Pages

Sunday, May 15, 2011

Motif konspirasi Mahathir

Adakah wujud konspirasi yang didalangi Mahathir dan Daim? Betulkah mereka
berdua telah bersekongkol bersama Ketua Pendakwaraya, KPN,hakim-hakim tertentu
,ketua -ketua media tempatan,pelacur-pelacur dan kuncu-kuncu UMNO untuk
menyingkir Anwar?

Jawapannya YA

Sebelum ini saya telah membuktikan bahawa terdapat bukti-bukti wujudnya satu
konspirasi politik apabila Mahathir menyingkir Tun Salleh Abas agar beliau
terus memegang tampuk UMNO dan Kerajaan. Maka ini jelas menunjuk bahawa
Mahathir memang berkebolehan mengatur satu pakatan sedemikian rupa. Setelah
membuktikan bahawa Mahathir memang berupaya mangatur konspirasi itu (sebab
beliau pernah melakukannya dahulu) timbul soalan mengapakah dia berbuat
demikian?

Jawapannya mudah iaitu Anwar Ibrahim tidak lagi boleh dipercayai oleh Mahathir
dan Daim untuk menyimpan rahsia mereka dan Anwar dijangka akan mendedahkannya
jika beliau menang kerusi presiden 1999. Mahathir dan UMNO mempunyai banyak
pekong di dada dan pekongnya yang terbesar adalah Renong .Dan Anwar nampak
gayanya sudah tidak sanggup bersekongkol dan membiar dua orang
Kedah ini mencuri kekayaan rakyat!

Sebelum saya berhujjah dengan lebih dalam, eloklah saya jelaskan bahawa tujuan
Anwar di dalam UMNO memang lah murni. Beliau cuba membawa perubahan yang baik.
Tetapi sesiapa yang masak dengan mekanisma UMNO tahu bahawa UMNO berjalan di
atas sistem feudalistik dimana ketua tidak boleh ditentang langsung dan
sebarang pendapat yang berbeda tidak diterima. Maka Anwar terpaksalah mengikut
'rentak' UMNO dan membawa perubahan secara kecil-kecilan: perumahan kos murah,
kebajikan penduduk luar-bandar, dan cuba mengetatkan sedikit kawalan
Anti-Rasuah semasa beliau bertindak sebagai pemangku PM . Itupun beliau telah
menyebabkan beberapa orang 'kenamaan' yang berkepentingan menjadi gusar dan
mula melenting. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika beliau bertindak lebih
berani dan lebih 'vokal'? Setentunya beliau akan dipecat dengan lebih cepat!
Dan sekarang kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah mencuba
membersihkan UMNO. Beliau telah mengatur langkah yang bijak semasa di dalam
UMNO, bekerja dari dalam: secara Evolusi dan bukan Revolusi.

Malangnya , apabila krisis ekonomi melanda, Mahathir mengambil keputusan
drastik lagi tamak bagi mengekalkan kuasa beliau dan ini tidak dapat diterima
Anwar lagi. Mahathir sudah melampau….dan anak-didiknya mesti
dikorbankan…

Menjelang perhimpunan agong UMNO 1997, terdapat ramai veteran UMNO yang
iri-hati keatas kedudukan Anwar. Mereka merasakan mereka lah yang lebih layak
menjadi PM .Lagipun, mereka lebih lama di dalam UMNO dan kononnya lebih
'layak' (mereka memandang rendah terhadap Anwar kerana beliau hanya
berkelulusan dalam bidang pengajian melayu) dan mereka sememangnya irihati
terhadap popularitinya,karismanya dan ketampanannya (mereka terpaksa mengakui
hakikatnya bahawa ketampanan Anwar jauh teserlah sekalipun digabungkan
ketampanan mereka bersama) dan untuk menutup segala kekurangan mereka itu
terpaksalah mereka menggunakan wang dan kuasa untuk mendapatkan gadis-gadis
agar memuaskan ego masing-masing (Daim, Sabaruddin Chik, Mohamad Rahmat, Megat
Junid, dan Najib termasuklah di dalam senarai mereka yang bersekongkol).
Mereka ini dengan rela hati menjuarai skema Mahathir.

Kembali kepada tajuk asal. Untuk memahami kenapa Anwar disingkir, kita mesti
menyelami asas kuasa Mahathir. Seperti pemerintah-pemerintah lain yang gila
kuasa, ianya adalah :WANG. Mahathir telah membentuk UMNO menjadi sebuah
syarikat multi-billion supaya dapat menampung segala kempen politiknya dan
menggunanya untuk memerangkap sesiapa jua yang beliau fikir perlu seperti para
hakim, polis, atau ketua Unit Perancang Ekonomi. Ingat: pertembungan pendapat
tidak dibenarkan. Mahathir merasakan beliau tidak pernah menyalah gunakan wang
rakyat kerana beliau menggunanya untuk mengekalkan kedudukan beliau dan
olehkerana beliau rasa ianya adalah baik bagi rakyat maka penggunaan wang
tersebut adalah adil.

Terdapat beberapa contoh di mana Mahathir rasa yang beliau telah menggunakan
kuasa yang ada secara 'adil'. Contoh jelas : beliau telah mengarahkan Perwaja
dalam tahun 1991/92 untuk membina kilang cawangan di Gurun , Kedah, negeri
asal beliau. Pada pandangan Mahathir, beliau telah mendatangkan pekerjaan
kepada penduduk di situ. Maka bagus untuk penyokongnya. Tetapi….dengan
membina cawangan Perwaja jauh dari kilang 'ibu'nya iaitu Kemaman, ianya
bermakna mereka terpaksa mengangkut bertan-tan bahan besi dari Kemaman ke KL
dan naik ke Kedah melalui lebuhraya. Pangangkutan sia-sia ini (lebihkurang RM
100 satu tan) akhirnya menyebabkan kerugian bagi Perwaja. Pada keseluruhannya
rakyat menanggung beban kerana 'pelaburan' mereka (melalui Kementerian
Kewangan dan kemudian Khazanah Nasional) tidak mendatangkan keuntungan.
Alangkah baiknya jika Mahathir mengarahkan sahaja supaya sebahagian dari
keuntungan Perwaja Kemaman diberi terus kepada penduduk Gurun.
Sekurang-kurangnya tidaklah rakyat kerugian langsung.

Perkara yang sama berlaku pada kilang Baja Kimia di Kedah (sekali lagi!). Plan
pemprosesan gas asli terletak di Terengganu (Petronas), tetapi gas itu
terpaksa di salurkan ke Johor dan kemudian naik semula ke Kedah- menyebabkan
pembaziran didalam harga pengangkutan gas yang sepatutnya tidak perlu.

Sekarang, jentera utama untuk aset UMNO bagi menggerakkan rancangan Mahathir
adalah Renong Berhad. Sedikit latar belakang Renong: Pada tahun 1987, Renong
dipunyai 2 keluarga cina. Harganya pada masa itu adalah RM 7 million dan
ketika itu ianya beroperasi dalam keadaan kerugian sebanyak RM 4 million.

Kemudian pada tahun 1989, selepas episodTeam A/Team B/UMNO 11/Salleh Abas,
Renong telah bertukar tangan kepada Dr Chan Chin Cheung, seorang ahli
perniagaan yang mempunyai pertalian rapat dengan Mahathir. Hakim Harun Hashim
telah mengumumkan bahawa UMNO tidak sah pada Febuari 1988. Ini adalah kerana
Mahathir telah menggunakan 30 cawangan tidak berdaftar untuk memastikan
kekalahan bagi pihak Tg Razaleigh pada tahun 1987.dan ini telah menjadikan
UMNO satu pertubuhan haram. Kesemua aset UMNO terpaksa disalurkan ke dalam
kerajaan. Syarikat asal UMNO, Fleet Group merupakan sebahagian besar dari aset
itu.

Dalam masa Mahathir sibuk membentuk UMNO BARU, beliau telah mengarahkan supaya
memperkuatkan aset UMNO untuk menentang Tg Razaleigh dalam pilihanraya 1991.

Daim telah berjaya mengatur satu tindakan tipu-daya sehingga part pembangkang
gagal membuktikan bahawa terdapat penyelewengan dalam pemilikan semula aset
UMNO melalui Renong.(memanglah sukar kerana mahkamah dihakimi oleh orang-orang
Mahathir)

"Cara UMNO menukar struktur asetnya dari Fleet Group kepada Renong memang
ajaib. Dengan berbagai penama yang memegang perniagaan UMNO, memang susah
untuk kita dedahkan di mana mula dan akhirnya perlibatan UMNO sendiri" kata
seorang pakar analisa (2 May, 1990-Reuters)

Dalam sekelip mata , Renong telah menjadi satu syarikat pelaburan untuk sebuah
bank utama, tiga firma kejuruteraan dan pembinaan, syarikat pengeluar simen
yang terbesar, sebuah stesen TV nasional dan syarikat akhbar paling besar.
Daim pada masa itu merupakan Menteri Kewangan yang berkuasa dan setiausaha
kewangan UMNO, sekarang penasihat karib Mahathir, telah menjalankan segala
urusan perniagaan dan meletakkan anak-didik dan kawan perniagaan beliau, Halim
Saad sebagai pengerusi eksekutif. Bersama isterinya ,sebagai pengarah Renong,
Halim pada mulanya memegang 17 % ekuiti dalam syarikat gergasi ini.

Pembangunan prasarana yang diperlukan untuk mencapai wawasan 2020 dan
perhubungan rapat Renong dengan UMNO membenarkan semua anak syarikatnya
memperolehi berbagai kontrak bernilai billion ringgit terutama sekali dalam
kejuruteraan dan pembinaan dan juga sektor Pembangunan hartanah.


