Pages

Friday, August 8, 2008

Saiful (Bukhari Azlan) Nak Jadi Juruterbang

BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH
Saiful Bukhari Azlan yang menggemparkan media minggu lalu sebenarnya berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang apabila memohon untuk memasuki sekolah juruterbang di Kelantan.

Menurut sumber yang aku terima, Saiful pernah memohon untuk memasuki sekolah tersebut utuk sessi yang dijadualkan Ogos ini.

Namun, menurut sumber kolej penerbangan itu, Saiful tidak memulangkan surat tawaran yang dihantar kepada beliau dan surat tawaran berdaftar yang dikirimkan melalui surat berdaftar dipulangkan kepada pihak pentadbiran kolej.

Melalui surat tawaran tersebut, Saiful dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor - syarat biasa kepada pelajar-pelajar baru ke kolej berkenaan.

Lulus Temuduga

Menurut sumber yang sama, sewaktu ditemuduga, Saiful telah memberikan prestasi cemerlang dan penuh yakin.

Resume yang dibentangkan kepada pihak pengambilan pelajar amat memberangsangkan kerana Saiful merupakan bekas pemimpin pelajar sekolah dan beberapa aktiviti ko-kurikulum yang disertai.

Namun, Saiful tidak melampirkan transkrip keputusan sewaktu di UNITEN di mana beliau mendapat keputusan yang lemah sehingga terpaksa membuat keputusan untuk berhenti.

Syarat untuk memasuki kolej yang berpusat di Pengkalan Chepa itu hanya memerlukan empat kredit di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut pihak yang menemuduga Saiful, ketika disoal tempat bekerjanya sekarang, Saiful memberitahu bahawa beliau sedang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh Saiful ketika ditemuduga dan keterangan pihak pentadbiran kolej berkenaan, maka Najib (Tun Razak) berbohong apabila memberitahu media bahawa beliau tidak mengenali Saiful dan Saiful datang berjumpa dengan beliau untuk memohon biasiswa dan jumpa beliau sekali lagi empat hari sebelum membuat laporan polis mengadu dirinya diliwat.

Foto Saiful bersama pembantu khas Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas di pejabat Timbalan Perdana Menteri


Apabila si penemuduga bertanyakan sama ada ada jawatan kosong di pejabat tersebut, Saiful memberitahu bahawa beliau tidak pasti kerana beliau pun masuk melalui bapa saudaranya.

Semasa sessi temuduga itu juga penemuduga bertanyakan bahawa salah satu cabaran bekerja dengan syarikat penerbangan ialah terpengaruh dengan godaan gadis-gadis pramugari, Saiful memberitahu bahawa sungguhpun beliau masih muda (23 tahun), beliau sudah pun bertunang.

Gambar di hari pertunangan Saiful


Nampaknya, cita-cita Saiful untuk menjadi seorang juruterbang hampir tercapai apabila diterima memasuki kolej penerbangan tetapi hancur berkecai selepas beliau membuat laporan polis beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesahihan Maklumat?

Wallahu alam. Peristiwa ini berlaku kemungkinan penghujung tahun lalu atau awal tahun ini. Aku hanya perolehi maklumat daripada sumber pihak ketiga. Adakah perkara ini tidak disengajakan?

1. Beliau memohon biasiswa untuk memasuki kolej penerbangan.
2. Beliau bekerja di pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui bapa saudaranya. Beliau sememangnya mempunyai pertalian dengan seseorang berpengaruh di Jabatan Kerajaan.
3. Beliau sudah bertunang sungguhpun pada usia 23 tahun.
4. Timbalan Perdana Menteri sememangnya mengenali Saiful kerana Saiful pernah bertugas di pejabatnya.

Sumber : http://faisalmustaffa.blogspot.com

Amerika dan Majlis Peguam

Kuasa Usaha kita di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Amerika Syarikat bersabit pertuduhan kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala Majlis Peguam tetap akan meneruskan penganjuran forum Memeluk Islam pada hari Sabtu ini bersamaan 9.8.08.

Jika kita sedar kedua-kedua kes itu melibatkan terus dengan 'Perundangan Islam' ?

