Pages

Thursday, August 28, 2008

Politik Beruk Punca Umno Tewas di Permatang Pauh?

Analisa Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

(Bulan Penuh 2012) - Beruk bukanlah binatang yang asing sangat dalam kehidupan manusia. Begitulah jua sepupu-sepapatnya seperti monyet, kera, ungka, orang utan, chimpanze, cinekah dan yang sewaktu dengannya.


Sesuai dengan semangat artikel ini, suka saya menyatakan bahawa tidak sekali-kali ada niat dalam penulisan ini untuk menghina golongan beruk ini.

Malah saya menyeru supaya kita menghayati keunikan dan manfaat penciptaan beruk ini yang mana secara langsung atau tidak langsung, sedar atau tidak, telah banyak membantu dalam perkembangan kemajuan dalam sejarah ketamadunan manusia itu sendiri.

Artikel ini juga tidak bertujuan untuk menghina manusia-manusia yang terlibat dalam industri yang menggunakan beruk, contohnya profession sebagai seorang pengambil upah petik kelapa yang menggunakan khidmat golongan beruk yang mulia itu.

Sewajarnyalah kita memuliakan orang-orang yang memanfaat tenaga dan kepakaran beruk ini kerana usaha-usaha mereka selama ini telah banyak menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam sektor perusahaan kelapa nasional.

Seperti juga makhluk-makhluk Allah s.w.t yang lain, beruk juga memiliki banyak perangai sama ada baik atau buruk.


Atas premis bahawa kejadian beruk itu adalah satu bantuan dari Allah s.w.t supaya manusia mendapat peluang untuk menghayati setiap perlakuannya sebagai pedoman untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini.

Dengan kesedaran itu, wajarlah manusia menggunakan akal fikirannya dalam meneliti dan mengkaji perlakuan-perlakuan beruk ini. Sudah tentu perlakuan atau sifat-sifat yang baik boleh dijadikan panduan manakala yang buruk-buruk pula dijadikan sempadan.

Beruk tetap selamanya akan berperangai seperti yang diperintahkan Allah s.w.t kepadanya iaitu menjadi beruk sehingga ke hari kiamat. Tidaklah sekali-sekali ia berhajat menderhaka kepada Allah s.w.t dengan berusaha merubah dirinya menjadi anjing, kuda, semut, lebah dan sebagainya.

Persoalannya, jika golongan beruk begitu patuh kepada perintah Allah s.w.t supaya menjadi beruk sehingga ke hari kiamat tanpa sebarang bantahan, mengapa pula ada segolongan manusia engkar dengan perintah Allah s.w.t supaya mereka menjadi manusia?

Paling menghairankan kita, golongan manusia yang engkar ini sanggup pula meniru perangai-perangai buruk beruk sehinggakan kadangkala kita terkeliru dan menyangka golongan manusia itu adalah segolongan beruk betul ataupun ‘beruk jadian’.

Ada juga sesetengah golongan yang disifatkan sebagai ‘beruk berkepala hitam’.

Dalam pada itu, istilah ‘terperanjat beruk’ juga tidak asing dalam masyarakat kita walaupun tidak pernah ada kajian yang telah membuktikan ‘kerteperanjatan beruk’ adalah ‘terperanjat tahap maksimum’ berbanding binatang-binatang lain seperti kuda laut, zirafah ataupun cicak kobeng.

Politik Beruk

Beberapa peristiwa besar dalam negara yang berlaku sejak Presiden PKR, Dr. Wan Azizah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh bagi membuka jalan untuk Saudara Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen membuatkan saya tertanya-tanya adakah insiden-insiden yang dicetuskan oleh Kelompok Sekular Umno itu menunjukkan mereka benar-benar terdesak sehingga berpolitik seperti ‘beruk’.


Saya juga tertanya-tanya, selain dari beberapa manusia yang menerajui golongan sekular terganas di Malaysia itu adakah Kelompok Sekular Umno itu telah didominasi keahliannya oleh beruk-beruk yang terlatih dari seluruh negara ini?

