Pages

Tuesday, October 7, 2008

Bertemu dengan Lim Guan Eng di Dubai

Antara ketua kerajaan negeri baru dari Pakatan Rakyar yang paling menonjol ialah Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang. Barangkali juga satu-satunya Ketua Menteri dari DAP ini juga memberikan imej baru kepada corak pemerintahan peringkat negeri.

Bukan sahaja kerana Guan Eng masih muda, tetapi rekod beliau boleh dianggap cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia dalam kes rogol yang membabitkan seorang gadis Melayu bawah umur dengan seorang ahli politik Umno. LGE juga pernah ditahan dibawah ISA sewaktu Tun Mahathir berkuasa.

Pertemuan dengan Guan Eng dan ahli rombongan kerajaan PP di vila Sdra Ariffin di Arabian Ranches membawa peluang buat ramai penyokong tegar PR bersemuka dengan Guan Eng dam Jeff Ooi. Kalau tidak kerana hari bekerja, tentunya lebih ramai yang akan hadir.

Dengan membawa slogan CAT (competency, accountability and transparency), Guan Eng mahu membawa Pulau Pinang ke satu peringkat yang lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelumnya. Saya percaya yang usaha ini tidak mudah tetapi tidak mustahil. Mendengar misi dan visi beliau, tentunya jalan masih berliku.

Sesi yang dibuat secara santai dan interaktif memberi peluang bukan sahaja berkenalan, malah bertanya mengenai situasi politik semasa. Terutama mengenai peralihan kuasa dalam Umno dari perspektif DAP. Guan Eng memang mempunyai karisma dan sentuhan sebagai pemidato yang baik.

Saya sempat mencelah beberapa kali, salah satu membetulkan perkataan 'clean' yang digunakan apabila membandingkan Pak Lah dengan Najib. Bagi saya perkataan yang betul ialah 'less corrupt' sebab kesemua pemimpin Umno tidak 'clean'.

Apa yang paling menarik buat saya ialah prioriti untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang, yang menurut Guan Eng, 90 peratus adalah terdiri dari orang Melayu.

Setelah 51 tahun di bawah Umno, termasuk Perdana Menteri sekarang dan mantan Timbalan PM sendiri berasal dari Pulau Pinang, kemiskinan tegar masih menjadi sebahagian dari warisan 'cemerlang, gemilang, terbilang' yang ternyata kronik.

Secara peribadi, saya melihat Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang boleh dipercayai. Sesuatu yang janggal setelah bertahun minda dipengaruhi oleh dakyah Umno/BN terhadap musuh-musuh politik. Begitu berhasilnya jarum-jarum propaganda yang menanam suntikan prasangka dan persepsi perkauman yang terlalu buruk dan hodoh.

Berbanding dengan ramai pemimpin Umno yang korup walau mengakui sebagai orang Islam, Guan Eng masih belum tercemar.

Untuk Malaysia yang lebih baik dan cemerlang, gemilang, terbilang, semestinya ruang lingkup minda mesti dianjak untuk melihat sesuatu melalui ruang yang lebih bebas, terbuka dan adil. Dengan itu, perubahan bukan sesuatu untuk datang bergolek, kita mesti berani untuk menilai dan mengambil langkah yang positif.

Lebih 50 peratus pengundi di semenanjung telah bersuara untuk perubahan, tentunya kita mengharapkan pemimpin seperti Guan Eng, juga Khalid, Nizar, Azizan, selain TG Nik Aziz akan menjadi pemangkin dan contoh. Kita sudah muak, jelak dan menyampah dengan barisan pemimpin Umno yang walau apapun wajah baru, masih sahaja sama acuan dan warna perjuangan perut mereka.

Kalau tiada peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat melalui lompatan dalam waktu terdekat, tentunya pilihanraya akan datang rakyat menjadi hakim untuk perubahan yang lebih besar di peringkat nasional. PR boleh menunaikan janji dan tanggungjawab yang diharapkan rakyat.

Kesimpulannya, pertemuan dengan Guan Eng memberikan kami maklumat berguna mengenai kepimpinan Pakatan Rakyat/DAP di Pulau Pinang dan Guan Eng sebagai individu secara peribadi.

Sunday, October 5, 2008

Antara Si NGO Melayu dan Si NGOK Melayu

Ramadan sudah pun berlalu dengan pelbagai kenangan dan pengalaman bagi setiap insan yang hidup di dunia ini. Malahan ada insan dunia ini yang mati kerana melalui pengalaman pahit dalam hidupnya.

Secara umumnya dunia sejagat sedang bergelut dengan krisis ekonomi disebabkan merudumnya pasaran saham Wall Street yang telah menjunam sehingga 700 mata dalam satu hari perniagaannya. Sekali gus banyak syarikat besar di Amerika yang jatuh bankrap dan turut meruntun jatuh beberapa banyak lagi syarikat besar bertaraf internasional di Eropah, Jepun, Taiwan, Korea, dan juga di Asia Tenggara.

Apa yang berlaku di Amerika Syarikat pada bulan September 2008 adalah ulang tayang apa yang pernah berlaku di sana pada Oktober 1929 dahulu, menyebabkan seluruh dunia menggigil dan kerana banyak syarikat besar jatuh muflis.

Dengan lain perkataan krisis ekonomi yang meledak di Amerika menyebabkan hampir semua pemimpin dunia sejagat memberikan fokus menyelamatkan ekonomi negara masing-masing. Media cetak dan ekonomi dunia barat memberikan tumpuan kepada cara negara besar melaksanakan langkah menyelamatkan ekonomi mereka yang sedang merudum. Dari situ orang awam diberikan maklumat terperinci bagaimana setiap negara mengambil langkah bagaimana mereka cuba memulihkan keadaan agar tidak bertambah tenat.

