Pages

Monday, August 4, 2008

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya


Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.


Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.


13 Mei 1969: Andaian Meleset Yang Dibukukan

Gambar di atas ialah dipiksi (depiction) satu kisah tersohor dalam sejarah Rom, yakni The Rape of the Sabine Women [i]. Gambar ini dan seterusnya adalah sekadar hiasan.

Urgggh! Malas ke tulang hitam rasanya saya nak buat kerja gratis (percuma) untuk UMNO dan sekaligus Kementerian Penyiaran. Kerja percuma untuk Menantu Dolah dan Zainuddin Maidin.

Tetapi apakan daya, kedua-dua institusi itu sudah terlalu uzur untuk berfikir (yang pertamanya berusia 60 tahun, dan yang keduanya sudah 50 tahun). Sepatutnya salah satu atau kedua-dua institusi ini yang menjawab dan membetulkan fakta. Tetapi malangnya kedua-dua membisu. (Mungkin bisu beragenda dan/atau atas arahan dari seberang Selat Tebrau).

Oleh kerana saya anggap memperbetulkan, menentang perbuatan merubah sejarah negara itu satu fardhu kifayah, dan kerana saya nampak tiada Melayu lain mahu ke depan, maka biarlah saya cuba menegur perbuatan bathil itu.

Menurut seorang apologist (tukang perbetul cerita) pengarang buku “13 Mei” [1], rumusan pengarang ialah Al Marhum Tun Abdul Razak mencetuskan rusuhan 13 Mei dalam membolehkan satu coup de tat dari Al Marhum Tunku Abdul Rahman. Nauzubillah! Zalimnya tuduhan.

Tetapi sebelum kita mengupas kezaliman itu, ada baiknya kita menafsir apakah dorongan intelektual yang merasuk pengarang untuk memutar belitkan sejarah. Apakah persoalan besar yang ingin dijawab, hingga ada pihak “wang besar Cina” yang sanggup menaja pengarang bermentelaah di London selama tiga bulan untuk menggali, mengorek kononnya arkib lapuran perisikan Brtish yang telah dibatalkan palang rahsia tentang 13 Mei?

Seorang Arab (Islam?) sedang dibelasah oleh sekumpulan bangsa Kulit Putih semasa rusuhan anti-Islam di Australia dua tahun lepas.

Setepatnya, berikut ialah hasrat dan niat pengarang buku “13 Mei” seperti yang yang selokakan oleh seorang apologist bagi pihak pengarang [2].

Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.

Soalnya bukan siapa salah. (Cewah cewah, tak perlu tanya siapa salah). Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. (Hak alahai sonang nya justifikasi intelektul. Jangan pertikai salah siapa, ianya, awak semua kena percaya cakap saya, salah Tun Razak). Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab (Wow, berpengaruhnya Rudin X! Langsung tak sangka). Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. (Oh, jangan salahkan Cina hina dan caci Melayu. Siapa yang beri lesen dan permit tu?). Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir.

Perhatikan dalam sedutan karangan di atas, perkataan dalam italic ialah komentar Rudin X akan penulisan apologist, manakala perkataan yang digelapkan (bold) ialah kononnya nawaitu si pengarang buku mengikut cakap apologist beliau.

Alaaaaaahai. Kalau setakat nak tahu mengapa pasukan tentera ketika itu dilihat “memihak” dan nampak seperti tidak bertindak mengawal keadaan, jawapannya bukan berada di London. Jawapannya bukan terletak pada tafsiran jaundis (berat sebelah) oleh perisik British/Australia di Malaysia.

Jawapannya terletak pada budaya dan semangat setiakawan, esprit de corp tentera.

Semangat setiakawan yang sama telah mendorong tentera Amerika melakukan My Lai Massacre di Vietnam [3]. Budaya dan semangat setiakawan yang nendorong askar Amerika membantai umat Fallujah di Iraq [4]. Semangat setiakawan yang mendorong tentera British yang didewa-dewakan oleh bangsa Cina Malaysia melakukan penyembelihan Cina beramai-ramai di Batang Kali.[5]

Budaya dan semangat yang sama wujud di kalangan semua askar di seluruh dunia, malah juga ada di kalangan soldadu Angkatan Tentera Singapura.

Mentaliti membalas dendam terhadap apa yang mereka fikir penganiayaan ke atas salah seorang dari kalangan mereka.

Di Malaysia, sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab?

Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit.

Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang.

Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini. Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu.

Pembaca boleh mensohihkan cerita yang saya bawa ini dengan bertanya kepada siapa juga Melayu yang masih hidup dan mempunyai pengalaman “dekat” dengan peristiwa 13 Mei.

Untuk mendapatkan corroboration (keselarian) tentang cerita saya ini, sila klik dan lawat blog ini [6].

Jika pengarang buku “13 Mei” jujur dan tiada niat lain, pengarang tidak perlu cari penjelasan di London. Carilah penjelasan dalam rekod lapuran polis di Balai Campbell (Dang Wangi). Atau kalau tidak pun, cari dalam rekod semboyan (telex) lapuran kejadian jenayah berat di Bukit Aman untuk malam tersebut. Tidak perlu bersusah payah ke London.

Nah tuan/puan. Dalam hal tercetusnya rusuhan 13 Mei, puak chauvinis Cina telah tersilap langkah dengan membunuh seorang pegawai Askar Melayu. Yang mana ekoran itu, yang selain dari berjaya membakar kemarahan orang Melayu dengan perarakan besar-besaran menang pilihan raya, askar Melayu telah turut marah. Dan sebelum tuan/puan atau sesiapun chauvinis China menuduh Askar Melayu yang terlibat dalam 13 Mei itu campur tangan dalam politik negara, maka di sini saya sanggah -- penglibatan mereka adalah soal hati. Noktah.

Bila segerombolan askar mengamuk, tuan/puan fikir Tun Razak boleh kawal? Ingat polis boleh kawal? Lagikan seorang laskar kena tangkap polis pun, askar satu batalion sanggup rempuh dan serang balai polis, inikan pula mengawal gerombolan askar yang sedang marah dengan bersenjata lengkap.

Ingat kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya? Langsung mencetuskan Operasi Lalang? [7] Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman. Siapa yang selesaikan insiden dan pujuk Prebet Adam menyerah diri? Dr Mahathir? Polis? Tidak. Pegawai Pemerintah Prebet Adam kena turun padang dan berdepan dengan muncung raifel Prebet Adam.

Nasib kamu lah chauvinis Cina. Dengar lagi hasutan sahabat handai dan saudara mara kamu dari Singapura! Kamu sudah pijak ekor ular. Kamu kena patuk. Kamu dah kejutkan harimau tidur. Kamu kena baham. Sudah itu kamu tuduh Tun Razak jahat. Kamu tuduh 13 Mei disengajakan kerana agenda nak lancarkan DEB. Kaudu sungguh hati perut kamu.

Kencing dalam tempurung bulu dan cerminkan muka kamu di situ dulu. Sesudah itu carilah salah Melayu.

Dah tu kini kamu orang cuba menjadi revisionist sejarah pula?

