Pages

Tuesday, December 27, 2011

PASANGAN KHALWAT; DATUK

20 Jun 11. GEORGETOWN : Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.
Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.
Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.
Ketua Pendakwa Syarie Mohd. Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.
"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai,” katanya. - Bernama
Lihat berita sebelumnya...

Ini Ahli Umno Yang Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang
Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian

Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO..

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini. Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan. Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO

PASANGAN KHALWAT; ARTIS

27 Mei 2011.PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Razak Ahmad yang menghadapi pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang dikatakan telah ditangkap di tempat yang terselindung di sebuah rumah.

Pelakuan tersebut yang membawa watak sebagai Tok Imam dalam drama bersiri Geng Surau itu dan wanita terbabit, Selamah Sahudin adalah dihujahkan boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Itu adalah sebahagian daripada intipati hujahan bertulis oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Selain itu, Shafezan juga menghujahkan bahawa pihaknya telah membuktikan eleman yang diperlukan seperti pertuduhan khalwat, iaitu tertuduh adalah seorang lelaki yang bukan suami atau mahram kepada Selamah.

Hujah beliau lagi, semasa pasukan penguat kuasa Jais membuat serbuan, hanya Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, yang berada di rumah terbabit bersama Selamah, 45 tahun.

Razak dan Selamah didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Razak yang dihadapkan ke mahkamah untuk kali pertama pada 27 Julai 2006 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut manakala Selamah dijatuhkan hukuman denda RM2,850 selepas mengaku bersalah.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 itu akan mengetahui nasibnya, sama ada akan dipanggil untuk membela diri ataupun dilepaskan daripada pertuduhan itu pada 30 Jun ini.

Tarikh keputusan telah ditetapkan oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding sebelum ini.

Sepanjang perbicaraan yang melibatkan tiga saksi pendakwaan, Razak diwakili oleh peguam syarie Mohamad Azman Karim.

Fakta kes yang diakui oleh Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan menyatakan bahawa pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut berada dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap.

Pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

TEORI KONSPIRASI

Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.

Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.

Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library)


,terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.



Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.

Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal
 The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.

Tujuannya ialah:
MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.
Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.
Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.

Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.

Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!


Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.

Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.

Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.


WAKIL-WAKIL SECRET SOCIETIES DI TANAH MELAYU


 Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.

Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.

 Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.

 KEINGINAN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.


 Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.
Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.

 Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).
Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.

Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.
  
PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU


Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.

Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?

 APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!
Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat.

PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.

Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').
Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.
Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.

SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.

Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

KONGSI-KONGSI GELAP CINA DI TANAH MELAYU

 Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.
  
AMUK


  Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.

Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.

Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?

Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.

Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?

Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.

KREDIT TO: srikandi@riwayatmelayu.blogspot.com

MELAKA MAJU NO3

ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya.

PASANGAN KHALWAT-HAKIM SYARIAH.

31 Jan 2011. GEORGE TOWN — Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini terhadap tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan di sini pada 5 Disember lepas.

Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, Ketua Pendakwa Syariah, Zulhairi Aziz memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan kerana ia membabitkan pegawai kanan perundangan dan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.

“Akan timbul isu-isu perundangan yang luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang yang lebih mendalam,” katanya.

Bagaimanapun peguam bela Munawir Abdul Aziz memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana katanya Mahkamah Rendah Syariah juga perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan untuk memindahkan kes itu. — Bernama

MELAKA MAJU NO1

MELAKA: Ketika umat Islam lain menunaikan ibadat puasa, seorang wanita bagaikan tidak mempedulikan kesucian Ramadan apabila dicekup suaminya sendiri kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lebih muda, semalam.

Wanita berusia 33 tahun itu dicekup suaminya di rumah mereka di pinggir bandar ini ketika bersama kekasih gelapnya yang juga seorang duda berusia 21 tahun.

Rahsia pasangan itu terbongkar apabila lelaki berusia lewat 30-an itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi dan sebaik masuk, dia terdengar isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Curiga dengan kehadiran orang asing yang berkurung bersama isterinya, lelaki terbabit menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membuat pemeriksaan kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya ke lokasi berkenaan dan apabila tiba, lelaki terbabit sudah menunggu di luar rumah.

Katanya, pihaknya terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan pintu bilik itu dibuka lelaki terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur bersama di atas satu katil dan wanita terbabit turut terkejut apabila melihat suaminya turut ada bersama.

“Ketika ditahan, wanita berkenaan hanya memakai baju-T singkat serta berseluar pendek, manakala lelaki terbabit hanya berseluar.

“Selepas disoal siasat dan mereka mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan dilakukan mendapati pasangan itu keluar bersiar-siar sehingga awal pagi dan wanita berkenaan mengajak lelaki terbabit pulang ke rumahnya kerana sudah lewat untuk menghantarnya pulang.

Katanya, lelaki itu tiba di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi sebelum mereka tidur.

“Bagaimanapun, pasangan berkenaan menyatakan mereka tidak tidur sebilik, sebaliknya ketika ditahan pasangan berkenaan dicekup tidur sekatil.

“Pasangan itu baru saja berkenalan tiga bulan lalu dan wanita itu pula mendakwa pada masa ini dia dan suaminya ada krisis rumah tangga.

“Lelaki terbabit bekerja sebagai peniaga, manakala ibu kepada tiga anak itu bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini,” katanya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram, sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali

Dari: hmetro.com

PASANGAN KHALWAT NO.1

27 Disember 2011 LEDANG - Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik berkenaan, kelmarin.

Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut.

Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa.

Lelaki berumur 34 tahun itu seorang duda, manakala, pasangannya berusia 20 tahun baru dikenali selama lima bulan.

“Kami baru pulang dari Johor Bahru kerana membawa teman wanita bertemu dengan ahli keluarga di sana sebelum mengikat tali pertunangan.

“Kami merancang untuk bertunang tahun depan dan terlebih dahulu memperkenalkan dia dengan saudara mara,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mereka tiba di Tangkak lewat malam kerana keletihan dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini.

“Saya akan menghantar teman wanita pulang pada keesokan hari di rumahnya di Negeri Sembilan tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa,” katanya.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berselimut membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa pakaian dan hanya berselimut sedang bersembunyi dalam tandas,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-
masing,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
[SH]