Soalnya kenapa kita tidak menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyelesaikan kes DSAI? Jika kes itu diselesaikan di Mahkamah Syariah mungkin Amerika tidaklah terlalu prajudis sangat kepada kerajaan kita yang ada pada hari ini.

Amat mengecewakan bila kes yang sepatutnya boleh dibicara mengikut 'Perundangan Islam' tetapi telah dikendalikan oleh Hakim bukan Islam serta Peguam-peguam bukan Islam.

Sepatutnya inilah masa yang terbaik untuk kita buktikan bahawa sistem Perundangan Islam itu lebih baik dan adil bukan sahaja kepada masyarakat Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam dinegara ini.

Jika kita sendiri tidak berminat dan tidak mahu menggunakan Mahkamah Islam, jadi bagaimana kita mahu menghalang pihak Majlis Peguam mahu meneruskan Forum memeluk Islam. Sudah pasti dalam forum itu nanti, mereka akan mempertikaikan Perundangan Islam yang ada dinegara ini?

Bolehkah kita berkata kepada Amerika dan Majlis Peguam "Jangan masuk campur dalam urusan (Islam)"....sedangkan kita sendiri tidak berminat dengan Perundangan dan Peraturan-peraturan Islam dinegara ini?

Hanya Pemimpin yang adil dan bijaksana sahaja yang boleh menyelesaikan sesuatu kes dengan adil dan bijaksana. Begitu juga disebaliknya...!

Sumber : http://suarasukj.blogspot.com/

Thursday, August 7, 2008

Liwat : Tiada kes.

"Menurut Azmin lagi, pihak pendakwaan di Pejabat Peguam Negara tidak mahu meneruskan pendakwaan kerana kes ini tiada asas/bukti yang kukuh. Dalam bahasa mudah, "tiada kes". Mereka sedar sekiranya diteruskan juga pasti akan kalah dalam perbicaraan dan yang paling penting mereka juga sedar yang mereka akan dibicarakan di "mahkamah Allah" nanti kerana membuat pertuduhan fitnah/palsu. Malangnya, datang arahan dari pihak politik atasan untuk meneruskan pendakwaan. Salah satu arahan datang dari "Rembau" menurut Azmin."

Edisi Sesat: Liwat – Kenapa ke Pusrawi, kemudian ke GHKL?

Saiful ke Pusrawi kerana mahu duburnya mempunyai kesan koyak yang baru.

Edisi Sesat ingin mendedahkan kepada umum bahawa pihak yang mendakwa, iaitu Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (NRIC: 850706-01-5697) telah berniat jahat menuduh seorang rakyat Malaysia yang disayangi ramai, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) meliwat beliau pada suatu masa dan lokasi seperti yang terkandung di dalam pertuduhan di mahkamah hari ini.

Persoalannya, kenapa beliau (Saiful) melakukan pemeriksaan di Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. terlebih dahulu, iaitu kira-kira 2 jam lebih awal sebelum beliau ke GHKL?


Umum mengetahui, Saiful adalah salah satu contoh output yang terhasil dari sebuah keluarga yang berantakan. Tekanan emosi yang berterusan telah mengganggu pertumbuhan minda beliau secara normal. Keadaan semakin bercelaru apabila beliau juga gagal menamatkan pengajian di peringkat universiti. Namun, Saiful mempunyai sifat survival separa normal, di mana beliau sanggup melakukan apa saja demi survival beliau. Beliau mempunyai split identity, dua watak yang berbeza dalam satu masa. Kecelaruan identiti ini adalah masalah yang serius, yang biasa terdapat pada pesakit mental, pembunuh bersiri, perogol bersiri dan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Beliau juga mempunyai fantasi seks yang luarbiasa, yang akan diterangkan selepas ini.


Namun, Saiful bukannya bodoh secara total. Beliau tergolong di dalam golongan yang tersesat, iaitu hidup dalam kesesatan, mati dalam kehinaan. Seperti lembu, Saiful juga memiliki sedikit kecerdikan. Bagi merealisasikan impian beliau untuk hidup dalam kemewahan secara cepat, beliau telah beberapa kali bertemu dengan VVIP tanah air bagi memperdagangkan modal yang ada. Hasilnya, hari yang hitam untuk rakyat Malaysia: Liwat adalah senjata yang terakhir!