Akan tetapi, langkah yang serupa jarang sangat dapat kita ikuti di negara ini seolah-olah Malaysia terlepas daripada krisis ekonomi di Amerika dan Eropah. Kita tidak banyak dapat mengetahui apakah rencana kerajaan BN pimpinan Paklah . menyelamatkan Malaysia daripada henyakan krisis ekonomi global? Adakah kita mengetahui langkah-langkah awal bagaimana rakyat harus bersatu untuk menampan henyakan dan tempias krisis ekonomi global IT?

Propaganda Bajet Prihatin

Rakyat masih dibuai propaganda bahawa krisis ekonomi Amerika tidak akan membawa banyak tempias ke atas ekonomi Malaysia. Kerana itu setiap hari kita disogokkan dengan propaganda ‘Bajet Prihatin’ di TV BN. Sebagai contoh, kita dapat lihat iklan di mana beberapa orang warga emas dirakamkan memuji kerajaan BN yang memberikan potongan harga bayaran bekalan elektrik sebanyak RM20 sebulan. “Memanglah bagus usaha kerajaan ........Ringanlah beban saya ...sebab saya orang susah, dan isteri saya pun dah lama melepek.....” demikian antara komen warga emas yang disebut memuji kerajaan BN. Itulah contoh Bajet Prihatin kerajaan. Akan tetapi, cuba perhatikan rumah kediaman warga emas yang ditayangkan itu. Lihat betapa usangnya rumah kediaman mereka. Ada rumah yang kopak-kapik dindingnya dan berkemungkinan besar rumah itu hanya mempunyai tidak lebih daripada lima biji lampu elektrik – satu di dapur, satu di ruang tamu, satu di bilik tidur dan mungkin satu di bahagian tangga di belakang rumah dan satu lagi di bahagian luar depan rumah. Saya fikir kalau sebanyak itu bilangan lampu mentol yang ada, bil elektrik mereka mungkin tidak pun mencecah RM20 sebulan.

Yang jelas, kesemua warga emas yang mukanya ditayangkan setiap hari di kaca TV tidak tahu apakah makna krisis kewangan dunia dan apakah krisis ekonomi negara. Malahan mereka tidak pun sedar akan kesan turun-naiknya harga minyak di pasaran ataupun di pam minyak.

Kumpulan NGO Bukan-Melayu yang Tidak Berbaur Politik

Terdapat banyak NGO (Non-government Organisation ataupun Badan Bukan Kerajaan) naungan orang Melayu di negara ini. Kalau pada asasnya penubuhan NGO itu adalah bertujuan mempergiatkan aktiviti sosial, budaya dan ekonomi sesuatu negara, di Malaysia saya lihat munculnya satu trend yang tidak sihat di kalangan NGO Melayu. Aktiviti mereka itu banyak yang berbeza dengan kegiatan NGO yang dianggotai ataupun dipelopori oleh kumpulan bukan-Melayu.

Secara perbandingan kasar kebanyakan NGO tajaan kaum India memberikan tumpuan memperkasakan penggunaan bahasa Tamil di kalangan masyarakat mereka sambil menentukan masyarakat berbahasa Tamil itu terus fokus dengan pegangan agama Hindu. Satu ketika dahulu fungsi ini telah dilaksanakan dengan amat baik sekali oleh Kumpulan Bell sehingga satu waktu apabila Samy Vellu dapat memperdaya Bell Group untuk memberikan sokongan kepada MIC agar peranan yang diasaskan oleh Bell Group diambil alih oleh MIC.

Dengan malapnya Bell Group, banyak NGO India yang lain semakin sedar betapa mereka perlu bergerak aktif bebas daripada cengkaman MIC dan Samy Vellu. Pergerakan mereka itu menyemarakkan aktiviti industri kecilan di kalangan masyarakat India seperti industri kitaran bahanguna (recycling industry) yang telah melahirkan ramai jutawan India hanya melalui kegiatan jual beli kotak, kertas, botol, tin aluminium, besi buruk, beteri lama dan sebagainya. Kini industri kitaran bahanguna di Malaysia sudah menjadi milik kaum India di mana kaum Cina memainkan peranan khidmat sokongan (support service). Yang ironisnya penyumbang besar bahan-bahan kitaran itu adalah orang Melayu yang bergelar Mat Gian. Inilah kaki dadah yang sanggup menyabung nyawa curi kabel elektrik tanpa memikirkan risiko nyawa mereka.

Industri kitaran semula bahan guna itu menjadi begitu lumayan sehingga ramai syarikat India ataupun lebih dikenali sebagai “Keling Botol” menjadi besar dan mampu membawa masuk pekerja asing daripada India dan Seri Lanka sebagai tenaga tetap untuk meniagakan barangan belian mereka. Tauke-tauke ini tidak berminat mengambil anak-anak Melayu ataupun India tempatan untuk kerja-kerja itu. Kalau adapun anak India warga Malaysia yang digaji oleh mereka kebanyakannya adalah kaki botol dan kaki samsu.

Apapun, industri kitaran bahanguna menjadikan tauke-tauke India menjalankan perniagaan utama dalam kegiatan pasaran barang terpakai ataupun ‘secondhand goods’. Lihatlah aktiviti jual beli di “Memory Lane” pada setiap pagi Isnin dan kita akan dapat hampir 70 peratus peniaga besar di sana adalah peniaga India yang memakai kenderaan peribadi bernilai lebih seratus ribu setiap satu. Kalau ada pun orang Melayu yang berniaga di situ mereka menggunakan kereta buruk yang membawa barang-barang lama berupa “antik” dan yang susah mendapat pasaran kerana harganya yang amat tinggi.

Keunggulan orang India dengan industri kitaran menjadikan mereka semakin bebas daripada cengkaman pengaruh MIC dan Samy Vellu. Satu ketika dahulu Samy Vellu amat perkasa dan berbisa. Sesiapa yang berani menentangnya menghadapi risiko dirinya kehilangan nyawa. Pernah seorang wartawan terkenal akhbar India telah diculik oleh sekumpulan samseng upahan Samy Vellu dan dirinya dikelar dengan pisau cukur dalam satu majlis keramaian sambil diperhatikan pegawai polis yang tidak berani berbuat apa-apa.

Akan tetapi masyarakat India secara keseluruhannya pandai bersatu secara senyap-senyap. Daripada industri kitaran mereka mengembangkan industri kimpalan dan bengkel kereta, dan memasuki industri subcontracting di mana kontrak utama adalah orang Melayu UMNO. Di kawasan Lembah Kelang masyarakat India melalui usahasama NGO telah berjaya bergiat aktif dalam bisnes ‘tow truck’ (trak penunda kereta). Sebagai perbandingan kebanyakan operasi ‘tow truck’ yang dikelolakan orang Melayu adalah sebagai pekerja makan gaji dan komisen di mana tauke sebenar adalah orang Cina ataupun India.

Sekarang cuba pula kita lihat NGO yang dikendalikan oleh orang Cina. Memang tidak dapat dinafikan betapa kebanyakan NGO Cina amat berjaya di negara ini. Mereka bergiat dengan terang dan cemerlang sambil pandai mendapatkan sokongan kerajaan dan juga pertubuhan serta syarikat dermawan yang besar-besar. Kelmarin tersiar bagaimana sebuah NGO Cina berjaya menganjurkan satu marathon amal di Australia di mana mereka berjaya mengutip lebih Satu Juta Dollar Australian untuk menyokong dan membiayai kerja-kerja amal anti kanser di Malaysia.

Kita harus akui bahawa antara semua NGO yang ada di negara ini NGO tajaan masyarakat Cina adalah kumpulan yang amat berjaya. Saya pernah mengikuti kegiatan satu kelompok yang dikenali sekarang sebagai “NIRWANA” yang bergiat cergas membuat perniagaan menyemadikan abu orang mati di kalangan warga Hong Kong dan Taiwan di Nilai dan Semenyih. Syarikat Nirwana ini bernilai berjuta-juta ringgit sekarang ini, tetapi ia telah diasaskan oleh satu NGO yang kecil sahaja pada asasnya.

Mengikut kajian saya selama lebih sepuluh tahun terhadap kegiatan NGO tajaan masyarakat Cina di negara ini, saya dapati kegiatan mereka banyak bersangkutan dengan wang kegiatan dan agama. Cuba lihat projek perniagaan mereka dalam bidang kedai foto dan mencuci gambar. Mereka ada bisnes sampingan memberikan khidmat fotokopi dan menjual fon bimbit dan ‘prepaid’ Kebanyakan pengusaha perniagaan ini mempunyai nama Kristian dan menjadi ahli kepada gereja tertentu. Begitu juga dengan bisnes kedai gunting rambut perempuan atau lelaki, agensi penjualan tiket pelancongan, cybercafé, kedai membuat kek dan roti, mini market, pusat tuisyen, kindergarten (tadika), khidmat bas sekolah, rumah orang tua-tua dan sebagainya. Hampir semua perniagaan ini diusahakan oleh individu yang mendapat sokongan padu NGO.

Dengan lain perkataan, kebanyakan NGO Cina berfungsi bebas daripada pengaruh politik kerana dengan itu semua orang Cina dapat membantunya walaupun mereka datang daripada bidang politik yang berbeza. Walaupun pada asasnya mereka merupakan agensi yang tidak bermotifkan keuntungan, lambat laun mereka akan terpaut juga kepada sesuatu bentuk bisnes yang memberikan mereka sumber kewangan dan daripada situ mereka berkembang di dalam negara dan juga di luar negara secara ‘affiliate’ kepada agensi bukan kerajaan di negara-negara barat. Inilah sebabnya ramai tauke-tauke Cina yang kaya raya sudah menganut agama Kristian dan inilah golongan yang banyak menyumbang dana kepada agensi NGO Cina di negara ini.

NGO Melayu Yang Ngok

Setelah membincangkan secara sekilas pandang akan NGO Cina dan India di negara ini tentu kita dapat membuat perbandingan apa yang berlaku kepada puluhan NGO Melayu, yang banyak mendapat sumbangan sumber kewangan daripada kerajaan. Apakah mereka sampai ke tahap yang dicapai oleh NGO Cina dan India di negara ini? Jawapnya ialah jauh panggang dari api.

Penulis ini melihat penubuhan kebanyakan NGO Melayu di negara ini adalah bertujuan untuk syok-syok sendiri, tidak jauh bezanya dengan beberapa pertubuhan penulis dan agensi kerajaan yang diterajui oleh pegawai-pegawai Melayu Ironisnya hampir semua NGO Melayu itu diurus dan ditadbirkan oleh orang Melayu seratus peratus. Walaupun mereka seharusnya bersifat ‘apolitical’ (tidak berunsur politik) tetapi perjalanan mereka itu sesungguhnya lebih hebat daripada sesuatu parti politik. Inilah punca kenapa pemikiran orang Melayu sentiasa bercelaru. Tidak cukup dengan pengaruh parti-parti politik, wujud pula golongan NGO yang terus mengapi-apikan pemikiran Melayu untuk terus berkecamuk dengan unsur-unsur politik pula.

Eloklah kita ambil beberapa contoh:

1. UiTM dengan Naib Canselor yang Ngok

UiTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang pada asasnya ditubuhkan untuk menampung anak-anak Melayu seratus peratus. Mengikut peredaran masa kemasukan pelajar berubah di mana pelajar Bumiputera dibenarkan masuk sehingga lima peratus, dan di zaman Mahathir dahulu memang sudah ada perancangan untuk meluaskan kuota bukan Melayu agar menjadi lebih besar daripada lima peratus. Ini berpunca daripada permintaan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kita menyentuh UiTM di sini kerana ramai pemimpin NGO di negara ini berkelulusan daripada UiTM yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ITM.

