Pages

Tuesday, February 17, 2009

APA KATA TERSIAR PULA FOTO KHIR TOYO BOGEL DI RUMAH ?

Mantan MB Selangor, Khir Toyo kini semakin terdesak untuk melepaskan dirinya dari di`telanjangi’ oleh pimpinan PKR khususnya di Selangor. Beliau sanggup merendahkan kredibiliti beliau selaku bekas MB Selangor dengan membuat dakwaan kononnya Adun PKR YB Eli mempunyai nilai moral yang sama dengan seorang pemimpin MCA yang aksi ranjangnya dirakam melalui CCTV. Kita dimaklumkan bahawa apa yang terjadi kepada YB Eli adalah jauh berbeza daripada apa yang terlihat pada CCTV kisah Chua Soi Lek itu. Kes YB Eli kini masih dalam siasatan bagi mengenalpasti siapakah dalang dan apakah tujuan perbuatan khianat tersebut dilakukan. Sekiranya terdapat pula kes selepas ini di mana foto Khir Toyo berbogel di dalam bilik tidor ataupun di dalam bilik mandi diedarkan menerusi internet, kita juga percaya Polis tetap akan menyiasat bukan kerana kesalahan Khir Toyo berbogel tetapi kerana khianatnya mereka yang mencuri dan mengedar foto tersebut tanpa keizinan Khir Toyo.

Apa yang menghantui pemikiran Khir Toyo adalah bagaimana beliau ingin menghalang perhatian rakyat Selangor khususnya dari mengetahui berpuluh-puluh kes terhadapnya sepanjang beliau menjadi MB Selangor dahulu. Di dalam ceramah Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, YB Azmin Ali berjanji akan `menelanjangkan’ Khir Toyo di Selangor agar rakyat Selangor benar-benar kenal insan yang pernah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan Selangor suatu ketika dahulu. Khir Toyo juga merasa tertekan dengan berbagai kesalahan yang telah beliau lakukan sepanjang menjadi MB Selangor dan semuanya itu kini berada di dalam poket MB Selangor sekarang. Isu wang tabung Balkis masih belum terlerai di mana isu ini membabitkan isteri beliau pula. Memang wajar Khir Toyo merasa amat tertekan, malu dan hilang moralnya bukan sahaja sebagai orang Islam, tetapi sebagai prang Melayu.

Khir Toyo gagal dalam beberapa isu seperti isu ladang ternakan babi moden, isu menghalang Azan di Masjid, isu kereta mewah MB Selangor, isu pembelian kereta Camry oleh Kerajaan Selangor, isu lembu korban dan beberapa isu lain yang mana setiap isu menjadikan akal dan fikiran Khir Toyo dilihat oleh rakyat sama seperti `otak lembu’ yang dikorbankan itu juga. Apa yang paling ketara, setiap kali Khir Toyo mencipta beberapa isu, nescaya ianya akan terpalit kepada kepalanya yang beruban itu. Kini, isu foto separuh bogel YB Eli yang dirakam secara curi di rumahnya pula mahu digunakannya untuk melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu itu pula cuba dipadankan dengan isu yang berlaku ke atas Chua Soi Lek, dan ini menampakkan pemikiran yang menggunakan `otak lembu’ seperti yang dikatakan tadi.

Kita memang sedia maklum, Khir Toyo turut merasa tertekan untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana yang lebih terserlah kini adalah antara KJ dan Mukhriz. Oleh itu, tidak menghairankan jika Khir Toyo akan mengutip apa jua sampah di tepi-tepi jalan untuk dibuat bekalannya semasa bertanding nanti. Itulah juga yang pernah dilakukan oleh Mantan Ketua AMK `Raja Sesumpah’ apabila hasad dan dengkinya tidak pernah pudar terhadap DS Anwar. Tetapi, ternyata semuanya memakan diri kerana manusia yang tidak berprinsip dan bermoral tidak diterima oleh rakyat. Kita percaya dan yakin, sekiranya YB Eli meletakkan jawatannya sekalipun dan diadakan Pilihanraya Kecil di Selangor, UMNO/BN usah bermimpi untuk merampas kerusi tersebut. Secara peribadi, untuk menegakkan kebenaran dan untuk menunjukkan bahawa YB Eli menjadi mangsa khianat, adalah lebih baik YB Eli tidak meletakkan jawatan beliau. Beliau bukan sahaja disokong oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan yang paling menyakitkan hati Khir Toyo adalah YB Eli turut disokong oleh Ketua Wanita MCA. Ketua Wanita MCA nampaknya lebih berakal dari insan yang sedang `meroyan’ untuk kembali menjadi MB Selangor ini.