1992: Stesen penjana letrik pertama Malaysia. Di anggar bernilai RM 1.4
bilion.

1992: Linkage kedua Singapura. Anggaran bernilai RM 1.1 bilion

1992: Bandar seluas 27,000 ekar berdekatan Linkedua (Nusajaya). Anggaran nilai
RM 8 b.

1994: Sistem subway fasa 2 di dalam dan keliling KL. Anggaran nilai RM 7.2 b.

1996: Renong mengepalai satu konsortium (share 51%) dalam penswastaan KTM.
Anggaran nilai 2 b.

1997: Renong mengetuai satu konsortium untuk memajukan fasa satu MSC.(55%)
Anggaran nilai RM 3.5 b.

1997: Pembinaan jambatan terpanjang antara Semenanjung Malaysia dan Sumatra.

Dilantik kerajaan untuk mengetuai projek bersama sebuah firma Indonesia.
Anggaran nilai RM 6 b.( telah di tangguh)

Kemudahan mendapat modal besar membenarkan Renong untuk menanggung bebanan
projek dan bebanan hutang yang besar yang mustahil ditanggung jika tiada
kemudahan tersebut. Olehkerana Renong tiada masalah memperolehi projek-projek
besar nasional dan kemudahan mendapat modal pembiayaannya , ini telah
menyebabkan ia menjadi 'highly-leveraged' (iaini membuat pinjaman yang besar
dengan membuat spekulasi keuntungan berlipat-ganda) sehingga berhutang
sehingga ekuiti bernilai
123%. Ianya juga membuat pelaburan signifikan di dalam projek-projek
pembangunan yang besar. Ini telah menyebabkan perbedaan jurang yang luas di
antara permohonan dana dan pengaliran wang semasa. Pada tahun 1996, jurang ini
di anggar sebanyak RM 4.2 billion! Olehkerana jangkamasa pembayaran hutang
untuk projek-projek bermodal tinggi nya panjang, jurang ini dijangka
berterusan sehingga 1999 dan seterusnya.

Keadaan ketidakstabilan matawang Asia Tenggara baru-baru ini, telah
menyebabkan RM dan KLSE kerugian 25% dan 40% (dari nilai masing-masiing)dalam
masa kurang dari 8 minggu. Untuk mewujudkan modal melalui pasaran ekuiti
adalah sukar. Lagipun tabiat Renong yang suka mencagarkan saham -saham
anak-syarikatnya untuk mendapat pinjaman untuk projek projek besarnya boleh
membawa padah semasa keruduman ekonomi dan sektor pembinaan.

Masuk tahun 1998, hampir kesemua anak-syarikat Renong secara teknikal sudah
'insolvent'(pengaliran wang nya tidak berupaya menampung pembayaran hutang
yang menimbun) Hanya PLUS sahaja yang masih berupaya mengaut keuntungan;
itupun hanya kerana ia telah dimonopoli dan juga amat bergantung kepada
kenaikan kadar toll. Pinjaman Renong daripada BBMB, BOC dan berberapa bank
lagi, semuanya merupakan 'non-performing loans' iaitu pinjaman tidak berbayar.


Masalah Renong telah mencapai ke tahap kritikal. Mesin penjana wang UMNO sudah
kekeringan dan Mahathir serta Daim sedar yang satu pilihanraya besar terpaksa
dilalui (selewat-lewatnya tahun2000). Dalam kedaan ekonomi yang tenat ini,
mereka memerlukan lebih wang dari biasa untuk membeli undi rakyat.

Mahathir menjadi murka apabila Gabenor Bank Negara Ahmad Don dan Menteri
kewangan Anwar Ibrahim cuba menaikkan kadar faedah dan juga merubahkan
struktur sektor perbankan. Kaedah ini memang boleh menstabilkan Ringgit.
Cumanya ianya akan membunuh syarikat yang sudah nazak seperti Renong. Perkara
penting yang perlu difaham tentang isu Kadar faedah lawan Pengawalan matawang
ialah , tidak kira mana satu mekanisme polisi yang dipilih, kejayaan
bergantung kepada susunan semula struktur ekonomi itu sendiri. Ini bermakna
menyingkirkan semua perniagaan yang nazak , menyusun semula segala
'balance-sheets' dan menggunakan wang negara hanya untuk industri tertentu
sahaja. Sebab utama kenapa polisi Bank Negara itu tidak berjaya pada peringkat
awal ialah pelabur-pelabur asing tahu bahawa terdapat penyelewengan dalam
pengendalian urusan ekonomi negara dan kerajaan Mahathir sebenarnya tidak
berminat untuk membaikpulih ekonomi negara tetapi hanya untuk melindungi
kepentingan diri sendiri.

Sehingga Julai 1998, dengan kedaan Renong yang hampir pupus, Mahathir terpaksa
melakukan satu pembedahan drastik. Beliau terpaksa menyingkir Ahmad Don dan
segala polisi beliau terpaksa diketepikan. Beliau memerlukan RM 20 billion
untuk menyelamatkan Renong dan Anwar sudah tidak boleh menerimanya lagi. Anwar
terpaksa mendedahkan Renong. Mahathir yang sudah terdesak dan teramat
memerlukan wang itu untuk selamat (survive) terpaksa 'membunuh ' Anwar.

Semasa rakyat sibuk mempertikai tentang moral Anwar, Mahathir telah berjaya
membuat 'bail-out' ketiga dari BBMB tanpa rakyat sedari. Sungguh mencurigakan
apabila keputusan kewangan untuk tahun 1998 yang berakhir 31 March tidak
diumumkan sehingga September. Ini adalah kerana BBMB sebenarnya sudah
'insolvent' secara teknikal.

BBMB kerugian lebih dari satu billion. Kebanyakan dari pinjaman tidak berbayar
adalah kepunyaan Renong. Di samping itu, Khazanah Nasional terpaksa menyuntik
lebih dari satu bilion. Danaharta (National Asset Management Co.) diarahkan
supaya membayar hutang hutang Renong itu.

Untuk menjayakan pembunuhan karekter Anwar, Mahathir terpaksa menyingkirkan
ketua media pro Anwar. Cerita seterusnya umum sudah tahu. Kesimpulannya,
jenayah yang Anwar lakukan adalah umtuk mendedahkan segala penyelewengan kuasa
itu. Dan ini telah membunuh kareer politiknya.

Dalam kita 'asyik' dalam saga 'seks' ini, lebihkurang RM 20-RM 40 billion akan
di 'sedut' keluar dari dana rakyat untuk menyelamatkan Renong (yang sebenarnya
UMNO) dan untuk memastikan UMNO mempunyai cukup wang untuk pilihanraya yang
akan datang.

Sesungguhnya rakyat Malaysia telah tertipu!

Waterfowl,
Kuala Lumpur

Perang Salib. Gempak 1 Malaysia.

Ibrahim Ali nak berperang salib. Nak berperang dengan orang-orang berugama Nasrani di Malaysia sahaja atau tentera salib yang lama telah bersedia? Yang mana musuh Ibrahim Ali?

Tentera Nato kah yang dimaksudkan oleh Ibrahim Ali?

Tentera Nato yang bersedia menghancurkan setiap tulang belulang orang Islam?

Nato adalah tentera Salib yang bersedia berperang untuk Vatican.

Ibrahim Ali nak melancarkan perang Salib?..biar betul..

Iman Mahadi kah atau katak yang bersuara??..ong!ong!ong!..ooo...katak.

Tentera Nato seperti biasa menggunakan serangan udara untuk menghancurkan tentera Gadafi.

Kita hanya menanti bila akan tentera Amerika bersatu tentera Nato dibawah satu panji-panji.. dan Vatican pula berpindah ke Jerusalem.

Masa tu Ibrahim Ali patut cakap pasal perang Salib kat PBB.

Baru gempak 1Malaysia.

Video tentangan dari pemberontak Libya yang tidak terlatih..penat bagai nak gila.....




Dan tentera Nato datang membantu..




Dipetik dari: Anti War.com

According to reports coming out of the disputed city, a NATO air strike has hit a peace delegation in Brega, Libya, killing 11 Muslims clerics as they slept. Images of the slain imams were broadcast on Libyan state television.

The state media reported 16 people killed, including the imams, and 40 others wounded when an air strike hit the government “guest house” in the city. This was apparently where the peace delegation was staying.

NATO said it had no information about who was killed in Brega, but confirmed launching a number of air strikes against the city. They insisted the strikes targeted “command and control” centers and did serious damage to the military.

Control of Brega has been regularly contested by the rebels and the regime, and is currently mostly under regime control. It is one of only a handful of cities still being contested as the conflict has ended mostly in a stalemate.

Monday, May 9, 2011

Tentera Salib akan menyerang seluruh Asia Timur.

Diantara teori konspirasi yang dicatat adalah gerakan illuminati akan memindahkan Vatican ke tanah haram Israel.

Rancangan nya telah berjalan dan mereka meneroka jalan yang sama seperti mana ketika mereka dikalahkan oleh tentera-tentera Salahudin Al-Ayubi.
Tetapi tiada lagi Salahudin Al-Ayubi yang dapat menghalang kemaraan mereka.


Dipetik dari: http://www.thetrumpet.com

Stepping Stone to Mideast

At the Copenhagen Summit in December 2002, Cyprus was one of 10 countries invited to join the European Union. A treaty confirming this will be signed in Athens, Greece, on April 16 and will be ratified and implemented after the full application of the European political process by May 2004.

Europe, as an emerging superpower, will prosper geopolitically with the addition of Cyprus. Europe’s eastern flank will acquire high-tech military bases (with extended airport runways for large military aircraft) close to the Middle East and Persian Gulf.