Yang Saiful tahu: Saiful mengetahui, apabila beliau mengadu kesakitan pada bahagian dubur, maka pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan secara komprehensif pada dubur beliau, menggunakan peralatan-peralatan dan lampu suluh yang dibekalkan oleh pihak hospital. Salah satu alat pemeriksaan dubur dikenali sebagai disposable proctoscope, mempunyai diameter kira-kira 21 mm (atau 2/3 saiz zakar normal semasa ereksi penuh). Ya, pada fikiran Saiful saiz 21 mm cukup untuk memberi kesan kecederaan pada duburnya.


Yang Saiful tidak tahu: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid (PR No: A 358617) telah menggunakan sejenis pelincir pada bahagian muncung proctoscope tersebut, bagi mengelakkan berlaku kecederaan ke atas dubur pesakit. Doktor juga tidak akan memasukkan lampu suluh ke dalam dubur pesakit, walaupun pesakit merayu-rayu supaya diperlakukan sebegitu rupa!

Hasil pemeriksaan adalah seperti laporan perubatan Hospital Pusrawi, tiada kesan kecederaan atau pendarahan pada dubur Saiful.


Selepas selesai pemeriksaan di Hospital Pusrawi, Saiful telah begitu yakin bahawa duburnya telah koyak akibat ditembusi oleh proctoscope tesebut. Dalam tempoh 2 jam selepas itu, beliau telah pergi ke GHKL untuk mengadu beliau telah diliwat oleh DSAI.


Adalah tidak menghairankan jika pihak GHKL telah menemui kesan penetrasi pada dubur Saiful. Nafsu seks Saiful adalah di luar normal, di mana Saiful berfantasi proctoscope tersebut adalah zakar DSAI dan beliau menikmatinya dengan ‘sempurna’!


Malang buat Saiful, kerana beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran sedangkan beliau masih belum menyempurnakan mandi hadas beliau.

Malang buat bakal isterinya yang perlu menggunakan proctoscope pada malam pertama untuk memuaskan nafsu Saiful.

PUSINGAN PERTAMA KES : ANWAR 5: PAK LAH 0!

Pusingan pertama kes pertuduhan liwat dimenangi oleh Anwar Ibrahim apabila Hakim S.M Komathy membenarkan permohonan-permohonan yang dihujahkan oleh peguam-peguam Anwar. Berikut ialah analisa perjalanan hari pertama kes tersebut yang dikira cukup memalukan Pak Lah apabila dimalukan 5-0.

Pusingan 1

Hakim S.M Komathy membenarkan permohonan yang dihujahkan oleh peguam-peguam Anwar agar Anwar diberikan ikat jamin. Sekiranya ikat jamin tidak diberi, Anwar akan merengkok di dalam penjara sehinggalah perjalanan kesnya yang mungkin mengambil masa 4 ke 5 tahun selesai.

Ini merupakan isu yang sangat penting kerana jika ikat jamin dinafikan, Anwar terpaksa berseorangan di penjara tanpa pengawasan dan perlindungan dari sahabat-sahabat, ahli keluarga dan penyokong Pakatan Rakyat. Anwar akan berada di bawah budi bicara Ketua Polis Negara, Musa Hasan di dalam penjara dan komunikasi akan terputus antara Anwar dan masyarakat.

Lazimnya, dalam kes jenayah berat yang melibatkan hukuman yang lama, pihak pendakwaan akan membuat bantahan keras kepada mahkamah agar ikat jamin ditolak. Pihak pendakwaan biasanya akan menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapat bukti yang kuat bahawa tertuduh bersalah dan ikat jamin tidak boleh diberi kerana tertuduh mungkin mengugut saksi atau pengadu. Ini dikuatkan dengan kenyataan media Pak Lah bahawa polis mempunyai bukti yang kukuh dan kuat untuk mendakwa Anwar.

Permohonan menafikan ikat jamin hanya akan dilayan oleh mahkamah sekiranya pendakwaan mempunyai bukti kukuh atau wujud kemungkinan tertuduh akan mengganggu perjalanan mahkamah dengan mengugut saksi atau menimbulkan huru-hara.

Tindakan mahkamah yang membenarkan Anwar diikat jamin cukup memalukan dan menghampakan Pak Lah yang baru membuat kenyataan bahawa polis ada bukti yang cukup dan kukuh. Sebenarnya, adalah agak pelik untuk Pak Lah yang berulangkali membuat kenyataan tidak campur tangan dan tidak terlibat dengan pendakwaan kes Anwar untuk membuat kenyataan bahawa polis ada bukti yang cukup dan kukuh.

Ini kerana mustahil Pak Lah boleh mengetahui status kekuatan bukti-bukti polis jika tidak terlibat dengan pendakwaan. Selama ini pun, polis-polis dan pihak pendakwaan kerap kalah di mahkamah kerana bukti yang tidak cukup. Jadi, kenyataan Pak lah tersebut menimbulkan banyak persoalan.

Pusingan 2

Hakim membenarkan Anwar menyimpan paspotnya. Ini menunjukkan bahawa hakim juga berkeyakinan bahawa Anwar tidak akan mengancam keselamatan negara dengan apa cara sekalipun dan tidak akan melarikan diri ke luar negara. Lazimnya, paspot akan diambil oleh mahkamah untuk mengelakkan tertuduh dari lari ke luar negara melainkan mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan tidak di sokong oleh bukti yang kuat.

Dalam kes ini, pihak pendakwaan ada membuat permohonan agar paspot Anwar diambil oleh mahkamah tetapi gagal memberi apa-apa alasan mengapa pasport Anwar perlu diambil.

"Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialahpendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pusingan 3

Tarikh baru untuk sebutan kes ialah 10 September 2008 iaitu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sekiranya tarikh sebutan baru sebelum pilihanraya kecil, terdapat kemungkinan bahawa pendakwaan akan memohon pada tarikh sebutan tersebut untuk membatalkan ikat jamin atas alasan bahawa Anwar dan penyokongnya mengganggu saksi atau mengancam keselamatan negara. Memandangkan tarikh sebutan akan datang ialah 10 September, Anwar berpeluang berkempen di Permatang Pauh tanpa risiko serius bahawa ikat jamin mungkin dibatalkan pada tarikh sebutan seterusnya.

Pusingan 4

Kadar ikat jamin yang rendah. Wang ikat jamin hanya RM20,000.00. Biasanya, hakim tidak akan mengenakan kadar ikat jamin serendah itu untuk sesuatu kes berprofil tinggi seperti ini. Tujuan ikat jamin ialah, antara lain, memastikan kehadiran tertuduh. Justeru, kadar ikat jamin biasanya tidak boleh rendah. Sekiranya Anwar dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000,000.00 pun diyakini Anwar, melalui bantuan penyokong Pakatan Rakyat, mampu membayarnya. Kadar ikat jamin yang rendah ini menunjukkan mahkamah tidak ragu-ragu bahawa Anwar pasti hadir dan bekerjasama.

Pusingan 5

Kenyataan Pak Lah wujud paksaan dinafikan.

"Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan mendakwa suka sama suka. "Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.

Pak Lah dan kepimpinan UMNO pastinya cukup hampa dengan tindakan hakim yang memberi kemenangan 5-0 kepada Anwar. Anwar 5 manakala Pak Lah 0. Selanjutnya, Pak Lah dan kepimpinan UMNO pastinya terkejut dengan tindakan pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun yang tidak pun membuat apa-apa bantahan berhubung ikat jamin.

Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

“Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.”

Kertas pertuduhan ini sebenarnya terlalu banyak kepincangan dan cukup memalukan.

(i) Pertama sekali, waktu pertuduhan didakwa antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang. Ini bermakna waktu kejadian semestinya bermula dari pukul 3.01 petang dan bukan pukul 3.00 petang. Lazimnya, pendakwaan sepatutnya menyebut antara 3 petang dan 4.30 petang.

Bila disebut 3.01 petang, ini bermaksud bahawa sebelum Saiful diliwat oleh Anwar, Saiful telah melihat jam tangannya atau jam dinding dan berkata: “dah pukul 3.01 petang rupa-rupanya, silalah liwat.” Ini cukup pelik kerana sesiapa yang pernah membuat hubungan seks tentulah maklum bahawa pihak-pihak yang sedang ghairah tidak akan memastikan dengan begitu terperinci waktu, jam dan minit kecuali kes-kes pelacur di Lorong Haji Taib.

