Pages

Friday, December 11, 2009

Apa erti perjanjian jika larang Chin Peng?

Malaysiakini

Selepas 20 tahun menuntut tanpa henti-henti, fajar harapan Chin Peng untuk kembali ke tanah tumpah darahnya mulai menyingsing apabila bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor secara terbuka mengakui beliau berhak pulang seperti Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.

Sebagai perunding utama yang mewakili kerajaan Malaysia dalam rundingan tersebut, Abdul Rahim dalam wawancara eksklusif Malaysiakini tampil mempertahankan legitimasi setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk kembali, sekurang-kurang menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau menegaskan bahawa perjanjian terbabit meliputi seluruh ahli PKM dari lapisan terbawah sehingga lapisan tertinggi. Chin Peng yang dianggap sebagai pemimpin dalam hierarki tertinggi parti itu pastilah tidak boleh diketepikan.

Dijelaskan, ahli PKM yang lahir di Malaya dibenarkan kembali ke Malaysia jika mereka ingin berbuat demikian, dengan syarat pilihan mereka itu perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa terbabit dalam tempoh masa 12 bulan selepas tarikh perjanjian dimeterai.

Kebanyakan bekas ahli PKM (lebih 300 orang) telah dibenarkan kembali ke tanahair dan menetap di negara ini. Mereka diterima sebagai warganegara bertanggungjawab oleh masyarakat tempatan, bertungkus-lumus mencari nafkah dan berkhidmat kepada komuniti dengan cara masing-masing.

Mereka yang mengambil keputusan untuk menetap di Thailand, pangkalan asal perjuangan mereka, juga dibenarkan kembali melalui pas lawatan sosial meski tidak diizinkan tinggal buat selama-lamanya.

Abdul Rahim memberi contoh Abdullah CD, bekas pengerusi PKM dan isterinya Suriani Abdullah yang dibenarkan kembali ke tanahair melalui pas lawatan sosial, mereka malah berpeluang menghadap Sultan Perak.

Pada hakikatnya, ramai lagi pemimpin Melayu PKM, termasuk Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin telah kembali dan menetap di negara ini atau berkunjung sebagai pelancong.

Sudah barang tentu mereka kembali tanpa dikenakan syarat mengemukakan dokumen peranakan seperti yang dikenakan terhadap Chin Peng, dan mereka juga tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk meminta maaf dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Sukar dipercayai kesudian Chin Peng untuk meminta maaf secara terbuka – jika terbukti ada rakyat tidak berdosa telah dibunuh oleh PKM dalam perbalahan bersenjata tersebut – telah ditolak secara kasar dan angkuh oleh pemimpin Umno.

Jika Chin Peng tidak boleh dimaafkan, kenapa kerajaan merasa sesuai untuk mengikat perjanjian damai dengan pihak beliau untuk menamatkan permusuhan dan perbalahan bersenjata 20 tahun dahulu?

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada Chin Peng, bersedia untuk meminta maaf kepada saudara mara ribuan rakyat tidak berdosa negara ini yang telah dibuang negeri, dipenjarakan, malah dibunuh oleh pihak kerajaan yang bersubahat dengan penjajah British.

Sekiranya kerajaan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab perjanjiannya – seperti pihak PKM dan kerajaan Thailand, dan Chin Peng tidak dijadikan sasaran sentimen perkauman dan anti-komunis yang diapi-apikan oleh media arus perdana – maka impian nya untuk kembali ke kampung halaman, terutamanya untuk menziarahi kuburan ibu bapa dan ahli-ahli keluarganya, pasti sudah terkabul lama dahulu seperti ratusan rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

Memang benar hujah Abdul Rahim bahawa dalam apa-apa perang atau sengketa bersenjata sekalipun, pasti ada kematian dan kecederaan. Jika pihak kerajaan mendakwa angkatan bersenjatanyalah yang mengalami kerugian paling besar, maka pihak PKM juga akan membuat dakwaan yang sama.

Dalam ucapan Chin Peng pada perayaan ulang tahun ke-20 perjanjian damai di Hatyai, mungkin juga ucapan umum terakhirnya, Chin Peng secara ikhlas merayu kepada semua pihak terbabit agar melenyapkan segala permusuhan dengan semangat persefahaman dan pengampunan.