History shows that Cyprus has long been an attractive piece of real estate for Europe. Cyprus offers a political vantage point and a military stepping stone, for influence and campaigns respectively, as the rising European phoenix once again spreads its wings to expand into the Middle East and beyond. In this vein, Israeli Foreign Minister Shimon Peres has stated publicly that Europeanization may not end in Cyprus, but extend into Israel to be welcomed even by the Israelis.

So, we may ask, what are the broader strategic geopolitical implications of the European superpower beginning to engulf the Middle East again? Winston Churchill said, “The farther backward you can look, the farther forward you are likely to see.” So let us take a look at the history of the geopolitical expansion of Europe as it relates to Cyprus today.

European Religious Traditions

Well before the last century, when Germany twice attempted through brute force to forge an empire, the Roman Empire and successively the Holy Roman Empire (generally a German empire) went through periods of expansion and decline. This magazine has consistently maintained that what we see developing in Europe is the newly forming seventh resurrection of that Holy Roman Empire with a German head, in the guise of the European Union. This is consistent with the biblical prophecies of Daniel 2, 7 and 8, and Revelation 17 and 18. The EU is well-oriented toward its impending expansion, as it now beckons 10 new countries to its family from Eastern Europe. This will stretch the European economic and political empire from the west coast of Ireland to east of the Bosporus (the Turkish Straits)—that is, to Cyprus in the Middle East.

What will be the philosophical underpinnings of this new emerging superstate? The historical and philosophical backdrop of these developments is largely rooted in European Christendom, with its epicenter in the Vatican. This backdrop has its detail etched in some of the bloodiest events in history. Witness the Crusades, in which Rome jockeyed for supremacy, often translating into geopolitical expansion across Europe and the Middle East.

Following its well-worn trail, the Vatican in this post-modern era has encouraged Europeans to discover and nurture their glorious religious traditions. This is shocking, when any novice of history knows such traditions really leave no room for Judaism, Islam or even relatively benign Protestantism. However, contingencies are well under way to mop up aberrant Protestantism. The Anglican Church leads the way, having already accepted the pope as the primate of Christendom worldwide. Other Protestant denominations are lining up to mount this bandwagon to the Vatican.

Within this scenario, not surprisingly, the Vatican—with the enlisted support of Valéry Giscard d’Estaing, former president of France and now head of the European Convention, and many other Catholic supremos in public life—is attempting to have a Christian (de facto Catholic) presence written into the European constitution.

Recently I asked Romano Prodi, president of the European Commission, what the function and role of the Vatican would be in the new Europe. He sidestepped the issue, replying that the topic did not come up when he was having dinner with the pope the previous evening. Notwithstanding his declaration of innocence to this question, events continue to declare that the Vatican plays a dynamic role behind the scenes in the emerging European superstate.

Cyprus’s Historic Significance

Cyprus is an important linchpin as Europe expands toward the Middle East, particularly to sustain its entrenched interests in Jerusalem and Israel as it has previously done in the Crusades.

Various military campaigns or crusades in history have been launched by Europe from Cyprus into the Middle East. In 168 b.c. Antiochus Epiphanes of Syria was about to mount a third military campaign into Egypt when a Roman fleet from Cyprus cut him off and ordered him to withdraw. Defeated and dejected, he returned to Judea.

Moving forward to the Crusades, history records that more than one crusade was launched from Cyprus into the Middle East. In a.d. 1171, for example, the self-declared supreme ruler of Islam, Saladin, mounted a jihad to recover Jerusalem from the European Christian infidels. In a.d. 1187, he crushed the European military, and, after a two-week siege, Jerusalem fell to the Muslims. This sent shock waves through Christendom. The European powers mounted the third crusade and used Cyprus as a supply bridge to support their military campaigns in Israel against Islam.

Europe Confronts Terrorism

The interesting point here is that Cyprus has typically been used for Europe to make military thrusts into the Middle East.

Could an event or series of events ignite a Vatican-inspired European push to confront Islam again? The escalating menace of terrorism, largely hatched and incubated in the Islamic world, has not only struck in “the Great Satan” (an extreme Islamic term for the United States), but intermittent terrorist strikes have also peppered the recent years of European history.

It is well known among intelligence and diplomatic circles that official sectors in Iran bankroll and give ideological support to much of the terrorism in the world. In the Middle East, Iran financially supports Islamic terrorist movements and fuels their machinations through countries like Syria. These forces have been pushing, for decades, to bulldoze Israel and Western influence (mainly American) into the Mediterranean Sea and bury it for good. In the same vein, just as Islamists have been pushing against Israel and the U.S., they may increase their activities against Europe as this looming Western and Christian superpower intrudes into the Middle East region in a substantial way.

Will history repeat itself as the Islamic regimes of the Middle East become more overt in their efforts to occupy and administer Jerusalem and Israel? Will these oil-rich countries, in an attempt to force their expansionist will against Catholic Europe, suspend their oil trade to energy-hungry Europe?

Bible prophecy indicates that the “king of the south” will push at the “king of the north” (a Vatican-inspired and German-led Europe), and this will provoke a blitzkrieg response from Europe to devastate this Islamic foe, at which time Europe will set up a powerful presence in Israel (Dan. 11:40-43).

In these events, soon to occur, Cyprus as the European high-tech military outpost, with military bases and installations in proximity to the Middle East, will be indispensable, as it so often has been throughout history.

Europe Enters Israel

The Middle East is a time bomb with a short fuse. Events in Israel will develop simultaneously in a parallel buildup to the clash of European Christendom and Middle East Islam.

Bible prophecy reveals that the new German-led European superstate, in one final crusade against Islam, will occupy Israel and conquer Jerusalem again (Luke 21:20). The Vatican will move its headquarters to Jerusalem (Dan. 11:45). All this will trigger the worst suffering mankind has ever seen in titanic worldwide nuclear warfare. This brief period of the greatest suffering ever within which God will protect His loyal and faithful people (Rev. 3:10; 12:14), is known in the Bible as the Great Tribulation (Matt. 24:21).

In the short term, the years ahead will be traumatic. Yet it is always darkest before the dawn. These events all portend the most incredible event in the history of the universe, the return of Jesus Christ to establish a kingdom based on God’s loving law and government, in a utopian paradise that will never end (Dan. 2:44).

Malaysia; Merdeka dan Umno

Dipetik dari: http://hamimbinfaisal.blogspot.com

Malaysia telah diiktiraf oleh British sebagai sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, pembentukan Malaysia telah terbentuk. Ia menandakan penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Motif pengisytiharan kemerdekaan Malaysia ini telah dipandang dengan jauh sekali oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin Melayu di selatan Nusantara iaitu Indonesia. Bagi mereka, penubuhan Malaysia adalah satu penjajahan bentuk baru daripada Inggeris terhadap negeri-negeri berdaulat bangsa Melayu.

Atas alasan itulah, pada tahun 1962 hingga 1966, Presiden Soekarno telah melancarkan perang terhadap Malaysia yang jika kita teliti sedalam-dalamnya, konfrontasi ini sebenarnya adalah ditujukan kepada Inggeris dan tali barutnya di Malaya pada ketika itu. Mungkin anda pernah membaca sejarah konfrontasi kedua-dua negara bangsa anak Melayu ini di dalam buku teks atau wikipedia. Namun tahukah anda bahawa, pemerintah Indonesia sebenarnya pada ketika itu, benar-benar mahu membantu orang Melayu seagama mereka di Malaya. Mereka mahu membebaskan semenanjung emas ini daripada British.

Indonesia pada saat itu ingin menubuhkan Indonesia Raya dan idea tersebut turut disokong oleh beberapa pemimpin-pemimpin berhaluan kiri di Malaya seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ahmad Boestamam dan beberapa orang lagi pemimpin. Namun impian mereka untuk menubuhkan gagasan Nusantara Melayu Raya tidak disenangi oleh Barat termasuklah Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara Freemason pertama di dunia.



Dalam buku tulisan Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara bertajuk Memoir Lautan Gelora dinyatakan bahawa antara sasaran projek kolonial Amerika Syarikat (AS) adalah untuk menubuhkan negara Malaysia melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya menggulingkan presiden Sukarno, menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan (bentuk baru dan lama) dari kuasa kolonial Barat.

Usaha Menggagalkan Gagasan Nusantara Melayu Raya Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia (ditujukan pada Inggeris) yang dipercayai disabotaj jeneral Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal pasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia?

Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Soekarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Soeharto yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir sejuta orang rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka AS

Karl Marx iaitu pengasas kepada ideologi komunisme sebenarnya merupakan seorang ahli Freemason yang cuba untuk membentuk sebuah ideologi bagi memecah-belahkan umat manusia. Dengan mewujudkan beberapa ideologi yang berbeza, maka pemikiran satiap orang dan negara juga adalah berbeza. Sama juga seperti yang berlaku pada agama Kristian yang telah berjaya disesatkan dengan mewujudkan mazhab Protestan. Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme dan Democratic, siapa yang menciptanya?

Sekadar teori, Presiden Soekarno berhasrat untuk membebaskan Malaya sepenuhnya daripada jajahan Inggeris sama ada bentuk baru atau lama untuk menubuhkan gagasan Nusantara Melayu Raya. Inilah yang tidak disukai oleh AS dan British, lalu dengan sokongan CIA, Suharto telah bertindak merampas kuasa daripada Presiden Soekarno. Penjajahan Bentuk Baru Pemimpin Indonesia pada ketika itu menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara boneka Inggeris. Malah Indonesia juga menganggap kemerdekaan yang diisytiharkan oleh British adalah sebagai sebuah Penjajahan Bentuk Baru. Apakah yang dimaksudkan dengan penjajahan bentuk baru itu?