Amat malang sekali jika Pemuda UMNO memiliki insan yang mempunyai akal sepanjang penyapu ini. Cukuplah seorang pegawai kerajaan Selangor yang telah memiliki sebatang penyapu dari Khir Toyo, jangan pula Pemuda UMNO mempunyai pemimpin yang sama taraf dengan penyapu yang akan sapu semua. Kepada YB Eli, tabahkan hati, kuatkan semangat kerana rakyat tahu anda seorang yang ikhlas berjuang untuk rakyat dan anda tidak memiliki kenderaan Mercedez mewah yang dirompak dari duit rakyat dan anda bukan pencuri tanah rakyat seperti tokoh penyapu itu.

WFAUZDIN NS

Sunday, February 15, 2009

“Nizar masih menteri besar yang sah”

Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.

Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.


Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com

Monday, February 9, 2009

Umno pembela raja-raja Melayu

Malaysiakini melaporkan, Pengerusi DAP mendakwa Karpal Singh Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik menteri besar BN yang baru di Perak.

Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kata dia tak tahu. "Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya kepada mStar Online.

Malaysiakini pula melaporkan beliau menegaskan: "Saya tidak ada niat sama sekali hendak menyaman baginda (Sultan Perak)".

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah.

"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," mStar Online memetik beliau berkata.

Berug dan Kurap mungkin akan mengadakan tunjuk perasaan menghentam kegianan dan ketagihan Karpal nak menyaman Sultan itu.

Bagaimanapun, tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka ketika Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 (tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! Dan, terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992. Demi Allah, terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua Tun itu!)

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan Berug dan Kurap apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.

Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini? Satu lagi, sila baca berita Malaysian Insider bertajuk "As anger simmers, Najib stays away from Ipoh" Agaknya dia takut orang-orang Perak hantar dia ke Tanjung Rambutan) yang gian menconteng bendera bendera seperti di bawah (bendera copy and paste dari Aisehman).

Dulu, Sheih terbalikkan bendera kena tangkap. Conteng-conteng bendera boleh pulak?!


Copy from : http://penarikbeca.blogspot.com

Thursday, February 5, 2009

Wakil Rakyat Bebas?

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “Wakil Rakyat Bebas”? Wakil Rakyat Bebas adalah mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana perkumpulan. Ini bermaksud bahawa ianya tidak lebih daripada “Melukut Di Tepi Gantang”, yang sewajarnya tidak melebih ataupun mengurangkan sesuatu bilangan.

Waktu ini kita boleh lihat bilangan ADUN Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama banyak bilangannya iaitu 28 orang. Ini tidaklah termasuk 3 orang ADUN yang khabarnya telah menjadi “Wakil Rakyat Bebas”.

Oleh yang demikian, maka mengikut undang-undang sediaada, maka pengumuman yang dilakukan oleh Najib Razak bahawa Barisan Nasional telah mendapat mandat majoriti untuk menubuhkan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Perak Darul Ridzuan adalah tidak bertepatan dan salah disisi undang-undang serta perlembangaan.

Ini kerana kita tidak boleh mengambil kira bilangan “Wakil Rakyat Bebas” kerana pada dasarnya mereka tidak terikat pada mana-mana kumpulan. Dan jika ada pihak yang masih mempergunakan “Wakil Rakyat Bebas” dalam mencukupkan bilangan majoriti yang mereka perlukan, maka tindakan ini bolehlah dicabar dimana-mana mahkamah.

Jika “Wakil Rakyat Bebas” ini ingin dikira sekali didalam bilangan mana-mana kumpulan, maka sewajarnya mereka menukarkan status “Wakil Rakyat Bebas” kepada “Wakil Rakyat Barisan Nasional” atau “Wakil Rakyat Pakatan Rakyat” dan inilah yang sewajarnya. Jika tidak maka tindakan mereka mengekalkan status “Wakil Rakyat Bebas” ini boleh dicabar di Mahkamah.

