Pages

Friday, June 6, 2008

Adik Noh Omar kaki ganja

Laki bini kena tangkap..satu kilo tu bro...paipon bagai nak gilerr...stim...

***************************************************
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan adik lelaki Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi supaya membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah.


Dalam keputusannya itu, Hakim Datuk Ian Chin berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie sepanjang tempoh empat hari kes itu didengar mulai 26 Mei dan menetapkan supaya perbicaraan kes disambung pada 16 Jun.

Chin turut memerintahkan supaya tertuduh, Mohd Jusnaidi Omar, 36, dibicarakan atas pertuduhan kedua memiliki syabu pada hari yang sama.

Mohd Jusnaidi dituduh mengedar 1.011kg kanabis mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dia juga menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun dan sembilan sebatan rotan, jika didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu memiliki 23.98g syabu.

Mohd Jusnaidi didakwa melakukan perbuatan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Tanjung Aru di sini kira-kira 10 pagi pada 20 Mei, tahun lepas.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Kanan Persekutuan Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun, manakala peguam Zahir Shah Hussein dan Hamid Ismail mewakili tertuduh.

Gabungan Protes Harga Minyak

Jom demo bro...ini memang patut kena demontrasi bcoz KERAjaan ku BEBAL LAH!

*************************************
(Harakah) - Sekumpulan rakyat prihatin yang dikenali sebagai Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) mengadakan demostrasi di luar perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebentar tadi, mendesak supaya Perdana Menteri dan Timbalannya meletakkan jawatan serta membubarkan Kabinet.

Ikrar yang mengadakan demonstrasi kira-kira lima minit itu berjaya menarik perhatian hampir 1,000 orang ramai, puluhan wartawan dalam dan luar negara termasuk pasukan polis kira-kira 50 anggota yang sejak tengah hari sudah menantikan perhimpunan tersebut.

Ketika Pengerusi Ikrar, Mustapha Mansor menyatakan tuntutan dan gesaan kerajaan supaya menurunkan harga minyak, ada di kalangan peserta yang melaungkan 'Hancur BN' dan 'PM Pembohong' di samping menaikkan sepanduk 'Tarik Balik Harga Minyak' bagi menyatakan bantahan disebabkan keperitan beban kos sara hidup yang tinggi akan kenaikan bahan bakar tersebut.

"Rakyat telah menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu...nyata BN tidak prihatin nasib rakyat.
"Kita akan terus menagadakan demostrasi setiap Jumaat sehinggalah mengadakan perhimpunan besar-besaran Protes 12 Julai nanti selagi kerajaan tidak menurunkan harga minyak," kata Mustapha kepada orang ramai.

Difahamkan beberapa siri demonstrasi kecil dan pengedaran risalah membantah harga minyak turut diadakan hari ini di beberapa lokasi berbeza di ibukota antaranya seperti Masjid Negara, Sogo dan KLCC. Dalam pada itu Ikrar juga turut menuntut agar kerajaan membentang laporan kewangan tahunan Petronas kepada umum secara terbuka malah menggesa supaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak berundur kerana tidak mampu mentadbir ekonomi negara secara berkesan. Ikrar juga mendesak supaya kabinet yang sedia ada dibubarkan kerana terbukti tidak prihatin kepada nasib rakyat dan telah mempersendakan kepercayaan rakyat paada pilihan raya umum ke 12 yang lalu," katanya lagi

Perhimpunan aman itu berakhir kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang insiden tangkapan namun kelihatan beberapa anggota polis mengambil beberapa sepanduk kecil dan menasihati agar orang ramai bersurai termasuk kumpulan Ikrar tersebut.

Sebelum ini Penyelaras Gabungan Protes Harga Minyak (Protes) Dr Hatta Ramli dalam satu sidang medianya meyatakan bahawa akan mengandakanperhimpunan besar-besaran yang dijangkakan akan menghimpun lebih 100,000 rakyat di KLCC jam 3 petang, 12 Julai nanti
"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu. Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.

"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.

Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Minyak: Kenapa kita mahal, diorang murah?


Ini adalah fakta. Kerajaan Abdullah Badawi tersilap perhitungan, menaikkan harga minyak dengan membuat perbandingan dengan harga minyak dinegara-negara pengimpot minyak.

