Pages

Thursday, June 5, 2008

Harga Minyak

Kaya tu kerajaan Malaysia...RM 3 bil utk Patrick, RM 5 bil utk KJ, RM 10 bil utk Kamaludin, RM 10 bil utk Jane...bagi2 kan sama rata kat kaum keluarga ko jerr yer Dollah.

**********************************************
Oleh: Tun Dr. Mahathir

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Baca lagi...

Ikon Remaja masa kini

ALHAMDULILLAH dengan nikmat kehidupan kurniaan Allah bersua lagi kita kali ini untuk hidup berpandukan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan.

Selepas iman dan akidah kepada Allah terbina sebagai asas dan tapak, pengukuhan iman seorang Muslim diperteguhkan lagi dengan iman kepada Rasulullah.
Jika beriman kepada Allah penuh yakin dan percaya, beriman dengan Rasulullah ikut apa yang nabi buat dan suruh.

Sebab itulah nabi diutuskan kepada manusia dalam bentuk manusia. Jika malaikat menjadi nabi, susah hendak diikut. Malaikat tidak makan, tidak minum dan tidak berkahwin.

Nabi sebagai manusia perangai kemanusiaannya adalah ikutan kita. Kemanusiaan Rasulullah berlandaskan wahyu Allah.

Semua orang makan, tetapi jika makan mengikut cara nabi akan menjadi ibadat. Begitu juga berkahwin, nabi ajar cara perkahwinan yang betul, malah dalam hiburan nabi mengajar cara berhibur yang betul.

Baca lagi...

Gaji menteri

Kita punya mentiri ada byk wang...saya ada ingat mau kasi potong skit..kasi subsidi petrol....ammmaakkk.

************************************************************
Maklumat ini saya perolehi dari seorang sahabat yang menggelarkan dirinya sebagai bunga_mawar. Cuba kita perhati betul-betul, dan bandingkan dengan gaji yang kita dapat setiap bulan, baik kakitangan kerajaan biasa, baik kakitangan swasta biasa, bekerja sendiri ataupun kerja sambilan. Yang tak bekerja apatah lagi. Menurut sahabat saya itu, maklumat ini adalah sulit. Walau bagaimanapun, saya tak nampak rasional menyulitkan perkara ini. Saya sanggup ambil risiko ini demi kepentingan kita bersama.

Berikut adalah maklumat yang dikongsikan oleh bunga_mawar kepada saya, mari kita lihat, buka mata luas-luas.

SLIP PENDAPATAN BULANAN BAGI MENTERI PENUH MALAYSIA TERMASUK KETUA-KETUA MENTERI


1. Gaji Pokok RM18,000 - amat sulit, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parlimen

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


SLIP PENDAPATAN BULANAN BAGI TIMBALAN MENTERI

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

LAIN-LAIN HAL BERKENAAN

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Maklumat diatas adalah sumbangan bunga_mawar

Saya ada buat sedikit analisis di bawah

Cuba kita congak dengan teliti, kalau nak dikirakan, memang gaji kakitangan biasa adalah lebih ciput jika dibandingkan dengan mereka ini. Kalau mereka bekerja dengan tulus dan ikhlas, alhamdulillah. Tapi kalau dapat jawatan semata-mata nak penuhkan tembolok sahaja, memang tak berkat. Kita belajar tinggi-tinggi, dapat master, dapat phd, starting pun tak sampai RM4000. Bayangkan, latar belakang wakil rakyat pun belum sahih, pendidikan takat mana, yang penting pandai berpidato, pandai bagi janji manis, terus dapat RM10,650 dengan menjadi wakil rakyat. Kalau mereka bekerja demi rakyat, kami tak bangkang, kalau tak kerja, hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita perhatikan sekiranya 10% daripada gaji pokok menteri contohnya, dipotong untuk disalurkan kepada kebajikan rakyat, 10% daripada RM18,000 adalah RM1800. RM1800 X 27 (bilangan menteri dalam malaysia) = RM48600. Tu baru sebulan, kalau setahun: RM48600 X 12 = RM583,200. Kan menyumbang tu. Tak termasuk gaji timbalan menteri lagi. RM1800 kalau ditolak dari gaji pokok RM18,000 bersamaan RM16,200. Tak luak langsung.