Mengikut peruntukan perundangan yang sedia ada, “BEBAS” bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ianya perlu kekal sebegini.

Oleh yang demikian, jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah adalah seorang yang mahir (fasih) dalam peruntukan undang-undang, maka sewajarnya pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak adalah terbatal kerana Najib Razak menggunakan bilangan majoriti yang termasuk dengan “Wakil Rakyat Bebas”. Namun sebaliknya boleh berlaku sekiranya Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan.

Jika Sultan Azlan Muhibbuddin Shah tidak mengambil kira rasional yang dibangkitkan dalam isu “Wakil Rakyat Bebas”, maka mana mungkin rakyat jelata di Negeri Perak Darul Ridzuan akan menjunjung duli dan seterusnya akan mencemuh tindakan Sultan yang tidak mencerminkan mandat rakyat dimana perlunya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan.

Pembubaran DUN Perak adalah satu tindakan yang paling wajar dimana mandat untuk memilih pimpinan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan diberikan semula kepada rakyat jelata (pengundi) di negeri tersebut. Inilah sebaik-baik tindakan yang perlu diambil oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah jika beliau masih menjunjung keadilan dan kesaksamaan serta keluhuran perlembagaan.

Sunday, February 1, 2009

MILIK SIAPAKAH BERUK INI?

Rupa-rupanya di Malaysia ku ada manusia beruk. Tidak diketahui macam mana rupanya, mungkin seperti hanuman kera putih, atau iras-iras beruk mat yeh. Bontotnya licin kemerah-merahan ketikamana taiknya tak melekat. Manusia jenis ini rasanya yang menyorok 2 ADUN dan Exco negeri Perak seperti dilapor oleh media.

Manusia-manusia beruk ini bukan main calang nampaknya, boleh menculik dan menyorok orang lain demi politik beruk ala biro tatanegara dan UMNO/BN. Dalam dunia manusia yang ada haiwan beruk ini serasi dengan UMNO/BN. Haiwan beruk yang main sorok-sorok ADUN untuk diberukan sebagai UMNO tidak ubah dengan Israel di Gaza. Keberukan UMNO yang menculik dan menyorok ADUN/Exco untuk diberukan dalam UMNO ini timbul semula walaupun dalam dunia yang canggih manggih ini.

Sarang-sarang beruk yang menculik dan menyorok ini tidak diketahui. Yang hebatnya beruk-beruk yang kerjanya menyorok dan menculik Bala dan Exco Perak sekarang baik sangat dengan UMNO. Usaha beruk-beruk penyulik dan penyorok ADUN/Exco Perak dan Bala demi keberukan UMNO terkini menyebabkan imej beruk semakin terserlah.

Bagi orang-orang biasa, mungkin tidak dapat membayangkan betapa beruk-beruk tersebut begitu berkuasa, sehingga tugas keberukannya berfungsi dan mampu menumbangkan sesebuah kerajaan.

Oleh kerana beruk-beruk berkenaan tidak jelas atas dahan mana mereka bergayut sehingga Exco Perak gagal dikesan walaupun dalam keadaan sistem telekomunikasi yang serba hebat sekarang ini. Agaknya beruk-beruk yang menculik dan menyorok Exco Perak ini bukan sebarang beruk. Mungkin beruk-beruk berkeris silang atau beruk-beruk di BTN atau beruk-beruk SB atau beruk-beruk Musa Hassan di Bukit Aman.

Beruk-beruk yang menculik dan menyorok Bala serta Exco Perak itu tidak diketahui mereka bergerak dalam sistem mana. Dalam sistem demokrasi ala Parlimen, Raja Berpelembagaan atau atas sistem beruk-beruk mat yeh atau sistem hanuman kera putih. Kumpulan yang mendapat keuntungan dari kewujudan sistem beruk ini tentulah tidak jauh dari perangai beruk-beruk yang menculik dan menyorok Exco Perak ini.

Sebagai orang, kita perhatikan bukan isu Perak jatuh ke tangan UMNO/BN selepas Exco disorok dan diculik oleh beruk-beruk, tetapi isu yang jauh lebih besar ialah kewujudan sistem beruk itu sendiri. Bagaimana beruk-beruk tersebut boleh wujud. Kalau ada sistem beruk yang keberukannya demi UMNO wujud dalam negara Malaysia. Maka masyarakat manusia yang tidak berperangai beruk akan bertembung dengan manusia-manusia beruk yang menggunakan sistem beruk dan kera untuk terus memerintah negara.

Kalau UMNO/BN dapat kembali Perak dengan taktik beruk ini, maka masyarakat manusia seluruh dunia dapat saksikan di Malaysia ada sistem beruk yang berkuasa untuk menentukan parti UMNO/BN memerintah melalui cara beruk menculik dan menyorok ADUN bukan UMNO/BN. Milik siapakah beruk dan sistem beruk ini?

Muramatsu
United Kingdom

Sunday, January 18, 2009

Mencari Sebab Kekalahan Umno

BN ada sebab dan alasan sendiri kenapa mereka kalah walaupun telah bekerja kuat untuk mempertahankan kerusi Kuala Terengganu. Bukan sedikit wang yang dileburkan di sepanjang tempoh kempen selama 10 hari itu. Nampak sangat BN menghabiskan wang begitu banyak termasuk kepada pihak yang tidak sepatutnya dihulurkan turut sama terhulur!

Betapa tidak wartawan yang menggunakan kemudahan di Pusat Media disediakan Jabatan Penerangan dan pejabat MB Terengganu pun turut sama dihulurkan wang. Saya kurang pastikan apakah wartawan Melayu yang bergelewatan di Pusat Media itu turut menerima wang yang dikatakan dihulur dalam sampul oleh pihak BN berjumlah RM300 itu. Yang jelasnya hanya wartawan Cina saja yang buat laporan polis kononnya mereka di rasuah.

Biasanya bila kalah bermacam-macam alasan yang dicari. Yang pastinya Umno akan salah menyalah antara sama lain. Semua tidak mahu mengakui kalau parti sudah kalah. Begitulah lumrahnya manusia amat liat untuk mengakui kesilapan.

Untuk malam ini misalnya seorang pemimpin Umno Kelantan telah mendedahkan kekalahan itu disebabkan sikap Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein yang disifatkan bertindak nak jadi pelanduk yang hendak meniru gajah berak besar. Hishamuddin katanya cuba nak berek atas pusu kemudian bagi tahi tahi dia besar.

Katanya BN kalah pada malam akhir bila mana projek Hishamudin tidak menjadi. Malam terakhir itu Hishamuddin memberi tahu sepupunya Mohd Najib Razak dia akan kumpul 10,000 pemuda Umno untuk keluar mengundi. Dakwanya 10,000 pemuda itu semuanya akan mengundi Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Malangnya malam semalam hanya 2,000 sahaja pemuda yang keluar yang lain tidak menunjukkan muka atau mungkin juga angka 10,000 iu omong kosong saja. Pemuda yang keluar diberikan RM100 seorang sebagai upah mengundi BN. Manakala yang lain pula tidak diberikan wang. Mereka yang tidak dapat wang memboikot pilihan raya itu.

Natijahnya projek Hishamuddin itu memakan diri sendiri bila mana hanya 2,000 sahaja pemuda yang keluar mengundi manakala selebihnya tidak keluar mengundi. Menurut pemimpin Umno Kelantan yang meninggalkan Kuala Terengganu sebelum pukul 5:00 petang lagi, sebab itulah saluran pengundi muda yang akan mengundi Umno tidak keluar mengundi.

Selain daripada itu pemimpin berkenaan juga menyalahkan sikap Wan Ahmad Farid. Katanya Wan Ahmad Farid tidak makan nasihat, masih terus dengan perangai sombong dan eletisnya.

Menurutnya Wan Ahmad Farid sudah diajar supaya bersikap merendah diri, hemah dengan orang kalau perlu pakai kain pelikat bila berjumpa pengundi, beliau kena berlakun. Tetapi nasihat itu tidak didengari langsung.

Bagaimana pun menurut pemimpin Umno itu bagus juga Wan Ahmad Farid kalah untuk menginsafkan Najib Razak yang begitu konfiden BN akan menang. Hari ini selepas kalah baru Najib reti politik dan selepas ini dia tidak akan merasa 'manggak' (action) sangat. Setidak-tidaknya pilihan nraya itu turut memberi pengajaran kepada Najib.

Apakah ada sebotaj dari kalangan Umno terhadap Wan Ahmad Farid?, tanya saya. Pemimpin itu hanya ketawa sambil berfikir demo fikirlah sendiri.

Thursday, January 15, 2009

Amanat Ketua AMK Malaysia Kepada Pengundi Muda Parlimen Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

InsyaAllah dalam tempoh dua hari lagi Malaysia akan melangkah ke satu persimpangan penting: samada memilih untuk kekal dalam belenggu penjajahan minda atau berubah untuk kesejahteraan hidup.

Kuala Terengganu menyediakan persimpangan bukan sekadar untuk rakyat Terengganu,tetapi untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Harus diingat bahawa pengundi Kuala Terengganu menggalas peranan sebagai ‘duta’ kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru tanggungjawab pengundi tidak sekadar mencerminkan hasrat mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru, sebaliknya turut mencerminkan iltizam rakyat Malaysia yang kepingin melihat perubahan berlaku di Malaysia.

Terengganu menyimpan nostalgia yang parah; tatkala hak rakyat diragut oleh Umno-BN melalui Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2004 yang menyaksikan pengundi hantu berbondong-bondong ‘menziarahi’ Terengganu untuk menunaikan ‘amanah’ Umno-BN untuk memastikan lubuk kekayaan negara melalui hasil petroleum kembali diurus mereka setelah 5 tahun Pas memerintah Terengganu. Pastinya rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Kerajaan Pas dan Rakyat Terengganu dinafikan hak untuk meraih royalti minyak, penutupan MRSM Besut dan Dungun yang menutup peluang anak-anak Terengganu yang pintar untuk melanjutkan pengajian,termasuklah ke tahap merampas tanah rakyat yang dahulunya dikurniakan oleh Kerajaan Pas Terengganu kepada rakyat tempatan.

Lebih menyedihkan siri-siri penindasan terus-terusan berlaku melalui penyalahgunaan jentera kerajaan seperti polis yang bertindak menakutkan rakyat Terengganu daripada menyokong Pakatan Rakyat. Penyalahgunaan ISA, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) berterusan berlaku tanpa segan silu oleh Umno-BN meskipun ia bercanggah dengan Islam dan disanggah oleh rakyat dan komuniti antarabangsa.

Ini bukan babak yang sewajarnya terus dipertontonkan kepada khalayak, sebaliknya babak ini harus disingkir dan dihentikan melalui kuasa rakyat yang diterjemahkan di atas kertas undi.

Pakatan Rakyat akan diwakili oleh YB Haji Mohd Abd Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam yang telah berkhidmat selama 5 penggal. Kualiti perkhidmatan dan kredibiliti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi jika hendak dibandingkan dengan calon Umno-BN yang bersikap elit dan tidak mesra rakyat.

Generasi muda Terengganu, khususnya di Parlimen Kuala Terengganu sangat bertuah kerana diberikan pilihan terbaik melalui Pakatan Rakyat iaitu YB Hj Mohd Abd Wahid. Pastinya peluang ini perlu digenggam erat dan diterjemahkan melalui kuasa undi pada 17 Januari hadapan.

Saya yakin dan percaya bahawa Hj Mohd Abd Wahid, melalui 18 tahun pengalaman sebagai ADUN sama sekali tidak akan menghampakan amanah dan tanggungjawab diserahkan seandainya beliau dikurniakan kemenangan dalam Pilihanraya Kecil ini.

Apa yang diharapkan ialah kebijaksanaan pengundi-pengundi muda Kuala Terengganu untuk terus mengundi Pakatan Rakyat melalui calon Pas untuk mengorak langkah perubahan,bukan sekadar terhad di Terengganu, malah akan turut mengesani gelombang rakyat yang telah dimulakan di seluruh Malaysia seusai 8 Mac lepas.

Pilihan di tangan anda. Ayuh kita buktikan bahawa retorik dan intimidasi politik terlampau Umno-BN hanyalah satu taktik jelek dan jengkel yang menggambarkan keangkuhan kuasa mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa meski rakyat makin celik dan bijak.

Undilah calon Pakatan Rakyat, Hj Mohd Abd Wahid Endut untuk kesejahteraan anda, Terengganu dan Malaysia seluruhnya!

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK Malaysia