Mungkin saya silap, kerajaan Abdullah memang tahu fakta-fakta diatas tapi cuba memutarbelitkan keadaan dan cuba membohongi rakyat kerana mungkin beliau ingat rakyat masih seperti ditahun-tahun 60an yang tidak tahu apa-apa dan boleg diperbodoh-bodoh kan.

Mari kita rakyat Malaysia tidak kira kepercayaan ugama, bangsa dan keturunan sama-sama menghumban kerajaan BN yang melaknati kepercayaan rakyat, gantikan mereka dengan sebuah kerajaan yang mesra rakyat dan prihatin kepada kebajikan dan keperluan rakyat.

Rebet Minyak - Kerajaan (Nak)Tipu Lagi??

Oleh: Topeng_Perak

Kenyataan Pak Lah - "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapisiti enjin sehingga 2000cc(kuasa kuda)serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc,bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc,bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan,"katanya

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Apa makna : kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009???saya tinggalkan satu tanda-tanya disini tanpa mengulasnya kerana saya sendiri pun agak terkeliru dengan kenyataan itu & saya kira ada antara pembaca yang dapat menghuraikannya didalam komen anda nanti untuk kita perhalusi maksudnya disitu.

Berbalik kepada rebet minyak sebanyak RM625 & RM150 untuk kenderaan terpilih.disini saya andaikan bahawa ianya tidak memberi apa-apa makna kepada kita malah beban kita sebagai pengguna sedikit pun tidak berkurang malah pasti akan bertambah lagi selepas ini.kenapa begitu?

Selepas hari ini kita akan dibebankan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya tidak dapat dielakkan.paling kurang sebanyak 41% & paling tinggi mungkin mencapai 70%.yang inipun saya kira tak perlulah saya huraikan lagi & saya andaikan anda semua tahu kenapa...lagipun saya bukan menteri UMNO yang berfikir anda semua bodoh,tidak...saya bukan Pak Lah...anda pasti tahu mengira peningkatan sara hidup anda selepas kenaikan harga bahan bakar.pasti makin bertambah walaupun setelah dicampur dengan rebet yang anda dapat...

Kesimpulannya KERAjaan menipu rakyat lagi...

Dikhabarkan juga pada bulan Ogos ini KERAjaan akan menghapuskan terus subsidi & harga minyak pada PAM minyak akan mengikut harga pasaran.kalau harga pasarannya RM5 seliter maka RM5 lah yang akan kita bayar untuk kuantiti seliter...itu hanya "khabar angin".TAPI!!!...jangan kita lupa bahawa didalam senario politik negara Malaysia,segala "khabar angin" adalah benar.macam yang terjadi sebelum PRU12...

Pak Lah Bebal sendiri yang menafikan "khabar angin" pembubaran kabinet & keesokan harinya Pak Lah sendiri yang menafikan "penafiannya" itu.maka "khabar angin" itu menjadi benar sebenar-benarnya!!!

Saya ingin ingatkan anda semua,seandainya "khabar angin" penghapusan subsidi itu benar-benar berlaku pada Ogos ini,kemanakah akan pergi kesemua janji-janji Pak Lah Bebal untuk memberi Rebet Minyak kepada para pemilik kenderaan?

Disini juga saya tinggalkan persoalan itu sebagai tanda-tanya buat anda semua pembaca...KERAjaan nak tipu kita lagikah

Rakyat Mesti Berjumpa Agong sebelum Dollah guna Mageran utk selamat diri

" Kita memberi harapan penuh kepada j/kuasa PROTES untuk mengendalikan tunjuk perasaan satu juta di Kl.Mereka telah berpengalaman dan berdaya maju Perlu di maklumkan bahawa senjata akhir BN UMNO ialah Mageran jika mereka berdegil tidak mahu batalkan kenaikan yang mereka istiharkan. Matlamat kita jelas, turunkan minyak ke harga asal atau kita tunjuk perasaan secara aman satu juta orang di KL. Nothing more or less.

Senjata Mageran tidak boleh di guna kalau Agong memahami keadaan sebenar rintihan rakyat dan memahami kebodohan kerajaan di bawah Dollah Bangan. Oleh itu pihak PROTES mesti mengadap Agong dengan segera dan mempersembahkan duka rakyat yang sudah tidak tahan penderitaan akibat akibat minyak naik dan kos hidup meningkat. Ini perlu disegerakan sebelum ada pihak lain mengambil kesempatan

Mageran adalah suspension of legislative power untuk mengurai satu satu pertelingkahan rakyat dan negara. Ia pernah berlaku secara tulin pada 13 mei dan di salah laku dengan sengaja oleh BN untuk menjatukhan kerajaan PAS di kelantan. Mageran tidak boleh di exploit oleh Dollah kalau machinery PROTEST melaksanana semua check list dengan baik. PROTES mesti menambah lebih ramai professional negotiator supaya rakyat tidak kalah dan kerugian dalam kes minyak ini.

Tunjuk perasaaan satu juta ini inshaallah akan memberi pengajaran kepada seluruh manusia tertindas di mesir, burma dan negara lain agar mereka bangkit menentukan nasib mereka sendiri bukan hanya di tendang terajang oleh kerajaan yang zalim.. Kita tidak mahu jadikan Malaysia menjadi negara zalim saperti burma dan mesir yang menindas segala rintihan rakyat dengan kekerasan . Rakyat akan check and balance kerajaan zalim dan PROTES lah yang rakyat diberi amanah oleh rakayt untuk membela rakyat .Jalankan kerja dengan ikhlas dan cekap supaya peristiwa pahit ini berubah menjadi manis. Saya yakin jika rakyat benar benar faham dan perasaan perit sudah menghilangkan perasaan takut, berjuta akan turun menunjuk rasa. Ini adalah perhimpunan aman dan kita berjanji tidak ada satu tong sampah pun akan terbalik melainkan tong sampah umno dan bn

Harga: Gula naik, beras turun

Yahooooo...harga gula lak naik..malaysia boleh!...darah aku pun da naik ni dollah!

********************************************
KUALA LUMPUR: Harga runcit sekilogram gula dijangka naik 20 sen tahun depan berikutan kenaikan harga bahan terbabit di pasaran antarabangsa sejak dua tahun lalu.

Ketika ini bahan makanan berkenaan dijual dengan harga kawalan iaitu RM1.45 (kg) di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM1.55 (kg)

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd Zain Mohd Dom (gambar), berkata kerajaan masih berunding dengan pengeluar di Australia untuk memuktamadkan perjanjian jangka panjang dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

“Kita akan menandatangani perjanjian baru untuk tempoh jangka masa panjang menjelang akhir tahun ini. Sekiranya kita mula berunding, ia mesti berdasarkan kepada harga pasaran antarabangsa semasa yang dilihat semakin meningkat berbanding dua tahun lalu ketika kerajaan menandatangani perjanjian dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Seminar Mengenai Krisis Makanan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Jabatan Perkhidmatan Awam, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Zain berkata, kenaikan harga itu bergantung kepada proses rundingan yang mungkin membolehkan harga dikurangkan berdasarkan keadaan tertentu.

“Tetapi, buat masa ini, pengguna dinasihatkan tidak bimbang mengenai kenaikan itu kerana kita belum memuktamadkan perjanjian yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),” katanya.

Seminar itu membincangkan krisis makanan yang dihadapi negara dan ia turut dihadiri beberapa ahli panel termasuk Pengarah Urusan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas), Bakry Hamzah serta Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Diraja Ungku Aziz.

Majlis penutup seminar itu disempurnakan Timbalan Menteri PDNHEP, Jelaing Anak Mersat.

Sementara itu, orang ramai masih boleh menarik nafas lega berikutan Bernas mengumumkan penurunan harga 15 peratus bagi beras wangi Super Tempatan dan 12 peratus bagi beras pulut berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Pengarah Urusan Bernas, Bakry Hamzah berkata, kategori beras wangi terbahagi dua iaitu kategori beras wangi Super Tempatan AAA yang mengalami penurunan harga dari RM4,700 kepada RM4,000 per tan metrik manakala Super Tempatan AA turun kepada RM3,900 (per tan metrik) berbanding RM4,600 sebelum ini.

Thursday, June 5, 2008

Barat fobia dengan angka 13

Apa la diorang ni...da maju pun masih pecaya benda karut marut ni...heran aku.

******************************************************
TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut:

Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya.

Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?

Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13.

Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia.

Penduduk terbabit percaya yang 13 adalah angka yang membawa sial, angka yang disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.

Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriap h obia' atau 'friggatriskaidekap h obia'.

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.
Nak baca lagi?..