Saya cuba ambil contoh menteri sahaja, timbalan menteri, para pembaca congak laa semdiri. Bayangkan kalau gaji yang dipotong ini digunakan menggantikan subsidi bagi mengurangkan harga minyak, beras dan juga keperluan lain yang rakyat perlukan? Bukan kah sedikit sebanyak akan mengurangkan beban rakyat. Prihatinkah kerajaan malaysia?

Marilah kita muhasabah diri, lihat situasi yang berlaku sekarang. Saya tak pernah mengkritik macam ni. Tapi bila dah lihat kebenaran, rasa hangin juga.

Ini baru gaji menteri, ketua menteri dan timbalannya. Bagaimana gaji perdana menteri pula?

Home made fire extinguisher

Skang ni sema kena jimat dowh!...do it your self bro.

***********************************************************

Jangan berdemontrasi - Dollah PM

Aper plan dia kalo rakyat buat demontrasi?...tu sema mesti dah calculate nyerrr...Aper plan ko ni Dollah..haaa..haaa..

*********************************************
Oleh Bernama

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat Malaysia jangan berdemonstrasi untuk melepaskan kemarahan mereka berikutan dengan kenaikan harga minyak.
Beliau berkata sungguhpun harga minyak dan barangan sudah naik di negara ini, ia masih lagi yang terendah di Asia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak akan berdemonstrasi kerana apa yang kita buat sekarang ini adalah keputusan sebaik-baiknya dalam keadaan susah.

"Dan di samping itu juga, apa yang telah kita tentukan merupakan harga yang terendah di pasaran Asia," kata Abdullah selepas mengumumkan Pakej Penstrukturan Subsidi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya jika rakyat Malaysia akan berdemonstrasi ekoran kenaikan harga minyak dan diesel mulai esok.

Ditanya siapakah yang dipersalahkan dengan kenaikan harga minyak dalam pasaran antarabangsa, dengan memaksa banyak negara menghadapi keadaan yang tidak aman dan stabil, Abdullah berkata banyak pihak yang persalahkan untuk kekurangan minyak dunia.

"Ramai yang dipersalahkan kerana menyebabkan kekurangan minyak. Kita tidak dapat sebanyak yang kita selalu peroleh. Masalah ini di mana saja yang menyebabkan kekurangan," tambah beliau.

Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau berasa lega bahawa isu ini ditangani di peringkat dunia sebelum ia tidak dapat dikawal yang boleh menyebabkan keadaan tidak aman.

"Saya gembira bahawa di peringkat ekonomi dunia, terdapat beberapa tindakan yang diambil untuk menangani krisis ini," kata beliau.

JKKK diarah sabotaj Selangor - PKR

Aper dengki nyer mat taib ni... mengalahkan yahudi la ko mat!

*****************************************************

(Malaysiakini) - Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengarahkan sekumpulan ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor "mengacau" pentadbiran kerajaan negeri.

Senator itu, yang juga ketua penerangan Umno, mengadakan sebuah pertemuan dengan kumpulan ini di sebuah hotel di Shah Alam tidak lama selepas dilantik sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah pada Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, beliau menggariskan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh ketua kampung dan ahli JKKK untuk mengganggu kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat, kata satu sumber PKR kepada Malaysiakini hari ini.

"Muhammad berkata, (dalam pertemuan itu) jangan terima arahan daripada setiausaha kerajaan dan pegawai daerah.

"Jangan letak jawatan. Dapat elaun, (tetapi) buat bodoh saja. Kalau (kerajaan) negeri tidak bagi duit, (kerajaan) pusat akan bagi," kata sumber itu, dengan mendakwa maklumat didedahkan kepadanya oleh seorang penghulu yang hadir.

Kelmarin, Muhammad memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan persekutuan terpaksa mengadakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di empat negeri Pakatan "bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di peringkat kampung."

Nak baca lagi?..

Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar

Hah..tunggu aper lagi..tukor ler kerajaan tu...Cibai nyer Beballah!

*******************************************
Thursday, 05 June 2008

(Harakah) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyatberikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam.

"Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau menyatakan kenaikan tersebut menyebabkan kehidupan rakyat semakin rumit yang akan merebak kepada kenaikan taraf elektrik, kos pengangkutan dan harga barang keperluan yang lain.

"Persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun.

"Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah projek mega dan koridor (ekonomi)!" katanya yaang membidas pembaziran wang rakyat oleh kerajaan.

Beliau menyatakan bahawa rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan tetapi manfaatnya hanyalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

"Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab. Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.
"Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya berundur!" katanya.