Pages

Saturday, January 5, 2008

Satu Cadangan..

Oleh : Tuntelanai

PDRM hendaklah bersama-sama dengan SPR, Peguam Negara dan Parlimen mengemukakan satu deklarasi kepada kerajaan bahawa amalan DEMOKRASI dalam negara ini wajar dihapuskan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan juga untuk membolehkan UMNO terus kekal berkuasa sehingga Allah swt mengulung dunia ini. Ia perlu digantikan dengan sistem pemerintahan yang lain [panggillah apa pun] yang membolehkan seluruh rakyat patuh, taat dan setia kepada UMNO buat selama-lamanya.

Jadikan arahan yang keluar daripada mulut para pemimpin UMNO [tidak kiralah sama ada ianya kaki perempuan ke, kaki botol ke, kaki judi ke, kaki melepak berseronok-seronok di hotel-hotel ke , pembohong ke, perasuah ke dan kaki jual amanah rakyat ke] dianggap benar, tidak yang benar, melainkan yang benar-benar belaka [boleh juga dianggap sebagai wahyu yang diturunkan khas untuk para pemimpin UMNO] untuk memerintah Malaysia. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang hukumnya berdosa besar [boleh disamakan seperti menentang Allah dan Nabi Mohammad saw] . Hukuman berat menanti kepada sesiapa yang cuba memberi pandangan ke dua [dalam bentuk lisan, tulisan, tindakan dan filem-video-you tube]. Seluruh rakyat dikehendaki mendapat maklumat daripada pihak kerajaan sahaja, selain daripada itu tidak dibenarkan [ikut style sistem komunis]

Apabila sistem demokrasi dihapuskan, maka tugas PDRM boleh dikembalikan ke pangkuan asal iaitu tugas menjaga keamanan negara [bukan untuk rakyat, tetapi untuk pembesar UMNO]. Tugas PDRM kembali ringan [tidak perlu berhadapan golongan yang mahu menentang dasar kerajaan yang dianggapnya merugikan rakyat dan negara], disamping itu kerajaan juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu lagi membelli bahan-bahan anti demontrasi untuk dihalakan kepada penentang-penentangnya. Begitu juga dengan agensi-agensi lainya boleh kembali kepada tujuan asal ianya ditubuhkan.

Kerajaan juga boleh menjimatkan kewangan negara kerana dengan terhapusnya demokrasi bermakna tidak ada lagi pilihanraya yang akan diadakan selama-lamanya, pilihanraya membazirkan duit rakyat yang makan belanja jutaan ringgit. Kerajaan juga tidak perlu lagi menanggung kos pengurusan SPR kerana SPR telah dihapuskan.

Sesiapa yang hendak menubuhkan parti politik, kesatuan, NGO dsbnya dibolehkan dengan meletakkan satu syarat khas iaitu MESTI SOKONG UMNO baru pendaftaran boleh diluluskan.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

0 comments:

Post a Comment