Pages

Thursday, January 15, 2009

Tak perlu layan budak "beringus"!

Semalam saya ambil cuti dari berceramah. Saya ambil peluang untuk mendengar ceramah di Ibu Pejabat Perhubungan PKR Trengganu, disana ada Azmin Ali, Cikgu Bard dan Zuraidah.
Cikgu Bard benar-benar memukau hadirin, dan Azmin Ali menanam semangat yang tinggi kepada komitmen.
"Kita tak perlu layan budak beringus tu. Dulu dia kata ada 6 kotak, rupa-rupanya dia yang masuk kotak tu!" Kata YB Azmin Ali.
"Kalau ada surat, ada ini dan ada itu, keluarkanlah, nak tunggu apa?" dan beliau menyifatkan budak ini sebagai sedang berusaha nak dapatkan pengiktirafan didalam UMNO dan malangnya dia itu terbuang dan terpinggir dari UMNO.
Bila Azmin bekata sedemikian, saya teringat kepada ucapan Nik Abdul Aziz yang berkata: "Rasuah salah, tak rasuah kalah, jadi semua tak tentu arah". Budak beringus tu dah tak tentu arah, nak buat apa kita peduli kepada manusia yang tidak ada moral itu?
Budak ini dulu kata pemimpin-pemimpin UMNO, semuanya korup-korup-korup, apa dia tak kata kepada pemimpin-pemimpin UMNO tu, tapi sekarang dia jilat balik ludahnya. Betapa busuk dan rendahnya moral budak itu, dan kita tidak akan layan lakonannya mencari kebodohannya sendiri!
Cikgu Bard mendedahkan bahawa sebelum DEB, orang Melayu berkedudukan ditempat kedua dibidang ekonomi, pertama orang Cina dan ketiga orang India. Setelah 30 tahun DEB dijalankan, maka kedudukan orang Cina tetap nombor satu, orang India naik ke tempat kedua dan orang Melayu jatuh ke tempat ketiga.
Ukuran yang dibuat adalah dengan kadar pendapatan per kapita, satu ukuran yang tidak pernah betul, kerana pendapatan semua jutawan dicampurkan dengan orang papa kedana dan selepas itu dicarikan average pendapatan. Sebenarnya rakyat ramai tak kira apa kaum berada dengan pendapatan rendah manakala pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tanpa mengira kaum memilikki segala-galanya.

Tuesday, January 13, 2009

Perihal Ezam Yang Tidak Lulus Exam

PILIHAN RAYA kecil P36 Kuala Terengganu telah menjadi ruang untuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyambungkan berahi dendamnya memarahi bekas idolanya Anwar Ibrahim yang dimulakan sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak lama lalu.

Ramai orang bingung kenapa Ezam menjadi seakan kurang siuman menghentam Anwar. Khayalak politik yang rendah daya fikir pun terpaksa menelanubat penahan sakit memikirkan sikap Ezam itu.

Dulu Ezamlah hulubalang Anwar nombor wahid yang sanggup berkorban apa saja. Kata Ezam dia masuk penjara kerana mendedahkan dokumen semata-mata untuk mempertahankan dan membela Anwar.

Masa dan kerjaya politiknya juga turut musnah kerana Anwar. Saya sering memakai istilah Ezam dan Mohamed Azmin Ali sebagai pasangan kembar Siam ysng ulit memperjuangkan nasib dan jihad reformasi yang dibawa Anwar.

Tetapi bila alih-alih beliau menentang Anwar dan rujuk semula ke dalam Umno itulah menyebabkan ramai orang terkejut beruk.

Apakah sikap Ezam itu kerana beliau merasakan Anwar akan gagal atau merasakan bekas TPM itu tidak akan berjaya meloloskan diri untuk menyelinap semua ke dalam Umno? Maka beliau kena berbuat begitu? Boleh difahamkan hati, jiwa dan roh Ezam masih bersama Umno, ertinya Ezam menolak politik baru dan reformasi itu sendiri?

