Pages

Saturday, June 27, 2009

Media Prdana: Bodoh Bersalut Bengap Berinti Bangang

Mahu tidak mahu kita seharusnya mengakui bahawa dunia pada hari ini sudah dan sedang berubah. Semuanya seperti arus deras. Kemajuan, kehebatan dan kegemilangan cuba diraih dalam segenap ruang.

"Dunia sudah berubah, zaman sudah maju".

Masih kita ingat inilah tagline Berita Harian semasa melakukan perubahan kepada akhbar bersaiz kompak lebih kurang 2 tahun yang lalu. Katanya lebih kecil, lebih terampil.

Namun apakah ia sungguh bagai dikata.

Media massa adalah saksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita. Maka sebagai saksi seharusnya difahami bahawa ia perlu melaporkan berita dengan ikhlas, berani dan tulus. Samalah macam di mahkamah. Bila kita menjadi saksi kes, maka penyaksian itu perlu jujur walaupun ianya akan menjejaskan kepentingan kita sama ada akan diugut, dibunuh dan segala macam yang mungkin. Ia penting kerana penyataan saksi akan menentukan nasib sesuatu kes.

Media massa juga adalah seperti seorang guru kepada muridnya. Sifat seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia menjadi insan yang dinamik, terbilang sahsiahnya dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan tanah air. Jika guru mengkhianati tugas dan fungsinya maka rosaklah sesebuah bangsa itu.

Saya hanya menampilkan dua perumpaan sahaja walaupun sebenarnya banyak. Cuma apa yang penting di sini ialah dapat kita fahami bahawa media massa memiliki peranan dan tanggungjawab yang sangat besar kepada manusia sejagat.

Ironinya ia tidak begitu. Media massa terutamanya media arus perdana kini sangat jauh dari apa yang sepatutnya.

Lihat sahaja bila mana media arus perdana hari ini kalah bersaing dengan media-media alternatif. Adakah masyarakat kita masyarakat yang culas membaca? Sama sekali tidak. Masyarakat sebenarnya hilang kepercayaan kepada kewibawaan media arus perdana.

Kita bukannya masyarakat yang tinggal di dalam gua. Bukannya juga masyarakat yang buta huruf. Juga bukan masyarakat yang berinteraksi dengan kepulan-kepulan asap. Serba-serbi batak itu dan ini. Kita bukan begitu.

Masyarakat hari ini belajar di menara-menara gading, globalisasi mendedahkan kita dengan gerbang ilmu dan maklumat. Pemikirannya jauh dan terarah.

Tapi media arus perdana hari ini sepertinya mahu kita undur ke belakang. Rakyat diperbodoh. Kebenaran disembunyikan. Kebatilan cuba dimekap bagai sang puteri raja. Lembu dipakaikan gaun dikatanya cantik.

Media arus perdana hari ini sudah jadi media pengampu dan tukang jolok sang penguasa. Amanah sudah dibunuh. Tanggungjawab dirogol dan diliwat. Peranan dipersetankan. Maklamat diracun dituba. Rohnya sudah lama mati.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia jauh ketinggalan daripada Vietnam. Indonesia terkedepan dalam soal pengamalan demokrasi. Kebebasan media Singapura jauh lebih baik daripada kita. Tapi ini dipandang sepi oleh media arus perdana negara. Yang disibukkan, ular sawa makan ayam sereban, pokok cempedak berbuah nangka, budak menjadi bomoh, ayam berkaki tiga, pohon getah bersusu darah, nenek 100 tahun kahwini bujang 30an.

Bunuh, ragut, rompak, seks, perkauman, hiburan, hantu, tahyul, syirik, bukan main lagi dihidangkan kepada masyarakat. Ini bukan mahu mendidik. Ini nak menjahanamkan anak bangsa. Ini candu. Biar rakyat khayal. Bila rakyat khayal dia akan ketagih. Dan bila dah ketagih dia akan hanya sibuk dengan benda-benda ini.

Soal agama, pemikiran tidak lagi menambat hati masyarakat kerana disogok dengan dadah dan ganja media.

Media arus perdana kini hanya mahu menjaga perut-perut mereka sahaja. Yang penting ongkosnya pak. Hibur dan libur semahu-mahunya.

Akademi Fantasia, Mentor, Bintang RTM, OIAM, Audition,WoldStar, LG Star, Bintang Kecil (sekadar mengebut beberapa sahaja). Semua tak nak kalah untuk ada rancangan realiti TV masing-masing. Sekian kalinya rakyat menjadi bodoh bersalut bengap berinti bangang.

Melihat kepada perkembangan ini, maka jangan kita pelik jika generasi pewaris bangsa pada masa ini terus dicandu. Rugilah negara bila mana generasi kita terus tenggelam dek kerana media arus perdananya lebih ghairah untuk mengampu sang penguasa dan mengkhayalkan masyarakat daripada melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.

Kini segalanya di hujung jari, andalah yang menentukannya.

http://arrazzialhafiz.blogspot.com/

Najib; Penjenayah Glokal

Tentang kes Altantuya dan Malaysia.

Tiada sebarang kompromi lagi bahawa, sepertimana saranan mahadet, najib harus membersihkan namanya yang teruk dilibas oleh media, pembangkang, dan juga khalayak antarabangsa yang masih belum berpuas hati dengan caranya menepis isu Altantuya ini.