Dalam tempoh tersebut, saya memilih untuk ‘played down’ semua berita, kenyataan akhbar, sumpah, pengakuan dan dakwaan yang disebarluas oleh ‘lembu-lembu pawah Umno’ sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, bercelaru dan memalukan.

Respon saya, “mustahil manusia yang buat benda ni, awak silap tengok, mungkin beruk masuk TV!”.

“Takkanlah beruk pakai songkok, pakai samping masuk masjid pegang Qur’an lepas tu bersumpah-sumpah ikut syariat Kristian”, ujar seorang jiran yang mengikuti sumpah bodoh si Sepol di kaca TV pada malam penamaan calon PRK Permatang Pauh, 15 Ogos lalu.

“Beruk pun pandai berlakon aper? Kat Holywood dah beratus-ratus beruk orang putih bawak berlakon. Juak-juak Umno kan berkiblatkan orang barat, jadi tak mustahil dia guna beruk nak bersumpah!”

Jawapan saya itu membuatkan jiran sebelah yang bertandang membawa perkhabaran sumpah bodoh itu tidak mahu balik rumah. Katanya, dia nak berbincang pasal politik beruk dengan saya malam itu.

Nampaknya penat berjalan kaki balik dari surau selepas solat isyak tadi akan bertambah-tambah pula dengan penat berbincang dengan seorang jiran yang masih ada saki-baki sekular dalam hatinya ini, walaupun dia mengakui sudah tiga kali PRU dia enggan mengundi calon Kelompok Sekular Umno tetapi tidak pula mengundi calon pembangkang sebaliknya merosakkan kertas undinya setiap kali sebagai bantahan kepada Kelompok Sekular Umno.

Untuk melayan manusia ini, saya merujuk catatan-catatan lama saya semasa berjumpa atau mendampingi pemilik-pemilik beruk dari pelbagai latarbelakang di seluruh negara sewaktu berpindah-randah ke sana-sini ketika bertugas dengan sebuah NGO suatu ketika dahulu.

Tuduh kawan beruk, tak sedar dia pun beruk

Pak Mat (bukan nama sebenar) dari Lenggong memberitahu saya salah satu taktik beruk peliharaannya untuk curi tulang semasa gilirannya bertugas memetik kelapa.

Menjadi kebiasaan Pak Mat untuk menggilirkan beruknya dan hanya membawa 2 ekor sahaja untuk bertugas setiap hari. Pak Mat ada 8 ekor beruk termasuk 2 yang masih kecil dan belum pun mula berlatih.

Setiap pagi Pak Mat akan berseru kepada beruk-beruknya, “Beruk…. Ooooo Beruk, mari panjat kelapa”. Beruk-beruk junior akan berebut-rebut mendatangi Pak Mat sekalipun bukan giliran mereka bertugas pada hari itu.

Lain pula perangainya dengan beruk-beruk senior. Mula-mula mereka geleng kepala bersungguh-sungguh seolah-olah menafikan mereka seekor beruk. Apabila Pak Mat menjerit lagi kepada beruk senior yang sepatutnya bertugas, beruk itu terkekeh-kekeh sambil menunjuk-nunjuk kepada beruk-beruk junior seolah-olah menyatakan dia bukan beruk dan menuduh beruk-beruk junior itu sahaja sebagai beruk.

Moralnya, adalah menjadi kebiasaan bagi seekor beruk untuk menafikan keberukannya dan memperbesarkan keberukan beruk-beruk yang lain terutamanya apabila dia malas kerja dan hendak menipu tuannya.

Kata Pak Mat, perangai ini tiada ubatnya. Latihlah macam mana sekalipun, beruk tetap berperangai sedemikian.

Bila sebut perangai beruk tuduh beruk lain lebih beruk dari dirinya sendiri, saya teringat dengan kenyataan Ketua Kelompok Sekular Umno di Permatang Pauh, Abdul Jalil Abdul Hamid yang menyatakan hanya seekor monyet sudah memadai untuk mengalahkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari sebelum Najib Glokal mengumumkan nama calon BN di PRK Permatang Pauh dan dipercayai pada masa itu Abdul Jalil dipercayai telah mengetahui bahawa ketua-ketua kabilah Umno di Putrajaya telahpun sepakat memilih Mamak Arif Shah sekalipun juak-juak Umno di Permatang Pauh berlompat-lompatan mempromosikan dirinya sebagai calon.