Berikut adalah sebuah artikel bertarikh 26 Julai 2010. Artikel Malaysia Tidak Merdeka Hingga Tahun 2962 tulisan seorang penulis Indonesia. (baca dengan minda yang terbuka)..

Suasana konfrontatif antara Indonesia dan Malaysia kembali membara. Pemicunya adalah provokasi kapal Kepolisian Diraja Malaysia ke wilayah perairan Indonesia di blok Ambalat. Media cetak, elektronik, online, memberitakan ulah negeri jiran yang “keterlaluan”. Tak ayal, tidak hanya blogger... tidak sedikit masyarakat yang terbakar amarah, dan siap “ganyang Malaysia”.

Sontak seorang sahabat memintaku mengilas balik sejarah “Ganyang Malaysia”, sejarah Bung Karno mengobarkan perang terhadap “boneka British”. Bahkan bila perlu, dikilas balik ke saat di mana Perdana Menteri Inggris Harold McMilan dan Perdana Menteri Malaysia Tungku Abdul Rahman merancang “Proyek Malaysia” dalam perundingan di London Oktober 1961 dan dilanjutkan Juli 1962. Bung Karno meradang. Sebab, proyek nekolim itu memang sengaja dibentuk untuk “mengerangkeng”, “memojokkan” dan melumpuhkan kekuatan Indonesia (baca: Bung Karno).

Fakta di lapangan, bahkan Rakyat Malaysia sendiri menolak negeri boneka Malaysia bentukan Inggris. Sebab, itu berarti memperpanjang cengkeraman Inggris di negeri semenanjung itu. Mereka bahkan lebih memilih bergabung dengan Indonesia daripada Malaysia tetap dicengkeram Inggris. Itu hanya sekilas latar belakang konfrontasi Indonesia – Malaysia yang dikobarkan Bung Karno dengan jargon “Ganyang Malaysia”, “Ini Dadaku, Mana Dadamu”…. Saya sendiri merasa tidak terlalu tertarik menguak kembali kisah itu.

Sebab, literatur “Konfrontasi Indonesia – Malaysia” terlalu banyak bisa kita jumpai secara online. Artinya, kalau saya ungkap kembali sejarah tadi di blog ini, maka hanya sedikit manfaat yang bisa dipetik dari tulisan itu. Sebab, yang terjadi kemudian hanyalah copy-paste, pengulangan…. Lantas, kalau itu yang saya lakukan, untuk apa pula Anda mengunjungi blog ini? Sampailah saya pada upaya telaah pustaka, mencari sesuatu yang setidaknya bagi saya– adalah hal baru.

Tertumbuklah mata saya pada buku yang belum lama saya jadikan rujukan tulisan terdaulu, yakni buku Memoar Oei Tjoe Tat, Pembantu Presiden Soekarno. Ada beberapa hal yang saya rasa menarik perlu kita ketahui, agar kita bisa melihat Malaysia secara lebih lengkap. Tahukah Anda, sebagai sebuah negara, sejatinya Malaysia tidaklah memiliki kedaulatan penuh. Benar kata Bung Karno, ia tak lebih dari B-O-N-E-K-A…. boneka Inggris.

Dalam kalimat yang saya rasa sepadan, bahwa sejatinya, Malaysia bukanlah negara merdeka. Malaysia –seperti halnya negara commonwealth/persemakmuran lain– tidak akan pernah bisa melepaskan diri dari cengkeraman Inggris. Negara Malaysia dibentuk di atas sebuah perjanjian antara Inggris dan Malaysia.
Pasal VI perjanjian yang ditandatangani di London pada 9 Juli 1963 tertera: Pemerintah Malaysia harus mengizinkan pemerintah Inggris menggunakan haknya dalam meneruskan pemeliharaan pangkalan-pangkalan militer dan fasilitas-fasilitas yang kini dipegang oleh penguasa militer Inggris di Singapura dan pemerintah Malaysia harus mengizinkan pemerintah Inggris mempergunakan pangkalan-pangkalan tersebut jika sewaktu-waktu Inggris perlu.
Selain itu, Malaysia mengizinkan Inggris menyewa tanah selama 999 tahun untuk dijadikan pangkalan militer. Sebagai contoh, Naval Base Sembawang 999 tahun. Kanji juga 999 tahun. Di samping itu, masih banyak tempat lain: Loyang Yurongbukittombok, Mount Faber, dll. Saya menghitung, jika perjanjian itu ditandatangani tahun 1963, dan berlaku untuk 999 tahun ke depan, itu artinya, Malaysia masih menjadi negara “jajahan” Inggris sampai tahun 2962 Masehi...
Lantas, apa yang mereka banggakan dengan status Malaysia sebagai sebuah negara? Mestinya tidak terlalu bangga. Atau bahkan malu menjadi boneka imperialis. Akan tetapi, jangan-jangan karena status itulah mereka menjadi ekspansionis. Setelah mencaplok Sipadan – Ligitan melalui kemenangan mereka bersengketa dengan Indonesia di Mahkamah Internasional, kini mereka terus menyoal Blok Ambalat.

Mereka, dapat saya pastikan, akan terus dan terus memprovokasi Indonesia. Yang paling mudah adalah dengan manuver-manuver armada kapal mereka, baik milik institusi militer ataupun kepolisian. Dan, manakala kita terprovokasi dan menyulut konflik sehingga menjadi sengketa antarnegara, maka persoalan itu tentu akan dibawa ke Mahkamah Internasional di Denhaag, Belanda. Mari kita camkan, siapakah Belanda itu? Belanda adalah sekutu Inggris. Siapakah Inggris? Inggris adalah sang “Pemilik” Malaysia.

Fokuskan pada Fasal VI. Ianya jelas membuktikan bahawa Malaysia adalah bukan lagi tanah jajahan British tetapi sebaliknya telah bertukar status kepada sebuah negara dibawah naungan British secara tersirat.

Apakah yang dimaksudkan dengan infrastruktur-infrastruktur milik British yang perlu dikekalkan oleh pemerintah Malaysia selepas merdeka? Syarat yang dikenakan oleh British tersebut seolah-olah ia bersungguh-sungguh ingin mengekalkan 'sesuatu' diSemenanjung Tanduk Emas ini.

Pada 17 Disember 1927, upacara perletakan batu asas lodge Freemason telah diadakan di Pulau Pinang. Ia juga adalah sebagai salah satu strategi British untuk mengembangkan bukan sahaja agama Kristian, malah mereka juga ingin melantik atau melahirkan pemimpin di Tanah Melayu ini dikalangan mereka atau penyokong mereka.

Kenyataan Sheikh Imran N. Hosein :
Apabila mereka menjajah sebuah negara, mereka tidak akan sesekali meninggalkan sesebuah negara itu selagi mereka tidak menubuhkan sebuah institusi yang akan memastikan mereka terus berkuasa ke atas negara itu melalui seorang wakil...
...dan pada masa sama mereka akan mengubah umat manusia menjadi salinan diri mereka sendiri

Tidak hairanlah jika pada hari ini ada seorang menteri yang menjadi ahli korporat FreeMason. [klik sini], dan ada juga pemimpin pembangkang yang begitu rapat. Kini, setelah lebih 50 tahun pengiktirafan kemerdekaan diberikan British pada Malaysia, ramai ahli-ahli korporat, pemimpin politik mahupun kerabat diraja yang terlibat dengan Freemason secara langsung ataupun tidak langsung.[klik sini]


Sultan Perak di Lion Club KL West. Masonic Handshake?

Rangkaian pertubuhan Freemason seperti Lion Club dan Rotary Club di Indonesia telahpun diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).
"Sesungguhnya masoony mempunyai cabang-cabang yang memiliki nama-nama yang berbeda sebagai penyamaran dan untuk memalingkan perhatian. Dengan demikian ia bisa melaksanakan kegiatan-kegiatannya di bawah perbedaan nama tersebut. Akan kalian temui pergerakan-pergerakan atas nama masoony itu di semua lapangan. Di antara cabang-cabang yang menggunakan nama bermacam-macam itu yang paling inti adalah organisasi Rotary dan Lions. Darinya didapat gambaran yang jelas akan hubungan erat antar Masoony dengan Yahudi serta Zionisme Internasional (....)
Dan terakhir telah keluar fatwa dalam gambaran yang jelas kepada umat Islam dari Badan Islam Tinggi Internasional, Al Azhar As Syarif melalui Lajnah Fatwa diketuai oleh Syekh Abdullah Al Musyid, yang menyatakan :
"pengharaman untuk bernisbat kepada club-club semacam ini, begitu juga sarana yang bertentangan dengan Islam dalam hal ini adalah sarana club-club yang dibangun mereka atas nama "Persamaan dan Kemanusiaan", sedang di balik itu mereka mempunyai tujuan-tujuan tersembunyi. Begitu juga pengharaman bergabung dengan club-club masoony dan yayasan yang serupa seperti lions dan rotary, yang keduanya adalah dari organisasi paling berbahaya yang dinaungiYahudi dan Zionisme. Semuanya bertujuan untuk menguasai dunia dengan jalan membinasakan agama-agama, memperluas kebobrokan moral dan menggerakkan anak bangsa untuk memata-matai negaranya atas nama "Kemanusiaan". Maka oleh karena itulah, diharamkan bagi kaum muslimin untuk bergabung pada club-club yang mempunyai tujuan seperti di atas, dan wajib bagi muslim untuk tidak menurut dibelakang setiap penyaru dan kelompok ( club ) akan tetapi kewajibannya adalah mengikuati

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa :
kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan Freemason.
Inilah alasan sebenar Presiden Soekarno begitu membenci rancangan British ini hingga akhirnya mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Lihatlah pada hari ini, loji-loji Freemason bertaburan di seluruh Malaysia. Malah, seni bina di Malaysia juga banyak yang mempunyai pengaruh Freemason dan Illuminati.