Sumber :http://tokjanggut.tblog.com/2007

DASAR LUAR DAN PERTAHANAN SINGAPURA: MENGHAYATI ANALOGI UDANG BERACUN


Dasar luar boleh didefinisikan sebagai interaksi antara negara-negara dan mencerminkan objektif nasional dan maklum balas khusus sesebuah negara terhadap satu-satu situasi. Ia adalah strategi atau tindakan terancang yang dibangunkan oleh pembuat dasar sesebuah negara atau entiti antarabangsa yang bermatlamat mencapai tujuan-tujuan khususnya yang terkandung di dalam kepentingan nasional. Objektif-objektif dasar luar adalah diformulasikan secara konkrit dengan mengaitkan kepentingan nasional dengan situasi antarabangsa dan kuasa yang ada pada negara.

Polisi pertahanan sesebuah negara pula adalah satu manifestasi bagi langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha mempertahankan objektif-objektif nasional. Secara umumnya, dasar-dasar pertahanan dipengaruhi oleh latar antarabangsa, kepentingan politik domestik, teknologi dan industri ketenteraan. Setiap negara mempunyai rancangan tersendiri bagaimana mereka menggunakan sumber-sumber sedia ada bagi mencapai objektif-obejktif nasional, mempertahankan negara mereka dan kepentingannya. Ini termasuklah tingkah laku mereka di dalam sistem antarabangsa, amalan peperangan dan pembabitan aspek politik, ekonomi dan ketenteraan.

Dalam menganalisa dasar luar dan pertahanan sesebuah negara, Snyder (1977) mencadangkan bahawa kedua-duanya dipengaruhi oleh dua faktor utama; pertama adalah kepentingan mewujudkan kemampuan cegahrintang atau deterrence dan kedua, mewujudkan konsep pertahanan sesebuah negara. Ia merujuk kepada kesinambungan antara penggubalan dasar luar dan dasar pertahanan untuk mencapai matlamat tersebut.

Kemampuan sesebuah negara itu menyelesaikan masalah sering menjadi kayu pengukur yang mempengaruhi kedudukan negara tersebut di mata masyarakat antarabangsa. Oleh itu, esei ini bakal membincangkan dasar luar dan pertahanan Singapura dengan mengambil kira konsep asas penggubalan dasar serta ertikata analogi udang beracun yang berkait rapat dengan faktor yang mempengaruhi penggubalan polisi dan pembelian senjata.

KONSEP KENEGARAAN, DASAR LUAR DAN PERSEPSI ANCAMAN DARI KACA MATA SINGAPURA

Penubuhan Singapura pada Ogos 1965 sebagai negara bangsa yang merdeka setelah ia dipisahkan dari Malaysia dikelilingi rasa terancam kerana secara tiba-tiba, ia terpaksa menubuhkan angkatan tenteranya sendiri untuk menjamin keselamatan dalaman dan pertahanan dari ancaman luar. Sebelum ini, pertahanan Singapura berkait rapat dengan pertahanan Malaysia tetapi disebabkan haluan politik yang berbeza serta ratio kaum Melayu dan Cina yang jelas membentuk kaum majoriti di Malaysia dan Singapura menyebabkan pemisahan itu terjadi. Menjelang Oktober 1965, kerajaan Singapura telah meminta sukarelawan menyertai pasukan askar simpanan yang kemudiannya menjadi asas penubuhan tentera darat Singapura dan Angkatan Pertahanan Rakyat atau People’s Defence Force.

Dalam tahun-tahun berikutnya, kerajaan Singapura meningkatkan kempen membina angkatan tenteranya dan menubuhkan Institut Latihan Angkatan Tentera Singapura (SAFTI) pada tahun 1966. Di bawah pimpinan Menteri Pertahanan ketika itu, Dr. Goh Keng Swee, Singapura cuba mendapatkan khidmat nasihat angkatan tentera negara lain demi mewujudkan doktrin operasi dan latihannya. Singapura tidak mendapatkan khidmat tentera British kerana tidak mahu wujud pergantungan jangka panjang. Setelah gagal mendapat nasihat daripada Switzerland, India dan Mesir, Singapura mendapat khidmat nasihat dari Israel yang bertanggungjawab merangka program latihan di SAFTI dan seterusnya menyumbang kepada penubuhan angkatan tentera Singapura.

Israel bukan sahaja memberikan latihan dan pengaruh penting kepada SAF tetapi juga membekalkan keperluan pertahanan dan teknologi kepada Sngapura. Israel secara konsisten membekalkan teknologi dan keperluan peralatan untuk mengekalkan SAF sebagai angkatan tentera yang berwibawa di rantau ini. Namun menurut Huxley, hubungan tersebut berjalan secara rahsia pada awalnya kerana sentiment penduduk Islam yang menjadi jiran utama Singapura. Sebagai contoh, pada 1970-an, Israel membekalkan peluru berpandu untuk keperluan tentera laut iaitu Gabriel dan meriam 155mm bagi keperluan artileri. Eksport keperluan pertahanan Israel ke Singapura semakin meningkat pada 1990-an berikutan perkembangan sains dan teknologi khusus dalam persenjataan.
Menurut Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean[1] Singapura telah menerima realiti keadaan geo-strateginya yang memang tidak berubah sejak penubuhan negara itu. Ketika dalam perundingan di bawah UN Convention on the Law of the Sea, UNCLOS pada tahun 1970-an, Singapura dikategorikan di bawah kumpulan negara yang mempunyai kekurangan dari segi geografi – iaitu sama seperti negara yang dikelilingi negara lain atau land-locked states.

Singapura juga tidak mempunyai sumber asli serta keadaan geografi yang tidak membenarkan ia memperolehi zon ekonomi ekslusif tersendiri. Dengan keluasan hanya 699 km persegi, Singapura mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta tidak mempunyai persempadanan atau buffer di antara kegiatan utama negara dengan infrastruktur kritikal dan persekitaran luar yang sebenarnya bermaksud, tanpa wujudnya kawasan yang luas, ia tidak mampu berundur atau berkumpul semula sekiranya diserang.

Teo juga menekankan bahawa saiz negara yang amat kecil juga menyebabkan Singapura tidak mampu mempengaruhi isu dan persekitaran serantau. Oleh itu, konsep kenegaraan dan penggubalan dasar luar serta pertahanannya adalah berdasarkan keperluan mempunyai sistem pertahanan yang kuat demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan supaya Singapura mampu memperoleh ruang politik dan kebebasan untuk membuat keputusan untuk rakyatnya tanpa diganggu gugat biarpun ia sebuah negara yang kecil. Ini adalah prinsip pertama yang mempengaruhi dasar luar dan pertahanannya.
Kedua, Singapura sentiasa menekankan konsep bahawa hanya rakyat Singapura yang bertanggungjawab mengekalkan dan mempertahankan negara dari ancaman. Tiada orang lain atau kuasa lain yang boleh menentukan dimensi keselamatan kecuali rakyat dan pemimpin Singapura. Faktor ini juga mempengaruhi keputusan merangka satu sistem pertahanan nasional di mana segala sumber manusia dan kewangan dijadikan komponen utama.

Dengan bersandarkan kepada dua konsep utama sebagai dasar luarnya, iaitu cegahrintang dan diplomasi, misi utama angkatan tentera Singapura, SAF adalah untuk mencegah pencerobohan dan sekiranya kemampuan cegahrintangnya gagal, ia mesti menewaskan si penceroboh. Diplomasi pula bererti bahawa Singapura mengamalkan dasar luar yang mencerminkan komitmennya untuk bekerjasama, membina persahabatan dengan negara lain serta memainkan peranan yang membina serta konstruktif dengan negara sahabat serantau dan perkembangan antarabangsa bagi membantu meningkatkan keselamatan serta kemampuan strategiknya.

