Pages

Sunday, November 25, 2007

Ucapan Tahniah kepada Angkasawan Pertama Negara!

"Negara sudah mencipta sejarah dalam teknologi angkasa lepas apabila nama Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan pertama Malaysia berlepas kira-kira jam 9.21 pm waktu Malaysia ke stesen angkasa antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia Soyuz 15-S.Beliau berada di luar angkasa selama 11 hari.hat

Beliau selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober, 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 6.37 petang waktu di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 3.15 petang waktu di Malaysia untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi."

Saya bangga dan berharap ia akan menjadi satu inspirasi kepada remaja Islam untuk terus meminati sains dan teknologi terutama untuk menghasilkan penemuan baru.

Remaja Melayu pun sebenarnya ketandusan idola dalam bidang sains dan teknologi apatah lagi bidang angkasa lepas. Asyik-asyik hanya artis macam Mawi dan Siti Norliza yg menjadi idola remaja Melayu.

Seterusnya kita berharap dengan minat sains dan teknologi yang disemai dan disuburkan itu akan melahirkan lebih banyak saintis tempatan yg mampu mencipta penemuan baru yg membawa manfaat kepada manusia. Tak la lagi umat Islam boleh diperlekehkan saja.

Setelah berjaya melahirkan dan membudayakan penerokaan sains dan penciptaan teknologi baru maka kita tidak perlu bergantung kepada barat seperti sekarang.

Sekarang ini jika barat mencabut semua ciptaan mereka yg digunakan oleh umat Islam, pasti umat Islam masih menggunakan senjata pedang serta panah dan tentera bergajah ketika berperang. Macam mana nak menang bila berperang dgn israel kalau macam tu.

Sekarang, dengan pergantungan hidup kepada ciptaan barat nampak macam seolah-olah kita wajar berterima kasih dengan barat dan bukan memusuhi mereka terutama USA.





Garis Panduan Pelaksanaan IBadah di International Space Station (ISS).



----------------------------------------------------------------------------------------------------

* Putera Arab Saudi, Putera Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saud merupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika , Discovery STS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985 .

* Angkasawan Islam dari Syria ialah Mohammed Faris dari Syria pergi ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM-3 pada 22 Julai 1987 hingga 30 Julai 1987. Beliau pergi bersama Alexander Viktorenko dan Aleksandr Pavlovich Aleksandrov.

* Juruterbang tentera Afghanistan, Abdul Ahad Mohamad ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia , Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov dan tiba di bumi pada 6 September 1988.

0 comments:

Post a Comment