Pages

Tuesday, May 13, 2008

Mengingati peristiwa 13 mei 1969

Siapa tak tahu peristiwa 13 mei 1969.Ada yang mengupas nya dengan emosi tetapi saya cuba mengupasnya dari aspek socio politic dan ekonomi. Peristiwa 13 mei sudah tidak menjadi taboo lagi sekarang kerana ia telah di kupas dengan terbuka oleh orang Cina dan Melayu dari berbagai sudut dan interpretasi.
Banyak Blog dan online news sapert Malaysiakini turut mengupas dengan mendalam peristiwa 13 mei dan terdapat banyak buku dan journal yang di tulis oleh pengarang Cina tentang significant dan faktor penyebab peristiwa. Ada yang mengatakan ia satu coup untuk menjatuhkan Tengku Abdul Rahman oleh Tun Abdul razak dan ada yang mengatakan ia konspirasi untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Baru demi keuntungan orang Melayu. Memang tak masuk akal tetapi itu lah menunjukkan meluas nya analisa tentang 13 Mei oleh berbagai pihak.
Baca lagi...

Sunday, May 11, 2008

Antara Punca Kelemahan Melayu: Tidak Yakin Kepada Diri dan Agama

MEREKA yang bimbang dengan nasib dan masa depan Melayu tidak pernah merasa letih mengajak dan menyeru agar orang Melayu bersatu. Berbagai persidangan, perjumpaan, perbincangan, seminar dan kongres ke arah itu juga telah, sedang dan akan dilangsungkan.

Kalau hendak dikira telah berjela-jela resolusi dan keputusan diambil mengenai perpaduan Melayu. Alasan dan hujah menekankan perlunya Melayu bersatu serta kebimbangan nasibnya di masa depan yang diberikan sudah cukup dan jelas kenapa Melayu perlu bersatu. Namun itu tidak membuahkan hasil lumayan dan seolah-olah bangsa Melayu ketika ini sedang berada di era sebelum terwujudnya Malay Union - berpecah dan bodoh untuk bersatu!
Baca lagi...

Monday, May 5, 2008

Kongress tin kosong

Boring dan membuang masa adalah perkataan yang tepat kepada semua Majlis2 Permuafakatan Melayu atau Majlis2,Forum2 ataupun Himpunan2 yang berbentuk nak menyatukan Melayu yang diadakan di mana sahaja dalam Malaysia ini. Semua ini tidak lebih dari hanya cakap2 tong kosong yang ingin suara mereka didengar tetapi pada hakikat dan tujuan nya tidak lebih dari cuba untuk mencari populariti diri sendiri dan menjadi jaguh kononnya di kalangan orang Melayu.
Baca lagi...

Bodoh nyer Melayu...termasuk aku sekali.

"Memang betul hina
Melayu berkongres menghancurkan Melayu
Lihat sahaja di pasar raya
Perempuan Melayu habis di buka
Atas alasan mengikut 'tokey'
Habis di buka atas dan bawah
Orang tua Melayu sibuk berkongres
Orang muda Melayu memenuhi penjara
Muda mudi Melayu lentok kepala
Sungai,longkang, tong sampah di penuhi bayi sahaja
Mati di atas tar cuba buka rekod polis
Baca lagi...

Anti-Melayu

Aku amat meminati tulisan Hishamuddin Rais. Pada ku, isu melayu yang dikupas membuat aku sentiasa berfikir...Apa istemewa nya menjadi orang melayu?..Melayu itu kan pemalas orang nyer...
-----------------------------------------------------------------
Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut marut.

DARI JELEBU
oleh: Hishamuddin Rais.

Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.
Baca lagi...