




Oleh Raja PetraJika dilihat keadaan sebenar dunia pada masa kini, fahaman kapitalis merebak di mana-mana. Semua perkara berhubung dengan kehidupan manusia semata-mata bepaksikan keuntungan. Niat, perbuatan dan hubungan sesama manusia adalah sejauh mana keuntungan boleh dibuat. Keuntungan kecil bermakna hubungan yang sedikit, keuntungan besar membolehkan hubungan lebih rapat sesama manusia. Tiada lagi hubungan kerana ALLAH SWT. Semuanya adalah fulus.
Perubahan fenomena ini sangat ketara selepas dunia mengalami pemodenan hasil daripada Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Sementara fahaman agama Kristian berpecah menjadi katolik dan protestan. Unsur mazhab protestan inilah yang mencipta manusia-manusia menjadi tamak kepada keuntungan terutama di barat. Sehinggalah barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan untuk dipunggah kekayaan mereka di samping menyebarkan agama kristian. Sedihnya kebanyakan perpecahan umat Islam pada hari ini sangat berkaitan dengan faktor mendapat keuntungan lebih dari yang lain.
Pandangan agama yang diulas oleh Dr. Haron Din menampakkan kebenarannya. Manusia semakin jauh dari petunjuk yang diturunkan ALLAH SWT iaitu Al-Quran dan Hadis nabi. Sumber rujukan tertinggi dalam menyelesaikan semua permasalahan manusia dalam apa jua bidang meliputi Muslim atau Non-Muslim. Dr. Haron Din menghuraikan secara panjang lebar apabila manusia bukan sahaja jauh malah berani menentang Pencipta.
Sangat menarik dua pandangan berbeza di sini. Seorang ahli sains sosial dapat menghuraikan suatu fenomena dengan bukti empiri tanpa langsung menyerah kepada takdir. Maksudnya setiap apa yang berlaku mempunyai hujah-hujah ilmu berdasarkan fenomena alam dan tindakan manusia. Seorang ahli agama pula memberikan hujah bersandarkan nas serta dalil aqli dan naqli serta maqamnya yang tinggi di sisi ALLAH SWT.
Saya tidak berniat hendak melagakan kedua-dua tokoh tersebut. Namun amat menarik jika kita ambil pengajaran yang sangat berguna daripada kedua pandangan ini. Kebanyakan umat Islam (Malaysia) sangat menyerah kepada takdir apabila berlaku sesuatu mala petaka dan tidak berusaha menyelidikinya. Akibatnya mala petaka itu berulang datang. Ini kerana apabila tiada penyelidikan walaupun bukan khusus menyebabkan kita tidak dapat meramal dan mengelak daripada terjadi.
Ilmu sangat penting dalam membina syahsiah dan ummah. Saidina Ali pernah berpesan "perancangan kaum kuffar akan mengalahkan orang Islam yang semata-mata berserah".
Ini merupakan satu kejayaan buat Tuah kerana berjaya menambah keahliannya sebanyak 100%. Tidak diketahui samada Sarip Dol, samseng Kg. Dusun juga turut menyertai geng Tuah. Apa yang nyata, Jebat juga tidak kurang hebatnya kali ini apabila berjaya membawa masuk geng Laksamana Cheng Ho ke dalam teamnya. Rekod juga turut tercatat semalam apabila pertempuran kali ini melibatkan berkumpulan bukannya perseorangan seperti dizaman kesultanan Melayu Melaka dahulu. Dari maklumat tambahan yang aku dapat, geng Jebat sekali lagi tumpas kepada geng Tuah. Namun kali ini bukan kerna muslihat keris Taming Sari, tetapi hasil kerjasama polisi yang hanya melihat kerja jahat geng Tuah itu.
Antara kata-kata BODOH geng TUAH dalam pertempuran semalam yang berjaya dipetik oleh saksi ialah :
“Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.
“(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti.”
dan menambah lagi..
“Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.
Berita selanjutnya di sini.
i
Ulasan tambahan :
Nampaknya pemuda parti TUAH (dibaca UMno) ni kompom memang BODOH. Bukankah SPR telah melantik Penolong Pendaftar Sementara (PPS) dari kalangan parti² politik bagi menjalankan tugas mendaftar seramai mungkin pendaftar yang layak menjadi pengundi? Katalah memang keje PPS parti TUAH dilakukan oleh pihak SPR sendiri, tapi cubalah tutup sket lobang keBODOHan hangpa tu. Jangan kasi orang tau hangpa memang BODOH. Kerja mudah camni pun x tau nak buat. Dah la x tau nak buat, wujudnye PPS nih pun x tau. Bangang tahap keldai betui la PEMUDA parti TUAH ni. Patutla baru ada calon bijak sket kat Manek Urai tu dah riuh sekampung. Keh keh keh.
Lagi satu kalau bukan tempat tumpuan ramai cam kat pasar malam dijadikan tempat untuk mendaftar pengundi baru ni, hang nak suh carik tempat mana lagi? Kat dalam reban ayam? Kandang lembu ataupun di Zoo Melaka? Yang nak daftar ni orang, bukan LEMBU mcm hang tu mangkuk. Kah kah kah, kan dah banyak ‘HANG’ lagik yang kuar.
Disebabkan itulah, maka Pemuda BODOH UMno ini terpaksa mengambil tindakan segera kerana jika tidak, besar kemungkinan negeri pemuda Tuah itu bakal terlepas ke tangan pembangkang.
i
p/s – Kalau mcm ni la level otak Pemuda parti Tuah ni, aku cadang kat Ust Din Tantawi kalau x batalkan pun, tangguhkanla dulu rancangan nak berwacana ilmiah ngan depa nih. Karut jek. Otak cap ayam.
http://shamsuleffendey.wordpress.com/2009/07/04/tuah-pulak-mengamuk/
PAS berpendapat Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bakal diperkenalkan tahun hadapan tidak mengikut prinsip kedialan yang menyeluruh.Ini kerana, sebagaimana yang diumumkan oleh media arus perdana, pemberiannya adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya.
Demikian kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya memberi makna bahawa kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata.
"Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh," katanya.
Akibatnya kata Ustaz Hadi dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.
PAS berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar.
Ini termasuklah infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira, katanya.
PAS katanya percaya bahawa pelaksanakan meritokrasi sepenuhnya dalam suasana pembelajaran pelajar yang berbeza dan serba kekurangan ini akan menyebabkan persaingan yang tidak adil, di mana tekanan akan menjadi lebih tinggi kepada kalangan pelajar yang mempunyai kekangan sosio-ekonomi dan kemudahan pembelajaran.
"PAS senantiasa menegaskan bahawa pertimbangan untuk melaksanakan pembahagian yang lebih adil adalah perlu mengambilkira struktur masyarakat ini.
"Di samping pihak kerajaan menyediakan segala keperluan fizikal dan spiritual yang diperlukan oleh pelajar terlebih dahulu supaya suasana pembelajaran yang lebih baik dapat dialami oleh pelajar," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.