Inilah yang dikatakan sebagai penjajahan bentuk baru, penubuhan sebuah negara boneka Freemason di alam Melayu. Ia terbukti melalui Fasal IV. Mungkin atas alasan inilah usaha Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengharamkan Freemason suatu ketika dahulu pernah ditolak.

British dan Freemason

Seperti mana yang kita ketahui, British sememangnya sebuah negara di mana pemerintahannya dipengaruhi oleh The Hidden Hand/Dajjal.

Sheikh Imran N. Hosein :
Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.
Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel.
Melalui ritual-ritual penyembahan yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah British sejak tahun 1800, dipercayai telah menjalankan ritual penyembahan (black magic) secara rahsia pada setiap hari Jumaat. Penemuan ini juga turut membongkar sebuah loji rahsia yang terletak ditempat yang jauh dari khalayak. Kisah ini pernah disiarkan dalam sebuah dokumentari terbitan History Channel.



Pertubuhan-pertubuhan ini telah melancarkan pelbagai 'Revolusi' bagi mengaburi tindakan mereka dalam hasrat untuk menjahanamkan agama Kristian dan menjatuhkan sistem pemerintahan beraja di Eropah. [klik di sini] Hampir kesemua raja-raja di Eropah telah ditangkap dan dibunuh atas semangat 'revolusi' seperti yang berlaku di Rusia dan Perancis. Seperti yang disebutkan tadi, mereka akan melantik seseorang wakil yang merupakan salinan kepada diri mereka sendiri (berpendirian sama) untuk memerintah sesebuah negara. Itulah yang berlaku di negara-negara Eropah selepas kejatuhan kerajaan monarkinya.

Hal yang sama juga terjadi pada Turki Uthmaniyah apabila British dengan bantuan Putera Amir Faisal, telah berjaya menjatuhkan Sultan Abdulhamid II daripada takhta. British kemudiannya telah mengiktiraf bapa pemodenan Turki, Mustafa Kemal Ataturk sebagai pemerintah Turki yang baru.Strategi tersebut sebenarnya bukanlah baru, British juga telah menggunakan strategi yang sama dalam usahanya untuk menguasai negeri-negeri di Tanah Melayu.

Anehnya, ketika Raja-raja di Eropah diperangi oleh golongan penyembah syaitan ini, Raja dan Ratu di England tidak pula menerima nasib yang sama. Penubuhan Freemason penuh rahsia namun sesetengah berpendapat ia ditubuhkan pada zaman Raja Herod Agrippa I (10 SM-44SM) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang pemerintah Yahudi. Namun ramai juga yang berpendapat bahawa tahun 1800-an, adalah tahun 'pemantapan' pertubuhan itu.

Maka tidak hairanlah, jika keluasan empayar jajahan British suatu ketika dahulu mencapai sehingga 33.7 juta km persegi.Sebagai kesimpulan yang ringkas, sejak kejatuhan empayar Islam terakhir yakni Turki Uthmaniyah, dunia dikuasai oleh tiga (3) buah negara yang jika diteliti secara mendalam memang sama seperti yang dikatakan oleh Sheikh Imran N. Hosein.

Berikut adalah satu teori tentang penguasaan The Hidden Hand/Dajjal/AntiChrist :


353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Eropah (berpusat di British) dan kejatuhan British

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan

= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa as

Walau bagaimanapun kesemua kiraan tarikh di atas sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj dan Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan [al-Anbiyaa’:95-96] Dari British ke Amerika Syarikat kemudian kembali ke Holy Land (Palestin/Israel).

Freemason dan lain-lain pertubuhan rahsia Yahudi, ditubuhkan atas beberapa motif tetapi ia tetap berkiblatkan pada yang motif yang sama iaitu New World Order dan menantikan Raja Yahudi yakni Dajjal/The Hidden Hand. Jika pemerintah-pemerintah British juga telah dipengaruhi oleh ritual-ritual pertubuhan rahsia ini, ia sekaligus membawa maksud British adalah agen kepada The Hidden Hand/Dajjal.

Kaitan Penubuhan Malaysia dan Freemason

.Buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis AS, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar AS,Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara. Sebelum itu, penubuhan Malaysia juga pernah dirancang sejak 1765 oleh prtubuhan rahsia Freemason.

Buku tersebut diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, tahun dimana orang-orang di Malaya ketika itu sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, tahun dimana orang-orang di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna Malaysia. Tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan Raja-rajanya, tahun Inggeris masih lagi merupakan penjajah ke atas wilayah dengan nama, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan AS mengenai Malaysia sepertimana yang dihasratkan oleh Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965.

Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial AS, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, justeru tidak timbul persoalan tentang kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan Rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISAatas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia.

UMNO dan Freemason
Mungkinkah parti UMNO hanyalah sebuah pertubuhan politik boneka Inggeris? Jika tidak mengapa pula sejarah pejuang-pejuang berhaluan kiri seperti Dr Burhanudin Al-Helmy, Ahamd Boestamam cuba ditutupi daripada lipatan sejarah.

UMNO atau nama asalnya adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dan tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang yang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan. Parti ini telah diasaskan oleh Dato Onn Jaafar yang mendapat pendidikan di Barat. Pengaruh Barat terhadap Dato' Onn Jaafar amat ketara sekali apabila beliau pulang ke Malaya. Namun keBaratan beliau berjaya dipulihkan hingga beliau menjadi seorang pemimpin Melayu.

Dato Onn Jaafar adalah seorang kerabat diraja Johor yang dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan di Melayu sebelum melanjutkan pendidikan ke England (sebuah negara dimana Freemason telah dimantapkan).

Sebagai seorang yang mendapat pendidikan Barat, sudah tentunya pengetahuan Dato Onn Jaafar bukannya calang-calang.

Kaitan Dato Onn Jaafar dengan Freemason di Malaysia mula timbul apabila beberapa pemerhati mula memandang serius beberapa petikan daripada ucapan yang pernah diungkapkan oleh Dato Onn Jaafar. Salah satu daripada ucapan tersebut mengambarkan seolah-olah Dato Onn pernah 'memasuki' ke suatu tempat yang 'misteri'. Mungkinkah tempat tersebut ialah salah satu lodge Freemason di Malaysia (Pulau Pinang)?

Dato Onn Jaafar difitnah teruk oleh bangsa sendiri

Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :
"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

Teori Penubuhan UMNO dan Pengisytiharan Kemerdekaan

Ketika beberapa pemimpin-pemimpin pertubuhan di Malaya sedang berusaha menuntut kemerdekaan daripada British, satu syarat yang diberikan oleh British ialah, rakyat Malaya mestilah benar-benar bersedia untuk memimpin sebuah negara yang baru selepas merdeka. Ia juga membawa maksud supaya 'sebuah parti politik yang boleh dipercayai' oleh British mesti ditubuhkan.

Bagi memastikan beberapa kepentingan mereka seperti infrastruktur-infrastruktur (termasuk lodge Freemason di Malaysia) dan pangkalan tentera mereka kekal, maka British telah meletakkan beberapa syarat yang melindungi kepentingan mereka di sini. Ia sekaligus akan mengubah Malaysia daripada sebuah negara jajahan British kepada sebuah negara naungan British. Lihat pada Fasal IV dalam perlembagaan perseketuan Malaysia. Mengikut persetujuan yang telah dicapai, Malaysia hanya akan merdeka pada tahun 2962.


British pada mulanya amat keberatan untuk melepaskan Malaya. Namun atas desakan AS, British akhirnya terpaksa melepaskan Malaysia (walaupun tidak semua). Malah, kasih sayang dan rasa cinta British pada negara ini boleh dilihat pada pengekalan institusi diraja di Malaya sedangkan kerajaan Pattani, empayar-empayar lama di Indonesia yang juga punya Raja begitu mudah sekali dimusnahkan institusi rajanya. Secara saintifik, kawasan Nusantara ini sudah lama disangkakan oleh Barat sebagai pusat kebangkitan semula Islam di akhir zaman. Atas sebab itulah dibawa masuk beramai-ramai buruh dari India dan China tidak buruh-buruh Arab. Lihat, bagaimanakah keadaan Malaysia pada hari ini?

Pengisytiharan kemerdekaan yang dilakukan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka hanyalah suatu 'istiadat menukar status Malaysia daripada tanah jajahan pada negara dibawah naungan British'. Melalui projek kolonial AS, sebuah negara simbol Freemason telah berjaya ditubuhkan di 'Promised Land'.

Penutup

Jika penubuhan Malaysia terkait dengan Freemason yakni sebuah pertubuhan rahsia yang paling berkuasa di dunia, apakah motifnya strategi penubuhan
Malaysia. Mungkinkah mereka mahu melindungi sesuatu, seperti mana pertubuhan Jesuit yang mempengaruhi Gereja di Rome berkenaan The Key to Kingdom of Heaven.

Adakah anda yakin bahawa catitan sejarah Tanah Melayu benar-benar karam di lautan akibat ribut taufan ataupun kerosakan kapal atau sebenarnya ia sebuah konspirasi bagi menyembunyikan sejarah peradaban bangsa Melayu?