Kewujudan National Service, NS pula berasaskan bahawa dengan jumlah populasi yang kecil, Singapura hanya mampu menubuhkan angkatan tenteranya dengan mewajibkan rakyatnya dilatih di bawah satu sistem yang kini menjadi tulang belakang SAF. Singapura memerlukan angkatan tentera yang boleh dikerah bila-bila masa terutamanya jika terdapat kecemasan, maka anggotanya juga perlu menjalankan tugas seharian sebagai rakyat biasa yang mempunyai pekerjaan. Oleh itu, tiada sesiapapun yang boleh memandang rendah pada angkatan tentera yang mempunyai anggota walaupun kecil tetapi penuh bersemangat untuk mempertahankan negaranya.

SAF juga mempunyai pertalian dan persahabatan yang rapat dengan angkatan tentera dari negara lain. Melalui perjanjian seperti Five Power Defence Arrangement, FPDA antara Australia, New Zealand, United Kingdom dan Malaysia sejak 1971, serta interaksi dan latihan bersama 20 negara sama ada secara bilateral atau multilateral hampir setiap tahun, SAF dapat meningkatkan kualiti operasi dan latihan anggotanya. Pendedahan kepada operasi bantuan keamanan serta misi kemanusiaan di negara lain juga telah membantu SAF, contohnya apabila anggotanya dihantar ke Timor Timur dan Perang Teluk, serta baru-baru ini, misi pemulihan tsunami di Acheh.

Pertalian dan persahabatan dengan angkatan tentera negara lain juga telah menyelesaikan masalah kekurangan kawasan latihan untuk darat dan udara dengan adanya program latihan luar negara. Sebagai contoh, tentera udara SAF sering mengadakan latihan penerbangan di negara lain, sekaligus memberi peluang anggota SAF merasai perbezaan cabaran ketenteraan mengikut pelbagai keadaan, cuaca serta tingkat teknologi.

Dalam senario antarabangsa yang kini menumpukan perhatian terhadap kumpulan pengganas antarabangsa pasca-September 11, kerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan dunia dipertingkatkan. Singapura memandang serius terhadap ancaman dari luar kerana pengganas dikatakan tidak lagi menghormati persempadanan negara kerana ia berasaskan satu kerjasama multinasional yang mampu melancarkan serangan dari pelbagai lokasi. Singapura bekerjasama dengan negara lain yang mempunyai kepentingan melindungi sempadan negara terutamanya dari aspek maritim.

Dengan persepsi bahawa negara bersaiz kecil hanya boleh maju dan berkembang apabila wujud budaya antarabangsa yang menghormati kedaulatan dan kewibawaan undang-undang, tidak hairanlah apabila dasar luar Singapura memberikan reaksi kepada pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1980, serta serangan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990, kerana ia melihat tindakan tersebut sebagai contoh realiti yang mungkin berlaku kepada negara kecil yang lain termasuk Singapura.

Pada awal penubuhannya, Singapura mengalu-alukan peranan kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia terutamanya ketika Perang Dingin dan sehingga kini. Walaupun negara lain di rantau Asia kurang selesa dengan penglibatan AS di rantau ini, Singapura memandang peranan AS sebagai amat penting dari segi dasar menegakkan undang-undang antarabangsa. Konsep rule of law ini juga menjadi tunjang dasar luarnya yang berpendapat bahawa undang-undang antarabangsa dan kod etikanya dapat menjamin kedudukan sebuah negara kecil di persada antarabangsa dan bukannya rule of might yang memberi justifikasi kepada negara besar menekan negara yang kecil. Peranan AS sebagai pengimbang kuasa besar lain di rantau Asia seperti China, Jepun dan Russia juga mempengaruhi dasar luar Singapura yang condong ke arah Barat.

Hubungan dan aktiviti ketenteraan Singapura pada peringkat antarabangsa diakui sebagai antara yang paling mantap jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Ini kerana menerusi hubungan dengan pihak luar berupaya meningkatkan kewibawaan angkatan tenteranya. Ia adalah manfaat latihan luar negara yang lebih realistik dan pendedahan pengalaman tempur doktrin operasi tentera asing misalnya hubungan dengan tentera Amerika Syarikat. Selain itu, hubungan pertahanan dengan negara-negara seperti Australia, New Zealand, Perancis, United Kingdom dan AS juga telah menjadi tunjang kepada kehadiran kuasa tentera ini di Singapura dan seterusnya meningkatkan keselamatan negara ini.

Diplomasi pertahanan termasuklah operasi kemanusiaan telah berperanan sebagai pembina keyakinan kepada hubungan negara serantau. Sebagai contoh, walaupun hubungan Malaysia dan Singapura yang mempunyai beberapa isu tertunggak, saluran komunikasi yang wujud melalui ketenteraan dan FPDA berjaya mengelakkan ia berlarutan menjadi konflik bersenjata. Walaupun hubungan serantau dan rangkaian pertahanan antarabangsa yang mendalam telah dipupuk oleh Singapura, ia bukanlah jaminan keselamatan kepadanya kerana perhubungan tersebut tidak berbentuk satu pakatan ketenteraan dan pastinya, Singapura mesti sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar dengan menggunakan semua sumber yang ada.

DASAR PERTAHANAN SINGAPURA

Seperti yang diterangkan di atas, konsep penggubalan dasar luar dan terutamanya dasar pertahanan Singapura adalah berdasarkan realiti saiz, kedudukan dan kekurangan sumber asli yang mempengaruhi dimensi keselamatan dalam dan luar negara. Singapura menamakan prinsip dasar pertahanannya sebagai Total Defence. Ia merangkumi lima aspek iaitu: Ketenteraan, sivil, ekonomi, sosial dan psikologi.

Kesemua aspek ini perlu ditekankan dan diperkuatkan di peringkat individu dan nasional kerana kedua-duanya saling berkaitan. Di peringkat nasional, polisi yang mempengaruhi keseluruhan definisi masyarakat Singapura supaya memperkemaskan diri dari segi pertahanan manakala di peringkat individu pula menekankan sikap, tanggungjawab dan pelan untuk setiap rakyat melaksanakan program utama negara demi memperkukuhkan definisi Total Defence ini. Ketenteraan

Di peringkat nasional, kerajaan Singapura membelanjakan 6% daripada Keluaran Negara Kasar, KNK untuk tujuan pertahanan demi mencapai kemampuan cegahrintang walaupun sekitar tahun 1997, kebanyakan negara di rantau Asia mengurangkan perbelanjaan pertahanan mereka. Di peringkat individu pula, setiap lelaki perlu menjaga tahap kecergasan fizikal dan memfokus kepada latihan NS. Secara keseluruhannya, kesinambungan dari peringkat individu kepada nasional dapat menjamin anggota tentera yang cergas dan kuat. Kesan perbelanjaan ini terhadap kemampuan ketenteraan Singapura jelas dilihat apabila SAF menunjukkan peningkatan dari segi produktiviti dengan adanya peralatan yang sofistikated, infrastruktur yang moden dan mahal, program latihan luar negara serta pakej pendapatan yang lumayan. Kemampuan anggota SAF untuk bersedia beroperasi cukup mengagumkan kerana kemampuan ini diuji kerapkali dalam setahun menerusi media. Adalah menjadi prinsip Singapura untuk mengatasi negara-negara serantau yang lain dari segi teknologi ketenteraannya.

Kerjasama antara industri pertahanan tempatan dan kumpulan teknologi pertahanan MINDEF Singapura menjadi tunggak penyelidikan senjata dan kemampuan terbaru terutamanya dari aspek C3I iaitu arahan, kawalan, komunikasi dan risikan atau command, control, communications and intelligence. Secara tidak lansung, anggota tenteranya juga berpendidikan tinggi, suatu yang memberi kelebihan dari segi psikologi dan moral anggota SAF. Koordinasi antara ketiga-tiga jenis perkhidmatan; darat, udara dan laut, juga dipertingkatkan di bawah konsep peperangan intergrasi yang dilakukan menerusi latihan antara ketiga jenis perkhidmatan.Sivil Kesedaran mengenai pertahanan sivil juga ditekankan kerana sebagai sebuah negara yang kecil sekiranya mengalami serangan, bekalan air, elektrik dan masalah makanan pasti timbul maka rakyat harus bersedia dari semua segi untuk menghadapi ancaman.

Begitu juga ditekankan kepentingan kerja-kerja menyelamat apabila kerosakan awam akibat peperangan. Di peringkat nasional, dasar pertahanan awam memastikan keselamatan dan keperluan asas rakyat dijamin untuk meningkatkan semangat anggota tentera yang perlukan jaminan bahawa kebajikan keluarga mereka terjaga. Peneraju pertahanan sivil ialah Angkatan Pertahanan Sivil Singapura atau Singapore Civil Defence Force - SCDF di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab melatih rakyat dari segi kemahiran kerja-kerja menyelamat, evacuation, pertolongan cemas dan pengawalan kemusnahan. CDF memastikan rakyat Singapura biasa dengan peraturan dan prosedur perkhidmatan kecemasan dan bantuan kemanusiaan yang membekalkan bekalan kritikal seperti darah, air dan makanan.Simulasi dan latihan melibatkan orang awam juga diadakan dari semasa ke semasa bersama sukarelawan untuk mengadakan eksesais menguji kecekapan sistem amaran awam, pencatuan air dan makanan serta pusat perlindungan bom.

Ini memastikan di peringkat individu, setiap rakyat Singapura tahu apa yang perlu dilakukan di waktu kecemasan dan setiap individu diwajibkan menyertai secara aktif sewaktu latihan pertahanan sivil dijalankan. Kesannya, ramai rakyat Singapura mempunyai kemahiran menyelamatkan nyawa dengan pertolongan cemas, bantuan pernafasan, CPR atau mengawal api.

Ekonomi

Pertahanan ekonomi merangkumi dua dimensi; pertama mewujudkan pelan kecemasan dan penyusunan perancangan untuk memastikan ekonomi Singapura tidak terjejas teruk akibat peperangan. Ini merujuk kepada adanya bekalan makanan dan air yang mencukupi sekiranya kejadian yang paling buruk terjadi. Ia juga melibatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta yang berkongsi sumber dan mengagihkan sumber tersebut menerusi pejabat dan kilang-kilang yang dapat memainkan peranan apabila anggota tentera dikerah untuk berperang. Dimensi kedua pula merujuk kepada polisi ekonomi yang direka khas untuk menangani cabaran dan ancaman yang kuat menerusi tabiat perbelanjaan yang cekap, gunatenaga yang mahir dan terlatih. Di peringkat individu, rakyat Singapura diingatkan supaya meningkat tahap kemahiran dan ilmu untuk menghadapi cabaran era baru sebagai menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja yang berilmu dan berteknologi tinggi.

Sosial

Dimensi sosial yang mencorakkan persepsi ancaman Singapura adalah ratio kaum Melayu dan Cina. Singapura mempunyai 77% rakyat Cina di rantau Melayu yang bermastautin di negara yang lebih besar, Malaysia dan Indonesia. Dengan hanya 14% golongan minoriti Melayu di Singapura, ketegangan mengenai isu pembangunan kaum Melayu seringkali menjadi bahan pertelagahan dengan Malaysia, khususnya yang merasakan bahawa kaum Melayu di Singapura mempunyai pertalian dengan Melayu di Malaysia. Dimensi ras inilah yang mempengaruhi isu kesetiaan di Singapura apabila polisi pertahanan digubal untuk mengutamakan rakyat berbangsa Cina menganggotai SAF.

Oleh kerana dari dimensi ras ini masih rapuh, pertahanan sosial dikatakan amat penting. Konsep ini menekankan kepentingan rakyat Singapura yang berbilang bangsa dan agama hidup dalam harmoni. Peluang sama rata antara pelbagai jenis kaum untuk mengamalkan budaya dan agama dilaungkan sebagaimana rakyat diingatkan supaya membantu sesama sendiri dan juga golongan yang kurang berupaya. Setiap tanggal 21 Julai, Singapura menyambut Hari Keharmonian Bangsa untuk mengingatkan rakyat agar tidak mengambil enteng keharmonian bangsa dan agama. Rakyat juga digalakkan melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan. Ia sekaligus cuba memupuk budaya memahami budaya orang lain dari segi pemakaian, pemakanan dan sebagainya. Konsep pertanggungjawaban sosial juga ditekankan menerusi program penglibatan dalam komuniti atau Community Involvement Programme terutamanya selepas alam persekolahan.

Psikologi

Pertahanan psikologi dikatakan antara aspek yang paling penting tetapi agak sukar untuk dipromosikan. Ia merujuk kepada konsep kesetiaan dan komitmen untuk membentuk negara bangsa Singapura menerusi tahap keyakinan rakyat terhadap konsep kenegaraan yang mereka mahu untuk masa depan Singapura. Menerusi konsep pendidikan nasional, sekolah-sekolah dan agensi pembentukan negara yang lain giat mempromosi simbol nasional, lagu-lagu patriotik dan sambutan hari kemerdekaan. Hanya dengan rakyat yang yakin dengan masa depan Singapura dapat melindungi hak mereka. Kesedaran cuba dipupuk menerusi pemahaman tentang sejarah Singapura serta melindungi negara daripada ancaman luar yang cuba mencabar pertahanan psikologi rakyat yang dikira masih lemah.

ANALOGI “UDANG BERACUN”

Bagi peruntukan belanjawan tahun 2006, Singapura telah mengumumkan kenaikan tahap perbelanjaan pertahanannya[2] sebanyak 7.4% menunjukkan bahawa kementerian pertahanannya mendapat keutamaan daripada sektor lain. Jumlah sebanyak 31.2% ini adalah daripada 29.68 billion dolar belanjawan tahun fiskal Mac 2006 bakal digunakan untuk tujuan membayar gaji dan elaun anggota tentera, penyelenggaraan peralatan dan kem serta pembelian aset ketenteraan. Kementerian pendidikan adalah yang kedua penting selepas pertahanan dengan memperoleh 20% daripada belanjawan negara itu. Menurut laporan AFP itu, sebagai sebuah negara yang kecil, Singapura mempunyai angkatan tentera darat, laut dan udara yang paling canggih di rantau Asia Tenggara kerana kementerian pertahanannya mendapat lebih sokongan kewangan berbanding kementerian lain. SAF mempunyai 4 buah kapal selam, satu flotilla lengkap dengan helikopter, kapal terbang, kapal pendaratan, kereta kebal dan kapal perang. Singapura juga dilaporkan bakal menggantikan jet pejuang Skyhawk dengan jet pejuang alaf baru yang boleh menelan belanja kira-kira satu billion dolar US.