Justeru kalau begitu kemasukan semula Ezam ke dalam perjuangan Umno bukan memelikkan bahkan kemasukan itu tepat. Cuma yang menjadi keliru sikit beliau tetap dengan prinsip kebertanggungjawabannya mengenai rasuah. Beliau sering berkata beliau konssiten dengan isu itu. Tetapi apakah tepat untuk beliau terus konsisten dalam parti yang rasuah?

Jika ini benar bermakan Ezam silap. Beliau tidak sebenarnya belum lulus exam dalam menilai poltiik masa kini dan masa akan datang. Kehebatannya berpidato dan mampu mempengaruhi rakyat tidak setanding dengan jangkauan politiknya yang dipacu Anwar.

Alasan Ezam kenapa beliau minggat daripada Anwar ialah kerana Anwar mengkhinati bangsa Melayu. Anwar memusnahkan harapan Melayu menerusi politik baru, bercampur dengan India dan China. Alasan Ezam itu sangat dangkal dan ‘ketadikaan’.

Soalan campur gaul Melayu dengan Cina dan India dalam PKR bukan perkara baru. Apakah orang-orang seperti Tian Chua dan Gobalakrishnan itu wajah dan muka baru dalam PKR.

Apakah Ezam bersedia menolak Gobala tetapi rela mengambil dan bersahabat dengan
Nalakarupan? Apakah kerana Nala lebih kaya daripada Gobala maka Ezam nampak Nala lebih putih daripada Gobala?Sebagai seorang anak muda Ezam sepatutnya harus mempunyai tapak pemikir yang luas dan mampan. Beliau tidak sepatutnya mudah goyah dengan rasa-rasa dan sentimen kedirian yang amat personal sifatnya.

Saya ingin bertanya apakah kerosakan bangsa Umno yang dilakukan oleh Anwar dan PKR lebih besar berbanding kerosakan Melayu yang dilakukan oleh Umno?

Saya rasa Ezam bukan naif mengenai strategi dan matlamat politik baru – yang dilanggangi Anwar itu. Saya rasa beliau juga faham dengan pengubahan ketuanan rakyat yang dibuat oleh Anwar itu. Ezam mungkin tidak sedar di daerah mana dia berdiri taktakala dia mengambil keputusan itu. Dia terlupa bahawa dia dan Anwar sendang bermain politik.

Beliau boleh terus bermain politik tetapi jangan sampai mengadai diri dan kerjayanya yang sudah diiktiraf ramai. Ezam juga sedar namanya menjulang tinggi kerana beliau bersama Anwar dan kerana Anwar memberi blesing.

Kenapa harus kita picingkan mata dan sanggup munafik dengan sifir politik kita hanya kerana hal-hal peribadi yang sangat personal? Lama saya melontar persoalan ini kepada anak muda macho dan romantik ini.

Umum sudah tahu Ezam meninggalkan PKR dan Anwar kerana masalah dia dengan Azmin. Amaran dan permohonannya kepada Anwar supayah mengenepikan Azmin atau tidak memanjakan Azmin adalah asbabnya. Itulah kerananya, Ezam mengaku kalah bukan kerana soal pengkhianatan perjuangan oleh Anwar tetapi kerana pembisuan Anwar untuk meluluskan permohonannya.

Hari ini Anwar tidak ada apa-apa emosi dengan Ezam. Yang sibuk ialah Ezam masih menggunakan Anwar sebagai modal untuk memperlihatkan dirinya hebat. Dalam erti kata lain Ezam terus juga membaca nota-nota memburukkan Anwar untuk mengambil semula peperiksaan politiknya. Dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu nampaknya menjadi gelanggang sementara untuk Ezam menggilap dirinya dalam habuk dan kuca ombak Umno.

Monday, January 5, 2009

Siapa beli IJN?

