Pages

Thursday, June 18, 2009

Buat Yop Akhil hai Yang Dikasihi

"Assalamualaikum yop!

Teringat mase dulu mase deme jadi penyanyi lagu rock driyard dulu yop.Best benor dengor lagu deme masa tuh.'Hanya ketenangan....' lebih kurang begitulah lagu deme dulu. MAsa tuh seluor deme ketat yop.TAruh botoi kat kaki pun tak celuih yop. Rambut jangan cakap ler,mata deme pun haram nampak dibuatnyer. Baju pulak kalo takder baju 'earth shaker' lambang matahari tu,tak rock yop betui tak?

Tup tup rock pun habis zaman gemilangnya termasuklah dengan deme yop.Semua mat rock kampong BOTA tertanya-tanya mana pergi rocker-rocker malaya dulu yea?Kroje apaler deme tuh kalau dah tak nyanyi.?Yelah diorang tuh semua bukannya tak crodek,handei-handei gak diorang tuh.

Tup tup plak awak dengor nama deme keluor kat pentas ceramah yop.Ape ke hei si akhil tuh dah berceramah plak.Dah tak nyanyi ker lagi? Deme plak ceramah agama.Sejuk hati dengornyer yop deme dah jadi orang.Yelah kalo benih yang baik campak kelaut jadi pulau yop.

Ceramah deme seronok dengornye.Cerita macam-macam,ngaji pun ada,nyanyi pun ada dan juga politik pun ada.Berkat juga hidup deme dengan jadi penceramah mengingatkan orang lain akan kebesaran Allah. Seronok tengok deme dah jadi ostaz.Ostaz rock pulak tuh yop.Bukan senang rocker dah jadi ostaz.Selalunyer ostaz yang tukar jadi rocker yop.

Tup tup yop deme lame dah tak ceramah kat masjid-masjid ataupun pentas politik yop.Semua orang tertanya-tanya mane deme pergi ni.Dah kaye ker gamaknye si akhil ni sampai haram nampak muke ni.

Tup tup deme masuk Astro yop.Ada rancangan sendiri plak tuh yop.Bangga teman yop deme masuk TV.BUkan senang masuk TV yop.Teman lame dah ngidam masuk TV.HAram dapat pun.kalau masuk TV sendiri selalu lah yop itupun setakat YOUTUBE jer.Rakam dan tengok sendiri.Tentang deme masuk Astro yop,teman tumpang sekaki gak yop.Kira deme berdakwah sampai kelangit yop.Ngalahkan kapei trobang yop tingginye taraf deme.Murah dah rezeki deme yer yop.

Tapi yop,bila teman terpikio masa dulu,rezeki ni ada dua jenis yop.Satu rezeki Allah bagi pasal Allah sayang.Dua rezeki Allah bagi pasal Allah benci yop.Harap deme bukan yang kedua ye yop.Bila Allah bagi rezeki atas kerana sayang yop,Allah bagi rezeki tu dengan dugaan sekali yop.Dia nak duga kita samada kita ni cakap berdegor-degor ni hebat benor ker kita ni yop.NAsihat orang supaye jaga anak tuan-tuan supaya jangan sampah masyarakat,tapi kat deme, deme ada nengok ker anak-anak deme yang 4orang dari benih deme tuh yop.


Teman nengok comey anak-anak ustaz akhil hai.Apalah salah anak-anak tuh abah tak balik-balik lama dah ni.Dengorkan cerita abah masuk Astro.Hebat abah kita tapi yop itu semua Allah duga yop.BAru Allah bagi rezeki sikit yop deme dah buat hei.Awak bukan kisah benor pun pasei deme dengan bini deme yop.Itu awak paham yop.Lawo memang lawo tapi kite bukan nakkan lawonye yop tapi kita nakkan baiknye yop betui tak?Lantaklah itu hey deme.Tapi anak yop,awak tak tahan bab ini yop.Nak nangis pun ada yop.Gamak deme ninggal anak-anak lama-lama yop?Kalu awak yop,seminggu tak tengok muka anak-anak yop,rasa macam nak balik kejap-kejap tuh yop.

Yop akhil! Dugaan deme ni lebih pada Allah nak duga deme jer yop.KAte orang kampong yop 'our kids not always looking the presents that we give to them,but the present of us infront of them'.Apalah sangat pompuan tuh yop.Seronok dengan pompuan ni yop paling kuat pun sejam jer yop.Lepaih tuh deme pikir kelain dah yop.Isteri boleh tukor ganti yop.Itu deme pandei-pandeilah yop.Tapi anak yop,tak same yop.Anak deme tetap anak deme yop.Kesianlah kat anak-anak deme yop.Baliklah yop.Usaplah kepala diorang yop.Dioarang rindu benor dengan deme yop.Diorang tuh kalau boleh bior abah diorang tak kaya pun tak per yop.JAnji abah ada depan diorang yop.Apalah salah diorang yop.

Masa deme pergi mahkamah hari tuh yop.Deme lenggang tangan jer yop.Seronok benor nengok deme datang mahkamah.Tapi bini deme yop,berangkut sampei 6 orang neman kan maknyer.Susah yop dokong anak kecik ni.Lengoh tangan yop mendokongnyer.TApi deme datang lansung tak peluk anak-anak deme tuh.Sedih benor rasa tengok deme macam tuh.

Deme kata deme berjuang atas jalan Allah tapi deme dah kona kelain awak nengok.Udah-udah ler tu yop.Apalah sangat hebat deme menyanyi terpekik-pekik konon nak bagi keinsafan pada orang lain.Apalah sangat rambut deme yang konon rebounding tuh yop.Tu semua yop, DUNIA jer yop.HAri ni hari deme yop,esok hari deme juge yop.Tapi lusa yop belum tentu lagi yop.Seronok bercinta ni yop lain yop.Semuanya nafsu jer yop.KAlu deme pikio balik,semua tuh buang duit jer yop.BUang mase dan buang tebiat jer yop.

Teman nangis masa nulis ni yop.Kesian anak deme yop.MAkan ker atau sekolah ker diorang hari ni yop.?Kes macam deme ni yop sama macam kes kumpulan iklim tuh yop.Kesian anak-anak kat kampong diterengganu tu.Apalah salah anak-anak sampai abah taknak balik?

Yop Akhil..udah-udahlah jadi artis tuh.Tak kemana perjuangan deme tuh pun.NAbi Mohammad kalau dia tahu yang dengan menyanyi tuh boleh mengajak orang mengesakan Allah,lama dah nabi buat dulu.Udah ler yop.Besorkan anak-anak tuh lagi penting yop.Diorang tuhlah yang nak usung keranda deme nanti yop.MAlaikat tak tanya pun berapa ramai yang masuk islam bila dengor lagu deme tu yop.Tapi yop malaikat tanya apa peranan deme sebagai ketua keluarga yang Allah sebagai tunjang deme yop.

Udah-udah ler tuh yop.Tak kesior teman nak dengor lagu deme yop.Bukan dapat duit pun yop dengor lagu deme.LAgi kena keluor duit adalah yop.

YAng baik itu Allah dan yang buruk itu teman yop.

Md daud yusri alhutan melintangi

Siapa Rosmah Mansor?





Sunday, June 14, 2009

Sudah tiga bulan Najib jadi PM, ada yang tidak kena!

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - "Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena."

Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini.

Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar.

"Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.

"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,"jelasnya.

Tambah Nik Aziz, jika diselidik,sudah pasti pergolakan bukan sahaja dalam komponen Barisan Nasional (BN) malah isu dalaman Umno sendiri boleh dianggap sebagai punca pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri tidak diterima dengan baik.

"Apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai.

"Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai,"jelasnya lagi.

Nik Aziz juga menerangkan, bukan sahaja satu atau dua perkara tetapi ia juga melibatkan hampir seluruh negara seperti,"di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat.

"Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa. Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator. Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib."

Dalam pada itiu katanya, desakan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang agar Najib diuji di parlimen untuk melihat wujud sokongan atau tidak juga antara indikasi bahawa kepimpinan Najib benar-benar bermasalah.

"Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'.

"Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini,"tegasnya. - mks. _

12 Fakta tindakan SIS yang mengelirukan umat Islam dan bertentang dengan Majlis Fatwa

Kebebasan bersuara adalah laungan keramat pejuang asasi manusia termasuk di Malaysia. Di Malaysia, PAS turut mengetengahkan pendirian kebebasan bersuara sebagai hak warganegara Malaysia. Al-fadhil mantan Presiden PAS DATO’ HAJI FADZIL MOHD. NOOR dalam ucapan penangguhannya sebagai ketua Pembangkang pada 10 Julai 2000 pernah menyatakan, “Kebebasan bersuara merupakan antara hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan negara seperti yang diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 10. Hak ini merupakan suatu kurniaan Allah yang digunapakai oleh setiap bangsa yang bertamadun..” Hakikatnya, idea kebebasan bersuara sama datang dari Barat iaitu pemikir-pemikir terdahulu seperti Socrates, Plato, dan Aristotle.

Definisinya mudah, sebarang tindakan membendung seseorang daripada bersuara seperti kes yang sedang berlaku di Myanmar sekarang, junta tentera menghalang pelopor demokrasi Myanmar, AUNG SAN SUU KYI daripada meluaskan fahaman itu dianggap melanggar hak asasi manusia.

Persoalannya, adakah setiap kerajaan di dunia ini benar-benar mendokong kebebasan bersuara? Bagaimana jika ianya bertentangan dengan hukum Allah dan menghina Rasulullah SAW seperti yang berlaku di Denmark dan Britain? Ringkasnya, DIMANA LIMIT BERSUARA DALAM ISLAM? Jawapannya, mestilah ada limitnya!

Kebebasan itu pada pandangan Islam perlulah mempunyai adab dan pertanggungjawaban. Sebab itulah masih ada elemen dosa pahala, wajib, sunat, hukum halal, haram, makruh dan harus dalam Islam sebagai panduan atas tindakan manusia.

Orang menyatakan, mengapa diperbesarkan isu Sisters In Islam? Apa yang saya paparkan dibawah adalah sebahagian kecil daripada tindakan SIS yang telah bertentangan sebagai sebuah organisasi Muslim :-

1. Menolak fatwa kebangsaan berkaitan dengan isu Yoga
Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. “Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?”

2. Menyokong IFC
Bersama-sama dengan golongan Kuffar menyokong IFC Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) yang bertujuan meletakkan lunas perlembangaan Islam setara dengan agama lain di Malaysia. Ia akan menjadi kesan kemudharatan paling besar dalam sejarah akidah umat Islam Malaysia sekiranya permintaan mereka dipenuhi.

3. Menyokong Imam wanita dalam solat
SIS telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada April 2005 berbunyi “Adakah konsep perempuan mengimami solat jamaah yang terdiri lelaki dan perempuan itu bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah serta tidak pernah berlaku langsung dalam sejarah Islam? Katanya, yang nyata, tiada ayat Al-Qur’an yang melarang perempuan menjadi imam solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini. Tambahnya lagi, Khalifah Walid II dari Bani Umayyah telah mewatikahkan serban baginda kepada seorang perempuan di masjid Damsyik dan menitahkan perempuan itu untuk mengimamkan sembahyang Jumaat. Kisah ini tersebut dalam sejarah Damsyik dan telah dipetik oleh beberapa ulama Islam. (Justice Syed Ameer Ali, Short History of Saraceans Page No. 196). Rujuk artikel http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=440&Itemid=194

4. Melantik wanita sebagai hakim dalam mahkamah syariah
Menyokong pelantikan wanita sebagai Hakim di dalam mahkamah Syariah berdasar dalil tiada arahan dan dalil yang jelas di dalam Al-quran dan Sunnah dan ianya hanyalah berpandukan percanggahan pendapat di kalangan jumhur ulama.
23 June 1999 – “Sisters in Islam support the appointment of women as judges for the following reasons:There is no specific and direct injuction in the Qur’an and Sunnah concerning this matter. There are only conflicting opinions of the jurists.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=442&Itemid=194

5. Menentang hukum memakai tudung bagi Kes SMK Teluk Sentang
SIS telah menjadi pembela kepada kes individu-individu yang melanggar tatasusila aurat muslim dan mengaggapnya hak invidu.
27 February 2006 – “Sisters in Islam is opposed to any attempt by any government, public institution or the private sector, to force girls and/or women to cover or uncover their heads. In reference to the two recent cases of an employee of a five-star hotel’s decision to wear the tudung and the cutting of the schoolgirls’ tudungs in SMK Teluk Sentang, Kuala Krau, Temerloh, SIS maintains that the personal choices of the girls and women must be respected and no punitive measure or harsh treatment should be imposed.”Rujuk http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=400&Itemid=194

6. Menentang pandangan Ulama – Ust Abu Hassan Din Al-Hafiz apabila mengemukakan pandangan penggunaan cawat besi bagi mengelakkan rogol
16 February 2007 – “Sisters in Islam is shocked at recent comments by high-profile religious leaders this week blaming women for the allegedly uncontrollable sexual desires of men. Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz is recommending the use of chastity belts to prevent rape. What we are amazed with is that even Datuk Abu Hassan acknowledges not all men are potential rapists and that the majority of men out there are actually civilized and good.”

7. Menyokong Ayah Pin dan menentang hukuman yang dikenakan kepada Ayah Pin dan pengikutnya atas dasar kebebasan beragama!
27 July 2005 – “Sisters in Islam views with concern the punitive action taken by the Malaysian authorities on Ayah Pin and members of the Sky Kingdom. This attempt has resulted in detention of the 48 followers – including a three-year-old boy -without bail pending re-mention of their case on July 28th, and a state-wide police search for Ayah Pin. In addition, some quarters – including religious leaders and politicians – have even called for the use of detention without trial on the followers.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=402&Itemid=194

8. Menafsirkan hukum poligami berdasarkan pandangan bertentangan dengan Al-quran dan as-sunnah
8 January 2002 – Sisters in Islam (SIS) wish to point out that Islam neither invented nor encouraged polygamy. Unlimited polygamy was a pre-existing practice prior to the revelations of the Qur’an. The Qur’anic revelations relating to polygamy are clearly restrictive rather than permissive. http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=420&Itemid=194

9. Memohon hak kesamarataan gender dalam semua hal yang bertentangan dengan hukum syarak
13 Dis 2005 – Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mengalu-alukan sikap Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet yang begitu peka dan prihatin terhadap suara rakyat, terutamanya golongan wanita, dalam isu Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2005 ini. Maka kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang perlunya sistem Shariah dikaji semula bagi memastikan ianya selari dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender (Star 13 hb Dis 2005).

10. Menentang tindakan JAIS dalam isu penangkapan pelayan bar
24 June 2000 – The decision of JAIS to charge a pub singer for insulting the religion of Islam by being in a premise that servers alcohol reflects the problem of using laws as a means to regulate the person’s conscience, faith and lifestyle. Section 10 of the Selangor Syariah Criminal Offences Enactment that makes it a crime for any person to insult Islam opens itself to abuse because it is a “catch all” provision that gives wide discretion for interpretation to enforcement officers. From the JAIS action, it appears that any Muslim, found in premises where sins are committed by other Muslims or non-Muslims, could be charged for “insulting Islam”. As has been pointed out, does this mean that a Muslim who is in an airplane or a restaurant or a hotel where alcohol is served or in a supermarket where alcohol and pork are sold is “insulting Islam”? Could it also mean that it is an offence for Muslims to live with non-Muslims housemates whose belief and lifestyle could be regarded as sinful in Islam? http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=429&Itemid=194

11. Membenarkan hukum perayaan Kongsi-Raya dan meminta Ulama’ Malaysia mempromosikannya!
16 June 2006 – SISTERS in Islam wish to urge the ulama in Malaysia to play an active role as bridge-builders among people of different faiths. They should take heed of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s personal commitment that as a Muslim Malaysian leader, he is responsible not just to fellow Muslims, but also to Malaysians who profess other religions as well.
http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=431&Itemid=194

12. Terlibat dalam banyak forum-forum luar tajaan Barat yang bertentangan dengan etika sebuah organisasi Muslim

SIS juga banyak terlibat dengan organisasi-organisasi luar, forum-forum antarabangsa yang mempromosikan agenda kesamarataan gender atas dasar hak asasi manusia yang bertentangan dengan prinsip Islam yang qati’e dalam al-quran. ia juga menjadi duri dalam daging masyarakat Islam Malaysia apabila menjadi penentang utama dalam isu bertudung di Malaysia sejak pertengahan 90-an. Walaupun wanita UMNO tidak serius dalam isu aurat, ia tidak sampai mengeluarkan kenyataan rasmi menghalang organisasi kerajaan mengamalkan pemakaian muslim.

