidak melihat pula ketirisan yang sedang berlaku di rumah kita seperti di Kedah khasnya.

Datuk Seri,

Dalam ceramah, kuliah juga manifesto Pas, banyak menjanjikan untuk kesejahteraan ummah, tetapi banyak pula yang tidak ditunaikan. Merata tempat di Kelantan dan Kedah, rakyat menjerit minta perhatian, tetapi mereka masih dipinggirkan berbanding nasib pemain bola sepak. Kalau dulu kita marah pada kerajaan BN/Umno merampas tanah rakyat dan meroboh gerai-gerai peniaga kecil, sekarang bila berkuasa kita juga lupa jalan perundingan yang pernah disarankan. Sedangkan mereka itulah antara pengundi yang ingin mengecapi nikmat perubahan di bawah kerajaan Islam seperti yang telah dijanjikan untuk mereka.

Sepatutnya dengan kurniaan dua buah negeri oleh Allah kepada Pas, sudah cukup buat Pas meyakinkan rakyat, bahawa Pas adalah satu-satunya parti terbaik. Pimpinan Pas tidak perlu bersusah payah berkempen pada masyarakat tentang pemerintahan Islam. Tidak mustahil rakyat pula yang akan berkempen bagi pihak Pas kerana apa yang dibawa oleh Pas Kelantan dan Kedah itu sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya. Akan berlakulah di situ Pas mengotakan apa yang dijanji, bukannya seperti yang diwar-warkan dalam media dan internet sekarang, bahawa Pas cakap tak serupa bikin. Datuk Seri sendiri suatu masa dulu pernah sebut yang Umno cakap tak serupa bikin (harap rujuk kembali ucapan Datuk Seri dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 27 November 1984).

Apabila tercetusnya isu tok guru dengan menantunya di Kelantan, berlaku pula perbalahan antara exco dan MB di Kedah, masyarakat sudah boleh menilai sejauh mana kemampuan Pas memerintah. Pas gagal membuktikan yang para pemimpin di negeri yang dikuasai itu melaksanakan amanah secara telus. Datuk Seri lebih tahu, kenapa kepimpinan Datuk Seri ditolak oleh rakyat Terengganu dalam PRU 11 yang lalu. Faktor utama kerana ketidaktelusan mentadbir dan masalah dalaman parti sendiri. Bukan masalah rakyat tolak Islam.

Datuk Seri,

Beberapa bulan selepas Pas menawan Kedah pada Mac 2008, hati saya sentiasa memberontak melihat kepada beberapa perubahan sikap yang ada pada kebanyakan pimpinan Pas. Ada juga rakan yang mengajak berjumpa Datuk Seri di Rusila, tetapi saya rasa tidak perlu kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebab saya sangat faham apa yang berlaku ini, bukan kehendak Datuk Seri, tetapi ada dalang disebalik. Puncanya Datuk Seri tidak mampu menghadapi orang-orang ini, mereka yang menguasai parti.

Beribu lagi ahli-ahli Pas yang tertekan dengan perubahan ini, mungkin tidak tergamak untuk bertindak seperti saya. Mereka masih lagi berhemah kerana bimbang dengan tohmahan. Apa lagi jika mereka berada di tengah-tengah kelompok Pas yang fanatik kepada pimpinan. Mereka bimbang dengan nasib diri dan keluarga, akan dipulau oleh orang-orang Pas. Sebagaimana mereka begitu jugalah dengan saya, dengan bergenangkan air mata saya gagahkan juga untuk menyampaikan rasa hati ini sebelum saya atau Datuk Seri kembali ke rahmatullah.

Saya sedar yang Datuk Seri merupakan individu yang sangat disegani, dihormati dan disanjungi oleh seluruh ahli Pas, juga gerakan Islam luar negara. Masih beribu ahli Pas yang sanggup mempertaruhkan nyawa pertahankan maruah Datuk Seri. Ini saya dapat lihat dalam demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Apabila Datuk Seri ditahan oleh pihak berkuasa, ada kenyataan dari pihak tertentu supaya Datuk Seri dibebaskan segera, jika tidak seluruh balai polis di Terengganu akan jadi sasaran mereka. Sedangkan pimpinan lain yang ditahan termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu tidak ada pula pembelaan begitu rupa. Kalaulah dengan pihak polis pun begitu, apalah ada dengan saya yang kerdil ini.

Bagaimanapun, saya yang masih berpegang kepada ajaran Datuk Seri supaya kita takut hanya kepada Allah, dan perlu berkata benar walaupun pahit, maka saya cuba memberanikan diri dengan matlamat untuk kebaikan ummah. Malah saya terlalu yakin, sebagai pemimpin Islam, Datuk Seri tentu memiliki roh kepimpinan para sahabat.

Tentu Datuk Seri masih ingat antara peringatan yang acapkali pernah disampaikan kepada kami akan ciri-ciri kepimpinan Islam yang baik, seperti mana yang pernah diucapkan oleh Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq,

“Wahai saudara-saudara semua, aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, dan aku bukanlah orang yang paling baik dari kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka tolonglah aku, sekiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Bercakap benar ini amanah dan berdusta itu khianat. Orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil semula daripadanya hak yang diambil secara tidak benar. Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan mengembalikan hak yang dirampas daripadanya. Tidak meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum, melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat pada Allah dan rasulNya maka jangan lagi kamu taat pada aku”

Berpandukan ucapan ini, sekiranya isu penganiayaan terhadap anak yatim dan balu Memali berlaku dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakar, nescaya hak anak yatim dan balu akan kembali ke tangan mereka. Malangnya Saidina Abu Bakar sudah tidak ada, Khalifah Omar Abd. Aziz juga sudah tiada, yang berkuasa dalam isu tabung Memali sekarang adalah Datuk Seri selaku Presiden Pas. Hingga bilakah isu ini akan dibiarkan menjadi barah dalam Pas?

Ucapan Khalifah Abu Bakar itu pernah dibentangkan oleh Datuk Seri sempena satu seminar Dasar Kepimpinan Dalam Islam pada Disember 1999. Datuk Seri juga berkata, itulah ucapan yang wajib kita mengambil iktibar daripadanya sebagai rakyat dan oleh mereka yang dilantik sebagai pemimpin.

Datuk Seri mengakhiri ucapan dengan membaca ayat 41 surah Al-Hajj yang bermaksud,
“Dan Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Iaitu orang-orang yang jika kami beri kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar, dan ingatlah bagi Allah kesudahan segala sesuatu”.

Siapa pun yang mendalami ayat ini, terutama para ulama seperti Datuk Seri pasti memahami secara jelas bagaimana janji Allah pada pejuang agamanya. Kerana itu Allah memenangkan Kelantan dan Kedah untuk menguji pemerintahan Pas. Malangnya, Pas gagal dalam mencapai pemerintahan seperti yang sepatutnya. Tak perlulah untuk saya perincikan lagi di sini satu persatu. Cukup dengan contoh patung penyu yang Datuk Seri musnahkan sebaik berkuasa di Terengganu pada 1999 dengan alasan ianya haram di sisi Islam, tetapi patung burung helang masih kekal di Pulau Langkawi di bawah kerajaan Kedah.

Secara terang, satu contoh itu sahaja telah menunjukkan percanggahan dengan ayat di atas. Selaku Presiden, Datuk Seri berhak menegur MB Kedah dalam isu ini, juga lain-lain isu seperti pusat judi, karokae, arak dan seumpamanya. Kenapa Datuk Seri melihat semua ini dengan tenang, tidak rasa berdosa membiarkan MB Kedah melakukan apa sahaja kehendaknya, walau melanggar hukum. Kalaulah betul seperti apa yang saya dengar bahawa Datuk Seri memberi amaran kepada penentang MB Kedah dengan berkata ‘jangan ada sesiapa yang cuba mengorek kapal yang sedang dikemudi oleh Ustaz Azizan’, maka amat malang sekali.

Begitu juga amat bercanggah dengan apa yang Datuk Seri sebutkan dalam Kenyataan Datuk Seri dalam akhbar Sinar Harian pada 6 Mac 2012 dalam bertajuk ‘ Pas Tidak Ganjak Dalam Soal Halal Haram’. (sila rujuk lampiran) Antara lain Datuk Seri menyatakan dalam Umno tidak ada peraturan boleh memecat ahli yang mengerjakan maksiat kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya.

Dalam hal ini, mungkin Datuk Seri lupa tentang isu pemecatan DSAI oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Saya tidak mahu bincang isu kononnya ada konspirasi terhadap DSAI oleh pimpinan Umno. Cuma untuk membuktikan tuduhan Datuk Seri terhadap sikap Umno itu dalam isu pemecatan ahlinya adalah tersasar. Oleh kerana yang dipecat itu Timbalan Perdana Menteri, banyak pihak terutama pembangkang terkejut, lalu memihak pada DSAI atas dasar politik.

Sedangkan semua pimpinan Pas tahu isu yang sering dibawa oleh Hj Mohamad Sabu berkaitan DSAI sebelum beliau dipecat. Dalam ceramahnya, Hj Mohamad Sabu sering mengatakan DSAI membuka kilang kunyit, kadang-kadang disebutnya Anwar Al-Juburi. Datuk Seri dan seluruh pimpinan Pas faham maksud disebalik ini. Apabila DSAI dibela dengan begitu rupa, maka seharusnya tindakan pada Mohamad Sabu perlu dikenakan, kerana menabur fitnah kepada DSAI. Apabila Mohamad Sabu tidak diambil tindakan, ertinya memang benar tuduhannya pada DSAI. Sekiranya DSAI melakukan perbuatan keji seperti yang dimaksudkan oleh Mohamad Sabu itu, kenapa pula seluruh pimpinan Pas menyalahkan Tun Dr. Mahathir memecat DSAI?

Datuk Seri juga dalam kenyataan itu menyebut bahawa Pas tidak teragak-agak memecat siapa sahaja ahli yang melakukan kerja haram. Termasuk pernah pecat ahli parlimen yang terlibat dalam tarian. Tahniah atas ketegasan ini. Datuk Seri, pimpinan Pas dan seluruh ustaz-ustaz Pas sering menegaskan, bahawa berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu hukumnya adalah haram, oleh itu saya ingin mendapat penjelasan, apakah tindakan Datuk Seri dan Dewan Muslimat Pas Pusat terhadap sikap Exco Muslimat dalam kerajaan Pas Kedah, Datuk Siti Aishah bt Ghazali yang telah bersalaman dan mencium tangan lelaki bukan muhrim pada 28 Februari 2012 yang lalu seperti yang disiarkan oleh tv.
Begitu juga dengan segelintir pimpinan Pas dan Ahli Parlimen Pas yang berjabat salam dengan pelajar-pelajar universiti berlainan jantina yang berkhemah di Dataran Merdeka protes isu PTPTN.

Andainya isu ini tidak dapat diselesaikan seperti janji Datuk Seri itu, maka saya harap selepas ini jangan ada lagi suara pimpinan Pas atau ahli yang menyalahkan Rosmah tidak bertudung. Hinggakan PM diseret dalam isu ini dengan dakwaan tidak layak jadi PM sebab isteri tak bertudung. Sedangkan kita lupa, Nuh kekal sebagai Nabi dalam keadaan isteri dan anak-anaknya derhaka pada perintah Allah dan Allah tidak menggugurkan Nuh sebagai nabi atas dosa anak isterinya.

Itulah kadang-kadang kita lupa dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga sendiri, kerana terlalu menyibuk dengan rumahtangga orang lain. Seperti mana yang pernah dilakarkan oleh kartunis Rossem, keadaan pemerintahan Kelantan zaman BN dengan zaman Pas sekarang ini. Mesej yang hendak disampaikannya, bahawa Kelantan dulu penuh dengan judi, arak dan maksiat, sekarang waktu Pas memerintah semua itu telah tiada lagi, bersih dari segala maksiat. Pada hal, di waktu yang sama Rossem terlupa tentang satu lagi negeri yang dikuasai Pas, iaitu Kedah yang masih penuh dengan maksiat. Beginilah juga kekeliruan yang sengaja tidak peka oleh pimpinan dan ahli Pas akibat terlalu ghairah dan taksub dengan diri sendiri.

Bagaimana dengan Kedah yang masih penuh dengan arak dan judi? Bukan sahaja Rossem terlepas pandang isu ini, pimpinan Pas sendiri bersikap ‘kuman di seberang nampak, gajah di depan tidak nampak’

Kalau Datuk Seri peka dengan apa yang berlaku di Kedah, saya yakin Datuk Seri tidak akan menyebut dalam kenyataan itu,

“Pelaksanaan Islamnya (Umno) juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam,…..”

Kalau Kedah yang dikuasai oleh Pas, tidak mampu melaksanakan kehendak syariat, kenapa pula dipertikaikan terhadap negeri yang dikuasai oleh BN/Umno, sedangkan mereka tidak pernah berjanji pada rakyat mahu menghapuskan perkara tersebut, sebagaimana janjinya Pas. Lebih menghairankan lagi, apabila Dato’ Dr. Hasan Ali selaku exco berkaitan cuba menyentuh isu arak di Selangor, dia diserang bukan sahaja oleh DAP, malah pimpinan Pas negeri dan pusat. Beliau diserang kiri kanan lalu diterajang keluar dari tingkap Pas.

Datuk Seri,

Sebelum ini saya juga amat teruja dengan ketegasan Datuk Seri mempertahankan prinsip perjuangan ketika berdepan dengan pimpinan Umno, terutama mantan PM, Tun Dr. Mahathir. Apa juga alasan yang diberikan oleh Tun ketika itu, langsung tidak dapat diterima oleh Datuk Seri, terutamanya berkaitan dengan hudud. Tetapi, apabila ada pihak persoalkan tentang hudud ketika Datuk Seri jadi MB di Terengganu (1999 -2004), Datuk Seri menjawab bahawa hudud itu hanyalah sekadar 0.0001 sahaja dari al-Quran, jadi tak perlu dibincangkan dulu, masih ada agenda lebih penting.

Bagaimana boleh berlaku begitu, sedangkan satu ketika kami ahli Pas sanggup mati kerana menuntut pelaksanaan hudud. Kami berjuang, berkorban untuk kemenangan Islam kerana mahu lihat orang yang mencuri dipotong tangan, mahu melihat orang yang berzina direjam, mahu melihat orang yang membunuh dibunuh, mahu melihat orang yang meliwat dihukum, mahu melihat orang yang mencipta dan sebar fitnah juga dihukum dan mahu melihat orang yang minum arak disebat.

Juga terlebih ingin sangat untuk kami melihat seorang ulama yang tegas, berani dan amanah memimpin negara ini. Siapa lagi kalau tidak Datuk Seri. Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjurus kepada cita-cita itu. Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu. Hal ini diakui oleh Lim Guan Eng KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu.

Datuk Seri sendiri sedar yang Allah mahu buminya diperintah oleh bukan sahaja orang muslim beriman, tetapi juga berilmu. Dan ilmu itu, semestinyalah ilmu dunia dan akhirat. Kalau ditanya kepada seluruh rakyat, siapa yang layak memikul amanah Allah ini antara Datuk Seri dengan DSAI, pasti rakyat akan memilih Datuk Seri. Tetapi, kenapakah Datuk Seri bersama AJK Pas Pusat sanggup menghancurkan harapan ahli Pas dan juga kehendak majoriti rakyat dan yang lebih penting amanah dari Allah. Ada yang berkata, dengan menjanjikan DSAI sebagai PM, rakyat lebih yakin atas pengalamannya sebagai TPM sebelum ini. Apakah Datuk Seri turut bersetuju dengan pandangan ini?

Pada saya, hujah ini adalah alasan basi dan menunjukkan betapa akidah kita semakin longgar sejak bersama Pakatan Rakyat. Secara tidak sedar, kita menafikan kekuasaan Allah. Sedangkan satu ketika Datuk Seri memberi ingatan pada kami, jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita. Jika digenggam dengan erat ingatan ini, kenapa kemampuan DSAI diletakkan lebih tinggi dari kemampuan Allah. Di mana tauhid kita hendak letakkan?

Sepertilah satu masa dulu pimpinan Pas pertikai usaha Tun Dr. Mahathir hendak buka kilang kereta. Alasannya, belum mampu kerana nak buat kilang jarum pun belum bersedia. Akhirnya lihatlah hari ini, kereta buatan Malaysia sudah melangkaui sempadan. Terbaru muncul pula Proton Preve. Mungkin Tun jahil, tapi dia ada keyakinan diri yang akhirnya Allah membantu beliau. Apakah Allah tidak boleh memilih seorang pimpinan terbaik bagi negara ini dikalangan ratusan barisan pimpinan Pas, jika PR menguasai Putrajaya?

Datuk Seri,

Banyak juga pimpinan Pas memberi alasan, MB Kedah terpaksa bersikap agak rasional, liberal dan mendahului kepentingan orang bukan Islam. Mereka ini belum faham tentang Islam dan perlu difahamkan terlebih dahulu. Dulu, apabila Tun Dr. Mahathir memberi alasan begini, Datuk Seri dan juga pimpinan tertinggi Pas kata, itu alasan memancing undi. Takut pada orang bukan Islam tidak mengundi Umno/BN. Alasan ini tidak selari dengan syariat. Hingga ada yang mengkafirkan Tun dan ahli Umno atas alasan ini.

Tentu Datuk Seri sedar yang alasan oleh MB Pas di Kedah sekarang ini, merupakan alasan untuk menjaga hati orang bukan Islam yang bertentangan dengan matlamat asal Pas. Seperti dalam ucapan Datuk Seri satu ketika dengan tegas pernah mengatakan,

‘Kita rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak oleh rakyat kerana melaksana suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redhanya Allah.’

Dalam menyentuh bab hudud, Ahli Parlimen Pas Dr. Zulkifli turut memberi alasan yang sama dengan MB Kedah. Orang bukan Islam perlu diberi penjelasan, difahamkan terlebih dahulu. Kenyataannya disokong pula oleh Naib Presiden Pas, Salehudin Ayub.

Kalau inilah pegangan mereka dan direstui oleh Datuk Seri, samalah pendangan ini dengan pandangan Tun. Kalau Tun pernah dikafirkan atas alasan ini, bagaimana pula dengan pimpinan atau ahli Pas yang bersetuju dengan Dr. Zulkifli itu.
Pas Kedah juga dilihat seolah sudah tidak yakin dengan janji Allah seperti ayat dalam surah al-Hajj di atas.

Apakah selepas PRU 13 ini, Allah tidak berkuasa lagi mengekalkan pemerintahan Pas di Kedah. Sehingga lebih bergantung harap sepenuhnya kepada orang-orang bukan Islam, undi mereka dilihat lebih berkuasa dari Maha Pencipta, lalu kepentingan mereka lebih diutamakan. Tidak malukah Datuk Seri mengetahui MB Kedah anaktirikan 12 sekolah agama rakyat atau pondok.
Di waktu yang sama beliau memperuntukkan ratusan ribu ringgit untuk sekolah Cina dan India bagi melangsaikan bil tunggakan air dan lektrik. Juga membiayai lebih 2 juta ringgit untuk perpustakaan sekolah yang ada kaitan dengan istana. Di manakah nilai agama yang diperjuangkan selama ini?

Kalau dirujuk dalam akhbar Fitrah 11 September 2011 bertajuk ‘Rakyat Sering Terpengaruh Bangsa Yang Menjajah’, Datuk Seri ada menulis,

“Kemerdekaan dalam makna yang lengkap, mengandungi ibadat dan cara hidup seluruhnya. Bukan sahaja menentang syirik yang bersifat ibadat, bahkan termasuk syirik kepada peraturan ciptaan manusia dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah kerana di luar kemampuan akal manusia”.

Bermaksud di sebalik kenyataan itu Datuk Seri beranggapan mana-mana pemerintahan yang tidak mengikut peraturan Allah itu sebagai syirik kepada ciptaan manusia, jadi bagaimana pula kedudukan kerajaan Pas Kedah yang masih mengekalkan lesen judi, jualan arak, pusat karokae dan mengekalkan patung burung helang di Langkawi serta banyak lagi berbagai aktiviti yang bercanggah dengan peraturan Allah? Oleh kerana tidak ada bezanya dengan kerajaan BN/Umno yang Datuk Seri kata syirik, ertinya pemerintah Pas di Kedah juga turut bergelumang dalam kesyirikan ini.

Lihat sahaja isu empat buah pusat hiburan terbesar yang diluluskan oleh kerajaan Kedah baru-baru ini di Bandaraya Alor Setar. Apabila ada pihak protes, MB menjawab bahawa rakyat Kedah perlukan hiburan. MB juga menjawab penguatkuasa sering membuat pantauan. Bagaimana ianya dipantau, sekiranya iklan arak terpampang di premis itu. Lokasinya pula berada di kawasan berpendudukkan orang Islam. Setiap malam ramai remaja Islam yang melibatkan diri di sana. Hinggakan pada malam Isra’ Mikra’ baru-baru ini 27 Jun 2012 pun pusat itu dibuka.


Wajarkah perkara-perkara begini wujud dalam sebuah negeri pemerintahan Islam?
Datuk Seri memberi ceramah agama pada malam itu, sebaliknya rakyat Kedah diizinkan melakukan maksiat di malam yang bersejarah itu. Pusat hiburan dan karokae juga dibenarkan beroperasi pada malam Jumaat. Jika ada karnival dan fun fair di Kedah, malam Jumaat turut beroperasi. Sedangkan ketika BN/Umno berkuasa dulu, malam Jumaat semua pusat hiburan tutup. Malangnya, sudah nasib Umno bagaikan kucing kurap di jalanan, langsung tidak ada kebaikan di sisi Pas. Pas sahaja yang terbaik.

Isu yang paling menyedihkan buat umat Islam Kedah sekarang adalah berkaitan Madrasah Salihiah yang mahu diroboh oleh Kerajaan Pas Kedah. Pernah satu ketika ahli Pas diperintah buat demo terhadap langkah kerajaan BN/Umno hendak meroboh sekolah agama rakyat, surau, bangunan Pasti atau apa-apa sahaja usaha kerajaan BN/Umno hendak mengambil tanah orang Islam untuk projek pembangunan. Ahli-ahli Pas juga diarah turun membantu jemaah di Masjid Kg. Rawa, Pulau Pinang satu ketika, kerana ada krisis dengan penganut Hindu. Memang kita bersedia untuk mati demi pertahankan hak orang Islam dari terlepas ke tangan orang bukan Islam.

Anehnya, dalam isu Madrasah Salihiah ini, selaku pemerintah Islam sanggup pula menyerahkan hak milik orang Islam kepada orang bukan Islam, atas dasar pembangunan. MB Kedah dan exco terlibat cuba menyembuyikan fakta sebenar dalam isu madrasah ini. Mungkin Datuk Seri dan pimpinan Pas pusat tidak mengetahui apa yang berlaku disebalik fatwa kedua Datuk Mufti Kedah yang bersetuju madrasah itu diroboh, sedangkan fatwa pertama tidak membenarkannya. Saya dimaklumkan oleh pihak tertentu, bahawa Datuk Mufti dipaksa untuk mengeluarkan fatwa kedua yang tidak diperkenankan oleh Sultan Kedah.

Datuk Seri,

Kenapa isu ini tidak dipandang serius oleh Pas Pusat. Setahu saya tidak ada mana-mana pihak dari Pas kawasan, negeri dan pusat turun berbincang dengan AJK Madrasah itu? Sepatutnya adakan perbincangan ke arah bagaimana nak menyelamatkan madrasah itu dari diroboh, bukannya menghantar notis kepada AJK kosongkan bangunan untuk diroboh. Apa yang dibimbangkan, pemaju yang diserahkan projek Aman Sentral itu ada kaitan dengan gerakan Kristian Pulau Pinang. Tidak terfikirkah kemungkinan ini merupakan perancangan halus dari pihak berkenaan yang tidak suka melihat perkembangan Islam. Surau ini berpotensi maju apabila beroperasinya projek Aman Sentral.

Kalau benarlah madrasah itu mahu dirobohkan oleh kerajaan Pas Kedah semata-mata menjaga kepentingan dan keselesaan hidup penghuni bukan Islam yang akan tinggal di kondominium berhampiran, amat dukacitalah nasib umat Islam seterusnya. Akan tercatat dalam sejarah kerajaan Kedah bahawa di masa pemerintahan Pas, sebuah madrasah diroboh di tapak tanah wakaf khusus untuk ibadat, hak milik orang Islam dan diserah kepada orang bukan Islam. Apalagi di bawahnya kelak akan dijadikan karokae serta tempat pembentungan najis. Nauzubillah.

Lupakah semua dengan peringatan Allah dalam ayat 27, surah al-Anfal,
“Hai orang-orang beriman jangan kamu khianat pada Allah dan Rasul dan jangan pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui.”

Adakah ayat ini semata-mata diturunkan untuk peringatan pada orang Umno, manakala orang Pas, kerajaan Pas boleh lakukan apa sahaja seperti kebal dari dosa. Dalam isu ini pimpinan Pas semua membisu, termasuk Datuk Seri, kenapa? Di mana laungan ‘Allah hu rob buna’ selama ini?

Sebab itu, apabila pincang atau sumbangnya lenggang-lengguk dengan irama dan paluan gendang, maka hancurlah masa depan Pas. Bila Pas hancur, lalu Islam turut tercemar. Jadi, rasanya tidak keterlaluan kalau saya sarankan agar Datuk Seri fikirkan semula penggunaan perkataan Islam pada tubuh Pas. Bergerak sahajalah atas Parti Kebajikan. Dengan itu, Islam tidak turut terpalit dengan fitnah akibat ketelanjuran dan akhlak kurang baik pimpinan atau ahli Pas. Biarlah Islam itu menjadi hak mutlak kepada seluruh umat Islam tanpa mengira parti, pertubuhan, bangsa atau sebagainya.


Datuk Seri,

Saya bukanlah hendak mendedahkan apa yang telah dilakukan sekadar bahan bacaan biasa sahaja, tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar kesan dari ‘Amanat Hj Hadi’, juga tarbiah yang kami terima dari Pas. Dengan amanat dan ceramah keras dari Datuk Seri membuatkan saya derhaka kepada ibubapa, menyebabkan saya putuskan hubungan keluarga dengan saudara kandung, menyebabkan saya hingga merancang untuk membunuh PM dan pimpinan Umno. Demikianlah dahsyatnya akibat dari amanat Datuk Seri itu. Amanat itu telah mendatangkan malapetaka yang besar terhadap umat Islam di negara ini. Perpecahan yang tidak dapat dicantumkan lagi.

Segala perubahan yang berlaku dalam melayari perjuangan Pas sekarang ini, benar-benar mengecewakan. Semakin hari semakin saya tidak mengerti. Setelah Datuk Seri mengeluarkan kenyataan untuk memberi peluang orang bukan Islam menjadi calon Pas, Datuk Seri juga tidak menolak untuk menerima para artis sebagai calon. Lebih mengelirukan.

Pas mentarbiah ahli bermula dari Pasti (umur 4 tahun), kemudian SRI (umur 7 tahun) dan terus ke SMIDU (umur 12 tahun). Dari situ bergerak ke kolej (umur 17 tahun) tajaan Pas seperti di Muasasah Darululum, Pokok Sena, Kedah. Akhirnya, mereka ini melanjutkan pelajaran ke negara Timur Tengah dalam berbagai bidang. Dengan harapan sebahagian besar dari mereka akan pulang menjadi pelapis kepimpinan kepada Pas. Mereka inilah bakal-bakal calon Pas yang diharap akan mentadbir kerajaan Pas. Mereka ini ditanam dengan keimanan yang tinggi agar mencontohi kepimpinan nabi atau para sahabat. Mereka akan menjadi model kepimpinan Islam yang syumul dan diyakini rakyat.

Apakah orang bukan Islam, para artis, ahli sukan yang tidak pernah melalui tarbiah Pas dapat mencapai matlamat Pas sebagai pemimpin ummah. Isu beberapa ahli PKR dan DAP melompat parti sehingga PR hilang negeri Perak, seharusnya menjadi iktibar dalam pemilihan calon yang benar-benar amanah dan takut pada Allah. Kalau beginilah caranya, saya yakin selepas ini akan ramai lagi artis isytihar diri bersama Pas. Selepas itu mereka akan ditatang ke seluruh negara yang akhirnya kehidupan material mereka bertambah baik berbanding kekal sebagai artis. Keadaan mereka kelak akan mengulangi masalah dalaman Pas seperti berlaku kepada calon-calon bidan terjun.

Kebanyakan dari calon ini yang berjaya menjadi YB, tidak dapat sesuaikan diri dan lebih kepada membina kepentingan diri dari memikirkan hal parti. Terjadi begini kerana mereka tidak pernah melalui proses pentarbiahan dari Pas. Calon-calon bidan terjun terutama yang baru pencen sebagai penjawat awam, pula ada nama sebagai bekas pengarah itu dan ini, lebih membawa masalah dari menyelesaikan masalah. Mereka sekadar boleh menang sebagai calon, tetapi tidak dapat memenangi hati ahli dan masyarakat.

Datuk Seri,

Selain dari itu, saya juga lihat betapa pimpinan Pas semakin mengamalkan kronisma. Contoh yang paling ketara, apabila saya mendedahkan isu tabung Mangsa Memali dalam buku bertajuk Air Mata di Bumi Memali. Selaku Presiden Parti Islam, apabila ada isu yang begitu seharusnya Datuk Seri semestinya orang pertama meneliti pendedahan yang melibatkan kezaliman terhadap balu dan anak yatim Memali. Tertuduh patutnya disiasat, tugasnya dalam parti harus digantung sementara waktu. Tetapi tidak berlaku begitu, dengan angkuh pihak Datuk Seri membenarkan Yusuf Husin menyambung lagi khidmatnya sebagai senator walaupun dirinya telah ditelanjangkan. Datuk Seri perlu sedar, keangkuhan itu bukan kepada saya dan masyarakat yang inginkan keadilan, tetapi keangkuhan pimpinan Pas, sebenarnya angkuh terhadap peraturan Allah.

Apabila isu begini berlaku pada pimpinan Umno, gegar dunia ini dibuatnya oleh pimpinan Pas. Contohnya isu Datuk Seri Shahrizat berkaitan wang NFC. Kalaulah betul berlaku salahguna wang oleh Shahrizat, wang itu adalah hak kerajaan kepada rakyat. Berbeza pula dengan wang tabung Mangsa Memali yang dikutip dari ahli Pas seluruh negara, yang dijanjikan untuk membiayai anak yatim dan balu Memali. Kita menuduh pemerintah zalim kerana membunuh bapa atau suami mereka, sayangnya kita yang faham Islam ini mengulangi kezaliman terhadap anak isteri mereka. Kenapa pimpinan Pas tidak pernah terasa yang selama ini menzalimi keluarga mangsa Memali?

Apakah tidak rasa hina apabila kita gunakan isu kematian suami atau bapa mereka untuk meraih simpati mengumpul wang berjuta untuk kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti? Apakah orang yang memperalatkan balu dan anak yatim itu lebih mulia dari Datuk Seri Shahrizat? Lebih penyayang, lebih adil dari Tun Dr. Mahathir? Di manakah ketelusan Datuk Seri dan juga para ulama Pas dalam hal ini. Lupakah kepada kuliah Datuk Seri yang pernah mengatakan antara sifat assobiyyah itu adalah mempertahankan salahlaku kroni, dan nabi tidak mengaku umat kepada sesiapa yang mengamalkan assobiyyah.

Anggapan saya, bila didedahkan isu tabung Mangsa Memali itu, akan memberi keinsafan dan pengajaran pada pimpinan Pas, rupanya tidak. Saya dipecat dari Pas kerana mempertahankan hak balu dan anak yatim. Namun, saya tidak malu atau menyesal dengan apa yang berlaku.

Apa yang saya malu, adalah sikap kepimpinan parti Islam dalam menangani isu yang amat serius ini. Sehingga terlepas pandang amaran Allah dalam surah al-Ma’un ayat 1 dan 2,

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? # Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak-anak yatim.”

Begitu juga peringatan Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 2,

“Berikanlah kepada anak-anak yatim hartanya dan janganlah kamu tukarkan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka bersama harta kamu. Sesungguhnya memakan harta anak yatim itu satu dosa yang besar.”

Bagaimana pimpinan Pas hendak berhadapan dengan mereka yang terbunuh itu di Padang Mahsyar kelak, kerana anak isteri mereka dizalimi. Hinggakan seorang dari balu meninggal dunia dengan penuh aib, tidak tergamak saya hendak dedahkan di sini. Majoriti anak-anak yatim sekarang ini hidup dalam keadaan tidak selesa, akibat kehidupan mereka yang tidak terurus sebelumnya. Nasib mereka tidak sebaik anak-anak pimpinan Pas dan anak-anak orang yang diamanahkan mengurus tabung Mangsa Memali. Yusuf Husin sebagai orang yang diamanahkan urus Tabung Memali, hidupnya semakin hari semakin selesa. Rumah makin cantik, kereta pun mewah dan tanah juga mampu beli.Antara anak-anak yatim Memali ini telah pun dewasa dan berumah tangga. Tahukah bagaimana setengah dari mereka yang sedang dihimpit kesusahan.

Datuk Seri,

Saya amat bersetuju hasrat Datuk Seri ingin berundur dari parti. Semoga jendalu-jendalu yang menumpang ditubuh Datuk Seri itu, turut rebah ke bumi. Bagaimanapun, sebelum Datuk Seri mengundur diri, saya mohon satu perkara yang harus Datuk Seri selesaikan, iaitu berkaitan dengan amanat Datuk Seri. Saya kira telah beribu orang ahli Pas yang berpegang bahawa Umno itu kafir, telah pun meninggal dunia. Semasa hidup mungkin mereka ini telah derhaka pada ibu bapa yang Umno, telah berdosa pada saudara kandung yang Umno, begitu juga dosa terhadap jiran atau orang kampung yang Umno, berdosa pada rakan sekerja yang Umno dan dosa terhadap seluruh orang Umno yang dikafirkan.

Bagaimana keadaan mereka ini di alam mahsyar kelak untuk berdepan dengan orang-orang yang dikafirkan itu. Apakah mereka akan jadi muflis, kerana segala pahala amal ibadat mereka terpaksa diberi pada ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga dan kawan sekerja yang dituduh kafir. Mampukah orang-orang ini untuk menanggung pula dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka yang dituduh kafir itu. Titik-tolaknya sekarang, siapakah yang membuatkan mereka ini berdosa?

Betul seperti kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Ustaz Harun Taib hujung Disember 2011, memang Pas telah lama tinggalkan isu kafir mengkafir ini. Masalahnya sekarang, kesan doktrin terhadap ahli masih kukuh terpahat di dada kami. Bukanlah sebegitu mudah untuk melupakannya seratus peratus, kerana ini persoalan akidah yang dipenghujungnya adalah syurga atau neraka. Hingga sekarang jiwa saya masih memberontak di persimpangan sama ada Umno itu sesat akidah atau sebaliknya. Pada hakikatnya saya telah rela untuk jadi makmum pada imam Umno, saya boleh makan sembelihan orang Umno, tetapi hati saya tidak khusyuk, mulut saya berat menerima suapan. Hingga ada ketikanya menitis air mata mengenangkan isu ini.

Walaupun saya dipecat dari Pas tetapi jiwa ini masih takut untuk menyertai Umno. Apa lagi bila teringat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, mengundi Umno itu boleh masuk neraka. Kalau mengundi Umno sahaja boleh masuk neraka, apa lagi menjadi ahli dan berjuang bersama Umno. Jika benar sebagai yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang Pas telah lama tinggal isu kafir mengkafir itu, maka Datuk Seri harus tarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa Umno tidak kafir di sisi Islam. Semua ahli diminta berbaik dan menghormati orang Umno dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak salah untuk mengamalkan ideologi politik masing-masing dalam keadaan aman damai.

Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam delima ini berlepas diri dari ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan Umno yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui ‘kafirkah aku jika bersama Umno, kafirkah aku setelah dipecat dari Pas’ tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu.

Jangan lagi berulang seperti apa yang berlaku baru-baru ini. Sungguh pun Ustaz Harun Taib kata isu kafir mengkafir telah lama berlalu, hakikatnya masih ada ahli yang utuh memegangnya. Kes terbaru 10 Julai 2012 perceraian warga emas antara Yahaya Ibrahim 78 tahun dengan isterinya Hasenah Che Ahmad 61 tahun di Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Isteri yang seorang ustazah tak dapat diterima kerana tak mahu menyertai Pas.

Amanat Hj Hadi walaupun telah 30 tahun berlalu, tetapi masih meninggalkan kesan buruk terhadap masyarakat
Kami tidak kisah kalau pimpinan dan ahli Pas meninggalkan jubah dan serban kerana lebih senang berbaju batik dan kot dengan bertali leher, kerana itu tidak menjejaskan akidah. Persoalannya, memahami yang dulunya pemerintah ini sekular, taghut dan kafir, adalah sesuatu yang amat berat di sisi agama. Tidak semudah itu untuk dilupakan begitu sahaja, kerana seperti yang dikatakan penghujung dari isu ini adalah syurga atau neraka. Tidak ada pilihan ketiga, tidak ada istilah ‘penghuni antara syurga dan neraka’.