Beliau malah berkabung selama satu minit bagi mereka yang terkorban dalam perang tersebut daripada ketiga-tiga pihak, iaitu angkatan bersenjata PKM, Malaysia dan Thailand.

Beliau memberi nasihat kepada kerajaan agar tidak mencemarkan perjanjian damai Hatyai yang telah diakui dan disokong secara luasnya di dalam dan luar negeri, kerana menolak permintaannya untuk kembali ke pangkuan ibu pertiwi.

Kepada pemimpin kerajaan dan bekas anggota angkatan bersenjata yang menentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke Malaysia, Abdul Rahim menasihati mereka agar jangan terlalu emosi, dan perlu memahami tanggungjawab mereka terhadap perjanjian damai yang bertujuan untuk menamatkan segala permusuhan.

Namun amat dikesali, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tokoh di belakang perjanjian damai Hatyai, mengambil sikap lepas tangan dalam isu tuntutan Chin Peng tersebut yang munasabah di sisi perjanjian.

Katanya, beliau akan bersetuju Chin Peng pulang jika keputusan itulah yang dibuat oleh rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa 20 tahun dahulu, kerajaan membuat keputusan bagi pihak rakyat untuk mengikat perjanjian damai dengan PKM untuk menamatkan permusuhan dan menjalin persahabatan baru.

Setelah 20 tahun selepas termeterainya perjanjian itu, Dr Mahathir masih bercakap tentang keperluan menjelaskan kepada rakyat tentang wujudnya perjanjian terbabit, seolah-olah rakyat masih tidak mengetahui kewujudannya.

Siapakah yang patut dipersalahkan atas perkembangan yang begitu mengecewakan ini?

Yang jadi masalah sekarang, bukan saja menunaikan impian atau hak seorang tua, tetapi berkaitan isi kandungan dan semangat perjanjian damai Hatyai, dan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) negara kita.

Apakah maknanya sebuah janji yang tidak dikotakan?

Friday, December 4, 2009

BTN; Duri Dalam Daging

Beberapa hari ini para pengampu dan pembodek umNO/BN juga para menteri-menteri dari parti biru karat kuat mempertahankan polisi serta kaedah BTN dengan penuh semangat dan taksub konon BTN perlu untuk pupuk semangat patriotik dan nasionalis terhadap negara , jauh dari tuduhan 'membasuh otak' para peserta semua yang terlibat, ibarat menegak benang basah .

Sekian lama doktrin hasutan terhadap apa saja berbunyi ' pembangkang' juga pekat dengan 'semangat perkauman' dipupuk untuk minda dan jiwa walau dinafi keras supaya tetap sokong parti umNO/BN walau apa sekali pun polisinya . Tetapi dengan terdapat banyak bukti penyelewengan matlamat dan hala tuju sebenar yang kian terdedah semata-mata menanam perasaan perkauman terhadap bangsa lain yang kini cuba dibela oleh para menteri pengampu dengan ulasan konon cara dan kaedah dirombak sedikit agar sesuai dengan retorik ' 1Malaysia ' !

Seperti yang didedahkan oleh kaunselor eksekutif pengajian tinggi dan pelajaran Selangor Dr Halimah Ali bukanlah cakap-cakap kosong atau fitnah tapi terbukti banyak aduan diterima dari para peserta ,mereka mengadu kursus BTN banyak menimbulkan rasa kurang senang dengan menimbulkan rasa dan ' fenomena perkauman' terhadap masyarakat yang berbilang bangsa dan agama .

Hanya bila terdedah akan kebobrokkan BTN baru sang menteri-menteri mahu berusaha merombak atau menukar sedikit kaedah atau diubahsuai dengan masyarakat terkini ! Taktik kotor yang haram serta dakyah perkauman cuba diserapkan dengan memutar konon kini BTN kena sesuai dengan konsep 1 Malaysia retorik dari Menteri Perdana !

Diantara para pengampu termasuk menteri 'sebam' konon tidak ada sebab menghentikan kursus itu hanya kerana ada negeri dibawah Pakatan Rakyat yang memboikot kerana BTN terbukti menyemaikan semangat 'patriotik dan nasionalis ' ! Sambil menambah tidak perlu disembunyikan apa-apa dalam kursus itu ,juga mengejek jika mahu Sdr Lim Kit Siang pun boleh hadiri kursus itu !