Perkembangan terbaru seperti yang disebutkan di atas memberi gambaran bahawa bagi sebuah negara yang amat kecil, tumpuan terhadap pertahanan adalah amat jelas. Inilah yang dikatakan sebagai analogi udang beracun kerana walaupun kecil, tetapi kemampuan untuk menewaskan lawan yang berkali ganda lebih besar tidak boleh diragui sehinggakan bakal lawan akan memikir beberapa kali sebelum cuba menyerangnya. Bukan sahaja dari segi kewangan dan jumlah asetnya, semangat juang SAF juga tidak dapat dipertikaikan apabila menghayati lima mesej yang ingin disampaikan oleh program NS iaitu: Singapura adalah tanahair kita.

Di sinilah tempat kita.Singapura perlu dipertahankan. Kita mahu kekalkan warisan dan cara hidup kita.Singapura boleh dipertahankan. Bersatu, bersungguh-sungguh dan bersedia, kita pertahankan keselamatan tempat tinggal dan masa depan keluarga dan anak-anak kita.Hanya kita sahaja yang boleh mempertahankan Singapura. Orang lain tidak bertanggungjawab mengekalkan keselamatan kita. Kita boleh mencegah orang lain daripada menyerang kita. Dengan Total Defence, kita boleh hidup aman. Menurut Huxley (2000), kemampuan pertahanan Singapura berbanding Malaysia dan Indonesia jelas dilihat kerana Singapura mempunyai kelebihan ketenteraan dengan jumlah kereta kebal, meriam jarak jauh 155mm, jet pejuang yang terbesar di Asia Tenggara serta aset sokongan lain seperti pesawat amaran awal dan sistem pertahanan udara yang lengkap berbanding kedua-dua negara jiran itu.

Huxley juga menyebut bahawa selain faktor kuantitatif, faktor kualitatif adalah lebih penting kerana di situlah kekuatan SAF. Katanya, walaupun anggota SAF kurang berpengalaman di medan pertempuran, mereka adalah anggota tentera yang berpendidikan tinggi, terlatih dan cekap dari segi teknikal. Oleh kerana tingkat teknologi peralatannya yang tinggi, tahap pendapatan yang lumayan serta hubungan dan kerjasama sinergi antara tiga bidang perkhidmatan yang baik, SAF mempunyai kriteria penting sebagai angkatan tentera yang efektif berbanding angkatan dari negara lain di rantau Asia. Penggunaan teknologi adalah amat kritikal dalam memberikan kelebihan kepada SAF. Ini kerana pemilihan sistem persenjataan yang baik sebenarnya bermaksud kemampuan membinasa yang sama atau lebih kuat tetapi hanya memerlukan sejumlah kecil staf yang mengendalikan sistem itu.

Singapura memastikan seberapa banyak proses diautomasikan dengan penggunaan komputer untuk meningkatkan tahap kecekapan dan mengurangkan pergantungan tenaga manusia. Inilah kemampuan menambah anggota atau force multiplier yang membezakan antara angkatan tentera konservatif dengan anggota tentera alaf baru.Sebenarnya, analogi udang beracun ini dapat difahami dengan lebih lanjut apabila menilai perkembangan industri pertahanan Singapura. Dengan pendekatan yang dinamakan sebagai pembangunan pertahanan bersepadu atau integrated defence development, terdapat beberapa aspek yang boleh digabungkan untuk menghasilkan sinergi antara operasi dan teknologi, gunatenaga dan kerjasama antara sumber manusia dari kementerian pertahanan, SAF, industri pertahanan tempatan, tenaga akademik dan institusi penyelidikan.

Dengan penubuhan agensi sains pertahanan dan teknologi (DSTA), Singapura mampu melengkapkan industri pertahanan sekaligus meningkatkan kemampuannya. Kementerian Pertahanan Singapura mempunyai tiga komponen utama; teknologi, pentadbiran dan polisi pertahanan. Apabila penekanan diberi kepada aspek teknologi, ia memerlukan satu badan yang mampu menggubal dasar, membuat perancangan dan juga melaksanakan polisi dan pelan tersebut. Oleh kerana pihak kementerian ingin meningkatkan kemampuan dan kecekapan pengurusan ketiga-tiga aspek tersebut, DSTA yang sebelum ini dinamakan Defence Technology Group, DTG, ditubuhkan pada 15 Mac 2000. Akta DSTA memberikan kuasa eksekutif bagi pihak kementerian pertahanan untuk menjangka tren dan perubahan dalam industri pertahanan serta memberikan kelebihan strategik kepada SAF. DSTA mengamalkan beberapa pendekatan penting.

Pertama, merekacipta kelengkapan dan sistem mengikut keperluan strategik sendiri kerana ia kunci kepada pemahaman fungsi aset dan kelengkapan. Dengan mengetahui secara terperinci fungsi serta operasi peralatan itu, tahap kecekapan boleh dijangka, dinilai dan dimanipulasikan.

Kedua, menggunakan metodologi pengurusan menilai jangka hayat aset. Hanya dengan mengetahui ratio antara kos dan jangka hayat sesuatu aset dari segi operasi dan penyelenggaraan, keputusan pembelian yang tepat dapat dilakukan. Ini dapat memastikan bahawa sumber kewangan tidak dibazirkan. Dengan menginstitusikan pengurusan jangka hayat secara sistematik, segala perkembangan dari saat pembelian hinggalah ke tempoh usia usang aset tersebut dapat dilakukan dan pada setiap tahap perkembangan kos dan kemampuan dinilai secara berperingkat. Ini dapat memberikan penyelesaian secara kos efektif kerana aset perlu dinilai samada ia perlu diganti, ditukar ganti atau dinaik taraf.
Ketiga, konsep pembelian pintar yang berasaskan pengetahuan mengenai pasaran serta bagaimana mengeksploitasi kecekapan pasaran untuk menyesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi. Tanpa kemahiran kejuruteraan sistem, proses mengintegrasi kemampuan sesuatu aset dengan komponen lain tidak dapat dicapai. Proses menggabungkan operasi komponen dapat menjamin persembahan yang lebih berkesan, seperti contoh menaik taraf pesawat A-4 dan F-5 tanpa bantuan pakar perunding luar.

Dengan kerjasama antara kumpulan syarikat Singapore Technologies, ST, contohnya, idea baru dapat diserap dalam aplikasi teknik perkomputeran untuk merekabentuk badan kapal dan penggunaan penyemburan jet air.