Isteri yang gersang pun hanya akan mengajak suami untuk bersama pada jam tertentu tetapi bukan pada minit tertentu. Contohnya, seorang isteri mungkin mengajak suaminya untuk membuat hubungan seks pada pukul 3 tetapi bukan secara spesifik pada jam 3.01 petang.

(ii) Kedua: Saiful tidak didakwa sama

Lazimnya, melainkan Anwar didakwa meliwat saiful secara paksa, Saiful MESTI didakwa sama. Sekiranya ada unsur paksaan, pertuduhan akan menggunakan perkataan “secara paksa dan tanpa kerelaan mangsa”. Memandangkan pertuduhan tidak melibatkan unsur paksa, saiful sepatutnya mesti didakwa bersama-sama. Sebagai contoh, Pak Lah dikatakan berzina dengan Rafidah Aziz.

Apabila tiba di mahkamah, Rafidah tidak didakwa berzina sebaliknya hanya Pak lah yang didakwa berzina. Ini mustahil dan menyalahi akal kerana zina tidak boleh dibuat secara berseorangan. Liwat pun begitu juga. Kalau seorang diri, ia tidak dipanggil liwat sebaliknya dipanggil masturbasi. Sekiranya hendak mendakwa liwat, kedua-dua perlulah didakwa. Pendakwaan pelik yang pilih kasih ini cukup memualkan. Mungkin benar kata Mahathir bahawa Pak Lah bodoh jika cuba mengulang plot konspirasi tuduhan liwat ke atas Anwar. Mahathir berkata bahawa Pak lah tidak sebodoh itu tetapi ramai rakyat yang kurang bersetuju dengan pendapat Mahathir itu.

Kesimpulannya, kes ini elok benarlah diperhalusi oleh Pak Lah semula. Bantuan blogger-blogger UMNO seperti Antihusam, syardanny dan mereka yang seangkatan perlu dirujuk oleh Pak Lah dan Pak Lah bolehlah bermuzakarah atau bermuqabalah dengan mereka untuk mereka-cipta fitnah yang lebih berkualiti.


Sumber : http://www.tranungkite.net/


Tuduhan Seksyen 377B Tidak Adil Pada Sayfool, Tunang Serta Keluarganya Dan Najib

Oleh : muramatsu, United Kingdom

Seperti diberitakan, DSAI didakwa atas perbuatannya yang suka sama suka dengan Sayfool. Tuduhan yang dibacakan di Mahkamah sebagai seksyen 377B itu nampaknya tidak mengadili Sayfool walaupun tujuannya hendak menzalimi DSAI.

Sayfool sudah kena getah kerana tuduhan di Mahkamah itu berlainan dari apa yang Sayfool hasrat samada melalui blog bidan terjunya atau peguamnya. Tuduhan rasmi itu tidak adil kepada Sayfool kerana tuduhan itu memburukkan imejnya sendiri.

Tuduhan suka sama suka itu sebenarnya mendedahkan bahawa Sayfoollah yang suka, DSAIlah yang tidak suka kerana DSAI tidak mengaku bersalah dengan tuduhan suka sama suka itu. Sebaliknya tuduhan itu secara otomatik memberitahu bahawa Sayfool yang suka berbuat begitu.

Banyak kali Sayfool melalui blognya dan peguamnya berkata kononnya tujuan dia ialah untuk mendedahkan kebenaran seterusnya bagi mendapat keadilan untuk dirinya. Sekarang tuduhan di Mahkamah itu sendiri sudah mendedahkan kebenaran dan keadilan tidak memihak kepada Sayfool. Bahkah memalukan seluruh jentera yang digerakkan untuk mencari kebenaran dan keadilan buat Sayfool itu.

Sebaliknya tuduhan yang di bawa ke Mahkamah yang sudah melalui proses undang-undang itu sebenarnya amat berlainan dari matlamat Sayfool. Bahkan ia mendedahkan kebodohan Najib juga.

Atas gerangan apa Sayfool seram sejuk seperti diceritakan oleh Najib itu kalau sudah perhubungan terlarang itu suka sama suka?. Atau Najib sudah difoolkan oleh Sayfool.