Pada bulan September, semasa bermulanya kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh isu menaikkan kuota kemasukan bukan Melayu di UiTM menjadi sepuluh peratus telah diperbesarkan dengan demonstrasi pelajar UiTM serata negara sehingga mendesak agar Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada orang Melayu.

Angin kepanasan demonstrasi yang terancang itu telah menjadi semakin hangat dengan penglibatan Raja Lompat Ibrahim Ali yang menonjolkan diri. Saya sempat mengirim pesan kepada beberapa orang kawan yang kenal rapat dengan Ibrahim Ali dan Vice Chancellor Ibrahim Shah agar berfikir sepuluh kali dalam isu ini. Saya menyebut Ibrahim Shah kerana beliau pernah mengemukakan saman di mahkamah meminta Tan Sri Khalid memohon maaf. Saya pernah berpesan kepada teman-teman saya kalau ada dua gelaran Raja Ngok yang patut diberikan ia memang tepat layak untuk dua badut Melayu ini

Eloklah dirakamkan di sini bahawa Ibrahim Ali dan Ibrahim Shah adalah lulusan DBS pada tahun yang sama di ITM Jalan Osman. Nasib Ibrahim Shah adalah baik sikit kerana dia dapat bekerja di ITM sebagai Penolong Pendaftar sebelum diberikan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran di Amerika. Tetapi seingat saya Ibrahim Ali tidak pernah bekerja dengan mana-mana majikan, kerana dia telah meneruskan kerja berpolitik bila gagal menjadi Pengetua Kolej Politeknik Kuala Lumpur sejurus dia lulus pengajiannya.

Dengan lain perkataan, anak-anak Bumiputera yang menuntut di UiTM sekarang ini banyak dipengaruhi oleh dua pemimpin Melayu yang bernama Ibrahim Ali dan Ibrahim Shah yang tidak ada ‘standard’ dan Kelas waima bertaraf global. Kalau mereka ada kelas, tentu mereka boleh berfikir dengan waras bahawasanya apabila pelajar UiTM lulus nanti mereka akan berdepan dengan para majikan yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu dan kebanyakannya merupakan pembayar cukai yang terbesar di negara ini. Apakah persepsi bakal majikan itu nanti? Apakah perasaan mereka tidak akan tersentuh dengan gelagat anak-anak Melayu yang pernah berdemonstrasi mahu mengekalkan kuota kemasukan pelajar di universiti mereka? .

Saya ingin rakamkan dua bentuk nasihat kepada Ibrahim Ali dan Ibrahim Shah untuk catatan sejarah dan anak bangsa. Ibrahim Ali tahu dia naik di persada politik sekarang adalah dengan tiket PAS kerana dia telah dinyahkan oleh UMNO sebelum itu. Jadi, sebagai seorang beragama Islam dia tidak seharusnya lupa akan perjuangan PAS. Sepatutnya dia gunakan peluang keemasan yang diberikan oleh PAS itu untuk memperbetulkan diri dan menjadi seorang politik yang ada kelas negarawan dan bukan kampungan.

Ibrahim Ali harus sedar siapa diri dia. Memang dia anak Kelantan tetapi dia banyak menghabiskan masa kecilnya di Buluh Kasap kerana di situlah ayahnya dibuang daerah kerana bengkeng dan jadi kaki gedebe yang dimurkai sultan. Sesungguhnya Ibrahim boleh perbetul dirinya agar menjadi politikus mithali dan habiskan sisa hidupnya untuk menegakkan satu konsep berpolitik seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Apa perlunya Ibrahim Ali muncul di kaca TV menjadi jurucakap UMNO dan BN? Sedangkan BN dan UMNO memang sudah lama tidak mahukan Ibrahim Ali?.

Kepada Ibrahim Shah yang bergelar Tan Sri, kalau ada sisa hidup dalam perkhidmatan di UiTM, cuba belek fail kejayaan saudara sebagai seorang Naib Canselor dan congak berapa banyakkah kejayaan daripada segi akademik yang dicapai oleh anak-anak pelajar UiTM? Berapa banyakkah hasil ‘invention’ yang menjadi kebanggaan UiTM? Tumpukan usaha saudara di bidang pengajian tinggi dan pembinaan sumber insan di negara ini. Jauhkan diri daripada kegiatan berpolitik. Kalau saudara gian berpolitik, eloklah bersara dan ceburkan diri dalam politik sehingga saudara dapat naik menjadi Ketua Menteri Melaka. Cubalah lihat kejayaan Tan Sri Arshad Ayob yang pernah mendidik saudara dan mengusahakan biasiswa untuk saudara belajar di Amerika Syarikat. Cubalah tanya kawan-kawan yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Ani Arope untuk meneliti perjuangan dan kecemerlangannya. Tetapi saya lihat saudara menonjol diri hanya kerana menyebelahi UMNO dan BN.

Sebagai seorang Vice-chancellor saudara seharusnya dapat membaca arus pergolakan politik di negara ini. Kalau di zaman Mahathir dahulu saudara terkenal sebagai pembodek unggulan UMNO, sepatutnya saudara dapat meredakan ketagihan itu kerana Mahathir ternyata kini bertaraf kucing kurap sahaja. Satu ketika dahulu dia menganggap dirinya sebagai “the one and only” - hanya satu-satunya suara berani daripada rantau Selatan-Selatan, kini dia tidak dihiraukan oleh sesiapa. Hanya Utusan Melayu dan media UMNO yang menonjolkan suara Mahathir sekali-sekala untuk mencetuskan polemik politik dan memancing pembaca melariskan akhbar mereka.

Sepatutnya Ibrahim Shah bersifat pro-aktif dan menggalakkan beberapa pengajian di UiTM membuat penyelidikan akan impak pengajaran Sins dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan. Mungkin daripada situ nanti akan tersembul rahsia bahawa konsep pengajian itu sesungguhnya dibuat untuk mebolehkan orang-orang Mahathir dan Aziz Shamsuddin membuat harta melalui cetakan buku baru di sekolah-sekolah.