Sebelum Kedah dikuasai oleh Pas, saya sungguh yakin bahawa Pas satu-satunya parti politik yang benar-benar ikhlas berjuang kerana dan untuk Islam. Tidak ada tolak ansur dalam hal yang berkaitan halal dan haram. Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dalam satu rencananya pada tahun 1980 (rujuk buku Islam Memanggil karangan Hj Baharudin Abd Latif), menyebut bahawa Nabi Muhamad SAW tidak pernah menunggu sehingga seluruh orang Muslim diberi latihan, bersedia dan memahami setiap ajaran Islam, untuk menubuhkan negara Islam.

Ertinya, alasan pimpinan Pas Kedah dan sebahagian besar pimpinan Pas Pusat untuk mengekal judi, arak dan pusat hiburan di Kedah sebagai menjaga sensitiviti pengundi bukan Islam, adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Apa lagi untuk menunggu masyarakat Islam faham semua perundangan Islam.

Datuk Seri,

Saya juga ingin penjelasan kenapa Datuk Seri dan ulama Pas tidak mahu menerima cabaran dari Tuan Guru Abdullah Sa’amah, pengasas Pondok Geting, Tumpat untuk berdebat isu yang berkaitan akidah ini? Kalau ramai pimpinan PR mendesak PM berdebat dengan DSAI atas isu kenegaraan, kenapa isu akidah yang lebih penting ditolak. Orang-orang seperti saya dan generasi muda perlu tahu dengan lebih terperinci berkaitan politik Islam yang ada hubungkait dengan akidah. Orang ramai hendak tahu lebih jelas, apakah benar undi Pas itu boleh masuk syurga, kerana baru-baru ini Mursyidul Am Pas menegaskan yang Pas akan tetap gunakan isu undi Pas masuk syurga dalam kempen PRU 13 nanti.
Hormatkah pimpinan Pas dengan pandangan ulama lain?

Begitu juga, umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya Putrajaya ditawan oleh PR. Apa yang jelas, PR telah menolak hudud untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya. Juga telah pun termaktub dalam Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa tidak menjadikan perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama. Masyarakat juga masih belum diberitahu secara khusus, andainya Putrajaya itu ditawan oleh PR, model manakah pentadbiran negara akan diurus. Mengikut model pentadbiran Pas Kelantan atau Pas Kedah. Kalau mengikut cara Pas Kelantan, mampukah Datuk Seri arahkan DSAI meruntuhkan Tugu Pahlawan, menutup pusat judi seperti di Genting, menutup kilang arak di Selangor serta melaksanakan perundangan Islam, termasuk hudud.

Kalau Datuk Seri yakin mampu lakukannya, tetapi dihalang oleh DAP, maka saya isytiharkan diri untuk sedia mati menentang DAP dan saya yakin beribu lagi ahli Pas dan penyokong Pas, mungkin orang Umno juga berminat ikut serta. Sebaliknya kalaulah acuan Kedah yang diguna pakai, bermakna Islam tidak menjurus ke mana juga. Islam tidak memerintah, sebaliknya dia tetap diperintah. Kalau Islam tidak berkuasa, untuk apa pula masyarakat Islam perlu memberi kuasa pada PR. Lebih-lebih lagi yang akan menjadi PM kepada kerajaan PR kelak adalah DSAI.

Jika alasan kerajaan BN/Umno perlu ditukar kerana mereka korupsi, tidak amanah dan sebagainya, apakah empat negeri yang dikuasai PR sekarang tidak wujud perkara-perkara demikian? Pada saya, sejauh ini negeri-negeri di bawah PR gagal menunjukkan prestasi cemerlang dalam menawan hati rakyat. Cukuplah dengan beberapa contoh yang telah saya sentuh di atas tadi. PR masih jadi penghuni di rumah yang tiris. Terbaru, lihat sahaja bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang secara berani menjual tapak masjid, sekolah dan balai polis kepada syarikat swasta. Pas membisu dalam isu ini takut mengguris hati DAP atas dasar semangat setiakawan dalam PR. Siapa akan jadi penghuni utama setelah berbagai projek dan rumah mewah dibangunkan kelak? Di mana Islam, di mana Melayu ketika itu.

Datuk Seri,

Dalam membawa arus bersama gelombang Islam ini, saya harap Datuk Seri tidak mengulangi kesilapan yang lalu akibat dari amanat Datuk Seri itu. Sepatutnya pendekatan sekarang ini, iaitu Kerajaan Kebajikan merupakan pendekatan awal setelah ulama ambil alih. Tidak timbullah isu kafir mengkafir sehingga memecahkan perpaduan seluruh umat Melayu dan Islam sebegini serius. Tidak ada sesiapa pun boleh menyelesaikan isu ini selain Datuk Seri sendiri. Seperti saya dulu, begitulah majoriti ahli Pas sekarang, apa juga arahan Datuk Seri pasti diikut. Jika Datuk Seri sanggup mencegah ahli Pas di 11 buah masjid di Terengganu agar kembali dalam satu jemaah di masjid, tentu mereka akan patuh. Jika tidak, mereka boleh dipecat dari parti kerana menimbulkan kekecohan dalam masyarakat yang bercanggah dengan dasar Pas serta juga tuntutan Islam.

Jika jemaah di masjid-masjid ini masih memulau Umno atas dasar kafir dan direstui oleh Datuk Seri, bagaimana pula ratusan ribu lagi ahli dan penyokong Pas yang masih berimamkan orang Umno. Tidakkah anak-anak mereka yang bernikah dengan Imam Umno itu berada dalam keadaan berdosa atau berzina sepanjang masa. Bagaimana pula status anak-anak mereka yang lahir kelak, anak yang bersih suci atau anak luar nikah. Terlalu banyak masalah akan wujud nanti. Mahukah Datuk Seri dan Pas menanggung semua masalah ini? Perlulah bertindak dengan penuh hikmah sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran semoga semua kembali bersatu membina perpaduan Islam yang lebih syumul, lebih kuat dan dihormati. Masanya telah tiba untuk seluruh umat Islam bersatu. Jika enggan, nescaya Malaysia akan menjejaki negara-negara Islam yang telah hancur satu persatu. Inilah hasil perpecahan ummah yang diterajui oleh orang-orang politik yang menanamkan rasa benci, dendam dan tidak menghormati pihak lain.

PM telah pun menghulurkan senyuman dan salam perpaduan, tetapi ada pimpinan Pas yang kata senyuman itu beracun. Apabila PM memohon maaf dengan kesilapan kerajaan BN/Umno yang lalu, ada pula pimpinan Pas kata PM tidak ikhlas. Bila PM memberi berbagai kemudahan kenaikan pangkat, gaji, bonus kepada penjawat awam dan sumbangan BRIM 500 ringgit pada rakyat terpilih, juga dikatakan rasuah, bila PM hapuskan akta ISA dikatakan ada agenda lain yang lebih keras, jadi apa lagi yang harus PM lakukan jika segala kebaikan yang cuba ditonjolkan tidak dihargai dan dianggap tidak ikhlas. Selaku ulama dan Parti Islam, sepatutnya berusaha mengajak umat agar kembali kepada al-Quran, terutama bila berlaku sesuatu permasalahan, terutamanya isu yang menjurus ke bibit-bibit perpecahan.

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung pada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” - Al-Anfal : 61

Kalau segala yang dibuat oleh PM itu dianggap tidak ikhlas, saya yakin andainya PM bersetuju membenarkan Kelantan dan Kedah melaksanakan hukum hudud sekarang ini, pasti pimpinan Pas akan menuduh PM juga tidak ikhlas. Oleh itu, undang-undang hudud ini tidak akan dilaksanakan sebab PM tak ikhlas. Dengan itu terlepaslah Pas dari kecaman ahli sebab tak laksana hudud. PM dan Umno juga yang dipersalahkan.

Sewajarnya pimpinan Pas berterima kasih kepada PM yang tidak meluluskan undang-undang hudud di Kelantan dan Kedah. Jika diluluskan, nescaya Pas tidak ada lagi helah kerajaan pusat halang mereka laksana hudud. Bayangkanlah jika PM luluskan hudud, kemudian Kelantan dan Kedah tidak mampu laksanakan, betapa Pas akan menanggung dosa. Bukan sahaja dosa kepada Allah tidak melaksanakan undang-undang hudud, tetapi berdosa juga kepada seluruh umat Islam, kerana sebelum ini Pas berjanji untuk laksanakan undang-undang tersebut.

Datuk Seri,

Sungguhpun keputusan memilih DSAI sebagai PM jika PR menawan Putrajaya selepas PRU 13 ini telah dibuat, beberapa perkara harus di fikir secara serius.

Antaranya,
Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’ dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’. Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas Pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu. Ini bermakna Pas Pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad Sabu wajib tarik balik ucapannya dan memohon maaf pada DSAI.

Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika menjadi Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno. Dengan tidak memilih Pas, saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan Islam. Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi kepercayaan sebagai PM. Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.

Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu biseksual adalah serius. Logiknya Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI memenangkan PR sebab DSAI bakal jadi PM. Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppan boleh mengharapkan sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khas menyiasat isu ini, bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih.

Saya ulang sekali lagi, kalau PR menang, Islam tidak tertegak, untuk apa lagi perjuangan Pas ini hendak diteruskan. Apakah Datuk Seri dapat memberi jaminan, setelah Pas berkuasa tanpa melaksanakan hudud, maka Allah akan turunkan keberkatan.

Negara ini akan aman, tumbuhan dan ternakan akan hidup subur seperti mana keadaan penduduk yang Allah ceritakan dalam ayat 15 surah Saba’.

“Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya. Negeri kamu ini adalah negeri yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.”

Saya bimbang takut-takut berlaku pula seperti kisah pada kaum Saba ini dalam ayat 16 surah yang sama,
“Tetapi mereka berpaling (tidak mahu bersyukur), lalu Kami datangkan kepada mereka banjir besar (yang memusnahkan) dan Kami gantikan dua buah kebun mereka (yang subur itu) dengan dua buah kebun yang ditumbuhi pohon-pohon yang pahit buahnya….”

Perlu juga saya sebutkan semula di antara peringatan Datuk Seri kepada pemerintah BN/Umno satu ketika berkaitan dengan bala yang diturunkan Allah. Datuk Seri ada menyebut antara punca bala Allah turun seperti gempa bumi, banjir, kemarau dan tumbuhan serta ternakan kurang subur adalah, kerana pemerintah tidak melaksanakan syariat Allah. Sama-samalah kita renungkan kenapakah Kedah yang diperintah oleh Pas, menghadapi berbagai ujian luar biasa. Sejak awal tahun ini sahaja hampir setiap minggu dilanda ribut yang melibatkan kerosakan teruk ratusan buah rumah.

Kita juga bimbang, dalam usaha Datuk Seri Najib cuba memulihkan apa yang difikirkan kesilapan kerajaan BN/Umno dulu, Pas pula yang menyambut kesilapan mereka sebagai amalan dalam agenda politik kini. Justeru itu, jika calon Pas gagal pertahan kerusi dalam PRU 13 ini, jangan dilihat pada satu jari telunjuk yang menghala ke arah pengundi, tetapi lihatlah pada empat lagi jari yang mencengkam ke arah batang tubuh Pas.

Jika berlaku keadaan demikian, saya harap seluruh pimpinan Pas bertanggungjawab melepaskan jawatan dalam parti. Walaupun berat hati, terutama yang bergelar Dato’-Dato’ dan YB, juga yang duduk dalam lubuk duit seperti Harakah, wajib berkorban untuk parti. Beri peluang pada pelapis yang boleh diyakinkan rakyat atau paling harmoni, terimalah salam PM. Jangan kerana bencikan PM, Pas rela mengorbankan seorang ulama dari parti sendiri, semata-mata Ustaz Nasarudin berbaik dengan PM.

Saya rasa dalam isu Ustaz Nasarudin ini, jika ada Allahyarhan Ustaz Fadzil, inilah sebenar-benarnya yang ia idamkan, kerana berkemampuan mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi Umno dan kerajaan dalam delegasi OIC yang begitu penting buat umat Islam internasional. Apa kurang ulama dalam Umno atau juga pemimpin Pas lain berbanding Ustaz Nasa? Apa salahnya kalau pemimpin Pas anggap kesudian PM mengajak Ustaz Nasarudin ke sidang OIC itu, sebagai satu penghormatan buat Pas.

Malangnya orang yang mengkritik kuat dalam isu ini adalah Mursyidul Am, Nik Aziz. Hingga timbul isu yang mengatakan dalam pertemuan Majlis Syura pada malam 9 September 2012 lalu, Mursyidul Am keluar dari majlis tidak mahu mempengerusikan majlis tersebut, alasannya kurang sihat. Kenapa datang berjam-jam dari Kota Bharu boleh, untuk mengambil masa setengah jam dikatakan kurang sihat. Seolah-olah enggan tenguk muka Ustaz Nasa. Jika beginilah sikap marah dan dendam yang diamalkan oleh Rasulullah, maka tidak akan Islamlah Saidina Hamzah, juga Saidina Omar dan juga Khalid Al-Walid. Mereka ini bukan sahaja menyebelahi musuh, malah berusaha untuk menghapuskan nabi. Dalam isu ini, saya ditanya, sunnah mana yang tok guru amalkan. Bagaimana nak jelaskan?

Datuk Seri,

Dalam isu Ustaz Nasa ini, saya rasa Datuk Seri merupakan orang yang bertanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku. Saya tidak mahu dedahkan di sini, kerana ini antara rahsia penting Datuk Seri dengan Ustaz Nasa dan beberapa orang lagi. Dengan menyembunyilkan fakta sebenar dari ahli. Khususnya perwakilan kawasan dalam muktamar 2011, Ustaz Nasa bukan sahaja menerima kekalahan dalam mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, malah beliau menerima fitnah dari majoriti ahli yang tidak tahu hujung pangkalnya. Kekadang sedih saya mendengar kutukan dari beberapa orang pimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan ke atas beliau. Begitulah juga nasib yang menerima Dato’ Hasan Ali. Datuk Seri lebih tahu kedudukan sebenar, tetapi mengelak diri. Pasti air mata Datuk Seri yang mengalir selepas mengumumkan pemecatan Dato’ Hasan Ali, menjadi bukti penyesalan Datuk Seri.

Saya mengucapkan syabas kepada Ustaz Nasa, sehingga kini beliau masih boleh bersabar untuk tidak mendedahkan isu sebenar disebalik kemelut yang menimpa dirinya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk menjaga maruah pimpinan tertingginya dan juga parti. Selagi mana Ustaz Nasa dapat bersabar, saya menghormati beliau sebagai seorang pejuang parti yang hebat. Tidak keterlaluan kalau saya katakan inilah dia pimpinan ummah yang sebenar yang mampu menghadapi cabaran dalaman parti dan mampu pula menarik perhatian PM.

Kenapa orang begini Datuk Seri tidak beri ruang dan peluang untuk terus melangkah ke hadapan. Seharusnya beliau yang pernah menerima didikan dari Allahyarham Ustaz Fadzil, digilap sebaik mungkin untuk terus memimpin parti. Saya yakin dengan keterampilan, kewibawaan, ilmu dan kepetahan berbahasa Arab dan Inggeris, Ustaz Nasa orang yang layak duduk di kerusi PM dalam PR. Kenapa pimpinan Pas pilih DSAI? Tidak lain kerana kurang yakin pada kemampuan diri. Sedangkan pada rakyat jelata dijanjikan bahawa Islam akan menjadi agenda utama dalam kerajaan PR. Hingga bila rakyat hendak disogokkan dengan janji begini.

Datuk Seri,

Biasanya orang-orang seperti saya akan ditohmah oleh ahli Pas, mereka akan berkata banyak mana sangatlah ilmu saya untuk pertikai ulama seperti Datuk Seri, ilmu di hujung kuku pun tak ada. Saya sedar diri dalam hal ini, tetapi apa yang saya bangkitkan ini, bukanlah pertikaikan kedalaman ilmu di dada Datuk Seri, sebaliknya perubahan sikap yang sangat membimbangkan. Semua yang saya kemukakan adalah fakta yang tidak boleh dinafikan yang sedang berlaku secara jelas.

Kesimpulan dari pendedahan ini, membuktikan Datuk Seri, ahli Majlis Syura Pas dan AJK Dewan Ulama Pas tidak mampu berdepan dengan golongan profesional yang sedang menguasai Pas sekarang ini. Begitu juga bila berdepan dengan isu-isu sensitif pada umat Islam yang ditimbulkan oleh pimpinan PKR dan DAP. Semua ini membahayakan masa depan Pas dan agama Islam. Jangan pula nanti berlaku ‘lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya’.

Pas takut dengan penipuan Umno untuk sambut salam perpaduan dari PM, tetapi lupa pula berfikir yang Pas juga boleh tertipu oleh PKR dan DAP. Hingga sanggup pemimpin Pas memeluk erat pimpinan DAP. Senyum PM dianggap beracun, senyum Kit Siang dianggap penawar.

Ayat-ayat di bawah ini pernah disentuh oleh Datuk Seri satu ketika dulu dalam menyentuh hubungan orang Umno dengan MCA dan MIC. Apakah ayat-ayat ini termansuh sebaik sahaja berlakunya pelukan erat antara Datuk Seri dengan Lim Kit Siang?

Ayat-ayat itu antaranya dalam surah at-Taubah ayat 113 yang bermaksud,
“Tiada patut bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampunkan untuk orang-orang musyrik, meskipun mereka berkarib setelah terang bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu penghuni neraka.”

Begitu juga dengan ayat 80 surah yang sama bermaksud,
“Jika Engkau minta ampun untuk mereka 70 kali, nescaya Allah tiada juga memberi ampun bagi mereka. Demikian itu disebabkan mereka kafir terhadap Allah dan rasulNya. Allah tidak menunjuki kaum yang fasik.”

Satu contoh yang jelas, bagaimana membuktikan Mursyidul Am mudah terikut dengan orang keliling, adalah isu aurat di Kelantan. Kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz mewajibkan semua wanitanya menutup aurat. Tidak boleh membuka rambut dan berbaju lengan pendek. Hinggakan baru-baru ini, seorang remaja yang ditahan kerana berbaju lengan pendek merungut,
Kerajaan Negeri tidak adil kerana mendendanya sehingga RM500 sebab kesalahan berbaju lengan pendek, sedangkan dia tidak tahu peraturan itu. Saya sendiri ragui, kenapa dendanya begitu tinggi bagi kesalahan pertama.

Sedangkan sebelum ini pihak muzium Kelantan telah menganjurkan satu pertunjukan Ratu Jengking, Nur Malena Hasan pada Julai 2001, dalam usahanya mahu mencipta rekod The Malaysia Book Of Records. Pertunjukkan itu bermula pada 1 Julai 2001 di mana Nur Malena telah tinggal bersama 2,000 ekor jengking. Dalam tempoh dua minggu pertunjukannya itu, telah tiga kali pengsan disengat serangga berbisa tersebut.

Kemudian pada Ogos 2010, muzium Kelantan menganjurkan pula pertunjukan Ratu Ular, Puteri Aryani dari Kedah. Mengikut YB Takiyuddin Hasan selaku exco berkaitan, tujuan mereka adalah untuk menarik orang ramai melawat muzium yang agak sunyi oleh kehadiran pengunjung. Puas saya fikir isu ini, apa telah terjadi dengan tok guru. Kenapa tok guru boleh membenarkan Nur Malena dan Puteri Aryani membuat pertunjukan tersebut dalam keadaan tidak tutup aurat. Apakah dengan alasan menarik pengunjung itu, membolehkan hukum yang haram berubah menjadi halal?

Pengunjung yang datang, bukan sahaja melihat jengking dan ular-ular dalam peti kaca, tetapi mereka juga akan terlihat rambutnya yang terdedah serta susuk tubuh mereka. Apakah ini diizinkan oleh Islam? Begitu juga, semua orang tahu yang jengking dan ular itu antara binatang berbisa yang boleh membunuh mangsa. Berapa ramai telah raja ular yang mati akibat dipatuk ular pertunjukan mereka. Ratu ular tersebut, Puteri Aryani yang juga isteri muda masih bernasib baik, kerana dia sekadar pengsan sahaja selepas dipatuk ular. Jika mati, matinya dalam keadaan tidak menutup aurat, mungkin juga tidak sempat solat dan tidak sempat ketemu suami. Kalau ditakdirkan begitu, siapakah yang patut bertanggungjawab?

Di manakah ayat yang selalu dibaca berhubung jangan dicampak diri dalam kebinasaan? Sepatutnya Nur Malena dan Puteri Aryani diberi nasihat tinggalkan kerjaya begitu. Bukan sahaja berdosa kerana tidak tutup aurat, tetapi mengundang maut. Islam tidak mengizinkan perbuatan begitu. Bagaimana kerajaan Serambi Mekah boleh terlepas pandang isu aurat ini.
Tok Guru yang sepatutnya melarang keras pameran yang bercanggah dengan hukum itu, sebaliknya sanggup mengizinkan exconya membayar upah di atas perbuatan haram itu. Tidak kisahlah berapa jumlah upahnya, apa yang perlu diketahui, upah itu dibayar atas tujuan apa? Mengundang Puteri Aryani itu bukan sahaja melanggar peraturan Kerajaan Negeri, tetapi mempersendakan arahan Allah.

Kita amat simpati dengan nasib yang menimpa wanita berbaju lengan pendek itu. Kalau pun mengikut ijtihad dibolehkan denda dengan wang, tetapi nilai RM500 ringgit itu tidakkah melampaui dari kemampuan individu. Kenapa tidak digunakan kaedah lebih berhemah seperti beri amaran atau kaunseling. Islam itu lebih kepada mendidik, bukannya menghukum apa lagi hukuman itu diluar kemampuan pesalah.

Wanita berbaju lengan pendek dikenakan cukai RM 500 oleh Kerajaan Negeri. Wanita yang dedah rambut dibayar upah pula oleh Kerajaan Negeri. Wajarkah hukum Allah dipersendakan begini?

Begitu juga, satu ketika pimpinan Pas membidas orang Umno mengadakan majlis persandingan. Ada ayat-ayat Quran yang dikemukakan untuk menguatkan hujah. Setelah berkuasa di Kedah, MBnya sebagai seorang ulama mengadakan majlis bersanding sempena kenduri perkahwinan anaknya. Pimpinan tertinggi Pas termasuk para ulamanya hadir, ribuan ahli Pas seluruh Kedah juga turut hadir. Tidak ada pun yang berani menegur. Dulu dalam kuliah mereka sebutkan bahawa memenuhi jemputan kenduri adalah wajib, tetapi menjadi haram bila ada majlis maksiat, khurafat dan sebagainya yang dilarang oleh syariat.

Mereka sendiri sedar antara perbuatan khurafat dalam budaya Hindu adalah bersanding. Kalau mahu difaham dengan lebih mendalam, apalah bezanya kehadiran pimpinan Pas dalam majlis bersanding dengan kehadiran Datuk Seri Najib ke Batu Caves. Tidakkah kedua-duanya ada kaitan dengan agama Hindu? Kenapa PM dicerca, tidak lain kerana dia pimpinan Umno. Sementara MB Kedah tidak dicela, disebabkan beliau pimpinan Pas. Begitulah malangnya pimpinan Umno dan bertuahnya pimpinan Pas. Kalau dulu Datuk Seri berani menegur kerajaan dan orang Umno, kenapa dalam kes majlis persandingan anak MB Kedah ini ditutup mulut.

Bila Pas menguasai Pemuda Umno Pc Kelantan tahun 1990, pasukan bola sepak Kelantan diarahkan memakai seluar labuh ke paras bawah lutut. Alasannya paras lutut ke atas bagi lelaki adalah aurat. Kawan saya yang bukan ahli Pas memuji perubahan tok guru berdakwah ketika itu. Tetapi dia juga melahirkan kekecewaan yang amat sangat, kerana sekarang pemain Kelantan tidak lagi terikat dengan peraturan tersebut. Malah pemain Kelantan ketika masuk ke padang, turut diiringi oleh kanak-kanak perempuan berbaris di tengah padang.

Sikap begini membuatkan kawan ini berkata yang dia sudah tawar hati untuk menyertai Pas. Mengikutnya, kalau tok guru pun boleh berubah begitu, apa lagi orang-orang yang bukan tok guru di kalangan pimpinan Pas. Sama ada tindakan kawan saya itu betul atau tidak bukan persoalan. Paling utama, adalah cakap tak serupa bikin atau tidak ada prinsip dalam melaksanakan hukum. Itu merupakan hukum yang dikatakan ‘haram’, bagaimana pula yang sekadar sunat dan harus? Tentulah lebih mudah lagi untuk berubah-ubah seperti mana yang disebutkan oleh kadi dalam filem Musang berjanggut ‘ Itu undang-undang kanda yang bikin……”

Ada juga yang memberi alasan yang tok guru tak ada kuasa, kerana pasukan bola Kelantan berada di bawah kuasa Anuar Musa selaku presidennya. Mungkin ada kebenarannya, tetapi dipertikaikan pula kenapa tok guru sendiri turun menyaksikan perlawanan dalam keadaan pemain Kelantan tidak menutup aurat. Tidakkah itu bererti beliau setuju atau reda dengan cara berpakaian pemain pasukan Kelantan itu. Sepatutnya tok guru jangan hadir sebagai tanda protes cara berpakaian pemain. Seperti saya, kawan ini turut tertanya-tanya, kenapa jadi begini? Ya, kenapa jadi begini?

Tok guru juga mengharamkan sebarang konsert di negeri Kelantan. Alasannya program itu melalaikan remaja dari mengingati Allah. Mungkin ada yang tidak solat sewaktu berhibur. Di waktu yang sama, beliau tidak pula menganggap bola sepak itu juga melalaikan remaja dari ibadat. Ada ketikanya mencetuskan kekecohan, bergaduh sesama penonton dan bakar kerusi dalam stadium. Biasanya jika perlawanan kemuncak, apalagi pertandingan akhir, penonton akan penuh dalam stadium mencecah lebih dari 50 ribu orang. Majoriti penonton akan memenuhi stadium sebelum waktu maghrib lagi untuk menyaksikan perlawanan jam 8.30 malam. Bermakna ribuan penonton Islam yang tidak solat maghrib.

Kita faham, semua ini dilakukan semata-mata untuk menawan hati remaja, kerana bola sepak raja segala sukan, jutaan peminatnya. Justeru itu, pemain bola sepak ini harus disanjung sebagai aset menyokong Pas. Kalau pemain popular menyertai Pas, tentulah peminat juga akan teruja terhadap Pas. Begitulah harapan yang sekadar permainan politik, kerana itu mereka bukan sahaja disanjung dengan tepuk sorak, sebaliknya Kerajaan Negeri sanggup menghadiahkan wang, tanah dan rumah. Mereka dapat imbuhan kerana berjuang selama 90 minit atas padang mengharumkan nama Kelantan atau juga Kedah.

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, anak Kelantan selaku penjaga gol kebangsaan menerima anugerah khas sebuah banglo bernilai RM200 ribu semata-mata pasukannya menjadi juara Piala Suzuki dengan mengalahkan pasukan Indonesia 2011. Demikian juga dengan kerajaan Kedah. Selain memberi ganjaran 5 ribu ringgit pada 5 pemain kebangsaan yang berasal dari Kedah, juga diserahkan satu lot tanah seluas 2 hektar untuk mereka. Mengikut nilai harga semasa di Pokok Sena, tanah seluas itu hampir lima ratus ribu ringgit.Bertuahlah pemain bola Kelantan dan Kedah. Bagaimana pula nasib
rakyat yang benar-benar perlukan rumah dan tanah?

Nak beri insentif apa pun bukanlah isu, tetapi berbaloikah dengan sumbangan yang begitu besar. Tidak memadaikah sekitar 5 ke 10 ribu saja atau hantar mengerjakan umrah. Sebelum ini pun pemain Kelantan telah mendapat macam-macam ganjaran seperti tanah setelah menjadi juara berbagai pertandingan bola peringkat kebangsaan. Ada yang dah hidup mewah. Kalaulah keadaan ekonomi Kelantan itu kukuh seperti kerajaan Brunei, tidak mengapa juga. Hinggakan ada yang berkata agak sukar mencari orang miskin di Brunei untuk bayar zakat fitrah.

Berbeza sangat dengan keadaan rakyat di Kelantan dan Kedah yang majoritinya masih dalam kategori miskin. Mereka amat perlukan perhatian. Air mata kemiskinan sering membasahi kehidupan mereka. Hinggakan mengikut rekod, rakyat Kelantan paling ramai menerima sumbangan BRIM. Oleh itu, manakah yang lebih utama antara rakyat miskin dan pemain bola sepak? Sedangkan semua orang tahu, di Kelantan masih ramai anak yatim, sekolah agama rakyat yang daif, ibu tunggal, peniaga kecil yang memerlukan bantuan dan berbagai kalangan mustaafin yang patut dibantu.
Kalau kerajaan prihatin, wang RM200 ribu peruntukkan untuk Saiful seorang itu boleh membeli 1000 penapis air sebagai subsidi kepada rakyat miskin. Atau juga membina perigi pam/elektrik yang dapat dimanfaatkan hampir kepada 500 keluarga miskin. Sayangnya, masalah rakyat ini diketepikan, peluh rakyat miskin di Kelantan yang beribu orang ini dianggap tidak ada manfaat kepada pembangunan Kelantan, berbanding peluh seorang dua pemain bola sepak yang mengharumkan negeri serambi Mekah itu.

Apa lagi ungkapan yang boleh diucapkan. Perlukah nasib mereka
berubah sehingga anak mereka mewakili bola sepak di Kelantan kelak?
Nasib umat Islam yang berselindung di Wat Siam. Dimana letaknya maruah Islam?

Datuk Seri,

Ada juga yang berhujah, pendekatan yang dibuat oleh Pas sekarang merujuk kepada Perlembagaan Madinah. Saya tidak menafikan adanya perjanjian perdamaian antara Nabi dan orang-orang Kristian dan Yahudi. Rasulullah juga melantik ketua-ketua kaum dari setiap kaum mereka. Tetapi adakah Rasulullah melantik orang Kristian atau Yahudi menjadi ketua atau pun mewakili kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah. Khalifah empat, lain-lain sahabat tidak pernah duduk di bawah kepimpinan Kristian atau Yahudi. Sebaliknya kafir-kafir ini sentiasa dipantau agar tidak mendatangkan bahaya pada umat Islam dan harta Madinah. Ertinya, sikap berhati-hati, waspada atau mencurigai kafir Madinah itu, tetap berlaku.
Apabila mereka ini melanggar perjanjian, cuba belot dan membahayakan Islam, Rasulullah sendiri

Saturday, December 29, 2012

Tentera Malaysia..dimana hebatnya?

Keputusan Pertandingan Menembak  Asian Armies Rifles Meet 2009

 Indonesia 15 Emas 8 Perak 5 Gangsa
 Thailand 6 Emas 8 Perak 10 Gangsa
 Singapura 6 Emas 6 Perak 4 Gangsa
 Vietnam 2 Emas 3 Perak 2 Gangsa
 Philipina 0 Emas 4 Perak 8 Gangsa

 Malaysia 0 Emas 0 Perak 0 Gangsa ?????????


Kemenangan Malaysia disini..
Awek-aweknya cunnnnn



UTK (Red Beret) & VAT-69 (Sand Beret)
























Sunday, December 23, 2012

KEJAHATAN MAHATHIR TERHADAP TUNKU

SA-BELUM DAN SA-LEPAS MEI 13 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PENERBITAN UTUSAN MELAYU BERHAD KUALA LUMPUR


Nyata-lah ada perkara2 sulit yang telah berlaku pada ketika itu. Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pehak2 yang tertentu, atau pun mereka telah di-ugut dan mengundi Parti2 yang menentang Perikatan kerana takut. Apakala salah sa-orang daripada mereka itu di-soal kenapa mereka telah pergi ka-pondok chalun PAS, ia telah menjawap bahawa tidak ada sebab bagi orang2 China takut kepada PAS di-Kedah atau di-mana2 tempat yang lain sekali pun Parti itu mempunya dasar anti orang2 China kerana orang2 China di-Kelantan tidak teraniaya sekali pun Parti itu berkuasa di-Negeri itu.

Satu lagi sebab yang telah diberi oleh mereka ialah beberapa hari sabelum daripada hari mengundi sa-orang daripada chalun2 Perikata telah menghina orang2 China dengan mengatakan bahawa sekalipun orang2 China tidak menyokong-nya ia maseh mempunyai harapan untuk menang. Chalun itu ialah Dr. mahathir

Orang2 China tidak berhak menjadi ahli dalam Parti PAS tetapi sa-belum tahun 1966 mereka boleh menjadi ahli bersekutu dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang berikat dengan UMNO. Dengan kerana itu tidaklah ada sebab kenapa orang2 China patut mengundi chalun2 PAS melainkan untuk menunjukkan sikap permusohan mereka terhadap Perikatan atau pun kerana mereka takut.

SAMPAI di-sini perlu-lah saya berbalek ka-belakang sedikit untuk menghurai niat yang terpendam di dalam sa-tentah2 kalangan dari semenjak beberapa lama, dan niat itu telah mereka kemukakan ka-hadapan sa-lepas dari rusohan pada 13 Mei.

Saya telah menyebut di-atas bahawa sa-lepas dari saya keluar dari hospital pada 16hb Jun, satu peristiwa yang telah berlaku pada ketika itu amat-lah menyedehkan saya. Selang dua hari sahaja daripada itu saya telah menerima sa-puchok surat yang kasar dari Dr. Mahathir bin Muhammad. sa-orang chalun Parlimen UMNO yang telah kalah dalam Pilihanraya di-kawasan Kota Star Selatan di-negeri Kedah. Beliau juga ada-lah salah sa-orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Surat yang seperti itu tidaklah pernah saya lihat terdahulu dari-nya sa-panjang2 masa saya mencheborkan diri di-dalam politik. Saya tidak pernah sa-kali2 menjangka bahawa surat yang seperti itu boleh di-tulis okeh sa-orang yang sentiasa mengembar-gemborkan diri-nya sa-kurang2-nya pada pandangan orang, sa-bagai sa-orang penyokong parti yang kuat, sa-kalipun dia tidak bersetuju dengan beberapa polisi yang di-jalankan oleh parti.

Surat itu di-tulis di atas empat helai kertas yang bertaip dalam Bahasa Melayu bertarikh 17hb Jun dan telah di-hantar dari alamat rumah-nya sendiri di-Alor Star di mana ia-nya menjadi sa-orang doktor yang mempunyai kelinik-nya sendiri. Bagi sa-orang penyokong parti lebeh2 lagi sa-bagai sa-orang Ahli Parlimen sa-lama lima tahun dan Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO sa-lama dua belas bulan, perbuatan menulis surat seperti itu kapada Perdana Menteri-nya sendiri yang juga menjadi pemimpin parti-nya adalah merupakan satu perbuatan yang tidak patut.

Sunggoh pun begitu beliau belum-lah puas hati dan tidak membataskan perbuatan itu sa-takat itu sahaja. Beliau telah menghantarkan salinan2 surat ini kapada kawan-nya2. Surat2 ini kemudian-nya telah di-buat beribu2 naskah(*****) dan telah di-sebarkan dengan luas-nya di-kalangan Pegawai2 Perkhidmatan Awam (Civil Service), penuntut2 Melayu yang ada di-Instititut Pelajaran Tinggi dan juga kapada orang2 Melayu di-kampong2.

Sa-kalipun jika Dr. Mahathir tidak bertanggung-jawap melakukan sendiri penyebaran surat-nya itu, tetapi tidak pula ia menahan kejadian itu daripada berlaku.

Tun Dr. Ismail juga telah menerima satu salinan surat itu daripada Dr. Mahathir. Saya telah menyuroh satu salinan di-hantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Pengerusi UMNO. Tun Abdul Razak kemudian-nya telah memanggil satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi Parti untok menbinchangkan perkara surat itu, Persidangan itu telah di-adakan di-rumah-nya, Seri Taman di-Kuala Lumpur pada 12hb Julai. Saya tidak hadzir di persidangan itu tetapi Dr. Mahathir telah menghadziri-nya.

Persidangan itu telah di-adakan dengan sa-chara tertutup dan chuma anggota2 Majlis Kerja Tertinggi itu sahaja yang di-benarkan hadzir. Sunggoh pun bagitu wartawan2 telah menunggu di-luar pintu masok ka-Seri Taman kerana mereka dapat mengagak sa-suatu yang penting mungkin berlaku. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah di ator di-sakeliling kawasan itu dan pintu2 masok dan keluar telah di-jaga oleh polis yang bersenjata.

Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berjalan sa-lama tiga jam. Pada pukul 4.05 petang, Menteri Penerangan dan Penyiaran Enche' Hamzah bin Dato` Abu Samah telah mengeluarkan satu kenyataan tujoh belas baris kapada wartawan2, kenyataan itu di-tanda tangani oleh Setia-Usaha Agong UMNO Enche' Senu Abdul Rahman. Kenyataan itu berbunyi:-

" Satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah di-adakan pagi ini untuk menimbangkan tindakan yang patut di ambil mengenai dengan penyebaran yang luas salinan2 surat di-antara Dr. Mahathir, sa-orang Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan Tunku Abdul Rahman, Yang di-pertua UMNO.

" Surat2 itu mengandongi perkara2 dan keterangan2 parti yang amat penting yang sa-patut-nya di-binchangkan terlebeh dahulu oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO memandangkan kepada suasana yang terdapat dalam negeri pada masa sekarang.

"Persidangan itu mengambil keputusan bahawa perbuatan Dr. Mahathir itu ada-lah merupakan satu kesalahan berat melanggar disiplin dan peratoran2 parti. Jika perbuatan itu tidak di-chegah maka ia-nya akan merosakkan perpaduan di-dalam partidan juga Kerajaan yang di-dukong oleh parti.

"Mahlis Kerja Tertinggi yang di-hadziri oleh semua Menteri2 Kabinet dan Menteri2 Besar yang menjadi Anggota Majlis itu telah mengambil keputusan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Anggota Majlis itu mulai dari hari ini. Tunku tidak hadzir dalam persidangan itu."

Saya tidak dapat menyiarkan kandongan sa-penoh-nya surat2 Dr. mahathir itu pada masa ini. tetapi saya perlu merujok kapada surat2 itu di-dalam buku ini. Sa-kira-nya saya tidak berbuat demikian maka tentu-lah saya dapat di-tudoh tidak memberi berita yang sa-penohnya.

Sunggoh pun begitu oleh kerana surat itu terlampau merbahaya maka Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail, telah mengambil tindakan dua hari kemudian daripada itu ia-itu 14hb Julai untuk mengeluarkan perentah di-bawah Undang2 Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi menchegah sa-siapajua pun daripada menyiar, menyebar atau memileki salinan2 surat ini. Dalam perentah itu juga tegahan yang sama telah di-kenakan ka-atas beberapa surat2 lain dalam Bahasa Malaysia dan tindakan ini telah di-ambil untuk kepentingan kesalamatan negara.

Siapa-kah Dr. Mahathir dan apa-kah pendirian-nya dalam UMNO?. Jawapan-nya ia-lah ada sa-kumpulan orang yang selalu di-sebut sa-bagai `pelampau` (ultras), atau pun `bijak pandai` (intelectual) yang telah dapat menembus masok dan menchari kedudokan dalam UMNO. Sa-tengah2 daripada mereka dudok di-Kuala Lumpur dan tidak sa-orang pun dari mereka mempunyai banyak hubongan dengan orang ramai, terutama-nya sa-kali orang2 di kawasan luar bandar.

Mereka tidak sa-kali2 boleh mengharapkan sokongan orang ramai dengan tenaga mereka sendiri, tetapi mereka boleh buat bermacham2 angkara, dan ini-lah yang mereka bersunggoh2 melakukan-nya sekarang. Di-belakang segala penentangan yang di-timbulkan dalam UMNO ini mesti ada sa-orang yang tahu bagaimana hendak meranchangkan-nya dan bagaimana hendak mendapatkan orang2 lain melaksana-kan-nya. Ada-kah orang itu Dr. Mahathir sendiri atau pun ada orang lain?.

Orang mungkin bertanya apa-kah tujuan mereka. Melalui orang lain saya telah chuba bertanya kapada beberapa orang dari puak `pelampau` (ultras) itu apa-kah jawapan kapada soalan itu, dan sa-takat yang saya tahu mereka mahu mengadakan satu `order` baru dalam UMNO dan dalam negeri ini. Mithalan-nya mereka berpendapat bahawa chara pemikiran politik kita telah lapok dan tidak sa-laras dengan dasar Afro-Asia. Di-antara chita2 yang terpendam dalam hati mereka mungkin untuk menyingkirkan raja berperlembagaan dan menegakkan Malaysia sa-bagai sa-buah Republik. Saya agak sa-lepas Malaysia di-isthiharkan sa-bagai Republik, maka mereka akan ubah dasar luar kita untok membawa kita lebeh hampir kapada kumpulan Afro-Asia.

KHIDMAT BAKTI DAN PENGORBANAN

Semua ahli2 UMNO tentu-lah sedar bahawa Parti itu memberi kebebasan kapada mereka dengan sa-chara yang amat luas untok melahirkan pandangan dan perasaan mereka di-dalam Parti. Ini sudah menjadi satu amalan di-dalam Parti itu. Tegoran2 ada-lah di-terima dan di-sambut dengan baik, terutama-nya sa-kali jika pandangan itu membena. Sekatan2 yang di-kenakan ka-atas ahli2 UMNO merupakan sekatan2 yang biasa bagi ahli2 sa-buah Parti: mereka mesti patoh kapada keputusan2 ramai dan mengikatkan diri mereka dengan disiplin2 Parti.

Tetapi Dr. Mahathir tidak patoh kepada sekatan2 itu. Sa-telah beliau menulis sa-puchok surat kapada saya yang isi kandongan-nya penoh dengan fitnah2, dan mengutok sama di-atas kejadian2 burok yang telah berlaku dengan menudoh saya bertanggung-jawap di-atas kejadian2 itu, maka salinan2 surat itu telah di-sebarkan beribu2 naskah supaya bukan sahaja ahli2 Parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada orang2 lain juga menentang saya.

Ada-kah tulisan-nya itu mendatangkan kebaikan kapada UMNO?. Tentu-lah surat itu bertujuan bukan sahaja untuk menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak memechah-belahkan seluroh UMNO dan juga Perikatan dengan chara memburokkan pemimpin2-nya. Beliau telah menunjokkan bahawa beliau menentang pimpinan UMNO pada keselurohan-nya, dan bukan kapada pimpinan saya sahaja.

Apa-kah tujuan beliau sa-lain daripada itu?. Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penoh perasaan benchi dan dendam, dan meletakkan di-atas kepala saya tanggong-jawap berlaku-nya peristiwa 13hb Mei. Dengan memberi salinan2 surat kapada orang lain beliau berharap bahawa tulisan-nya itu akan menjahanamkan segala perkhidmatan saya sa-umor hidup untok bangsa dan negara saya.

Pengorbanan yang telah saya buat untok Parti, per-khidmatan2 yang telah saya berikan kapada negara ada-lah di-ketahui oleh semua orang. Tidak-lah susah hendak menimbulkan sa-suatu kerosakan, tetapi sangat-lah susah hendak membetulkan-nya balek. Perbuatan itu boleh-lah di-ibaratkan sa-bagai membakar sa-buah rumah kayu, ia-itu satu perbuatan yang senang di-lakukan, tetapi hendak memadamkan api itu sangat-lah susah.

Tidak-lah perlu saya mengkaji seluroh perkara yang mendukachitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau bahawa saya tidak sa-kali2 mudah di-halau sa-bagai sa-ekor anjing kurap. Saya akan membersehkan nama baik saya dengan sa-chara terbuka supaya dapat-lah orang2 yang chuba hendak di-kelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui perkara yang sa-benar.

Jika saya di-dapati bersalah kerana menchari kekayaan diri sendiri sa-masa saya memegang jawatan Perdana Menteri, atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah, atau telah melakukanperbuatan2 jenayah, atau pun di-dapati bersalah kerana lalai menjalankan ykewajipan2 saya, maka dapat-lah saya faham sebab2 kenapa timbul-nya kemarahan terhadap saya.

Walhal sa-balek-nya saya sedia-lah menaroh kesedaran yang sa-penoh2-nya di-atas kewajipan2 dan tanggong-jawap2 saya. Negara mempunyai Kerajaan yang baik, mene`emati kedudokan ekonomi yang tegoh dan ma`amor yang tidak dapat di-atasi oleh mana2 negara lain di-dua sa-belah sini.

Tudohan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku sa-tahun dahulu itu-lah yang telah menyebabkan terchetus-nya kekachauan pada 13hb Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak berasa dan jahat. Tudohan yang lebeh burok lagi ia-lah yang mengatakan saya-lah yang bertanggong-jawap di-atas kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekachaun itu.

Dr. Mahathir sedar bahawa dalam sa-panjang hidup saya, saya sentiasa-lah sanggup berkorban untuk keamanan, kerana sudah-lah chukup saya melihatkekejaman2 yang telah di-lakukan dalam masa Perang Dunia Yang Kedua, dan juga penderitaan yang telah di-tanggong oleh ra`ayat negeri ini di-sebabkan oleh kekejaman2 itu.

Sa-bagai sa-orang yang dudok di-negeri Kedah, beliau tahu bahawa sa-belum British keluar dan sa-belum daripada Pemerentahan Tentera Jepun mengambil aleh kuasa, saya-lah yang telah berusaha untok menyelamatkan nyawa pendudok2 yang di-bawah jagaan saya di-Kedah Selatan. Saya telah bekerja siang dan malam dengan meng-

Sa-telah mengetahui hal2 yang saya cheritakan di-atas ini, bagaimana-kah sampai hati-nya menudoh saya bertanggong-jawap di-atas kehilangan jiwa manusia pada 13hb Mei itu?. Tuhan sahaja-lah yang amat mengetahui penderitaan saya di-atas apa yang telah berlaku pada hari yang menyedehkan itu.

Jika orang2 negeri ini sanggup memperchayai beliau dan apa yang telah beliau tulis di-atas sa-keping kertas dengan tidak mengenakan segala kebaktian yang telah saya lakukan sa-umor hidup saya, maka biarlah mereka menchari sa-orang pemimpin yang lain, tetapi jangan-lah di-pengapakan pemimpin yang baru itu sa-bagaimana yang telah di-lakukan ka-atas diri diri saya.

Sa-lain daripada melemparkan tudohan2 yang besar ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di-dalam surat-nya itu bahawa saya telah sebok bermain poker dalam waktu berkurong dan tidak menjalankan kewajipan2 saya dalam krisis itu. Ini nyata-lah satu perchubaan hendak menjatohkan maruah saya di-sisi orang2 Melayu.

Perbuatan-nya menudoh saya di-dalam surat-nya yang kejam, bahawa saya chuai pada menjalankan kewajiban saya di-dalam masa kekachauan itu ada-lah satu tudohan yang sa-habis2 dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam talivisyenn pada tiga malam yang sa-habis2 burok sa-masa krisis itu berlaku ia-itu dari 13hb hingga 15 hb. Mei dan sa-kali lagi pada 16 hb Mei. tentu-lah dapat menimbangkan bahawa segala tudohan2 tiu tidak-lah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentu-lah sedar. Jadi kenapa-kah beliau sanggup membuat tudohan yang bagitu liar?

Di-dalam surat-nya yang penoh dengan fitnah2 itu juga, Dr. Mahathir menyebutkan bahawa anggota2 Pasokan2 Keselamatan, anggota2 Pasokan Polis dan kakitangan hadapi berbagai2 rupa anchaman dalam waktu yang penoh dengan bahaya itu untok menyelamatkan nyawa manusia.

Ia juga tahu bahawa sa-belum daripada Jepun menyerah diri, Alor Star telah di-ancham oleh pasokan2 Komunis, dan ketika itu saya-lah yang telah berusaha untok mengumpulkan orang2 Melayu bagi mempertahankan bandar itu, bandar tempat kediaman saya dan beliau. Saya telah menghantar Dato' Aziz bin Mohd Zain, Syed Agil bin Syed Hasan Barukbah yang kedua2-nya sekarang ini menjadi Hakim, dan Enche Senu bin Abdul Rahman ka-balai Polis Alor Janggus untok melepaskan mata2 yang telah di penjarakan di-dalam "lock-up" oleh pasokan2 Komunis "Bintang Tiga". Bagitu-lah juga untok melepaskan Ketua Kampong yang bernama Haji Yusof yang ada dalam "lock-up" itu.

Sa-masa Enche Mohd Khir Johari dan beberapa orang lagi menolong menjaga Balai Besar Polis Alor Star, saya sendiri telah menembusi garisan pertahanan Komunis untok membuat perhubongan dengan Pasokan 136. Dua orang anak saudara saya Tunku Osman yang sekarang ini Jeneral, dan Tunku Yusof ada-lah menjadi anggota Pasokan itu yang ketika itu berada di-hutan Padang Trap.