Nampak gayanya selepas PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 ini, kita boleh lihat satu lagi institusi berkepentingan rakyat akan dijual kepada pihak swasta. Dengar khabarnya SIME DARBY telah berjaya melobi (atau dianugerahkan) kepentingan Kementerian Kewangan dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Terlalu banyak pihak yang berusaha untuk menggagalkan inisiatif ini demi kepentingan rakyat marhaen umumnya, namun pada saya usaha ini mungkin sia-sia. Apa tidaknya, tindakan bantahan yang dilakukan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia pada isu ini seumpama bantahan terhadap tindakan Israel menyerang Gaza. Israel tidak akan berganjak walau sedikit pun biar PBB mengeluarkan berjuta amaran. Inilah juga senario yang berlaku kepada kes IJN.

Soalan yang sewajarnya diperhalusi bagi isu IJN ini adalah siapakah sebenarnya yang berhajat besar untuk memiliki IJN? Siapakah dalang disebalik semua ini?

IJN adalah antara institusi berkaitan jantung yang terbaik di Asia Tenggara. Malah kemampuan tenaga pakarnya diakui oleh banyak pihak dalam dan luar negara. Kemudahan infrastrukturnya juga lengkap dan mampu untuk dinaiktarafkan dengan mudah dan pelbagai.

Inilah sebenarnya yang menjadi daya tarikan bagi semua pihak yang berhajat besar untuk memilikinya. Khidmat kesihatan adalah satu lubuk emas yang tidak akan terjejas oleh keadaan ekonomi dunia malah dizaman gawat sekalipun khidmat kesihatan mampu untuk menjana pendapatan yang mantap.

SIME DARBY diwarwarkan akan menjadi pemilik kepada IJN dalam masa terdekat, namun benarkah SIME DARBY akan menjadi pemilik sebenar IJN? Mungkinkan IJN akan menjadi satu lagi kes seperti Pantai Holding dan sebagainya. Kemungkinan besar SIME DARBY akan menjualkan kepentingan dalam IJN kepada pihak ketiga adalah perkara yang tidak boleh ditolak ketepi.

Sepertimana dijangka, dahulu saya ada menulis mengenai Synergy Drive yang sebenarnya adalah proksi kepada Temasek Group. Walaupun kini nama Synergy Drive nampak tenggelam oleh kerana ada pihak tertentu yang mahukan nama SIME DARBY lebih menonjol daripada Synergy Drive.

Walaupun bertukar nama beberapa kali sekalipun, namun ingin saya tegaskan bahawa dari maklumat yang saya terima, SIME DARBY (a.k.a Synergy Drive) ini sebenarnya adalah sebahagian daripada rangkaian proksi bagi pihak Temasek Group. Temasek Group memang mempunyai hasrat untuk menguasai pelbagai kemudahan dan akses di Malaysia (termasuklah bagi kes Pelabuhan Utara Kelang - Northport yang dimiliki oleh Temasek Group melalui agen proksi mereka).

Kemudahan infrastruktur (utiliti) seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional telahpun diserap oleh agen-agen proksi Temasek Group. Media Prima juga nampaknya tidak terkecuali. Kini jika usaha mereka untuk menguasai bidang kesihatan (selepas berjaya meletakkan proksi mereka di Pantai Holding, Faber Group dan Fomema) seperti IJN, maka lengkaplah usaha mereka untuk menguasai ekonomi dan sebagainya di Malaysia.

Sasaran mereka selepas ini tentulah bidang perikanan, pertanian dan juga bidang automotif. Kita semua boleh tunggu dan lihat.

Wednesday, December 17, 2008

Polis Tidak Perlu Iringi Pemimpin - Khalid Ibrahim

SHAH ALAM, 15 Dis (Bernama) — Kerajaan Selangor tidak melihat keperluan khidmat anggota polis mengiringi pemimpin-pemimpin tertinggi di negara ini bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis-majlis keramaian dan sebagainya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan itu sebaliknya akan hanya menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat.