Tidaklah pula diketahui seandainya kekalahan Mamak Arif Shah kepada Anwar Ibrahim dengan majoriti lebih 15,000 itu menunjukkan bahawa pengundi-pengundi Permatang Pauh tidak rela ber’MP’kan seekor monyet.

Tidaklah juga diketahui sama ada keputusan itu menunjukkan masinnya mulut Abdul Jalil sebab katanya seekor monyet memadai untuk menewaskan Anwar. Maka apa kejadahnya BN meletakkan Mamak Arif Shah di situ.

Dengan menafikan hak seekor monyet untuk mewakili Kelompok Sekular Umno di Permatang Pauh, maka parti sekular reput itu berhadapan dengan kekalahan yang memalukan.

Mungkin andaian yang kedua itu betul sebab tidak mungkin Abdul Jalil berniat menyamakan rakan seperasuahannya sebagai monyet. Mungkin Abdul Jalil telahpun menjinakkan seekor monyet untuk tujuan itu.

Maka melepaslah peluang monyet itu mencipta sejarah sebagai monyet pertama di Malaysia yang bertanding atas tiket BN dalam sebuah PRK. Kabilah Umno Permatang Pauh juga terlepas untuk berwakilrakyatkan seekor monyet buat pertama kalinya dalam sejarah.

Jadi jelas yang salah adalah Najib Glokal kerana tidak memperdulikan hasrat akar umbi di Permatang Pauh yang inginkan seekor monyet sebagai MP mereka. Mungkin juga Najib Glokal terkeliru kerana sejak dia berkhemah di Permatang Pauh dia melihat semua jentera Umno telah dikuasai oleh manusia berperangai monyet.

Justeru mungkin Najib tidak merasa perlunya seekor monyet sebenar dijadikan calon BN sebagaimana nasihat Abdul Jalil. “Cukuplah dengan monyet-monyet yang ada”, agaknya itulah jawapan Najib Glokal kalau dia ditanya kenapa menolak cadangan calon monyet sebenar itu.



Kisah beruk bunuh lalat, tuan mati lalat selamat


Di Kampung Simpang Lima, Batu Pahat saya ditemukan dengan Pak Sukiman (bukan nama sebenar). Beliau memelihara dua ekor beruk dan hanya menjadikan aktiviti memetik kelapa sebagai hobi dan memenuhi masa lapang atau menunaikan hajat orang untuk mengumpul kelapa buat gulai kenduri. Sebelah pagi Pak Sukiman akan menyibukkan dirinya di kebun jagung milik keluarganya.

Pernah dengar cerita beruk bunuh lalat? Sambil memakan beberapa tongkol jagung manis yang direbusnya di pondok kecil tempat berteduh dalam kebunnya itu, Pak Sukiman memulakan cerita.

Satu ketika dahulu ada seekor beruk follow tuannya seorang warga emas berstatus duda sebatang kara tiada anak tiada saudara memetik kelapa di sebuah kebun kelapa yang luas. Mereka mula bekerja sebaik sahaja terang tanah.

Beruk yang expert itu memanjat setiap pokok kelapa dan menjatuh kelapa tua dengan bergaya tanpa perlu disorak-sorak oleh tuannya. Sementara itu, si tua tadi mengumpulkan setiap kelapa yang dipetik dan mengupas sabutnya satu demi satu.

Seperti mana yang diajar tuannya, sebaik sahaja matahari tegak tepat atas jambulnya, si beruk expert tadi pun turun kerana masa bertugasnya telah selesai.

Fahamlah si tua bahawa beberapa ketika lagi waktu zohor akan masuk maka bersegeralah dia mengumpulkan semua kelapa yang telah dibuang sabutnya ke dalam sebuah raga rotan.

Oleh kerana terlampau keletihan, si tua me’landing’kan dirinya di bawah sepohon kelapa rendang. Setelah memerhati beberapa ketika dan betul-betul pasti tiada sebiji pun kelapa tua yang tertinggal di atas pokok itu yang mungkin berpotensi untuk gugur menimpanya, si tua pun menutup matanya untuk berdengkur sepukul dua bagi menghilangkan keletihan.