Kalau Ibrahim Shah betul-betul mahu majukan institusi pimpinannya dia sudah sepatutnya mengarahkan beberapa orang professor di universiti beliau menubuhkan badan pengajian dan penganalis di kalangan pelajar-pelajar untuk menilai impak “Tujuh Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang telah dicetuskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor. Dari situ nanti rakyat dan pelajar universiti akan dapat menilai kepintaran Khalid menjadi Menteri Besar berbanding mantan Menteri Besar Khir (Batang Penyapu) Toyo. Harus diingat peristiwa menghadiahkan batang penyapu kepada seorang Ketua Jabatan kerajaan di Shah Alam oleh Khir (batang Penyapu) Toyo dahulu merupakan titik mula kejatuhan beliau dan juga UMNO di Selangor. Saya menganggap perbuatan beliau itu melayakkan dia diberikan gelaran Raja Ngok juga.

Ibrahim Shah dan professor di UiTM harus kaji berapakah perbelanjaan Khalid semasa membuat lawatan ke daerah-daerah berbanding perbelanjaan yang dibazirkan oleh Raja Ngok Khir Toyo dahulu. Satu ketika dahulu ada mesyuarat kerajaan Selangor yang diadakan di Australia melibatkan pegawai daerah yang diberikan elaun khas untuk berbelanja sakan. Malahan semasa menjadi Menteri Besar, Khir selalu sahaja berada di luar negara setiap bulan dan pulang untuk berteori dan beretorik sahaja. Lihat bagaimana Khalid beroperasi, tanpa iringan ‘out rider’ selalu dan cukup mesra rakyat dan tidak suka membazirkan wang rakyat. Cuba tanya orang Melaka, Johor dan Pahang, kenapakah mereka amat berminat membaca akhbar kerajaan Selangor (Suara Selangor) berbanding Utusan Melayu dan Berita hairan? . . .

2. Terlalu banyak NGO Melayu yang bersuara lantang bertopengkan perpaduan Melayu. Ada yang sanggup menggunakan ugutan dengan kata-kata ‘AMOK’ untuk menakutkan kaum lain dan mengeruhkan keadaan harmoni di negara ini. Sesungguhnya perbuatan mereka membesar-besarkan sesuatu isu yang kecil merupakan unsur yang boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Yang paling hangat dibincangkan sehingga hari ini oleh badan NGO inilah ialah kes Teresa Kok tersasul cakap mengatakan keadaan hidangan makanan di penjara semacam makanan yang layak untuk anjing. Teresa mengaku dia tersasul kerana tertekan. Kenapa tidak dihentikan sahaja isu itu di sana? Sebagai perbandingan, cuba kita ingat kembali apa kata Tun Mahathir semasa mencetuskan isu al-Maunah di Jenalik Hulu, dia berkata setelah mencuri senjata, ada satu kumpulan yang telah datang ke Kuala Lumpur untuk melancarkan serangan ‘roket launcher’ ke atas kilang arak dan sebuah kuil ternama di Kuala Lumpur. Kenyataan Mahathir itu bukan kes tersasul, tetapi satu pembohongan besar yang boleh mencetuskan huru-hara. Akan tetapi kerana rakyat sudah tahu bahawa Mahathir adalah seorang ‘pathological liar’ rakyat diam diri dan lihat keadaan sebenar yang mungkin berlaku.. .

Satu lagi kes muncul kira-kira dua bulan yang lalu di mana Mahathir ada buat pengakuan bahawa kes liwat Satu yang menuduh Anwar Ibrahim meliwat pada 1998 dahulu adalah satu konspirasi. Itulah juga kes yang dipertahankan oleh Almarhum Rizal Fernando bersama pasukan peguambelanya. Kesannya, Anwar telah disumbat juga dalam penjara kerana badan kehakiman sudah berada dalam sistem ‘korek, korek, korek”.

Kenapakah sehingga hari ini tidak ada satu pun NGO Melayu yang berdemonstrasi mengutuk Mahathir sedangkan secara terang-terangan apa yang disebutkannya sebagai konspirasi itu adalah satu penghinaan kepada keseluruhan orang Melayu dan agama Islam?

Kemudian baru-baru ini muncul satu gabungan NGO Melayu yang memberi amaran agar tidak ada sesiapa yang berani menyanggah rencana Pak Lah untuk berundur pada 2010. Yang melucukan, selepas gabungan NGO ini mengeluarkan amaran Pak Lah telah muncul menyatakan kesediaannya untuk membuat pengumuman pada Oktober ini apakah dia akan mempertahankan jawatannya ataupun tidak.

Soalnya sekarang, banyak NGO Melayu tidak ada standard dan kelas. Mereka suka berfungsi sebagai satu ‘extension’ ataupun sayap UMNO dan bercakap mengenai politik. Sepatutnya kalau mereka mahu berpolitik tukarkan NGO itu menjadi satu parti politik dan bertarunglah di pentas politik.

Inilah yang saya sebutkan satu ketika dahulu bahawa ada dua jenis Melayu sekarang ini – Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO. Sekarang ini sama ada kita suka ataupun tidak kita terpaksa menghadapi karenah Melayu UMNO, baik yang bergiat cergas dalam UMNO ataupun mereka yang berselindung di sebalik NGO. Kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bekas wakil rakyat dan senator UMNO satu ketika dahulu. Mereka sudah mendarah daging dengan wang UMNO sehinggakan mereka fikir kalau tak dapat lagi jadi jaguh UMNO jadi kaki gedebe dan jurucakap tidak rasmi UMNO pun jadilah. Dengan lain perkataan kebanyakan NGO Melayu sekarang ini sesungguhnya adalah menyerupai parti politik sahaja, dan hidup serta nafas mereka adalah bergantung kepada wang ihsan orang politik juga. Peranan mereka tidak jauh bezanya dengan ‘Just World’ yang mengikut Hishamuddin Rais “merupakan satu NGO anak-beranak (ayah, ibu dan anak perempuannya) tetapi berlagak seolah-olah pengubah pemikiran dunia. Inilah pertubuhan NGO yang dipimpin oleh Chandra Muzaffar yang menganggap dirinya sebagai “Mr. Knows All”.