Terbaru, video tentang cerita ceriti perihal Rosmah pula dibangkitkan dalam Youtube - Perempuan Puaka. Walaupun kurang jelas, tetapi di akhir video adik rosmah menggambarkan seolah2 kakaknya terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Kepada yang belum menonton video tersebut, sila ke laman youtube dan cari "perempuan puaka"


Kata dua amat mudah, buktikan di luar keraguan munasabah bahawa rosmah dan lakinya tidak terlibat langsung, atau letak jawatan! Masa depan Tanah Melayu tidak boleh digadaikan oleh pemimpin yang berkemungkinan mempunyai fail2 jenayah dan bermasalah yang boleh digunakan oleh agen-agen negara luar untuk memblackmail Malaysia bagi kepentingan mereka!

Ini masa depan negara. Kita sekarang berhadapan dengan pemimpin yang bukan sahaja dituduh mempunyai jenayah lokal, tetapi juga global! Pemimpin Jenayah GLOKAL! Ekonomi dan kemakmuran negara sekarang bergantung sepenuhnya pada PM yang sampai sekarang dilihat begitu lemah dan penuh dengan tanda soal. Rakyat Malaysia terus risau dengan perkembangan ini dan melihat masa depan Malaysia yang kemungkinan besar akan dijajah semula oleh negara luar.
Najib, letak jawatan atau bertarung membersihkan nama kamu dalam kandang tertuduh di mahkamah. Buktikan bahawa kamu langsung tidak ada kena mengena dalam hal ini. Ini bukan lagi masalah peribadi rumahtangga kamu, tetapi telah menjadi isu yang mampu mengancam keselamatan, hala tuju dan kemakmuran negara.

Rakyat Malaysia, sila sedar dengan ancaman yang kita hadapi sekarang bahawa Perdana Menteri kita berkemungkinan besar tidak mampu membuat keputusan yang rasional kerana berhadapan dengan tekanan negara luar yang mungkin mempunyai bukti lebih hebat daripada Bala ataupun Raja Petra!

Kita semua telah diberi amaran.

Oleh :Sam Ahmad

JOM BERTARUH KALAU NAJIB BERANI BERDEBAT

AKU sikit pun tak percaya bahawa Najib akan berani sahut cabaran Najib untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Macamlah citer orang kampong aku si Rais Yatim tu. Dulu bukan main bersungguh-sungguh cabar Zaid Ibrahim debat pasal bagus tak bagusnya Najib jadi PM, tapi bila Zaid sahut cabarannya, si Rais pun sepi dan menyorok kat Bukit Beras kat Jelebu tu.

Inilah standard yang ada pada pemimpin Umno. Mereka berani cakap berdegar-degar kat depan TV dan akhbar saja pasal siapa berani sanggah cakap mereka? Wartawan nak sanggah? Ceh, nak tanya soalan yang panas-panas sikit pun wartawan tu kena pikir 100 kali. Cuba pikirlah, kalau dah menteri yang jaga bahagian penerangan pun takut nak berdebat, PM pun takut nak berdebat, apa lagi lah nak diharapkan dengan Umno ni? Kalau ada yang berani berdebat macam KJ tu, terlibat dengan rasuah politik wang pulak.

Nak tak nak, Umno kena guna juga raja katak yang menumpang teduh di bawah rumah Pas kat Pasir Mas tu. Sebab tu lah aku tengok, seminggu dua ni laku betul raja katak kat TV. Ye lah, cam raja katak selalu sebut, apa nak heran tukar-tukar parti ni kerana parti ni bukan agama. Dia bukan tukar agama, katanya. Gitulah orang kalau dah asingkan politik dengan agama. Nak wat camne, orang jahil. Buat malu orang Serambi Mekah je. Patutnya orang cam raja katak tu tinggal kat Sabah atau Sarawak je baru sesuai.

Kita tunggu je lah, agak-agak Umno ni ada tak lagi tokoh yang betul-betul jantan untuk berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz. Payah-payah sangat suruh je Mufti Perak tu wakili Umno untuk berdebat. Tak pun, suruh la ana-mana pemimpin Wanita Umno atau Puteri Umno untuk wakili jantan-jantan yang ada dalam Umno tu.


Azmin: Jean Todt Dibayar RM900,000, Diberi Tanah Di Terengganu

Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.

Friday, June 26, 2009

100 Dalil Kenapa Najib Tidak Boleh Jadi PM

Buku ini bukan buku baru, tetapi buku ini akan membuka mata anda mengenai Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur. Baca BAHAGIAN 1 - 100 DALIL KENAPA NAJIB TIDAK BOLEH JADI PM

Dokumentasi ini akan adalah sebahagian dari buku 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM. Buku lama ini juga memaparkan isu siapa Rosmah Mansur sebenar. Sekiranya ipaper mahu dilihat jelas, klik kanan pada dokumen dan pilih zoom in.

Antara dalam buku ini adalah kisah Najib dengan wanita-wanita lain:








Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4

Tuesday, June 23, 2009

PEMUDA RASUAH BERJANJI AKAN GEMPUR MANEK URAI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.

Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau.

Monday, June 22, 2009

Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.

Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.

Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.

Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.

Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.

'Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.

'Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan.

'Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat,' katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.

Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.

Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.

'Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut,' katanya.

Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.

Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.

Ditanya impian Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.

'Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan.

'Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu,' ujarnya.

Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno.

Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

'Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno,' katanya.

Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.

'Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa... oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja.

'Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini,' katanya.

Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian.