Pages

Thursday, December 12, 2013

Dajal Mengadu domba ahli agama

10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Encik Mohamad Sabu dengan fahaman dan aktiviti Syiah didedahkan oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri hari ini. Penyiasatan dilakukan oleh Dr Abdul Aziz Hanafi dan Zamihan Mat Zain.

1 - Antara bukti yang didedahkan ialah Mohamad Sabu pernah melafazkan ‘selawat’ penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis pada tahun 2005. Perkara ini dijelaskan oleh Dr Abdul Aziz Hanafi dalam sesi temuramah yang dilakukan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN pada 11 Disember 2013.

2 - Mohamad Sabu juga didapati pernah beberapa kali menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu leper di tempat sujudnya seperti solat penganut Syiah, menurut Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah.

3 - Mohamad Sabu juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada 4 hingga 5 kali.

4 - Selain itu, beliau juga didapati telah membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada tahun 2011. Beliau melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

5 - Berdasarkan maklumat, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011. Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

6 - Beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini’ di ruangan Fikrah, Akhbar Harakah, halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.

7 - Mohamad Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau. Kenyataan ini disampaikan di dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011.

8 - Ketika mengulas perutusan sempena Hari Kristian tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan. Kenyataan beliau ini telah dimuatkan ke dalam Harakahdaily pada 25 Disember 2008.

9 - Dalam sebuah temuramah agensi berita ‘Antara Pos’, Timbalan Presiden JATI Dato’ Aidit Ghazali menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

10 - Sahabat Mohamad Sabu selama 20 tahun, C.N Afghani ketika ditemuramah oleh Ustaz Zamihan, pegawai KDN pada 9 Disember menjelaskan bahawa Mohamad Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.

Siapa Zamihan Mat Zain??
~Gambar hiasan~

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) yang menjadi isu keselamatan sejak awal minggu lalu.

Sehubungan itu beliau juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin yang didakwa membuat tuduhan tersebut pada satu taklimat tertutup anjuran polis dan Kementerian Dalam Negeri Isnin lalu.

“Nanti saya saman dia (Zamihan) sebab cakap macam itu.

“Wahabi itu apa? Saya tidak tahu apa-apa mengenainya, saya bukan ustaz, saya orang sukan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Shahidan juga mempersoalkan latar belakang Zamihan yang membolehkannya menghakimi orang lain.

“Siapa dia? Latar belakangnya juga menjadi persoalan. Siapa mentornya? Hassan al-Saqqaf?

“Dia sama seperti mentornya yang suka melabel orang lain sebagai ‘kafir’.

“Adakah orang yang mempunyai pemikiran songsang dan ekstrem dia boleh diterima pendapatnya?” kata beliau lagi.

Kata Shahidan, sebagai seorang yang mempunyai agama Islam beliau ada pendirian yang teguh.

“Saya ada pendirian dalam agama, jika anda tanya saya mengikut ajaran Imam Shafie.

“Saya sibuk dengan kerja saya, saya masih wakil rakyat. Lebih baik saya memberikan tumpuan kepada kerja daripada bertekak dengan seseorang yang ilmu pengetahuan dalam Islam dipersoalkan,” katanya.

Shahidan juga mahu polis menyiasat latar belakang Zamihan kerana mendakwa ia boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara.

“Polis perlu siasat Zamihan, siapa dia, apa latar belakangnya? Bagaimana orang seperti ini boleh menghakimi orang lain? Apa haknya untuk membuat tuduhan-tuduhan sebegitu.

“Ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Jadi polis perlu memandang serius akan perkara ini,” kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Laporan media menyebut nama Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bekas mufti Perlis dan mufti semasa negeri itu dikaitkan dengan JI dan fahaman wahabi pada satu taklimat pihak berkuasa Isnin lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dipertikaikan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Juanda Jaya sambil menegaskan, pendedahan wujudnya peranan JI sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan “mainan politik kotor kerajaan” untuk mengalih isu semasa.

“Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

“Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu,” kata dua pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri dan Juanda menambah, buktinya laporan media yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu telah didakwa bahawa nama kedua-dua mereka bersama Presidan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Shahidan Kassim serta ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

“Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah,” kata Asri dan Juanda.

Presiden Jamaah Islam Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin juga menyelar dengan berkata “apa bukti JIM terlibat dengan JI?”

“Adakah Zahiman ada bukti mengatakan JIM mempunyai kaitan? Jika ada, buktikan kepada semua.

“Jangan sesuka hati lemparkan tuduhan-tuduhan yang liar seperti jika tiada bukti,” kata Zaid.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan JI.

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

0 comments:

Post a Comment