...sent them away from his son Isaac to the land of the east."(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah sepotong ayat paling misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu berkenaan satu bangsa pengembara. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babilon, Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatar-belakangkan Banjaran Himalaya yang agung, si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di sepanjang hayatnya. Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia. Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual, tabah menghadapi segala dugaan, kesakitan, airmata dan penghinaan. Satu bangsa agung yang pernah mengharung kehangatan padang pasir, ribut salji dan hujan petir dalam pengembaraannya ke hujung dunia "Semenanjung Tanduk Emas". Tanah Yang Dijanjikan (Promised Land)...

Kronologi Projek Kolonial Amerika Syarikat : Penubuhan Malaysia (Teori)

1. Freemason menantikan kemunculan al-masih Dajjal
2. Amerika Syarikat ialah negara Freemason yang pertama di dunia
3. Penubuhan Malaysia ialah merupakan sebuah projek kolonial AS
4. Jika AS yang mendesak British untuk menubuhkan Malaysia di sebuah negara sebelah Timur, maka kemungkinan besar juga, ia adalah atas arahan.....
5. Bermula pada 1920-an, dasar kerajaan AS jauh berbeza iaitu lebih memihak kepada Israel

Adakah Presiden Soekarno sudah tahu mengenai akan hal ini? Mungkinkah 'Ganyang Malaysia' yang sering menjadi minyak yang membakar semangat rakyat Malaysia selama ini hingga membenci Indonesia sebenarnya bermaksud 'Ganyang Freemason'?.

Sekali lagi sejarah Melayu meminta kita untuk berfikir semula

Bagaimana Umno permainkan undang-undang

"Give me control of a nation's money and I care not who makes her laws"-Mayer Amschel Rothschild

Artikel lama yang ditulis ketika gelombang reformasi melanda Tanah Melayu.

Sekadar untuk berkongsi maklumat.

Dipetik dari: Laman Marhaen

Siapakah yang boleh sangka yang Dr. Mahathir akhirnya masuk mahkamah juga? Tidak, tidak mungkin. Demikianlah pendapat segolongan besar rakyat di negara ini. Mahathir tidak akan masuk mahkamah semata-mata untuk menjadi saksi dalam kes perbicaraan membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSIA). Demikianlah kehendak alam apabila segala institusi kerajaan itu telah diperibadikan. Demikianlah juga kehendak alam apabila tindak- tanduk memperibadikan segala institusi itu dibiarkan berleluasa tanpa ada sesiapa yang berani menentangnya.

Dua tahun dulu, ketika penulis ini memberi ingatan secara jelas betapa besarnya kemungkinan negara ini dicengkam oleh seorang manusia yang berhati syaitan, ramai sangat suara yang tidak mahu mempercayainya. "Ah, tidak mungkin!" kata suara majoriti orang Melayu. "Inilah negaranya di mana orang Melayu berjaya bersatu mengenepikan penjajah yang kuat dan besar kuasanya. Inilah bangsanya yang berjaya mematahkan cubaan British menegakkan Malayan Union. Inilah negaranya yang berjaya bersatu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah tanpa titisan darah." Demikian megahnya suara-suara itu. Demikian bangganya mereka bersuara, terutama sekali ketika memakai baju yang berlambangkan keahlian UMNO.

17 Februari 2000 yang bersejarah

Hari ini akan tercatat dalam sejarah negara dan sejarah peradaban orang Melayu sebagai satu tarikh yang bermakna. Inilah harinya seorang perdana menteri Melayu yang telah disapina, enggan menghadirkan dirinya. Kelakuannya itu mengsahkan keangkuhan yang dipertontonkan beberapa kali sebelum itu betapa beliau mampu memperbodohkan sistem kehakiman negara ini. Sekali gus Jabatan Peguam Negara itu sudah dibakul- sampahkannya. Kalau ini boleh dilakukannya secara sewenang-sewenang, ia membawa erti bahawa semua manusia yang berkelulusan tinggi dalam bidang kehakiman adalah insan-insan yang patut membakul-sampahkan juga ijazah yang ada dalam simpanan mereka.

Jikalau seorang ahli politik yang dipilih oleh rakyat mampu memperbodohkan kehakiman negara, apakah lagi yang tinggal dalam sistem kehakiman itu yang boleh dianggap bermaruah? Kepada siapakah rakyat marhain boleh mengadu kalau sistem kehakiman itu telah diperkudakan oleh seorang pemimpin yang rakus? Apakah kemungkinannya beberapa individu yang lain bersekongkol mengikuti cara beliau membakul-sampahkan sistem kehakiman itu kemudiannya?

Seorang peguam yang berpengalaman telah memberitahu saya; "sebenarnya sistem kehakiman negara ini sudah punah-ranah bersama penyingkiran Tun Salleh Abas dulu, lagi." Rupanya, sistem kehakiman kita yang menjadi kebanggaan rakyat sudah diperkosa begitu lama sekali. "Cuba anda fikirkan apa jadinya dengan kes Bright Sparklers?" demikian peguam tua ini menyoal saya. Saya hanya mampu menggelengkan kepala kerana tidak mahu menahan perasaan geramnya. Saya lebih rela meneliti gerak dadanya takutkan beliau diserang sakit jantung pula.

"Kes Bright Sparklers adalah satu contoh bagaimana sistem kehakiman negara telah dinoda begitu licik sekali. Ia berlaku seolah-olah negara ini dipunyai oleh satu dinasti yang mempunyai hak mutlak ke atas setiap rakyatnya. Sehingga hari ini keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran Bright Sparklers masih belum menerima pampasan mereka secara memuaskan. Kalau perkara yang amat jelas ini boleh diseleweng, apakah lagi yang boleh diharapakan dalam perkara lain. Nyawa rakyat sudah tidak merupakan isu yang penting kepada Dr. Mahathir dan konco-konconya."

Saya menjadi terpegun dengan kata-kata itu. Tetapi, apakah begitu teruk sekali sistem kehakiman kita itu. Ataupun ia hanya menjadi begitu apabila mengenai Dr. Mahathir Mohamad sahaja? "Mahathir adalah seorang ahli politik yang mempunyai asas pendidikan sebagai seorang doktor yang belajar dan bertugas di awal enam puluhan!" demikian hujah peguam tua itu lagi. "Amalannya ialah cara lama. Yang dia tahu hanyalah mengikut cara lama. Dalam sejarah politiknya pula, dia bukannya seorang politik yang naik daripada bawah. Inilah yang patut difahami oleh semua orang UMNO sebelum terlambat."

Pejuang Yang Tempang

Kalau kita lihat sejarah pemimpin UMNO yang berjaya sebelum Mahathir, kita dapat lihat betapa mereka mempunyai sejarah perjuangan yang dibanggakan. Kalau mereka tidak meniti tangga-tangga kepimpinan itu secara peribadi, mereka sudahpun didedahkan kepada aktiviti kepimpinan melalui asal-usul keluarga yang terkenal kerana kepimpinannya. Mahathir adalah seorang yang terkecuali dalam hal ini. Memang beliau merupakan "the odd man out". Dia telah naik dengan segala muslihat politik yang masih samar sekarang ini. Tetapi, kesamaran yang berjaya dibendungnya melalui peras ugut itu mula menyerlahkan taring kejijikannya secara berdikit-dikit disebabkan rasa keinsafan mereka yang memeram dan menyimpan rahsia kejijikan itu.

Memang, sudah ramai penganalis politik dan veteran politik yang menganggap Mahathir sebagai seorang pejuang politik yang tempang. "Orang tidak mudah nampak Mahathir tempang kerana dia berjalan dengan kasut tumit tinggi yang dibuat khas di sebelah dalam kasutnya. Kalau dia seorang panglima perang dia tidak akan berani berpencak silat tanpa kasutnya itu." Demikianlah kiasan yang kesat yang pernah diberikan orang terhadap Mahathir.

Sejarah akan menentukan betapa Mahathir naik ke kemuncak persada politik UMNO melalui tipu helah dan persepakatan yang telah dianyam begitu rapi oleh sekumpulan manusia yang tidak kurang rakus daripada beliau. Malahan, Mahathir berubah daripada seorang ahli politik yang dicap 'ultra' kepada seorang 'diktator' kerana kesanggupan beberapa kumpulan manusia yang mengampunya.

- Ingatan awal kepada pemimpin UMNO

Ketika Mahathir baru naik sebagai seorang pemimpin yang popular, pernah seorang pemimpin lama yang bernama Raja Nongchik bangun berucap dan cuba memberi ingatan kepada persidangan UMNO akan bahaya pengaruh Freemason. Raja Nongchik tentunya mempunyai sebab tertentu kenapa mengambil kesempatan berucap dengan tajuk itu. Sebagai seorang pemimpin berpengalaman yang fasih dalam Bahasa Cina tentunya beliau sudah dapat mengesan sesuatu, terutama sekali daripada para pemimpin Cina yang rapat dengannya. Malahan, sebagai seorang kawan rapat kepada Dato' Harun Idris, adalah tidak mungkin Raja Nongchik bersuara 'sumbang' ketika itu secara sembarangan. Ada mesej yang tersirat dalam ucapannya itu. Malangnya, ucapan ikhlas Raja Nongchik itu telah disanggah dan diserang oleh Mahathir dengan lantang. Cubalah buka rekod persidangan UMNO dan ulang-cetak akan ucapan Raja Nongchik dan juga jawapan Mahathir akan perkara 'Freemason' itu. Dari situ kita akan dapat membuat renungan betapa rahsia sejarah bangsa Melayu kini banyak tersimpan dalam ucapan Mahathir ketika itu. Raja Nongchik telah diaibkan begitu rendah sekali seolah-olah beliau adalah sampah masyarakat Melayu. Sedangkan Raja Nongchik telah banyak berjasa kepada orang Melayu sebelum itu, lebih besar dan lebih bermakna daripada Mahathir ketika itu. Raja Nongchik telah dbogelkan seolah-olah dia tidak datang ke persidangan itu lengkap dengan pakaiannya. Semua kata-kata kesat yang digunakan oleh Mahathir terhadap Raja Nongchik ketika itu menggambarkan betapa hebatnya Mahathir mempertahankan pergerakan Freemason. Kenapakah Mahathir lantang menyanggah Raja Nongchik seolah-olah beliau seorang pemimpin tinggi Freemason di rantau ini ? Benarkah Mahathir memang menganggotai Freemason sejak lama lagi dan bertanggungjawab memilih beberapa Melayu yang lain untuk menganggotai pertubuhan itu? Saya pernah berbual dengan Dato Harun selepas beliau diampunkan dan bertanya Dato Harun akan soalan ini. Beliau termenung jauh tanpa mahu tersenyum. Sungguh serius beliau ketika itu dan bertoleh kepada saya. "Let it be a mystery to you. I will not answer that question." Saya pasti Dato Harun amat faham akan jawapannya.