Tuduhan seksyen 377B itu nampaknya tidak adil kepada tunang Sayfool juga. Seolah-olah tunangnya itu sudah kena fool dengan Sayfool, sepertimana Najib dan menteri-menteri UMNO lain. Kali ini tunang Sayfool kena ingat sebab pertunangannya itu sudah tentu suka sama suka juga. Tapi rupanya Sayfool ada kesukaan lain. Sekarang bagaimana ayah, emak dan keluarganya, adakah sanggup mempunyai menantu dan ipar seperti Sayfool itu?.

Akhirnya ditegaskan bahawa tuduhan suka sama suka itu tidak diakui oleh DSAI, menunjukkan dia tidak suka (tidak melakukannya). Semua bukti yang dibawa oleh DSAI menjurus kepada pembuktian dia tidak suka berbuat begitu, sebaliknya Sayfool dan jenteranya cuba membuktikan DSAI suka berbuat begitu, perlahan-lahan persoalan penting yang terjawab ialah perbuatan itu hanya disukai oleh Sayfool sorang saja.

Kedurjanaan sudah mula timbul kepermukaan untuk dinilai oleh manusia yang waras.

Sumber : http://www.marhaen.org

Calon De Facto di Permatang Pauh

Pilihan raya Kecil Dewan Rakyat kawasan Permatang Pauh sudah di umumkan tarikhnya. Kerusi yang dikosongkan oleh Presiden PKR itu akan meletakan suami Presiden itu, yang selama ini di panggil Presiden De Facto.

Bagi UMNO/Barisan Nasional semenjak awal lagi sedang meraba mencari calon yang sesuai untuk ditemukan dengan bakal Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu yang bernama Anwar Ibrahim. Ini menunjukkan bahawa sekian lama UMNO bermasalah dengan kawasan yang di kuasai oleh Parti Pembangkang itu, UMNO tidak menyediakan pemimpin atau kader parti yang boleh diterima dengan mudah.

Jika dahulu semenjak tahun 2004 dan 2008, calon UMNO/BN yang tewas bertaraf Imam Besar itu terus tinggal di Permatang Pauh dan terus berkhidmat atau bertugas seperti wakil rakyat setiap hari dan terus mengimamkan sembahyang di masjid masjid dalam kawasan Permatang Pauh, agaknya PRU ke 12 dahulu sudah boleh diturunkan majoriti calon Parti Keadilan Rakyat jika pun kalah.

Hari ini UMNO masih merayau dan meraba mencari calon yang sesuai dan semua orang fikirkan dia sesuai untuk mencari calon. Sebilangan berfikiran hendak sangat menjadi calon bertujuan hendak “glamour” macam artis atau selebriti dan yang terpenting sudah pasti akan banyak hasilnya termasuk dapat mengumpul wang.

Jika di Kelantan, calon-calon UMNO/BN yang kalah tidak merasa apa-apa atas kekalahan sebaliknya merasa suka hati kerana dengan kekalahan itu dia boleh gunakan sebagai alat dagangan. Maka banyak calon-calon memberi alasan kekalahannya itu untuk dia di tolong apa-apa bisnes yang dia mohon, kerana dia sudah berkorban untuk UMNO. Maka banyak pertolongan yang diberikan oleh pemimpin Kuala Lumpur kepada perniagaannya. Ini memberi pengertian bahawa calon-calon UMNO/BN yang kalah di Kelantan lebih banyak untung kalah dari menang.

Berbalik ke Permatang Pauh, UMNO masih keliru dalam PRK-Pilihan raya Kecil ini. Awal-awal lagi dia telah mendendangkan akan kalah dengan beberapa alasan yang di rancang untuk menghalalkan kekalahan itu. Sebenarnya UMNO boleh menang dengan mudah jika pemimpin UMNO bukan sahaja di Permatang Pauh, juga di tempat lain supaya berdiam diri atau menutup mulutnya dari membuat kenyataan dan cakap yang tidak bermotivasi.

Di dalam peperangan konvensional atau kontemporari yang paling mudah untuk menang ialah pasukan lawan sedang berkecamuk dan tidak ada disiplin dan teratur. Begitulah UMNO Permatang Pauh yang awal-awal lagi seperti memberi karpet merah kepada calon PKR untuk menang mudah.