Ada juga pengampu dengan ulasan konon sebelum ini BTN dikhaskan hanya untuk satu kaum tapi kini mahu disesuaikan untuk semua kaum , malah ada menteri yang berlagak hero dengan garang menyerang DS Anwar Ibrahim juga pernah menyalahguna BTN semasa didalam kerajaan BN dulu ! Menteri ini anak pada salah seorang bekas PM Malaysia yang banyak melacurkan institusi dalam kerajaan dari institusi beraja sampai kepada institusi kehakiman serta undang-undang peninggalan penjajah iaitu ISA . Tapi cuba berlagak jaguh tanpa satu jasa melainkan jasa anak beranak merosak khazanah negara !

Mengapa marah dan melatah bila MB Selangor memberi arahan memboikot BTN ? Adakah kerana pecah tembelang kerja-kerja jahat dajal menghasut para peserta jiwa dan minda atau sepanjang pemerintahan BN dengan berselindung disebalik 'membasuh otak' juga menyeleweng harta/khazanah negara ! Tidak cukup dengan menghasut serta menanam kebencian terhadap kaum lain mereka berkempen konon untuk membina kekuatan fizikal dan mental dan lain-lain merapu lagi .

Hanya kerana akta rahsia serta sumpah setia para pengajar yang terikat dengan tertib menghalang dari terburainya kisah-kisah jahat pemerintah khasnya umNO/BN semasa mereka berkhidmat dengan BTN, tentang apakah lagi tugas mereka semasa bertugas disebalik mengajar tata negara dalam kursus itu mereka saja yang tahu tapi diberitakan mereka juga diperalatkan sebagai jentera pengerak dalam pelbagai jurusan antaranya semasa pilihanraya kecil mahupun yang besar , mereka juga menyeludup dan menyelinap masuk kekampong-kampong 'membirukan' kehijauan minda-minda rakyat marhaen disegenap pelusuk dan ceruk demi mempertahankan kuasa umNO/BN !

Diberitakan juga mereka dilengkapi dengan pelbagai bantuan dan kemudahan termasuk kawalan keselamatan yang rapi lagi sulit, sehingga tidak ramai walau dalam kerajaan sekalipun yang tahu gerakan licik mereka ! Jika tidak kerana akta menutup mulut mereka maka pendedahan akan memusnahkan kewibawaan kerajaan umNO/BN sekaligus merudumkan mereka dari sokongan rakyat. Tapi itulah antara cara pengampu-pengampu pertahankan kebejatan kerajaan BN dan penyelewengan demi menunjukkan taat setia pada pemerintah.

Alasan konon hanya segelintir saja para pengajar di BTN yang seleweng tidak masuk akal malah mungkin untuk menipu orang-orang yang kurang berfikir atau hanya yang bengong sahaja akan percaya ! Atau mungkinkah ada lagi agenda tersembunyi disebalik kemarahan sang menteri-menteri semua ! Mungkin sebab ketelusan dan keperihatinan kerajaan PR Selangor dalam membongkar segala penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan terdahulu maka mereka tidak senang berdiam diri, atau disebalik kursus BTN itu terselindung skandal serta penyonglapan wang rakyat demi tembolok kroni atau dalam melaksanakan kerja-kerja BTN segala kemudahan, perbelanjaan ,peralatan, juga penginapan yang akhirnya digaris terbawah adalah pengunaan wang dan harta rakyat !

Boleh dipertikaikan adakah semua aktiviti anjuran BTN dari dahulu hingga kini telus dan jujur ? Patut SPRM juga perlu jenguk-jenguk akan mereka di BTN kerana takut terjadi macam di Klang iaitu trajedi PKFZ yang memakan wang rakyat dan negara berbilion-bilion ! Tapi oleh kerana berada dibawah naungan kerajaan mungkin sedikit sukar memyiasat akan 'ketelusan' para tenaga di BTN itu ! Takut terjadi seperti kisah-kisah gempar tapi senyap dari sang YB hingga ke MB berani memfaraid harta dan khazanah negara tanpa ragu-ragu diambil tindakan ,contoh mudah bekas Menteri Besar Selangor yang namanya ada sedikit persamaan dengan sejenis hantu yang suka mencuri !