Oleh yang demikian, http://khairulrijal.wordpress.com/ menyeru para pengibar perjuangan ini mendokong sepenuhnya tindakan PAS agar tindakan tegas dan segera perlu diambil dengan serta-merta. Tindakan sewajarnya seperti menukar nama pertubuhan atau mengharamkan adalah disokong.

Selain itu, sekiranya tindakan kenyataan SIS sebelum ini terkeluar dari akidah Islam dan Ahli sunnah wal jamaah, maka hukuman setimpal berdasarkan peruntukan yang ada perlu dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Sunday, May 17, 2009

Terbukti Anifah Bacul Dan Penakut

Menteri Luar yang dilihat kini semakin kuat `berkokok' tetapi ekor bergelumang tahi, Anifah Aman terus memperlihatkan kedangkalan beliau selaku menteri. Beliau yang memulakan isu menuduh DS Anwar mengumpannya untuk melantik beliau sebagai TPM jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat menjelang 16 Sept. Kenyataannya itu pula dibuat di luar negara di hadapan wartawan asing. Apabila sesuatu kenyataan dibuat di luar negara tambahan pula oleh seorang Menteri Luar, ianya memberi erti bahawa apa yang diperkatakan itu benar dan merupakan satu isu besar tentang negara ini.

Apabila kenyataan fitnah yang beliau keluarkan itu disiarkan melalui media-media asing dan tempatan, beliau tentunya berpuas hati seolah-olah tugas beliau selaku Menteri Luar berjaya dengan cemerlang hanya dengan memburuk-burukkan DS Anwar. Inilah sikap Umno/Bn yang tidak pernah berubah apabila terus memberikan jawatan penting kepada seorang yang korup idea dan tiada wawasan sama sekali untuk negara. Menteri seperti Anifah ini terlalu murah nilainya dan orang seperti beliau melambak di warung-warung kopi di kampong-kampong. Menteri yang tahu omong kosong, memburukkan orang lain tetapi penikus, bacul untuk mempertahankan diri dengan hujah.

Apabila kembali ke tanahair dan ditanya oleh wartawan tentang saman yang bakal dikemukakan oleh DS Anwar atas tuduhan beliau itu, Anifah dengan selamba menjawab itu soal remeh. Beliau yang memulakan isu tersebut, apabila diminta penjelasan lanjut ia dianggap remeh? Beliau juga mengaku menerima satu panggilan dari DS Anwar dan dengan satu panggilan sahaja sudah cukup untuk DS Anwar menawarkannya jawatan penting sebagai TPM ? Tiada isu atau modal lainkah untuk Anifah ini bercakap di luar negara? Terlalu banyak perkara yang tidak remeh yang wajar Anifah terangkan di luar negara bagi membantu menaikkan imej negara ini yang semakin teruk pada pandangan luar. Isu Altantuya contohnya yang telah mengaibkan pemimpin negara kita sewajarnya Anifah terangkan atau kementeriannya perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap pihak luar yang mendakwa pemimpin negara kita terlibat dalam kes jenayah tersebut. Itu lah sebenarnya tugas penting Anifah untuk membersihkan imej negara bukannya dengan memburukkan nama DS Anwar untuk mengampu PM. Apakah beliau anggap masyarakat dunia luar seperti masyarakat di negeri Sabah kelahiran beliau yang masih ramai tertutup minda mereka darihal perkembangan politik semasa? Di Sabah, mungkin beliau boleh menjual minyak semurah itu.

Najib telah tersilap di dalam melantik Anifah selaku Menteri Luar. Negara kita akan terus ditertawakan oleh dunia luar jika orang seperti Anifah ini dilantik sebagai Menteri Luar. Bermula dengan Hamid Albar, negara kita terus gagal memperolehi Menteri Luar yang mempunyai kelas tertinggi dan kita hanya mampu mempunyai Menteri Luar yang setaraf dengan Ketua Umno Cawangan.

WFAUZDIN NS

Sunday, May 10, 2009

Najib, jangan anggap rakyat bodoh

Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat tidak termakan dengan cubaan Barisan Nasional menutup pencabulan demokrasi di Perak dengan membebaskan 13 tahanan ISA termasuk pemimpin Hindraf.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata masyarakat tidak lupa bahawa Perdana Menteri Najib Razak sendiri mendalangi rampasan kuasa di Perak yang mencetuskan krisis perlembagaan dan menghancurkan kestabilan politik di negeri itu.