Apa yang perlu kita rakamkan di sini untuk catatan sejarah selain daripada anak-anak UMNO yang berjuang dalam NGO Melayu ini ramai juga yang dipelopori oleh mereka yang tidak mempunyai setitik pun darah Melayu. Ini adalah impak kepimpinan UMNO di bawah Mahathir yang harus dinilai dan dikaji sedalam-dalamnya oleh penggiat sejarah di negara ini.

Adalah satu ironis dan perkara yang amat malang, NGO Melayu tidak mahu memusatkan pemikiran untuk memasyarakatkan ekonomi Melayu seperti yang dibuat boleh Khalid Ibrahim di Selangor. Sepatutnya mereka kaji impak kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Pak Lah dan kesan penurunan harga itu baru-baru ini.

Cuba persoal propaganda kerajaan apabila harga minyak turun. Apakah harga sepinggan nasi di Lembah Kelang yang kini berharga RM1.50 sen telah diturunkan? Cuba buat kajian makanan yang berasaskan susu China yang masih terjual di supermarket di bandar kecil? Masih terdapat makanan serupa itu di Upwell Supermarket di Kuala Pilah, sedangkan kerajaan Indonesia dan Singapura telah mengharamkannya. Adakah kerajaan UMNO mengumumkan segala jenama makanan daripada China di akhbar-akhbar dan mengedarkan risalah khas di masjid dan surau? Kenapakah tidak ada satu pun NGO Melayu yang bangkit membuat penyelidikan di pekan-pekan kecil untuk membelek lebih tiga puluh jenis makanan yang sudah diharamkan di Indonesia dan Singapura tetapi masih terjual di supermarket kita?

Jawapannya mudah sahaja. Kebanyakan NGO Melayu hanya berminat untuk berpolitik. Para pemimpinnya suka menonjolkan diri dengan membuat laporan polis dan muncul di kaca TV dan media. Kita tentu terfikir mereka sengaja diupah untuk melakukan kerja itu. Selepas dapat imbuhan, mereka akan menghilangkan diri ataupun menubuhkan satu lagi NGO baru untuk tujuan tertentu juga.

Inilah budaya Melayu berpolitik sekarang ini. Tidak kira apakah jenis wadahnya. Yang penting ialah mengisi tembolok masing-masing juga. Pertubuhan NGO semakin menonjol untuk meneruskan golongan Melayu menipu bangsanya sendiri. Tidak kiralah apakah si “Melayu” itu betul-betul layak diberikan gelaran Melayu ataupun tidak.

Selamat menyambut Aidilfitri. Dari empat pemimpin dan seorang bini.

Spoil hari raya aku. Spoil! Tengah relax atas kusyen sambil tengok tv tadi. Tivi RTM. Kampung aku itu saja yang dapat. Anyway, tengah2 melenggak tengok tv, tiba2 di announce tentang “ucapan raya pembesar negara”.

Mula2 keluaq paklah yang cakap tak berapa nak dengaq. Aku rasa sound engineer kat sana kena pekop headphone nak dengaq apa dia cakap. Jean, bini paklah, dok sebelah. Bila becakap tentang jean ni, teringin jugak nak sentuh cara bertudung makcik ni sorang. Ada satu2 masa tu betudung tutup elok. Comel macam Wardina. Tapi pada kebanyakan masa yang lain, dah rupa macam makcik kiah sidai tuala atas kepala nak turun pi amik surat posmen depan pagaq rumah. Anyway, masa pak lah berucap, dia cuma dok senyap, tersenyum blur macam biasa. Dan cuma bebunyi masa paklah ajak dia ucap selamat hari raya sama2.

Kemudian diikuti oleh Sultan Brunei. Dengan penuh steady mengucapkan selamat pada rakyat2 dia yang beraya kat Malaysia. Dia ucap selamat sorang2. Bini dia tadak kat sebelah. Mungkin dok prepare serunding dengan mak inang kot.

Lepaih tu PM Singapore pulak berucap. Negara yang sangat dibenci oleh ameno. Hanya sekadar ucapan melalui tulisan ringkas. Dia pun mengharapkan Raya kali ni lebih bermakna. Atau something like that la. Dia tulis mat saleh. Aku pulak dah masuk mode lemang. Tak sempat nak paham tulisan penjajah.

Nah, tiga pembesar negara dah becakap. Bukan calang2. Dua PM dan sorang Sultan. Ingatkan dah habih. Tiba2 tanpa sebarang iklan, keluaq Najib lepas tu. Dengan senyum kontrol kembang hidung ala2 dok tahan syok nak jadi pm, dia pun membacakan teks dari depan kamera. Ataupun manila kad yang dipegang saiful. Yang ni aku tak sure sangat. Tapi yang aku sangat sure, dia berucap sensorang. Dan terdetik di kepala hotak aku mengenai persoalan paling kritis : Kak ros mana?

Jeng jeng jeng!

Sejurus selepas habis Najib bagi ucapan, tiba2 skrin tivi aku diganggu oleh lembaga yang berada dalam keadaan control-alt-ayu. Itu diaa! Kak ros dah keluaq! kak ros berucap di hadapan seluruh rakyat tanah melayu secara solo! Manusia yang pernah becakap dalam paper tamau terlibat dengan politik, dalam masa yang sama nak tumpukan kepada masalah rakyat, sekarang berucap sebaris dengan pemimpin utama politik! Aku tiba2 teringat adakah ini balasan Tuhan ke atas puasa2 aku yang mungkin tak berapa sempurna?