Kini, amaran dan ingatan yang cuba diketengahkan oleh Raja Nongchik sudah berbunga dan menyerlahkan baunya yang bacin. Lihat sahajalah bagaimana sistem kehakiman dapat diperkosa dengan mudah oleh seorang pemimpin yang rakus. Perhatikan pula bagaimana maruah bangsa Melayu itu dinodai dengan mudahnya. Pada waktu yang sama cuba catatkan juga siapakah yang mempelopori persatuan yang membebaskan gologan 'gay' dan 'lesbian' di negara ini? Siapakah yang menyokong resolusi dunia agar kondom percuma diedarkan kepada anak-anak sekolah menengah ?

Demikianlah aibnya maruah bangsa Melayu itu disebabkan kegelojohan seorang pemimpin politik yang amat banggakan gelaran sebagai pemimpin Melayu terulung. Sedangkan segala tindak-tanduknya sehingga kini tidak menyerlahkan keazamannya untuk mementingkan maruah bangsa Melayu itu sendiri. Jika tidak manakan beliau sanggup membogelkan maruah seorang pemimpin Melayu yang disayangi oleh rakyat jelata sehingga sanggup menggunakan segala penipuan di mahkamah negara ?

- Ajaran yang Menyesatkan

Buku-buku ajaran Freemason yang lebih dikenal sebagai "The Free Lodge", memang boleh didapati di luar negara. Tebal sekali buku yang dijadikan rujukan itu. Hampir dua ribu muka surat dan ditulis pada abad ke-18 lagi. Saya telah mengambil masa enam bulan membaca buku itu setiap hari dan membawa perbandingan dengan Al-Quran ketika berada di luar negara. Anak-anak Melayu yang berada di Amerika mungkin dapat membeli buku ini di Salvation Army Store ataupun di beberapa kedai buku-lama berdekatan Fifth Avenue New York ataupun berdekatan Cairncross Station di London. Bacalah buku ini secara berkumpulan dan buatlah rujukan dengan ajaran dalam Al-Quran dan saudara sekelian akan dapat mengetahui perjalanan negara ini. Yang penting sekali saudara akan dapat perhatikan betapa liciknya perencanaan untuk menguasai minda seseorang seperti yang telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin UMNO, masakini.

Kita boleh melihatkan betapa proses memajukan Malaysia ini banyak mengikuti pengaruh ajaran Freemason. Walaupun pada asasnya, Freemason mengakui agama anutan setiap ahli Lodgenya itu, seolah-olah dia tidak mementingkan sama ada seseorang itu beragama Islam, Hindu, Kristian, Budhist dan sebagainya. Tetapi, ajaran-ajaran yang tersirat dalam buku-buku rujukan pertubuhan itu mementingkan semangat setiakawan yang bergerak di bawah pertubuhan itu.

Kalau seseorang itu sudah membuat ikrar dan sumpah setia kepada ajaran pertubuhan itu, apakah serba mungkin orang itu akan memberikan tekanan kepada ajaran Islam yang dianutinya ketika lahir? Apakah tidak mungkin seseorang yang amat dihormati dan disanjungi dalam sesuatu pertubuhan sulit itu tidak dipengaruhi oleh sekumpulan penasihatnya di dalam pertubuhan yang kecil itu ? Apakah kemungkinannya bagi beliau dipengaruhi oleh pemimpin lain yang tidakpun sedarkan pembabitannya dalam pakatan sulit itu?

Keengganan Mahathir menghadirkan diri di mahkamah walaupun telah dispina berkali-kali menunjukkan keangkuhannya. Ia lebih condong kepada ketakutannya dibogelkan oleh para peguam yang akan menyoalnya akan fahaman hidupnya yang sebenar. Untuk sekian lama banyak cerita Mahathir di sebalik tabir yang tidak tertulis tetapi amat difahami oleh ramai orang lain di Singapura dan juga di negara ini. Semua perkara ini tidak tersingkap kerana semangat nasionalisma yang ada pada ramai orang terpelajar di negara ini. Tetapi, semangat ini semakin luntur setelah mereka melihat betapa Mahathir menjadi rakus dan sanggup memfitnah orang lain secara terbuka. Kalau adapun setitik dua tanda hormat orang terpelajar terhadap Mahathir, ia menjadi terus terhakis apabila tercetusnya rupa wajah Anwar Ibrahim yang dikatakan telah cuba dibunuh melalui racun arsenit. Berita keracunan itu telah mengusutkan keadaan kerana Anwar sebelum itu telah dibaham oleh binatang buas yang mengikut arahan ketuanya.

Yang Kusut Menjadi Kesat

Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat. Tunku Abdul Rahman Putra menjadi perdana menteri untuk dua kali kerana membiarkan jawatannya itu diambil alih oleh Tun Razak untuk satu ketika yang pendek. Beliau mahu berkempen ke seluruh negara secara bebas ketika itu. Apabila Mahathir mengambil alih teraju kepimpinan, beliau telah mencetuskan pelbagai debaran rakyat jelata. Ini timbul disebabkan ketidak-tentuan arah tuju beliau yang amat disangsikan oleh rakyat, terutama sekali oleh orang Cina. Perkara ini timbul apabila Mahathir dianggap sebagai manusia yang bertanggungjawab menyebabkan Tunku meletakkan jawatannya. Surat Mahathir kepada Tunku yang memfitnah keakraban Tunku dengan orang Cina itu menjadi kayu pengukur kesangsian orang Cina terhadapnya, satu ketika dulu.

Tetapi, bukankah senario yang ditohmahkan ke arah Tunku itu sudahpun berulang kembali? Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi kalau seorang pemimpin itu naik ke atas berdasarkan kejijikan sistem yang ditohmahkannya itu? Apakah tidak mungkin Mahathir telah memperbodohkan orang Melayu agar membencikan Tunku semata-mata kerana muslihat tertentu? Bukankah beliau sudah membuat satu rencana 'grand design' untuk naik ke atas dan memperbodohkan orang Melayu itu secara peribadi ? Kalaulah ekonomi Melayu itu lembab di zaman Tunku dulu disebabkan kecuaian UMNO memperbaikkinya, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Mahathir selepas dia berkuasa ? Apakah dia sudah berjaya memperbaikki keadaan ekonomi Melayu itu seperti yang diimpikannya ? Memang, Mahathir telah menggunakan isu ketuanan Melayu sebagai alat yang paling berkesan untuk naik mencanak. Tetapi, melalui kelicikannya ketuanan Melayu itu bertukar tangan kepada ketuanan UMNO. Kini, ketuanan UMNO itu telah lama bertukar tangan kepada ketuanan dinasti pilihan Mahathir sendiri.

Manusia boleh merancang, dan lagi besar kuasa sesaorang insan yang pandai merancang itu, lagi besar pula kesan-kesan negatif yang timbul daripada perancangannya. Disebabkan kesan negatif itu makanya kuasa yang diperolehi itu menjadi satu kuasa yang dianggap amat berbisa oleh orang yang sengsara kerananya. Demikianlah yang kita dapat lihat kepada kuasa yang ada pada Dr. Mahathir. Mungkin Dr. Mahathir sendiri tidak menyangkakan betapa besarnya kuasa yang ada pada tangannya. Dia mungkin masih tidak sedar segala impak negatif yang sudah tercetus kerana penyalahgunan kuasanya itu.

KERAKUSAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN.

Sejarah telah menentukan betapa setiap rakyat Malaysia yang masih hidup akan terus bernafas dan menanggung hutang negara yang disebabkan kerakusan seorang manusia yang bernama Dr. Mahathir bin Mohammad. Yang lebih menyedihkan lagi, tanggungan yang sama akan dibebankan kepada setiap insan yang akan lahir di negara ini. Bagaimanakah caranya yang paling sesuai untuk kita memberitahu anak dan cucu kita yang masih kecil dan yang masih tidak memahami sebarang usaha untuk berjimat ceramat?

Dr. Mahathir tidak mungkin berjaya mengaut khazanah negara untuk memuaskan temboloknya tanpa sokongan para konco dan juaknya. Kita masih tidak dapat membuat kepastian siapakah yang lebih rakus dalam kerja-kerja membalun harta negara itu. Cuma masa yang akan menentukannya. Sementara itu rakyat akan terus merasa impak kerakusan dan secara tidak lansung didera oleh tingkahlaku yang amat rakus itu.

Jikalau kita baca tulisan Dr. Mahathir terutama sekali bukunya bertajuk 'The Malay Dilemma' kita tidak akan percaya bahawa inilah manusia yang sama yang sanggup membalun harta negara. Demikian juga kalau kita baca bukunya yang sesudah itu. Tetapi, kalau kita baca buku mengenainya yang berjodol 'Mahathir di Sebalik Tabir', kita akan memahami betapa liciknya manusia yang bernama Mahathir bin Mohammad itu. Rupanya, segala tingkah lakunya itu sudah dirancang lama. Sungguh jauh perjalanan rancangannya itu. Ia bermula daripada satu usaha seorang ahli politik yang sanggup dan bangga digelar sebagai seorang 'Ultra Malay' sehinggalah ia mencapai tahap yang digembar-gemburkan sebagai 'Pejuang Bangsa' oleh UMNO yang diciptanya.

Mahathir yang Sudah Nyanyok

Adalah amat malang sekali, Mahathir dibiarkan untuk terus berkuasa sedangkan dia sudah menunjukkan kesewelannya yang terlalu kerap. Bayangkan bagaimana dia sanggup berkata di akhbar Jepun. Dia lebih bersedia duduk semeja dengan peminum wain daripada berdepan dengan 'orang yang didakwanya meliwat'. Itukah alasannya untuk tidak datang ke mahkamah? Bukankah itu satu penipuan untuk membodohkan rakyat jelata? Ironisnya para pemimpin UMNO yang diketahui bijak-bijak belaka sanggup mendiamkan diri tanpa mahu memperbetulkannya. Perkara serupa berlaku ketika Mahathir memfitnah betapa Nabi Mohammad (saw) tidak mencukur janggut kerana di zamannya tidak ada pisau cukur Gilette. Banyak lagi cakap-cakap dan perilaku Mahathir yang sudah mempamerkan kesewelannya, tetapi para pemimpin yang rapat dengannya hanya sanggup membisu sahaja.

Kesimpulan

Saya lebih berpendapat Dr. Mahathir Mohamad layak disuruh melepaskan jawatannya daripada menjadi presiden UMNO. Ramai musuh Mahathir dan juga UMNO yang mahu membiarkan Mahathir terus menerajui UMNO. Mereka sanggup melihatkan keadaan kucar-kacir melanda UMNO di bawah kepimpinan Mahathir yang berterusan. Mereka fikir, UMNO di bawah Mahathir akan lenyap akhirnya daripada muka bumi ini. Tetapi, saya tidak fikir begitu. UMNO mungkin menjadi lemah akhirnya tetapi parasit itu tidak akan lenyap sama sekali. Ia akan terus digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu mencuba nasibnya dalam arena politik mada depan.

Masanya sudah sampai untuk Mahathir disuruh berhenti sahaja secara terhormat. Kalau dia enggan, eloklah ahli perwakilan mengusulkan satu caangan agar sesiapa yang mahu menerajui kepimpinan parti tidak berusia lebih daripada tujuh puluh tahun. Salah satu sebab kenapa kita mahukan beliau mengundurkan dirinya ialah sikap pembohongnya itu. Adalah tidak mungkin Mahthir sanggup berbohong setiap hari dan setiap majlis yang membabitkannya tanpa beliau sendiri menyedari akan kejijikan tabiatnya itu. Bagaimana pula dengan para pemimpin UMNO yang lain. Kenapakah mereka sanggup mendengar pembohongan Mahathir itu secara rela hati? Kadangkala kita dapat lihat mereka sama bertepuk tangan dan tertawa dengan kerja-kerja pembohongan itu.

Anak-anak yang bersekolahpun sudah tahu yang Mahathir suka berbohong. Soalnya sekarang, beliau banyak berbohong untuk mempertahankan kerja-kerja jijik beliau membalun khazanah negara. Apakah beliau tidak sedar setiap sen yang dibalun itu akhirnya akan diambil-balik oleh negaranya? Apakah beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada setiap diktator di dunia ini? Oleh kerana Mahathir sudah tidak peka lagi dengan hukum alam ini dan masih lagi mahu terus berbohong, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan Mahathir tidak lagi berkuasa di negara ini. Inilah satu tanggungjawab yang terbesar setiap perwakilan UMNO yang akan berhimpun di persidangan UMNO pada Mei 11 nanti. Kita menjangkakan ada manusia dalam UMNO yang sanggup bertanding melawan Mahathir. Tetapi, Mahathir terus merencana agar jawatannya itu tidak ditandingkan. Kerana itu dia amat yakin konsensus Majlis Ttertinggi itu tidak akan disanggah oleh perwakilan. Kalau kita lihat keadaan negara sekarang ini terlalu banyak masalah rakyat yang tinggal terbiar tanpa ada sesuatu cadangan konkrit daripada pihak kerajaan. Kalau ada pun agenda kerajaan yang tersebar luas, ia tidak diyakini oleh rakyat kerana rekod kerajaan yang semakin pandai berbohong. Pucuk kepimpinan UMNO sudah semakin kusut sekarang ini. Perkara ini menjadi-jadi dengan tersebarnya pelbagai bentuk berita panas yang membuatkan orang hilang arah untuk mencari kesahihannya.

Rakyat sudah semakin tidak mempunyai keyakinan dengan kerajaan yang memerintah terutama sekali apabila melihatkan Mahathir yang amat takut datang ke mahkamah. "Apa punya pemimpinkah ini?" tanya mereka. "Kalau berani tabur fitnah, patutnya dia mesti berani menjawab soalan pihak yang difitnah." Di sinilah terletaknya kesilapan Mahthir yang paling besar. Dia telah tertipu selama ini oleh kerakusannya sendiri. Dia fikir dengan terus berbohong, dia akan terlepas daripada kenyataan yang sebenar. Mahathir sebenarnya sedang mengharungi satu peperangan yang amat besar dalam jiwanya sendiri. Dia sendiri amat gusar dengan keadaan pemikiran rakyat terhadap kepimpinannya. Dia sudah dihantui oleh raksasa kerakusan yang berjiwakan syaitan.

Semakin dekat hari-hari yang mendatang kepada Mei 11, 2000; kita akan lihat, Mahathir akan semakin gelabah. Semakin ramai orang yang di sekelilingnya menjadi insan yang semakin tidak dapat dipercayainya. Mahathir akan terus dihantui kegusaran ini kerana selama ini dia tahu dia sudah banyak berbohong. Di antara setiap dua detik kesewelannya itu akan timbul ketenangan di benaknya yang membawa keinsafan yang dia harus berundur secara terhormat. Mahathir akan terus dihantui insiden yang datang berselang-seli yang mahukan dia berundur secara terhormat ataupun berdegil untuk terus berkuasa. Pembohongan yang berterusan itu akan terus berulang secara sepontan tanpa dapat dikawalnya lagi. Laksana barah yang semakin menular setiap pembohongan akan diperbesarkan dengan pembohongan yang baru pula. Inilah yang menjadi amalan Mahathir selagi dia masih berkuasa. (Artikel terbaru SOT: Bagaimana Mahathir Berdusta Sehingga Tercabut Nyawanya).

Orang Melayu akan terus berada di ambang kekalutan. Segala tipu-helah Mahathir dan orang-orangnya adalah satu rencana untuk terus berkuasa dan tidak lebih daripada itu. Mahathir sebenarnya tidak punya modal lain selain dari berbohong. Walaupun dia tahu amat besar dosanya. Seorang bekas menteri kabinet Barisan Nasional pernah berkata, ada ketikanya kita hairan bagaimana orang berpendidikan dalam kabinet Mahathir sanggup bersekongkol dengannya. Malahan kita juga hairan bagaimana Mahathir sanggup mempertahankan kerja-kerja jijik yang dilakukan oleh menterinya. Rupanya, Mahathir sendiripun sedang diperas ugut oleh beberapa ahli kabinetnya yang rasuah. Kerana mereka tahu penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir itu, makanya ada Menteri yang rela diugut oleh rakyat. Mereka tahu, selagi Mahathir berkuasa, mereka akan selamat. Kerana mereka sudah menyimpan pelbagai bukti bagaimana Mahathir membalun harta rakyat.

Kini, perbicaraan ke atas Anwar Ibrahim sudah menjadi pembuka mata dan pembuka minda kepada rakyat negara ini. Orang Melayu pada umumnya sudah semakin sedar bagaimana kehidupan mereka sejak dua puluh tahun yang lalu telah dipukau oleh Mahahtir untuk mempercayainya bulat-bulat. Pada satu ketika dulu ramai orang Melayu yang sanggup diperkudakan oleh Mahathir kerana janjinya untuk memartabatkan ketuanan Melayu itu. Tetapi, kini mereka sudah tahu, ketuanan Melayu yang dijanjikan itu hanyalah omong kosong semata-mata. Mahathir sudah derhaka kepada bangsanya. Yang lebih menyedihkan lagi, Mahathir sanggup memperlekehkan agama Islam yang sama dianuti oleh bangsanya itu.

Apabila Mahathir sanggup melakukan semua itu dengan hasrat untuk terus berkuasa, apakah pula peranan para menteri dan juak-juaknya yang sanggup menyokongnya? Apakah pula motif mereka? Kita mungkin memandang serong kepada Mahathir kerana sedar betapa ceteknya tentang agama Islam. Tetapi, apakah para juaknya yang bersekongkol itu pun sama cetek dalam ajaran Islam? Tidak mungkin.

Kekusutan masa depan Melayu di bawah UMNO sudah semakin mencelaru. Toleransi orang Melayu sudah ditebali kata-kata kesat yang mencaci Mahathir setiap hari. Arus sentimen semakin deras dan semakin berkocak. Terpulanglah kepada pemimpin UMNO yang masih waras menentukan agar Mahathir berundur. Lakukanlah sebelum arus itu bertukar menjadi gelombang besar. Yang sukar untuk dikawal lagi.