Amuraria-Alikram.blogspot

Friday, November 13, 2009

Bai'ah didalam perjuangan Islam

Aku sangat bersetuju dalam hal ini...mengukuhkan teras supaya lebih teguh..kenapa Khalid masukkan penceraian didalam Bai'ah nya, aku rasa agar lebih huminize..naluri manusia..yang hanya mampu menerima apa yang dapat dilihat dengan mata dan akal...biasa la tu...cuma tak cantik kerana ini perjuangan parti islam..mesti islam jerr..isteri tak boleh masuk campur...tak rasa cam orang nasrani pulak ker?
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysiakini

Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra (kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama.

Monday, October 5, 2009

Aziz Tamil-Maskot bebal untuk UMNO

Aku tak dapat tidak daripada menahan rasa gatal jari untuk mengulas tentang perihal Aziz Tamil yang mengecohkan sekali lagi PRK dengan menuduh dirinya dibelasah.

Kepada mereka yang tak kenal siapa Aziz Tamil, beliau adalah ketua kepada suku kaum budak2 rempit ameno yang fasih berbahasa tamil dan mempunyai salasilah yang tidak ada kena mengena dengan Parameswara ataupun Hang Li Poh. Beliau juga merupakan calon PRU yang kalah tertungap walaupun dilihat sebagai orang kuat Pak Lah di zamannya dulu. Aziz Tamil gemar membuat “stunt”. Dia akan mencari seribu satu jalan untuk menjadikan dirinya sebagai bahan berita buletin utama tivitiga. Kepada penggemar siri2 stunt politk tivitiga, Aziz Tamil merupakan aktor yang ditunggu2. Kebanyakannya untuk mencari publisiti murahan. Aziz Tamil akan cuba mencari peluang membuat publisiti murahan dengan dua cara; pertama dengan mendakwa dirinya diserang oleh penyokong parti lawan, dan kedua dengan “memukau” orang Melayu dengan menunjukkan kebolehannya menyayikan lagu tamil. Kali ni dia lebih suka untuk menuduh diserang.

Untuk rekod juga, Aziz Tamil kemungkinan besar merupakan proksi KIMMAK KIMMA, iaitu Persatuan India Muslim Malaysia yang tidak pernah penat melobi kerajaan untuk mendapatkan status sebagai “orang Melayu” hanya kerana mereka kelihatan seperti Mahadet, atau Mohamed Yaakob.

Aku membaca banyak ulasan di internet berkaitan kejadian Aziz Tamil “dibelasah oleh penyokong parti lawan”. Ada yang kata dia menjadi mangsa pergaduhan antara MIC dan PPP, ada juga yang sengaja nakal mengatakan bahawa Aziz Tamil memukul diri sendiri sebagaimana Mahadet pernah menuduh Anwar melakukannya dulu. Tak kurang jugak yang lebih ekstrim menuduh beliau dipukul oleh ahli KIMMA berhaluan kiri yang tidak puas hati dengan progressnya melobi persatuan tersebut untuk menjadi Melayu. Dan terdapat jugak beberapa suara2 sumbang yang mengaitkan kejadian tumbuk menumbuk itu dilakukan oleh penyokong Subramaniam yang tidak berpuas hati dengan kekalahan calon mereka pada pemilihan presiden MIC tempohari.

Tetapi apa pun yang diulas di internet, ianya menjurus kepada satu kesimpulan : lawak bangang.

Dalam laporan yang memetik kenyataan beliau, diberitakan bahawa Aziz Tamil berasa melugai dan nak muntah kemudian disusuli dengan nak pengsan selepas Maghrib pada hari kejadian penamaan calon PRK13 Bagan Pinang. Dikatakan jugak dia telah diserang oleh lebih 9 orang dengan lebih 20 das tumbukan ditalukan ke atas batang tengkoknya. Aku kata tengkok sebab dia dok tunjuk kat situ. Aku sukar nak nampak kat mana lebamnya, mungkin luv bite bapok PD, atau diketit nyamok tiruk. Tapi untuk berlaku adil, warna tengkoknya memang warna lebam. Dan untuk lebih tidak berlaku zalim, aku katakan seluruh badannya lebam sebab ianya menyerupai warna lebam yang betul sama seperti warna tengkoknya. Dengan 20 das tumbukan oleh 9 orang, tidak mustahil Aziz Tamil lebam dari hujung ibu jari hingga ke hujung rambutnya. Aziz Tamil jugak mendakwa darahnya naik mendadak selepas kejadian tersebut. Bukan sebab ketupat dan rendang. Bukan sebab banyak sangat makan kat open house. Dan bukan sebab badannya yang dah sedia bulat, tapi sebab kena belasah, maka tiba2 dia diserang high-blood preassure.