Masa tu aku rasa macam nak jeluak habih agaq2 sirap yang aku makan masa bukak posa tadi. Betoi2 punya spoil dok ada. Dulu dah nak jeluak sekali dah masa dia pi belaga botoi rasmi kapal. Adoilaaa kak ros. Kalaupun dah tak sabaq2 sangat nak jadi first lady pun, kurang2 jangan la nampak sampai obvious sangat. Bini PM pun ucap selamat sikit ja, tu pun sekali ngan laki dia. Sultan Brunei pun bagi ucapan sorang2 saja. Nih hang? Adusss….

Tiba2 pandangan aku gelap sat. Aku nampak bayang2 imelda marcos. Aku dok nampak rakyat makin melarat, laki makin keparat tak kala bini semakin sarat menogok khazanah rakyat. Aku nampak masa depan tanah melayu yang semakin muram, masam dan kusam. Aku nampak monggolia dilupuskan dari jograpi sekolah. Aku nampak masa depan yang lebih parah!

Tak pernah seorang bini timbalan diberi pengkhususan sebegitu rupa. Lulusan apakah kak ros yang sampai boley letak diri dia setanding dengan pemimpin negara? Adakah dia pun grad sekelas dengan ariff shah masa ambik master kat unibesti dulu? Atau lakinya dah tak boleh nak nasihatkan dia untuk dok di rumah gantung tirai dan siapkan kuih raya?

Mungkinkah selepas ini setiap perutusan pm akan disusuli dengan perutusan berasingan bininya? Sepemerhatian aku, bini George Bush pun tak sampai tahap macam ni! Sejahat2 Ehud Olmert pun, bini dia hanya sekadar jadi penyeri tivi dok kat sebelah saja. Kak ros?

Fuhhh. Memang spoil habis raya aku kali ni. Serabut perut tengok kelaku dua laki bini ni sekarang.

Satu soalan cepu emas kepada semua pembaca sempena Aidilfitri : Kalau Anwar digagalkan untuk menjadi perdana menteri, adakah kita dah bersedia diperintah oleh pm yang takut bini?

Matkeri

We Know What Dollah Does This Raya

The Defense Ministry is currently undergoing negotiations with Eurocopter
Malaysia Sdn Bhd for its RMAF’s Nuri replacement programme. Defense Minister
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said that the Ministry had already sent
Eurocopter a Letter of Intent (LOI).

Asked why Eurocopter was selected, Abdullah said that the Ministry would have “considered all the necessary specifications in the helicopters” before making a decision, but declined to elaborate.


What Dollah failed to tell all Malaysian was that, Kamaluddin Abdullah, yes the son of Abdullah the PM is the ’secret agent’ for Eurocopter.

Kamaluddin too is trying to win the bid to lease helicopter to PDRM.

Two things happens prior to Hari Raya Aidil Fitri,

1. Dollah swapped portfolios with Najib, which saw Dollah, became the Defense Minister.
2. UMNO AGM is postponed to March 2009.

What Malaysian failed to see is that,

1. Among the first thing done by Dollah was announcing the Eurocopter – Ministry of Defense thingy.
2. Agreed for transition of power to be flexible and maybe earlier but asking for extension of 3 months till March 2009 as The Prime Minister.

Is it true that Dollah’s double action as mention above is due to the fact that,

1. The Eurocopter deal will mean Kamaluddin will get RM250 Million a year for the next 30 years?
2. By postponing the UMNO AGM, Dollah can make sure the deal is sign before he step down.

Hurrah for Malaysia! Selamat Hari Raya and please ask around about this Eurocopter deal during all your Raya visits.

Saturday, September 27, 2008

Spekulasi Dalam Umno

bodohlandPak Lah akan melepaskan Presiden UMNO. Spekulasi timbul Pak Lah tidak akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan persoalan-persoalan seperti ini terus meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat mengelirukan. Pergolakan penetapan masa peralihan kuasa terus berlaku dan ini menunjukkan bahawa keadaan UMNO semakin bergolak sehingga keputusan yang lebih spesifik di buat mengenai kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia di putuskan dengan segera.

Spekulasi ini seakan di undang oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Ada sesuatu yang tidak kena dan sesuatu itu mungkin, penolakan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan ketahuan kedudukan UMNO yang tidak di terima oleh rakyat serta kebangkitan Anwar Ibrahim sebagai cabaran kuat kepada Barisan Nasional.

Kekeliruan dalam UMNO harus di tangani segera. Ahli UMNO sendiri hairan dan keliru dengan keputusan-keputusan yang di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO. Diskusi dan desakan tarikh peralihan kuasa untuk di cepatkan turut mengundang perubahan tarikh pemilihan UMNO. Ini menimbulkan spekulasi negatif di kalangan ahli. Kenapa keputusan MT sejak kebelakangan ini menunjukkan ada demarkasi antara mereka dengan ahli-ahli UMNO. Apakah ahli tidak perlu tahu apa yang sedang berlaku? Ini seolah-olah menunjukkan kepimpinan tertinggi UMNO seakan satu kumpulan tersendiri – membuat keputusan atas kehendak sendiri tanpa rujukan kepada ahli sendiri.

Kedudukan Pak Lah semakin tercabar. UMNO semakin lemah dan seakan sukar untuk dipulihkan. Kepimpinan sudah nampak mempunyai haluan yang berbeza dan kelompok-kelompok mula kelihatan tumbuh. Kedudukan UMNO yang tidak memutuskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat kritikal. Tuduhan ada muslihat dan ada sesuatu yang tidak kena semakin kuat kedengaran dalam UMNO. Ini tidak membantu. Ini bukan tuntutan reformasi dalam UMNO. Ini menunjukkan sikap perbalahan dalam UMNO dan Pak Lah gagal meredakan keadaan ini.