Perlakuan samseng oleh polis dan Adun Barisan Nasional mengheret keluar Speaker V.Sivakumar keluar daripada Dewan Undangan Negeri Khamis lalu cuba ditutup oleh Najib dengan membebaskan pemimpin Hindraf dari tahanan ISA.

Jonson berkata keengganan Najib untuk membidas perlakuan Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis menunjukkan beliau merestui kekecohan pada sidang DUN itu yang mengaibkan Malaysia di mata antarabangsa.

Tindakan Najib membebaskan beberapa tahanan ISA keesokan harinya, dibuat hanya atas kepentingan politik semasa Perdana Menteri dan BN semata-mata.

“Kenapa hanya 13 orang dibebaskan,” Adakah baki tahanan ISA tidak mempunyai perasaan atau keluarga yang sayangkan mereka,” tanya Jonson. “Tidakkah mereka juga mempunyai maruah seperti kita. Bukankah mereja juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan kerajaan di mahkamah. Kenapa mereka tidak dibebaskan,” kata Jonson.

Jonson berkata pembebasan V.Manoharan, adun Kota Alam Shah, khususnya menengahkan persoalan samada langkah itu didorong oleh rasa cemas Najib untuk mengelak daripada berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil.

Menurut Jonson, Najib bertanggungjawab sepenuhnya mengaibkan Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tindakan kerajaan beliau enggan menghormati doktrin pengasingan kuasa sehingga mencetuskan krisis di Perak.

Begitu juga dengan tindakan Najib membelakangkan hak asasi manusia dengan terus mendokong ISA dan membiarkan tahanan terus merengkok di penjara Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah.

Apa pilihan kita sebagai rakyat.

(artikel ini tidak wajar diklasifikasikan sebagai hasutan melainkan sebagai ingatan bagi rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi)

Saya tidak mahu mengulas panjang insiden yang berlaku didalam DUN Perak sepanjang hari ini. Semua rakyat Malaysia saya jangkakan telah mengetahui hujung pangkal apa yang berlaku disana. Kesimpulan yang saya dapat berikan cuma satu iaitu;

“Pada tanggal 7 Mei 2009, pastinya akan dikenang selama mungkin oleh rakyat Malaysia yang prihatin bahawa pada tarikh inilah matinya demokrasi berperlembagaan di Malaysia”.

Marilah kita (rakyat Malaysia yang prihatin) bersama-sama berkabung atas kematian demokrasi berperlembagaan yang selama lebih 50 tahun kita julang. Kematian ini bukanlah dilakukan oleh pihak penjajah (kita bukankah telah merdeka?) akan tetapi kematian ini dilakukan oleh bangsa kita sendiri yang rakus kepada kuasa.

Setelah matinya demokrasi berperlembagaan, tidak mungkin akan kekal lagi “Raja Berperlembagaan” sepertimana yang dituntut dan dikhaskan didalam Perlembagaan Malaysia. Apa yang ada hanyalah Malaysia yang dipimpin dan dikuasai secara diktator. Hari ini telah terbukti bahawa “Raja Berperlembagaan” itu hanyalah ujud diatas kertas sahaja sedangkan kuasa sebenar ditentukan oleh Perdana Menteri Malaysia sepenuhnya.

“Raja Berperlembagaan” hanyalah sekadar satu mohor (cap) yang akan digunakan apabila perlu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Krisis yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan telahpun menjadi “precedence” (duluan kes) bagi seluruh negeri-negeri yang bersekutu dibawah panji-panji Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

Bila pemerintah sendiri (Kerajaan Barisan Nasional dan wakilnya) tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan, maka adalah tidak wajar sama sekali sekalian rakyat juga menghormati undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan perlembagaan hanya layak di”bakulsampah”kan sahaja kini. Malaysia nampaknya mengamalkan dua set undang-undang yang berbeza. Satu set khusus untuk diikuti oleh rakyat marhaen manakala satu set lagi khusus untuk Kerajaan Barisan Nasional dan yang bersekongkol dengannya.

Dengan ini, saya syorkan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar meneruskan tindakan berkabung sampai bila-bila sehinggalah dihidupkan kembali demokrasi berperlembagaan di Malaysia ini.