Beruk expert itu amatlah baik dan kasih kepada tuannya, ujar Pak Sukiman menyambung ceritanya. Justeru dengan penuh kasih sayang dia duduk di tepi tuannya tanpa membuat bising sambil menghadam beberapa biji tombong kelapa yang diberi si tua itu sebentar tadi.

Sambil-sambil mengunyah tombong sang beruk memerhati sekeliling takut-takut ada musuh yang hendak mengganggu tidur tuannya. Sang beruk amat berharap tidur tuannya tidak terganggu sehinggalah matahari tergelincir dan ketika itulah dia akan mengejutkan tuannya untuk pulang kerana zohor telah masuk.

Adapun, beberapa ketika kemudian datanglah tiga beranak lalat menghinggapi dahi si tua itu. Memandangkan tuannya ‘tidur mampus’, sang beruk mengambil keputusan untuk masuk campur dan mengisytiharkan perang ke atas lalat tiga beranak itu.

Macam-macam cara dicubanya, tetapi lalat-lalat itu masih berdegil dan tetap menghurung dahi si tua itu.

Sang beruk naik angin. Tidak sekali-kali dia sanggup melihat lalat tiga beranak itu mengganggu tidur tuannya. Mula-mula dikibasnya lalat itu dengan tangannya, tidak berkesan.

Kemudiannya dia memetik beberapa helai daun dan mengipas-ngipas dahi tuannya. Semasa sang beruk mengipas, lalat lari. Bila tidak dikipas, tiga beranak lalat itu datang semula. Tak berkesan juga nampaknya, sang beruk bercakap sendirian.

Lama berkipas, tangan sang beruk kebas. Ini membuat sang beruk naik angin. Sang beruk rasa daun dan tangannya terlalu kecil untuk menakutkan lalat-lalat durjana itu.

Pandang kiri pandang kanan, sang beruk nampak seketul batu bersaiz sebesar kepala tuannya. Sambil menyumpah-nyumpah lalat-lalat jahanam itu, sang beruk mengangkat tinggi-tinggi batu besar itu dan dengan sepenuh perasaan kasih sayang menghempaskan batu itu ke arah lalat-lalat yang sedang melepak di atas dahi tuannya.

Sangka sang beruk, lalat tiga beranak itu pasti arwah dan tidur tuannya tidak terganggu lagi.

Adapun kata yang empunya cerita itu, lalat tiga beranak itu selamat kerana mereka berjaya mengelakkan batu besar itu ‘on time’. Si tua itu pula mati tanpa sempat mengucap dan tempurung kepalanya pecah dan darah membuak-buak keluar dan otaknya tersembul.

Sedarlah sang beruk ketika itu akan tindakan yang awalnya disangka mulia dan atas perasaan kasih kepada tuannya itu, rupanya membawa petaka. Kini tuannya telah arwah dan dia hilang tempat mengadu.

Malang sungguh sang beruk itu sama tahap malangnya dengan si Sepol yang menyangka sumpah sampahnya mampu memenangkan Mamak Arif Shah di Permatang Pauh. Turut memeriahkan pentas komedi politik tanahair, Najib Glokal turut sama memperlihatkan keberukannya.

Diberitakan Najib Glokal membawa sentuhan baru yang tersendiri dalam kesenian bersumpah apabila bersumpah secara ‘tidak rasmi’ sambil mengagih-agihkan rasuah pilihanraya yang dibungkus semula dengan nama ‘bantuan untuk masjid’.

Warga tua dalam cerita Pak Sukiman menemui ajal di tangan seekor beruk yang menghumban seketul batu ke dahinya.

Namun Mamak Arif Shah lebih malang dari warga emas itu. Dua ketul batu (2 sumpah sampah) masing-masing dari Si Sepol dan mentornya Najib Glokal menyebabkan kepala Mamak Arif Shah hancur berkecai.