Dr. Mahathir juga tahu usaha2 yang telah saya jalankan untok mengambil kira2 dua ratus orang bagi memasoki Pasokan 136 itu, dan bagaimana orang2 ini akhir-nya telah masok ka-bandar Alor Star dengan membawa kemenangan di-bawah pemerintahan Kolonel Hasler apabila Jepun menyerah diri. Mungkin beliau tidak tahu bahawa wang yang telah saya belanjakan untok mengadakan alat pengangkutan dan perbelanjaan2 yang lain bagi Pasokan 136 itu tidak di-bayar balek kapada saya sa-hingga hari ini.

Melayu dan Perkhidmatan Kerajaan benchi terhadap diri saya. Ini menunjokkan sa-jauh mana-kah dia sanggup menjalanka satu kempen yang penoh dengan perkara2 yang boleh menimbulkan benchi dan churiga terhadap diri saya.

Saya telah di-tanya kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihanraya, mungkin-kah dia juga mengkritik saya seperti yang terkandong dalam surat-nya yang tersebar itu? Ini satu soalan yang susah hendak saya jawap kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia ada-lah bersaba2 di dalam kumpulan yang sa-belah lagi di-dalam UMNO ia-itu puak yang mengelarkan diri mereka "pelampau2" atau "bijak pandai"

Tetapi saya yakin bahawa kira-nya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebeh kapada kerja2 parti dan tidak menghabiskan masa-nya di-dalam perniagaan membuat rumah di-Kedah bersama2 dengan sharikat yang di-punyai oleh orang2 China dan dalam perniagaan2 yang lain, maka kemungkinan-nya untok menang dalam pilehanraya itu ada-lah lebeh besar.

Menurut ma`alumat yang di-terima, beliau-lah yang telah mengambil peranan yang penting untok menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu di-keluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan surat-nya itu, saya telah mereportkan kapada Polis terhadap Dr. Mahathir untok di-siasat dan di-ambil tindakan kerana saya merasa yakin bahawa kira-nya saya tidak berbuat begitu maka orang2 akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri saya itu memang benar. Pada mula-nya saya berchadang hendak mendakwa Dr. Mahathir di-bawah Undang2 Jenayah kerana menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan di-atasnya di-bawah Undang2 Dharurat atau Undang2 Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh di-lakukan, bahkan ini-lah nasehat yang telah saya terima. Tetapi saya lebeh suka mengambil tindakan di-atas-nya menurut undang2 biasa negara supaya saya tidak di-tudoh mengambil tindakan dengan sewenang2-nya.

Pada mula-nya ini-lah tindakan yang akan saya ambil, tetapi sa-lepas saya menimbang-nya dengan lebeh lanjut, saya rasa dia tidak layak mendapat perhatian yang bagitu penting. Dalam menghuraikan segala pendapat2 saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya itu akan lebeh berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sa-bagitu tinggi di-dalam negeri dan juga di-luar negeri, dan ini merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amat-lah menghargai pernghormatan ini. Dengan hal2 yang demikian saya tidak sa-kali2 akan menamatkan perkhidmatan saya kapada negara sa-mata2 dengan sebab ada-nya fitnah mengenai dengan kelakuan saya. Saya mesti terlebeh dahulu membersehkan nama baik saya untuk mengembalikan ketengan hati saya.

Berikutan dengan penyebaran surat Dr. Mahathir itu, maka satu tektik baharu telah timbul di-Malaysia ini, tetapi tektik ini merupakan satu helah yang telah pun lama di-amalkan oleh Komunis, kerana, mereka telah pun menchuba-nya di-Burma. Helah ini ia-lah menulis surat2 yang berachun. Surat2 ini sa-oleh2-nya di-hantar oleh sa-orang kapada sa-orang lain, sa-bagaimana yang telah saya lihat di-Terengganu pada 8hb Ogos. Surat itu sa-olah-nya telah di-tulis kapada saya oleh Setia-Usaha Agong Parti Perikatan, Tan Sri T.H Tan kerana di-kaki surat itu telah di-taipkan nama beliau sa-bagai penghantar-nya

Saya belum pernah melihat surat yang seperti ini di-masa yang lepas. Jika Setia-Usaha Parti Perikatan merasa risau di-aras satu kejadian, maka tentu-lah dia tidak menulis surat ini kapada saya bahkah datang berjumpa saya sendiri. Hakikat itu dapat di-lihat dengan jelas oleh mana2 orang yang cherdek, tetapi nampak-nya surat berachun yang saperti itu boleh mempengarohi orang2 biasa.

Surat ini mengandongi tudohan2 terhadap tentera, ia-itu tudohan yang sangat keji dan hina yang boleh mengejutkan orang2 biasa. Surat itu menudoh askar2 kita memechah-kan rumah, memperkosa perempuan2 China, memecah-belah masyarakat.

Sekarang apa-kah pula erti lalat2 hijau?. Pada malam 25hb Mei sa-orang daripada pelayan2 di-Residency telah memberitahu saya bahwa sa-orang sahabat lama saya Dato' Sayed Esa Almanoer hendak berchakap dengan saya menerusi talipon. Bila saya mengangkat talipon itu saya dapati bukan-lah suara-nya, tetapi sa-orang lain yang chuba hendak menyamar suara-nya dan berchakap dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu saaya bahawa ada dua pulok orang ahli2 UMNO sedang bermeshuarat pada masa itu di-satu tempat dan mereka telah mengambil satu keputsan meminta saya meletakkan jawatan.

Saya chuba hendak mencecham suara-nya, tetapi tidak dapat. Bila saya bertanya siapa-kah dia, dia enggan memberitahu nama-nya. Jadi saya kata kepada-nya "Go to Hell" (pergi jahanam). Panggilan2 talipon yang sa-umpama ini telah di-buat berulang kali dalam masa tiga atau empat malam kemudian-nya. Bila di-beritahu kapada orang yang memanggil itu bahawa saya tidak ada di-rumah, dia telah memberitahu kapada pelayan yang menjawap talipon itu supaya memberitahu kapada saya supaya saya meletakkan jawatan kerana saya tidak di-kehendaki lagi dalam UMNO dan dalam Kerajaan.

Pada 6hb Jun pula, ia-itu hari yang sa-patut-nya saya masok hospitan, Utusan Melayu telah menerbitkan satu berita yang mengandongi pendapat2 beberapa orang anggota UMNO bahawa ada-lah bijak bagi MCA tidak menchampori dalam Kabinet. Saya telah menasihatkan mereka itu suapa jangan mengeluarkan apa2 kenyataan kerana saya bimbang perbuatan itu mungkin akan menambahkan perpecahan dan dengan itu juga akan memchachatkan pentadbiran. Sa-barang persoalan kaum yang di-bangkit-kan pada waktu ini akan membahaytakan keamanan

Selang tidak beberapa lama ia-itu pada 18hb Jun, saya telah menerima surat daripada Dr. Mahathir yang telah saya cheritakan terdahulu dari ini. Surat ini kemudian-nya telah di-dapati tersebar beribu2 naskah. Kandongan-nya sa-mata2 bertujuan hendak menghinakan saya di-mata orang ramai dan menaikkan perasaan marah dan benchi orang ramai terhadap saya.

Kempen benchi terhadap diri saya ini telah mengejutkan orang2 Melayu yang ta`at setia am-nya dan anggota UMNO khas-nya. Saya sendiri menghadapi dugaanyang berat. Keadaan tegang timbul di-dalam Parti yang boleh membawa kapada timbul-nya perpecahan dalam UMNO. Sunggoh pun bagitu dengan ada-nya perasaan kesedaran maka Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memechat Dr. Mahathir

Perkara ini tidak terhenti sa-takat itu sahaja. Mereka terus menganiaya diri saya. Beberapa banyak lagi surat2 yang liar telah di-kirim dan di-sebarkan kapada orang ramai. Lalat2 hijau ini terus mengekori saya, dan mereka maseh berdesing2 di-sakeliling saya.

Sekarang dapat-lah saya faham bahwa biji2 tasbeh yang telah terburai dari tali-nya itu merupakan pechah-nya keamanan dan harmoni di-antara berbagai2 kaum. Tikus2 boleh di-bunoh, lalat2 boleh di-usir dan biji2 tasbeh boleh di-chuchok kembali dengan benang-nya. Mari-lah kita berdo`a suapa segala penderitaan dan perchubaan yang kita telah alamai, dan benchana serta kesan2 yang burok yang timbol daripada-nya itu akan menjadi pengajaran kapada kita semua.

-- LanaR

Thursday, December 20, 2012

Sekadar sebuah teori..

ghazalie shafie adalah salah seorang playmaker keatas negara malaysia..mahathir adalah agen nwo yg bertugas memimpin rakyat malaysia menerima order baru dunia..dunia milik kapitalis..

Friday, December 14, 2012

MALAYSIA "PLAYMAKER" (UPDATED)

PERJUANGAN ASAL
1945 (Maklumat disini
SYARIKAT KERJASAMA AM SAIBURI (SABERKAS) DITUBUHKAN.

GAGASAN MALAYAN UNION DICADANGKAN PADA JANUARI 1946.
Januari 1946, SABERKAS sebuah badan politik yang ditubuhkan di Kedah sejak Julai 1945 telah menerbitkan majalah bernama "Suara SABERKAS" menyeru orang-orang Melayu supaya menentang Malayan Union.

MAHATHIR (X PERDANA MENTERI) 
MUHAMMAD ZAHIR (X DIPERTUA DEWAN RAKYAT)
SYED AHMAD SHAHABUDIN (X TUAN YANG TERUTAMA GABENOR MELAKA)
KHALID AWANG OSMAN (X DUTA MALAYSIA KE INDIA)..

MENGHASUT ORANG MELAYU HADIR KE PERHIMPUNAN
MENENTANG GAGASAN MALAYAN UNION


PERBEZAAN..

SABERKAS
NGO KEBAJIKAN DAN ULTRA-NASIONALIS, 
SEPERTI PEKIDA, PEKIMA TETAPI BUKAN PERKASA

KESATUAN MELAYU KEDAH
PERJUANGAN POLITIK BERLANDASKAN ISLAM DAN NASIONALIS

MAHATHIR: YANG MENUBUHKAN KESATUAN MELAYU KEDAH
ATAU SEKADAR AHLI SABERKAS?

19 Januari 1946 
50,000 orang sepanjang dua batu berarak mengelilingi bandar Alor Setar dan berkumpul di Padang Court untuk mendengar ucapan Haji Hussein Che Dol dan Senu Abdul Rahman.

MAHATHIR ADALAH AHLI KESATUAN MELAYU KEDAH!


KESATUAN MELAYU KEDAH MEMPUNYAI DANA KEWANGAN YANG KUKUH


MEMBAJAI JIWA ANAK MELAYU DGN SEMANGAT YAHUDI

KONGRES MELAYU PERTAMA
1 MAC 1946

MALAYAN UNION DIISYTIHARKAN PADA
1 APRIL 1946



BEBERAPA HELAIAN YANG MENCERITAKAN SESUATU..
ADAKAH IA SURAT-SURAT ASLI??
CARI-CARI  FAKTA LAGI

SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA ISMAIL R. AL-FARUQI
12 JANUARI 1981




SURAT ISMAIL AL-FARUQI KEPADA ANWAR IBRAHIM
26 JANUARI 1981..
SURAT MAHATHIR KEPADA ISMAIL AL-FARUQI
1 NOVEMBER 1981..




ANWAR IBRAHIM

MAHATHIR (UMNO)
+
SULAIMAN PALESTIN (UMNO+AKTIVIS PALESTIN)
+
ISMAIL R. AL-FARUQI(AKTIVIS PALESTIN+ILMUAN ISLAM)
ANWAR IBRAHIM (PEJUANG KEADILAN/ISLAM)

JANJI MAHATHIR KPD SULAIMAN PALESTIN KETIKA MENENTANG HUSSEIN ONN DI DALAM PAU 1978 ..

MELANTIK ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI??










MASIH TERCARI-CARI..

GHAZALIE SHAFIE

KHIR JOHARI
SULAIMAN PALESTIN
TUNKU ABDUL RAHMAN
ONN JAAFAR
SENU ABDUL RAHMAN
HARUN IDRIS


SIAPA LAGI YERR??

Thursday, December 13, 2012

SELANGORKU..AIR OH AIR

Aku mandi tiap-tiap hari..takda pun hadapi masaalah air niii.
Aper citer psl air ni??..

Artikel IArtikel IIArtikel III..

Apa rancangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Baca disini.