UMNO akan terus tersisih. Ini adalah hasil dari kepimpinan yang semakin lemah dan semakin gagal menunjukkan sikap sebenar dalam menangani sesuatu isu. Apa yang jelas nampak – Pak Lah mula menjadi liabiliti dalam UMNO. Kedudukan Pak Lah yang semakin tersepit nampak jelas bila ada ahli MT yang berani mengatakan bahawa Pak Lah mungkin gagal memperoleh pencalonan yang cukup untuk menjadi Presiden UMNO.

UMNO perlu menerima hakikat sebenar. UMNO sudah nazak. UMNO perlu melakukan sesuatu yang lebih terbuka dan spesifik. Pak Lah harus berani timbul mengatakan bahawa kepimpinannya semakin diragui. Pak Lah harus berani mengakui pada diri bahawa selama ini UMNO nampak apa yang dilakukan olehnya dan siapa yang sebenarnya menghancurkan dirinya dalam UMNO. Persoalan muhasabah diri ini perlu dilakukan untuk kebaikan UMNO. Reformasi dalam UMNO harus dilakukan segera. Kepimpinan yang hadir atas simpati harus digugurkan. Mereka yang bersikap ortodoks – tidak ada sentuhan dengan keadaan sebenar masyarakat dan rakyat harus berundur. Ahli perlu membuat keputusan yang lebih drastik lagi – memilih kepimpinan yang lebih nampak relevan dan sesuai dengan senario semasa.

Sehingga hari ini, UMNO tidak nampak mahu menyelesaikan kekeliruan kerana hanya mahu menjaga muka kepimpinan yang gagal. UMNO masih terus mengelirukan ahli dan ini tidak mendatangkan banyak faedah kepada UMNO di mata masyarakat.

UMNO terus kritikal

Wednesday, September 3, 2008

Pakistan's PM 'escapes' assassination attempt

ISLAMABAD - Unknown assailants attacked the motorcade of Pakistani Prime Minister Syed Yousaf Raza Gillani on the Islamabad Highway Wednesday afternoon, a statement released by the Prime Minister's House said.

Cracks are seen in a window of a car of Pakistani Prime Minister Yousaf Raza Gilani's motorcade in Islamabad September 3, 2008. [Agencies]

"Of the multiple sniper shots fired on the Prime Minister's vehicle, two hit the window on the driver side. However, because of the robust and comprehensive security measures, the Prime Minister and all the members of his motorcade remained unharmed," said the statement.

The statement said a high-level inquiry had been initiated into the matter and all the law enforcement agencies were collaborating to work on the case and apprehend the culprits.

The footage aired by local TV channels showed that two bullets hit the window on the driver's side.

The private Express News quoted Interior Secretary Syed Kamal Shah as saying that Gillani was not in the car when it came under attack. Information Minister Sherry Rehman also confirmed the car was heading to the airport to fetch the Prime Minister, who was returning from Lahore, capital city of the eastern Punjab province.

Gillani had gone to Lahore to campaign for Pakistan People's Party's presidential candidate Asif Ali Zardari.

The News Network International news agency quoted Sherry Rehman as saying that Gillani returned to his official residence on another route.



Source : ChinaDaily

Adakah Tun Mahathir Negarawan?

Melihat kepada reaksinya akhir-akhir ini, rakyat Malaysia sudah dapat menilai kesetiaan Tun Mahathir terhadap bangsanya dan negara Malaysia. Bermula kritikannya terhadap Pak Lah hinggalah Tun keluar dari UMNO. Dan yang akhirnya Tun berura-ura untuk meninggalkan bumi Malaysia sekiranya PMnya adalah Anwar Ibrahim.

Kalaulah Tun Mahathir seorang yang cintakan bangsanya sudah tentu beliau tidak menarik balik royalti minyak kepada Kerajaan PAS Terengganu yang 100% barisan pimpinannya adalah Melayu Islam. Begitu juga tidak mendiskriminasikan Kerajaan Kelantan yang sememangnya dipimpin oleh bangsa Melayu Islam. Kita juga pelik dengan Tun Mahathir sanggup menarik balik bantuan per kapita kepada sekolah agama SAR seluruh tanahair semasa menjadi PM. Sedangkan sekolah agama SAR 100% murid-murid dan guru-gurunya adalah Melayu Islam. Tun Mahathir juga sanggup meng"kafan"kan bahasa Melayu dengan penukaran bahasa itu kepada Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains atas alasan kemajuan kononnya.

Kemuncaknya "wajah sebenar" Tun Mahathir diterjemahkan dengan kenyataan beliau untuk "melarikan diri" dari Malaysia sekiranya Anwar jadi PM.
Tun, mana sifat patriotik yang setia pada negara ini. Mana semangat setia dan sayangkan tanahair? Adakah ini seorang Negarawan?


Anwar sanggup diaibkan, ditumbuk lebam matanya, dipukul oleh mantan IGP Rahim yang memungkinkan beliau mati, menjadi warga Penjara Sungai Buloh 6 tahun. Tetapi Anwar tetap sayangkan Malaysia. Beliau tetap tinggal di sini walaupun 1001 macam ancaman bakal menjelma. Inilah watak seorang Negarawan. Tidak pernah beliau melafazkan ucapan untuk meninggalkan bumi bertuah ini. Anwar berani hadapi rintangan demi perjuangannya.Tiada sifat pengecut dan dayus seperti Tun.


Tun yang budiman, memang anda telah KELUAR dari UMNO. Memang anda boleh KELUAR dari MALAYSIA tetapi adakah anda mampu KELUAR dari merasai saat KEMATIAN? Jika Tun ke Makam Pahlawan Masjid Negara, masih ada lagi satu ruang lot untuk Tun. Persoalannya adakah Tun layak disemadikan di situ sebagai Negarawan. Seorang Negarawan adalah orang yang sanggup dan setia dengan negaranya walaupun apa jua badai tsunami melanda. Dia tetap tidak meninggalkan bumi yang bertuah ini. Atau Tun ingin disemadikan di Hazara atau Delhi atau Dhaka? Hanya Allah Taala yang menentukannya.

Sumber :Tok Pepijat