Semasa membuat muka kesian di tivi dan paper, Aziz Tamil tidak pulak menceritakan saat2 cemas dengan terperinci. Kalau tak, boleh dengar efek mulutnya membuat bunyi “dusyum”, “tebabomm”, “teeddissshhhh”, dan beberapa gaya kewlnya becermin mata hitam dengan jambul segak berdiri megah mempertahankan dirinya secara berseorangan. Mujur perkara ini tak berlaku berdekatan dengan kedai sukan. Kalu tak, dah pasti ianya akan melibatkan sebatang dua kayu hoki.

Pada waktu beliau keluaq di tivi mengadu nasib, terintai2 jugak aku kelibat Mukhriz. Teringat lagi kelaku anak Mahadet yang bengap sekoq lagi ni dok pulun nak sapu minyak angin belakang seorang “mangsa belasahan” pada PRK dulu. Terselak2 baju sambil kekok tangan memegang dan mengurut minyak angin. Kalau Mukhriz melakukan benda yang sama pada Aziz Tamil tempohari, aku boleh bayangkan betapa menggelupur-kesakitannya si Aziz Tamil meraung2 meminta simpati menahan sakit. Silap2 kena salin baju si Mukhriz dek penuh dengan muntah Aziz Tamil.

Azizz… Aziz…

Manusia seperti Aziz Tamil inilah yang menyebabkan orang2 muda merasa malu untuk dilabel sebagai penyokong ameno. Ya, mungkin ada antara orang2 muda yang wala’ pada Mahadet dan Najib, tapi untuk mereka mengasosiasikan (associate?) diri mereka dengan Aziz Tamil adalah satu penghinaan tahap gaban. Tak pernah lagi aku jumpak orang muda penyokong ameno yang merasa bangga bila diri mereka dikaitkan dengan Aziz Tamil. Hatta mat rempit yang jadi ahli seumor hidup Putera ameno pun menjuih2 bibir bila becakap pasai Aziz Tamil. Manakan tidak, mereka yang merempit sampai tersungkoq makan devider jalan tiga pat kali satu malam boleh selamba rawk lagi bangun pelari moto dari diligan oleh trapik, tetapi ketua mereka begitu lembik dan manja sekali bila baru berimaginasi dilatu oleh beberapa kerat penyokong parti lawan.

Aziz Tamil merupakan satu contoh terbaik kebebalan ameno dalam meng”ignore” kecerdikan rakyat. Aziz Tamil adalah satu contoh mutlak untuk menggambarkan betapa ameno ini masih sombong, bongkak, dan bingai dalam melayan intelektual masyarakat. Kalau nak digambarkan betapa ameno ini bingai, bangap, dan bebal, Aziz Tamil adalah contoh terbaik. Malah, untuk melambangkan kebengongan ameno secara total dan mutlak, rakyat sekarang ini boleh mereferkan Aziz Tamil sebagai benda2 bengap yang dikerjakan oleh ameno. Malah, tidak keterlaluan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadikan “Aziz Tamil” sebagai contoh kepada perbuatan2 bengap dan bangang dalam kamus dan tesaurusnya.

Aziz Tamil merupakan maskot yang sesuai untuk melambangkan kebodohan ameno, dulu, kini dan selamanya.


matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Persatuan Bekas Tentera tidak relevan, terlalu berpolitik

Komen pembaca di Blog Brigadier Jeneral (B) Muhammad Arshad.

------------------------------------------------------------------------------------


Saya memang sedar dan arif tentang dua organisasi, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Kedua-dua organisasi ini, sungguh pun cara penubuhanya berlainan tetapi peranan asasnya sama, iaitu untuk
menjaga kebajikan dan kesejahteraan pesara-pesara ATM.

