Pages

Thursday, May 9, 2013

Berteori lagi..China dan Selat Melaka

Di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak telah dijumpai bukti alat batu berusia lebih 1.83 juta tahun dahulu..1.83 juta tahun dahulu Tanah Melayu telah didiami manusia??...Fakta bukan auta.

Teori aku terhadap evolusi Kerajaan Melayu Nusantara sehingga terbentuknya, Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

Pada sebelum 3 masihi orang-orang Melayu menganut agama seperti agama Buddha-Hindu dan mengamalkan budaya Melayu sebagai satu cara hidup. Beradap, mesra, bersopan santun dan saling hormat-menghormati.



Selepas mendapat pentarikhan keseluruhan Lembah Bujang dan jeniang- kerajaan awal ini didapati meliputi lebih 1000km persegi. maka ini menggambarkan satu kerajaan yang gemilang? tapi kerajaan apa?
Lembah Bujang sebelum ini ialah hanya dikatakan bukti penghujung abad ke-4-5 Masihi saja yang jelas beragama Buddha-Hindu. Pada hal Selat Melaka telah digunakan sejak sebelum Masihi lagi.

Wang Ta-yuan(汪大淵)in the ‘Dao-yi-zhi-lue (島夷誌略)’ published in 1345, briefly described on San-fo-chi in the Yuan times. 「自龍牙門、去五昼夜至其國。人多姓蒲。習水陸戦、官兵服薬、刀兵不能傷、以此雄諸國。」 “From Long-ya-men (龍牙門=Keppel Harbor?) one can arrive at San-fo-chi (Srivijaya/Lembah Bujang) after 5 days journey. Many people have the family name of Pu (meaning Arab people). People are skillful in fighting on the sea and land. The solders took drug before fighting and they were not injured by the sword, therefore surrounding states fear them so much.”

Sebelum keruntuhan tamadaun Melayu secara total pada tahun 1900, Kerajaan Nusantara Tanah Melayu menguasai bidang pentadbiran dan pendidikan. Ekonominya berkembang sangat pesat dibawah naungan sistem yang berasaskan kepada nilai-nilai Islam.



Raja-Raja Melayu telah mengeksport berbagai-bagai jenis rempah-ratus, emas, besi dan pekerja-pekerja mahir di bidang perkapalan.

Negara China adalah penaung dan rakan dagang utama Kerajaan Melayu Nusantara pada ketika itu . Pedagang-pedagang dari India, Arab dan Eropah akan bertemu dengan pedagang-pedagang dari China di pelabuhan-pelabuhan Kerajaan Melayu Nusantara.

Selat Melaka menghubungkan Lautan Pasifik (adalah kumpulan air terbesar di dunia. Ia mencakupi kira-kira sepertiga permukaan Bumi) dengan Lautan Hindi di sebelah barat, dan Selat Magellan menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Atlantik di sebelah timur.
Pelabuhan-Pelabuhan di Nusantara adalah diantara pelabuhan yang sibuk di dunia ketika itu. Selat Melaka adalah laluan kapal-kapal dari Arab, Eropah dan India yang hendak ke China kerana kemajuan yang dicapai oleh negara China di bidang teknologi pertanian dan industri pembuatan.

Peta dunia hari yang digunapakai pada hari ini.



Peta dunia yang dihasilkan oleh Laksamana Cheng Ho disekitar tahun 1400. 



Dari peta ini kita dapat melihat kepentingan pelabuhan-pelabuhan  di Kerajaan Melayu Nusantara bagi kapal-kapal pedagang dari Eropah dan China.

Selat Melaka adalah penjana ekonomi bagi Kerajaan Melayu Nusantara di bawah naungan Maharaja China.

Tahun 1200

Kerajaan Melayu Nusantara mula menerima cahaya keislaman. (Raja Perlak)

Kemasukan pedagang dari kalangan Freemason yang berpangkalan di Goa,  India.

Tahun 1400

Kerajaan Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Pattani.

Tahun 1700

Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Selangor.

Tahun 1800

Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Keruntuhan sistem Maharaja China akibat serangan dari Negara Perancis (Sino-French War) pada tahun 1888.

Kerajaan Melayu terputus hubungan dengan Maharaja China akibat dari "War Game" ataupun dipanggil Revolusi.

Tahun 1900

Negara Malaysia mula dibentuk oleh British.

Imran Wan Chik menulis secara ilmiah didalam blognya disini..

Selangor Kubu PKR

Barisan Nasional harus mengakui kekalahannya di Selangor dalan PRU 13 yang lalu.
Gua tahu pemimpin-pemimpin Umno mahupun Barisan Nasional apatah lagi Najib&Rosmah tidak akan mampu mengumpulkan penyokongnya sebegini ramai.

Najib, anda kalah di Selangor!

























Kalau macai2 kata ini gambar edit, korang boleh pegi ke sumber nya disini-->http://my.news.yahoo.com

Monday, May 6, 2013

Akhlak Pemimpin Islam

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis.


Terima kasih Tok Guru!! 


Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling baik walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.


Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

-Lock!

Sumber: Janji Dicapati ~ FB

PRU 13: Perang dihentikan

Setelah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi, wajib gua nak tahu keputusan pilihanraya ke 13 ini.

Pertama sekali, P121 Lembah Pantai di menangi Nurul Izzah dari Pakatan Rakyat. Secara keseluruhan keputusan pilihanraya ke 13 berpihak kepada Pakatan Rakyat walaupun Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan.

Tipu helah pilihanraya kali ini?..Adakah "syaitan" itu baik perangainya? Itulah lambang kekuatan Barisan Nasional "SYAITAN YANG DI KENALI".

Pakatan Rakyat (3 parti)  melawan Barisan Nasional (13 parti).



Bagaimana kesimpulan PRU kali ini?



Parlimen:
PRU12:  BN 140, PR 82
PRU13:  BN 133 (-7), PR 89 (+7)

DUN:
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)

UNDI Keseluruhan (Popular votes):
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi:
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Pakatan kehilangan Kedah.

Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang dan Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

4 orang menteri kabinet tewas.

Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:
Perak:  BN 31 PR 28
Terengganu:  BN 17 PR 15
Kedah:  BN 21 PR 15
Negeri Sembilan:  22 PR 14

Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.

2 pegawai khas beliau  tewas kepada calon PAS di Kedah.
Datuk Shahlan Ismail tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena.
Datuk Latt Shariman Abdullah pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.
Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.
Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas. PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya.
Salahuddin Ayub kecundang di Pulai.
Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.

Sumber: http://penburukonline.blogspot.com/2013/05/18-fakta-pru-13-yang-perlu-diketahui.html

Saturday, May 4, 2013

PERANG SEMAKIN HAMPIR..UNDILAH PR

Yang ni aku buat sendiri menjelang PRU 13..hari ni 5-5-2013






Thursday, May 2, 2013

SPR; Kezaliman dan Pengkhianatan [VIDEO INSIDE]

Apa yang menarik hari ini.. SPR KANTOIII..asyik nak menipu jerr..
Barisan Nasional wajib dijatuhkan dari mentadbir kerana kezaliman dan pengkhianatannya pada negara ini.


Alhamdulillah kecurangan pihak SPR ini dapat dipatahkan namun ada beberapa kotak yg telah diubah suai.

 

Wednesday, May 1, 2013

Teologis

Akal ku tertanya-tanya apakah ilmu teologi?..
Bercanggah dengan akidah Islam kah??
Dari maklumat wiki yang dapat dibaca..
Teologi Islam..