“Saya rasa cadangan ini adalah satu perkara yang kita kena lihat dari sudut kerjasama antara rakyat dengan kerajaan. Kewujudan pasukan keselamatan untuk mengiringi mana-mana pemimpin tertentu (di majlis-majlis berkenaan) akan hanya menyekat kemesraan yang sedia ada antara kerajaan dan rakyat.

“Kita tidak mahu menjadi satu negara di mana pemimpinnya tidak boleh menghampiri rakyat disebabkan kawalan keselamatan ketat,” kata Khalid kepada pemberita selepas merasmikan majlis Jualan Selangor Ria 2008 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2008 serta Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional Selangor di perkarangan Stadium Malawati dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei dalam laporan akhbar hari ini agar pemimpin-pemimpin tertinggi di negara ini sentiasa diiringi pasukan keselamatan bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis umum.
Suhaimi dilaporkan membuat cadangan berkenaan selepas mengambil kira ancaman ’serangan bogel’ Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata rakyat di sekitar Selangor tidak perlu berasa cemas terhadap kualiti bekalan air yang disalurkan ke negeri ini dan menambah kualiti air berkenaan memang memenuhi standard minimum ditetapkan.

Menurut beliau, kerajaan pimpinannya giat melakukan kerja-kerja pembersihan sungai dari masa ke masa bagi memastikan punca bekalan air bersih.

“Semua air-air yang disalurkan melalui sungai kena melalui ‘treatment plant’ supaya ia betul-betul memenuhi kualiti ditetapkan. Di Malaysia, semua bekalan air yang melalui sungai mesti melalui ‘treatment plant’,” kata Khalid.

Terdahulu, dalam ucapannya Khalid berkata golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini mungkin boleh mengelakkan diri daripada merasai tempias kegawatan ekonomi global sekiranya mereka meningkatkan kadar pengeluaran produk mereka.
Di samping itu, beliau juga berkata golongan muda yang menyertai sektor pertanian akan berjaya sekiranya mereka bekerja sepenuh masa.

“Kajian yang kita buat menunjukkan golongan muda memang berminat menyertai sektor pertanian jika mereka tahu tentang hasil daripada kerjaya mereka.

“Umpamanya, mereka ingin tahu apakah pendapatan mereka jika bekerja sepenuh masa serta kaedah-kaedah pemasaran produk yang efektif,” katanya sambil menambah golongan muda boleh meraih purata keuntungan RM3,000 sebulan jika betul-betul menceburi dalam bidang pertanian.

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta

Malaysiakini Dec 17, 08 11:15am

Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini. Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini. Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya. Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.


Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Monday, November 24, 2008

Provokasi di majlis PEWARIS

Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.

19. Dia dah pergi balik kekereta dan kembali semula kejejantas untuk memaki hamun para peserta.

20. Polis kemudian mengiringi beliau untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlanjutan

21. Ketika diringi, wanita tersebut cuba melarikan diri

22. Paaannnng... kena penampar dari salah seorang peserta LOL

23.

24. Dan terus tersungkur Wink

25.

26. Polis kemudian cepat2 melarikan wanita tersebut menuju ke kereta beliau

27. Peserta yang berang melepaskan geram kat kereta la pulak LOL

28. Ini lah rupa kereta wanita Cina yang mencuba nasib mencabar orang Melayu. Dibelakang kereta tertulis Add Maths Tiution.... cikgu add maths gamak nya dia nih...Wink

29. Kejadian kejar mengejar tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang kedua dua hala Jalan Tun Abdul Razak

apa komen korang....

Monday, November 17, 2008

Protest against anti-tomboy fatwa

Protes oleh orang-orang yang bengong..Bodoh betul la diorang ni..Fatwa Ulama hanya untuk orang-orang islam la bodoh!!!