Semenjak mula penubuhan sehingga era "Pegawai Waran Dato Zainal", PBTM merupakan satu NGO yang berwibawa, disegani dan memain peranan aktif dalam usaha melaksanakan tugas dan tanggung jawab persatuan. Semenjak Dato'Zainal mengambil alih pucuk pimpinan dengan stategi dan sentimen "Other Ranks"nya telah membawa PBTM menari irama politik dan menuju kemusnahan.

Kita lihat PBTM semasa diibaratkan
hidup segan dan mati tak mau!

Kredibiliti dan integriti pucuk pimpinan PBTM sentiasa dipersoalkan dan wakil-wakil negeri pula asyik sibuk bermain politik UMNO sehingga peranan mereka dalam PBTM tidak lagi menjadi matalamat utama.

Pernah satu ketika dua orang bekas PAT dilantik menduduki Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi PBTM tetapi kedua-dua telah menarik diri.
Ketika ini seorang bekas PAT dan seorang bekas Ketua Staf ATM bersabar mmemegang jawatan Ahli Dilantik dan seorang bekas Brig Jen
memegang jawatan Setia Usaha Agong.
Dari apa yang saya ketahui mereka berusaha membawa tunjuk ajar dan kematangan kepada persatuan tetapi tidak sampai kemana. Semua merasa jemu dan telah "letih" dengan kerenah-kerenah pemimpin-pemimpin PBTM dan masa sahaja akan menjadi penetuan bagi mereka juga akan menarik diri!

Banyak krisis dalaman telah dan sedang berlaku. Seperti telah dinyatakan oleh WaliMuar, PBTM Wilayah telah digantung keahliannya
dan ketuanya, seorang bekas Brig Jen dari Kor Risik dan AJKnya juga turut digantung. Ini satu lagi keadaan yang memalukan dimana seorang bekas pegawai tinggi ATM terlibat dengan salah guna kuasa menyebabkan banyak wang persatuan telah lesap dan beliau bertindak balas menentang persatuan sehingga menjadi kes mahkamah.

Saya membuat analisa keatas banyak
kes-kes PBTM dan pada umumnya ia berpunca kerana kelemahan pucuk
pimpinan dan kepentingan peribadi
pemimpin-pemimpin PBTM disemua peringkat.

PBTM tidak dapat menjaga dirinya
sendiri, bagaimana pula persatuan
ini dapat menjaga kebajikan ahli- ahlinya?
Harapan saya agar satu reformasi perlu berlaku dimana PBTM akan menjadi "Kelab Pesara ATM" demi menjaga dan memupuk espirit-de-corp dikalangan pesara ATM dan tugas kebajikan diserahkan kepada JHEV.


JHEV pula ditubuhkan sebagai satu
departmen dibawah Kementerian Pertahanan dengan KPnya seorang Mej Jen. Tugas dan Peranan JHEV jelas. Jika seorang pesara lewat atau gagal menerima pencen JHEVlah
organisasi yang bertanggungjawab.
Jika seorang pesara tentera sakit
dan tidak menerima sebarang layanan
JHEV jugalah yang bertanggungjawab!

Pada hemat saya JHEV harus sedia ada data base lengkap untuk semua pesara ATM dan setiap pegawai JHEV di negeri-negeri pula mempunyai maklumat tepat tentang semua pesara ATM dalam negeri masing-masing.
Pesara-pesara ATM perlu mengetahui saluran dan dimana tempat mengadu jika ada sebarang masalah.

Keutamaan JHEV BUKAN berusaha untuk menentukan pesara-pesara ATM tidak memihak kepada parti pembangkang!
Jangan sekali-kali aktibiti JHEV ada berbau politik dengan menyokong pemimpin politik
dalam usaha mereka menarik sokongan kepada parti yang memerintah. Jika ini berlaku, maka hilanglah kehormatan dan kepercayaan terhadap JHEV.

Maaf dan salam.
Tamingsari

Saturday, October 3, 2009

Jahat betul penyokong PAS di Bagan Pinang

Penamaan calun di Bagan Pinang berjalan lancar seperti yang sepatutnya tetapi sikit tercemar dengan insiden ahli Majlis Tertinggi UMNO, Azeez Rahim ditumbuk penyokong PAS.

Apalah ni. Politik sampai bertumbuk-tumbuk. Gentleman sikitlah.

Cuma susah nak nampak kesan bengkak kau, Azeez. Kau tu pun nampak macam bengkak satu badan.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com