Pendekatan keempat, adalah mengintegrasi operasi dan teknologi antara jurutera pertahanan, saintis dan pengguna peralatan apabila jurutera dan saintis turut serta dalam eksesais ketenteraan SAF. Menerusi kerjasama ini, pakar teknikal tersebut dapat menilai persembahan, kemampuan dan mengenalpasti permasalahan aset. Ini sekaligus telah memendekkan masa pembangunan sistem yang kompleks dan reka cipta sistem persenjataan seperti kenderaan tempur Bionix Infantry. Contoh yang lain adalah kemunculan rifel SAR21, hasil sinergi antara SAF, DSTA dan industri pertahanan tempatan.Oleh kerana proses pembelian itu amat kompleks, Singapura sentiasa mencari cara yang lebih efektif dan berinovatif dalam menilai dan membeli aset baru.

Seperti kebanyakan negara lain, pembelian produk Comercial-Off-The-Shelf, COTS juga menjadi pilihan Singapura kerana produknya banyak menyediakan sistem perisian yang berteknologi tinggi dan yang sedia digunakan. Pembelian produk COTS membantu mengenalpasti tahap teknologi terbaru yang digunakan pelbagai angkatan tentera lain selain memberikan kos dan sokongan selepas belian yang memuaskan. Dari aspek pembelian juga, kekuatan kemampuan pertahanan tidak mungkin diperolehi tanpa wujud satu sistem pembelian yang sistematik dan bertaraf antarabangsa. Singapura menggunakan piawaian ISO-9000 dalam sistem pembelian berdasarkan konsep telus dan beretika. Segala urusan pembelian dan mendapatkan kontrak adalah terus-menerus dan tidak melibatkan pihak ketiga.

Dengan dibantu oleh prinsip asas iaitu mencari sistem kos efektif yang terbaik, pihak kontraktor diminta agar memahami keperluan dan kehendak pelanggan dari segi teknologi, sokongan jangka panjang peralatan alat ganti dan pembaikan termasuk harga.Bagi program berskala besar, kertas cadangan tender dinilai secara intensif menggunakan proses analitikal hirarki atau analytical hierarchical process, AHP. Ini bermaksud segala aspek teknikal, penjadualan, kewangan dan nilai komersil sesuatu cadangan dinilai untuk mendapatkan sistem yang paling kos efektif. Penerimaan tender adalah berdasarkan kriteria tersebut tanpa mengira punca atau negara penjual. Kesemua pendekatan di atas mencerminkan ketelitian dan keseriusan Singapura menilai aset ketenteraan dari semua segi dan inilah faktor yang membantu memperkuatkan SAF dan sistem sokongannya. Berbeza daripada sistem pembelian aset negara lain yang dikaitkan dengan tahap rasuah yang tinggi tetapi tidak memperoleh aset yang cekap, kos efektif dan berkesan, Singapura mengambil kira semua aspek secara sistematik, telus dan kos efektif.

Ini merupakan aspek kualitatif yang menjamin kekuatan SAF secara keseluruhan.Selain daripada memperincikan proses pemilihan hingga ke pembelian aset, Singapura juga membudayakan kementerian pertahanannya menggunakan internet sebagai alat meningkatkan kecekapan dan kecanggihan sistem pentadbirannya. Bermula April 1998, Singapura telah melancarkan sistem pembelian internet kementerian pertahanan, Ministry of Defence Internet Procurement System, MIPS agar kementerian itu dapat menerima sumber dari pasaran antarabangsa. MIPS selamat digunakan kerana ia menggunakan sistem public encryption technology menerusi kad pintar. Rakan dagangan yang berdaftar boleh menghantar invois terus kepada kementerian dengan wujudnya kad pintar kerana ia selamat dan dirahsiakan. Sistem ini juga memudahkan pembekal dalam dan luar negara berunding terus dengan kementerian serta menubuhkan rangkaian pembekalan yang diintegrasikan dengan sistem pembelian, logistik dan kewangan kementerian.

Ia melancarkan sistem pencarian, memproses permintaan, pengurusan penghantaran dan inventori hinggalah ke proses penyediaan invois. Kini, MIPS mempunyai rangkaian e-dagang dengan AS.Adalah amat jelas dengan perancangan terperinci, SAF dibantu oleh agensi sokongan yang menjamin pemilihan kelengkapan, penyelenggaraan dan operasi ketenteraan yang berkualiti tinggi. Ini telah memperkuatkan analogi udang beracun kerana secara perbandingan, Singapura memang mempunyai kemampuan ketenteraan yang efektif dan menggerunkan. Walaupun saiznya yang kecil menjadi sumber kelemahan geo-strategik, tetapi dasar pertahanannya mencerminkan komitmen tinggi untuk mencapai tahap cegahrintang dan kemampuan mematahkan serangan terhadapnya pada tahap maksima.

KESIMPULAN

Menurut penilaian Huxley, walaupun SAF jelas mempunyai aset ketenteraan yang hebat berbanding angkatan lain di rantau Asia Tenggara, ia mempunyai kelemahan yang masih perlu diperbaiki dan mungkin menjadi penentu menang atau kalahnya dalam peperangan. Secara amnya, Singapura mempunyai kekuatan dari segi kecekapan dan produktiviti industri, komersil dan sektor awam yang secara tidak lansung mempengaruhi prestasi SAF secara keseluruhan. Kadar rasuah yang rendah juga membantu keberkesanan pentadbiran pertahanan Singapura menerusi pengurusan beretika dan telus seperti yang digariskan oleh DSTA.

SAF dikenali sebagai angkatan tentera yang mementingkan penggunaan teknologi tinggi dengan melatih anggotanya memahami aspek teknikal penggunaan senjata dan sistem pengendaliannya. Dengan bantuan penyelidikan dan pembangunan, R&D, kemampuan operasinya berjaya ditingkatkan apabila majoriti anggotanya berpendidikan tinggi dan mudah diasimilasikan dengan teknologi pertahanan. Semangat juang anggota SAF juga dikatakan tinggi dengan bantuan serta pakej pendapatan yang lumayan dan kelengkapan yang canggih. Menerusi sistem biasiswa SAF dan skim dua kerjaya, pegawai tinggi tentera dapat diserapkan ke dalam sistem politik dan pentadbiran kerajaan Singapura. Ini membantu mengekalkan kepentingan pertahanan dan keperluan strategiknya kerana perwakilan di parlimen sudah wujud untuk memastikan kepentingan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa kelemahan fundamental yang masih menghantui kerajaan Singapura. Selepas lebih 30 tahun program NS dilaksanakan, ia masih lagi dianggap sebagai bebanan untuk masyarakat Singapura yang majoritinya adalah kaum Cina. Disebabkan usia Singapura yang masih muda, rakyatnya ketandusan pemahaman mengenai sejarah penubuhannya serta tanpa wira-wira untuk disanjung dan tidak ada tradisi yang membantu mengukuhkan semangat setiakawan di kalangan anggota SAF dan masyarakat Singapura secara amnya.

Hakikat bahawa SAF tidak pernah diuji juga menjadi sumber kebimbangan kerana ramai anggotanya terdiri dari generasi muda yang tidak pernah bertempur di medan perang, malah lebih dikenali sebagai pengurus teknokrat daripada sebagai seorang pegawai tentera. Skim biasiswa SAF juga dikatakan hanya mencuri masa pegawai SAF sebelum mereka berpindah menjawat jawatan yang lebih berkuasa dan bergaji tinggi.