Patutnya soal calonnya mestilah sesuai dengan calon PKR yang benama Anwar Ibrahim, gandingan orang yang hendak ditemukan mestilah orang yang mengetahui lemahnya. Dalam biografi Mohamad Ali atau Cassius Clay bekas peninjau tersohor di abad 20, telah menyatakan bahawa sebelum dia bertinju dengan sesiapa, dia akan melihat berjam-jam lama filem (dahulu mana video) orang yang hendak dilawan. Dari itu dia memahami lemah dan kuatnya lawannya.

Maka di Permatang Pauh, kalau hendak mencari calon yang sesuai carilah calon UMNO/BN yang tahu akan kelemahan Anwar Ibrahim. Pilihlah mereka yang mempunyai latar belakang apa sekali pun asal menyebabkan Anwar Ibrahim menjadi tergugat.

Bagaimana pun orang yang sesuai untuk bertanding di Permatang Pauh berdasarkan latar belakang Anwar Ibrahim yang mempunyai pengalaman dan kebetulan dia selalu di panggil de facto. Maka UMNO/BN perlulah ikut sama meletakan seorang yang juga diketahui de facto di dalam UMNO dan kerajaan yang ditadbirkan oleh “Outgoing Prime Minister” Abdullah Hj Ahmad.

Walau pun dia tidak menunjukkan diri di khalayak ramai, tetapi semua Menteri Kabinet khasnya Menteri-Menteri penting kena mendengar arahannya khasnya menteri yang ditunjuk olehnya seperti penagih arak tegar Zaid Ibrahim dan penyamun tarbus yang bernama Amirsham yang melingkupkan duit May bank hampir RM500 juta yang kemudian diberikan anugerah Tan Sri atas pengkhianatan duit orang ramai itu, dan ini satu ajaran Islam Had hari-ada had dan ada hari.

Calon itu sudah pasti Datuk Kamalludin Bin Datuk Seri Abdullah Bin Datuk Ahmad Bin Abdullah Bin Fahim. Bagi melengkapi keluarga Oligarki yang menguasai UMNO amat sesuai penama ini menjadi calon.

Penama ini memang diketahui dalam masyarakat UMNO, orang yang dirundingkan oleh Outgoing Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad dalam semua keputusannya dan orang yang mengawal Menteri Kewangan. Bertindak sebagai de facto itu sebab penagih arak tegar dilantik menjadi Menteri hanya semata-mata nak bagi duit kepada bapak mentua pegawai kanan syarikat Scommi miliknya dan juga orang dibelakang layar pembelian bank-bank di luar negeri dengan menggunakan May bank sebuah GLC.

Dikatakan sesuai ialah penama ini juga sudah belajar menjadi Perdana Menteri dan dari segi kekayaan janganlah katalah, kalau dalam filem tiga abdul, harta si mati berada dalam macam-macam go head gostan negeri terletak hartanya, penama ini banyak hartanya di Amerika, England dan tidak tertinggal di Australia sebagai negeri keduanya selepas Malaysia. Kata orang orang yang rajin mengira harta keluarga Abdullah Hj Ahmad yang terdiri anak, menantu dan adik beradik tak kurang RM6Billlion dan mungkin bertambah dalam masa dua tahun lagi.

Itu sebab Kerajaan Pusat nak ambil alih projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan terpaksa nak diteruskan, khabar-khabar di kaki lima bahawa syarika China itu telah memberikan sogokan atau wang bawah meja yang bukan sedikit jumlahnya, sehingga Syed Hamid yang bertugas sebagai Menteri Luar ke China digunakan membuat rundingan. kepada penama ini dan juga Setpol nya yang bernama Vincent. Itu sebab dikatakan jika setakat RM50juta dilaburkan dalam PRK di Permatang Pauh, calon ini melihat hanya sekadar dicelah gigi.

Sang Kelembai: Calon UMNO/Barisan Nasional hanya boleh menang di Permatang Pauh jika meletakan Ezam Mohd Noor sebagai calon dengan syarat dia secara terbuka mengaku semasa menjadi Setiausaha Politiknya, bahawa Anwar Ibrahim telah pernah sesah jubur nya. Dan minta Anwar Ibrahim buat aduan bahawa jubur nya juga pernah disesah oleh Ezam Mohd Noor.. Hehehe.. politik.

Sumber : http://sangkelembai2006.blogspot.com