Kesan polisi ke atas kumpulan minoriti Melayu yang kini mengalami jurang perbezaan yang besar dari pelbagai segi telah sedikit sebanyak melemahkan konteks keharmonian sosial Singapura. Sikap kerajaan majoriti Cina yang sentiasa syak wasangka terhadap kumpulan ini telah meningkatkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbangsa Melayu. Ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada konsep keharmonian pelbagai bangsa di Singapura.
Walau bagaimanapun, Singapura tetap mementingkan teknologi sebagai satu “bisa” yang menjamin kekuatan SAF. Sebahagian besar pelaburan masa depan kementerian pertahanan Singapura adalah dalam pembinaan kemampuan peperangan elektronik, EW. Sejak tahun 1992 lagi, Singapura telah mewujudkan doktrin perang radio elektronik yang mengintegrasikan EW dengan kebolehan merisik, gangguan fizikal dan penipuan. Segala sistem sokongan EW, komunikasi dan sistem perisikan elektronik terus menjamin kedudukan Singapura melangkaui angkatan tentera yang lain di rantau Asia Tenggara.

Walaupun Malaysia cuba meningkatkan kemampuan teknologi ketenteraannya, Singapura jauh ke hadapan dan terus merangka polisi menyediakan anggotanya menangani cabaran keganasan antarabangsa.

Kesimpulannya, Singapura kekal umpama udang beracun dari segi penguasaan teknologi dan mempunyai aset yang canggih, terkini dan berkesan. Tetapi sekiranya ia terus melibatkan diri dalam operasi kemanusiaan atau campur tangan di luar negara, kemampuannya untuk mengerah tenaga dalam negara akan terbatas. Ia masih terhad, tetapi dengan perancangan rapi, sebagai negara yang kecil dengan pelbagai kelemahan, ia masih mampu menjadi kuasa besar.

Sumber : http://syaitan.wordpress.com/

Perjanjian Manila-MILF Dibatal

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung Filipina hari Isnin untuk menahan perjanjian wilayah antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) daripada dimeterai telah merencat langkah yang dijangka dapat menyelesaikan konflik persenjataan berdarah selama emat dekad di wilayah selatan negara tersebut.

"Majlis menandatangai perjanjian telah dibatalkan. Kerajaan Filipina berkata mereka mematuhi keputusan mahkamah tersebut," kata ketua fasilitator kepada perjanjian damai itu Datuk Othman Abdul kepada Bernama malam Isnin.

Malaysia menjadi orang tengah perjanjian damai tersebut.

Kedua-dua pihak yang bersengketa tersebut sebelum ini dijadual menandatangani perjanjian di Putrajaya Selasa yang bertujuan untuk secara rasmi membuka semula rundingan bagi menamatkan konflik di Mindanao yang telah mengorbankan 120,000 nyawa dan menyebabkan jutaan yang lain hilang.

Reuters melaporkan ahli-ahli politik Katholik di selatan telah meminta Mahkamah Agung menghentikan majlis menandatangani tersebut dengan alasan mereka tidak diminta berunding mengenai perjanjian berkenaan.

Mereka bimbang perjanjian tersebut akan membentuk Mindanao sebagai kawasan perlindungan orang Islam.

Perjanjian tersebut akan melebarkan wilayah autonomi sedia ada untuk masyarakat Islam di selatan, yang akan turut memberi mereka kuasa politik dan ekonomi yang lebih luas.

Ditemuramah oleh Bernama semasa Malaysia sedang membuat persediaan perjanjian itu, Othman berkata rundingan mengenai kekuasaan turun temurun adalah yang paling sukar.

Kekuasaan turun temurun merujuk kepada permintaan MILF untuk mengembangkan wilayah yang akan ditadbir oleh orang Islam sendiri.

-- BERNAMA

Ini pelan peralihan kuasa Wanita UMNO...

Datuk Seri Rafidah Aziz mengumumkan hari ini beliau akan bertanding pertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.Katanya pada satu acara anjuran pergerakan itu PWTC di Kuala Lumpur beliau akan serah jawatan kepada Naibnya, Datuk Seri Sharizat Jalil pada pertengahan tahun 2009.Sebelum ini terdapat desas desus Shahrizat mungkin tanding Ketua Wanita pada pemilihan jawatan UMNO Disember ini.Menurut Rafidah beliau tidak mahu timbul pecah belah dan berpuak-puak akibat pertandingan jawatan.Katanya kemungkinan itu boleh diambil kesempatan oleh pembangkang.- 4/8/2008





Sumber : http://www.agendadaily.com/

Mengapa wajah Hamid Albar Pucat Lesi Akhir akhir ini?

Oleh Refomis Muda

 Tak seperti diawal siasatan dan tuduhan dahulu, Syed Hamid yang selalu bercakap besar dan bercakap kurang ajar berkaitan kes liwat, nampaknya akhir akhir ini wajahnya tak seceria dahulu, agaknya mengapa? pening kepala.. tertekan kerana tidak mempunyai bukti atau menerima tekanan dan amaran keras dari negara Asing? dulu bukan main egonya bercakap Anwar pelapor kepada negara asing, tapi sejak akhir akhir ini setelah diberi amaran oleh setiausaha Amerika Condaliza rice Syed hamid kini bertukar wajah dan cara bercakap walaupun masih dan tetap kurang ajar. apakah kini dia sudah sedar tidak ada kes yang kuat untuk membawa Anwar ke Mahkamah?



Andai dia terus kan hasrat bosnya itu, kita mungkin menghadapi sekali lagi krisis ekonomi yang teruk akibat dari tekanan negara luar, sebelum ini negara seperti Jepun yang tidak pernah mencampuri urusan dalaman Malaysia kini tegas membantah penahanan Anwar, wajah Syed Hamid seakan lebih tertekan apabila Wan Azizah mengumumkan secara mengejut perletakan Jawatan sebagai Mp Permatang pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

apakah siasatan yang dihantar ke pejabat peguam negara benar benar kukuh dan sempurna? atau ada tekanan dari team lain menganggu Konspirasi mereka? sebelum ini khabar angin bertiup kencang Zaid Ibrahim akan meletak jawatan malah ada yang mengatakan Zaid Ibrahim sudahpun menyerahkan surat perletakan jawatan pada 7 julai, mengapa tiba tiba Zaid Ibrahim membuat kenyataan yang dia tak akan meletakkan jawatan? malah lebih pedas lagi zaid mengatakan dia diminta meletak jawatan dari dalam kerajaan dan dari pembangkang. umum sedia maklum Zaid Ibrahim memegang Porfolio yang menjaga badan kehakiman. walaupun Zaid Ibrahim ini dari segi moralnya sedikit tercemar tetapi dari soal keluhuran Undang undang selalu dipertahankan.

berita bertiup kencang Syed Hamid Albar menerima tekanan dari dalam kabinet sendiri. malah ada cawangan MCA secara terbuka minta pendakwaan dihentikan, saya kira seluruh parti komponen kini mendesak agar pendakwaan ini dihentikan. yang bercakap soal liwat ini hanya pemimpin Umno, syed hamid kini hanya ada pilihan " Do or Die". kalau dia tak dakwa dia dan teamnya Musa Hassan dan Gani patail bakal menerima akibatnya. kalau diteruskan tekanan dari dalam parti dan luar negara memuncak. andai dia terus dia kalah, dia hentikanpun mereka akan kalah.

Malaysia bakal menerima tekanan yang kuat andai Anwar didakwa!! ingat PM sendiri terlibat dalam skandal minyak(oil for Food) di Iraq yang didakwa oleh PBB, apakah ini tekanan yang bakal diterima PM kita? sekurang kurangnya Konspirasi Zaman Tun mahathir dia tidak terlibat dengan skandal luar Negara. malah kini pentadbiran Abdullah semakin runsing dan pening. andai Anwar tidak didakwa, sudah pasti 16 september Anwar berjaya membentuk Kerajaan.

jadi kita tunggu dan lihat...


Sumber : http://www.tranungkite.net

Sayfool calon UMNO Permatang Pauh

Oleh : muramatsu
United Kingdom.

Memandangkan pengorbanan yang amat besar Sayfool, maka eloklah UMNO pilih Sayfool sebagai calun UMNO di Permatang Pauh. Walaupun tulisan ini agak nakal sedikit. Namun atas asas moral seperti kata Ezam, maka tidak ada lagi calun lain UMNO yang sesuai, selain Sayfool.

Sayfool mempunyai banyak kelebihan berbanding semua ahli UMNO yang ada. Lihat blog Sayfool yang dibina dari dalam ‘tempat perlindungan polis’. Temanya hebat iaitu Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara.

Atas sifat keadilan yang hendak ditegakkan itu dan maklumat ‘rahsia’ yang banyak diperoleh waktu menjadi tukang kopi DSAI, maka maklumat terbaru berkenaan boleh dijadikan oleh Sayfool untuk menang di Permatang Pauh.

Selain dari maklumat, Sayfool melebihi orang lain kerana membiarkan lubang punggungnya menjadi bahan bacaan penyampai berita, menjadi baham tulisan media utama negara. Cuma pihak istana saja diam pasal lubang taik Sayfool tu. Tidak mungkin ada orang UMNO lain seberani Sayfool membiarkan lubang taiknya dibualkan oleh seluruh manusia yang hidup di dunia ini. Mungkin orang mati Mokhtar Abdullah, Dr.Rostina, dan Khalid Jefri pun sedang berbual-bual pasal lubang dubur Sayfool itu.

Gandingan mat tempur Ezam dengan Sayfool bolehlah dikira sudah cukup untuk memenangkan UMNO di Permatang Pauh. Ezam dan Sayfool amat penting dalam kestabilan politik UMNO mutakhir ini.

Kenyataan Annuar Musa ( yang datang shopping di Chesire Oaks Designer Outlets di Chester UK pada musim sejuk tahun 2006/2007 itu kononnya UMNO perlu boikot pilihanraya Permatang Pauh adalah salah. Apabila dikata sebagai pembaziran lagi tidak tepat. Kerana sebelum ini mana ada pemimpin UMNO mengaku pernah membazir wang Negara dalam semua tindak tanduknya.

Peluang yang ada di Permatang Pauh terbuka luas seluas lubang najis Sayfool yang dikorek oleh doktor di PUSRAWI untuk Sayfool menerangkan betapa tindakannya tidak ada lain selain dari Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara.

Kehebatan yang ada pada Sayfool yang pendek akal dalam mengaji di Uniten sehingga ditendang itu juga tidak terbandingkan, dalam kes lubang taiknya itu dia berjaya membawa semua orang menjadi cerdik dan menjadi bodoh belaka.

Lihat Pengurus Besar hospital PUSRAWI yang bergelar doktor itu pun terkial-kial berputar putar berbelit belit mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai laporan lubang najis Sayfool yang dibocorkan keluar dari peti besi PUSRAWI.

Disamping itu lihat Dr.Novandri Hassan Basri (pemimpin UMNO pulau pinang yang didokong oleh tauke-tauke nasi kandar – Melayu ke depa tu?) pun terheret menjadi bijak lebih bijak dari doktor yang bertugas memeriksa dubur Sayfool itu, sedangkan doktor itu lebih lama bertugas serta lebih berumur dari Dr Novandri sendiri.

Sayfool mempunyai kelebihan berbanding Dr.Novandri kerana Sayfool rakyat Malaysia asal sedangkan Dr. Novandri cuma anak seorang tutor dari indon yang bertugas/pernah bertugas di USM satu masa dulu. Lihatlah orang seperti Dr.Novandri dan tauke-tauke nasi kandar sajalah yang sangat sayangkan UMNO kerana mereka asalnya adalah papa kedana di tanah air datuk nenek mereka sendiri. Mereka ini tidak pernah ada rasa ‘melayu’ Malaysia yang kebanyakkannya hidup di kampung-kampung di seluruh Malaysia yang jauh lebih selesa berbanding mereka ini di Negara asal masing-masing.

Yang lebih penting untuk diingati dan dikenang Sayfool ini adalah pencipta sejarah Negara yang berkonsepkan Malaysia Boleh yang didokong UMNO melalui Institut Pemikiran Mahathir dan Nordin Kardi birotatanegara. Sayfool seorang pencipta sejarah Negara Malaysia kerana kes lubang duburnya itulah menyebabkan Perdana Menteri PakLah melarang Peguam Negara(Gani Patail – nama tak jauh dari Tamby (Rahim Tamby Chik – Pegerusi GABEM yang mendapat projek memajukan Kampung Baru) ) dan Ketua Polis Negara (Musa Hassan) dari menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Adakah orang lain selain dari Sayfool yang berjaya membikinkan keadaan ini? Cuba cerita?. Tidak ada. Inilah contoh manusia (Sayfool umurnya 23 tahun) yang dihasilkan dari pemerintahan UMNO Mahathir selama 22 tahun itu.

Bahkan Angkasawan Negara yang mencipta sejarah Negara serta baru mendapat pingat dari istana itu pun tidak sehebat Sayfool itu, kalau ada pun dia senyap begitu saja. Kalau Angkasawan Negara berjaya menyebabkan JJ gagal menjadi menteri kabinet PakLah dan menyebabkan pemecatan Prof Dr Mazlan dalam projek angkasawan itu, pergaduhan hampir berlaku antara Kazastan dengan Russia adalah semata-amat akibat kedangkalan menteri menteri sains ketika itu (JJ), tetapi Sayfool pula hebat kerana kes lubang duburnya itu sudah melibatkan satu Negara kecoh. Ini sudah dikira bersejarah!.

Oleh yang demikian, UMNO mempunyai Sayfool untuk menjadi calun di Permatang Pauh. UMNO juga mempunyai pendekar tulin, Ezam boleh membantu Sayfool di situ. Biarkan mereka berdua saja ke Permatang Pauh dalam pilihanraya berkenaan. Pembesar-pembesar UMNO dan media tidak perlu ke sana dan mereka pula tidak perlu membuat laporan mengenai pilihanraya Permatang Pauh itu nanti kerana di khuatiri akan berlaku pembaziran wang rakyat dan Negara kerana pemimpin UMNO nampaknya mulai kenal apa itu pembaziran.

Sumber : http://www.tranungkite.net

Saturday, August 2, 2008

Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS

Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.

Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.

Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada

Dato Idris JalaPengarah Urusan Malaysia Airlines1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport47200 Subang, Selangor DEFax: 03-78439400 Tel: 03-78404801

Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Article 11 (4)

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.

Siasatan polis juga dilaporkan tidak diteruskan.