Ini belum lagi dikira kemusnahan-kemusnahan yang dibawa oleh dua ekor beruk murtad Ezam dan Nalla dan seekor lagi beruk elit dari Rembau bernama Khairy Jamaluddin.

Pengajarannya, jangan sekali-kali menyuruh beruk berkempen untuk monyet dalam sesebuah pilihanraya.

Menutup ceritanya, Pak Sukiman memberitahu dia tidak pernah membawa beruknya ke kebun jagung itu kerana dia sering melepak dan tertidur di pondok kebun setelah penat bekerja.

Sebaik manapun seseekor beruk itu ketika memetik kelapa, belum tentu selamat untuk dibawa tidur bersama.

Pesanan untuk juak-juak Umno, sayangilah beruk sepenuh hati kerana beruk juga adalah makhluk Allah s.w.t yang mulia dan berjasa. Namun harus diingatkan, untuk menjadi seorang yang bermanfaat dan berjasa kepada pada parti reput anda, anda tidak perlulah berperangai seperti seekor beruk. Hidup beruk untuk Umno!!!!!!!!!


Catatan tambahan : Politik Beruk yang mungkin belum/telah/sedang/akan dipraktiskan oleh Kelompok Sekular Umno.


1. Ramai ketua-ketua kabilah Umno menganggap mengendalikan beruk adalah kerja mudah. Ia disangka semudah memegang hujung tali sambil mengarah beruk di hujung tali yang satu lagi memanjat dan memetik kelapa.

Sangkaan ini terbukti tidak tepat berdasarkan kejadian beberapa ekor beruk yang terlepas semasa hari penamaan calon 16 Ogos lalu. Beruk-beruk yang tidak terkawal itu, jantan dan betina, dilihat menggayakan beberapa aksi lucah di hadapan khalayak ramai. Mungkin juga beruk-beruk itu dibawa tidur bersama setiap malam di bilik tidur tuannya. Justeru tidak menghairankan beruk-beruk terlatih ini meniru bulat-bulat setiap aksi terlampau tuannya sendiri.

2. Pemuka-pemuka Umno perlu sedar bahawa beruk bukanlah sejenis binatang yang takut dan akur kepada tuannya pada sepanjang masa. Ada ketikanya beruk-beruk ini melawan malah memandang ketua-ketua kabilah Umno sebagai musuh.

Dalam menghadapi waktu-waktu sedemikian, juak-juak Umno disarankan mengkaji dan mendalami bahasa tubuh beruk agar segala risiko dapat dielakkan pada saat-saat kritikal. Dicadangkan institusi-institusi rimba seperti BTN dan Kemas digerakkan untuk menjalankan fungsi ini.

Mungkin ramai juak-juak Umno tidak mengetahui bahawa NC UUM adalah calon paling layak untuk mengetuai usaha-usaha sebegini. Nordin Kardi dipercayai mampu mengelakkan kecederaan atau perkara-perkara yang tidak diingini semasa mengendalikan beruk malah kajian terbaru mendapati Nordin Kardi mampu merangsang beruk supaya tenang dan boleh bekerja semula (dan melupakan hasrat untuk meletakkan jawatan?).

3. Perhatikan selalu cara beruk memandang kita. Kalau beruk menjeling, kita mestilah berhati-hati kerana itu adalah dipercayai menandakan ia sedang marah atau naik angin.

Tips ini boleh dijadikan panduan oleh golongan wartawan yang berkemungkinan berpeluang menemubual ‘beruk-beruk Umno’ apabila golongan beruk mendominasi parti sekular reput itu dan mengambilalih kepimpinannya suatu ketika nanti.

4. Beruk yang sedang marah atau ‘naik minyak’ perlu dibiarkan bertenang dan berehat sehari dua. Kelompok Sekular Umno disarankan tidak memaksa beruk-beruk ini bekerja dalam keadaan marah. Berilah MC atau sarankan ia menjalani pemeriksaan dubur di PUSRAWI.

5. Ada juak-juak Umno yang mungkin tertanya-tanya kenapa dan apakah sebab-sebab beruk naik angin dan mengamuk?

Biasanya sebulan sekali, beruk akan jadi steam dan berkeinginan untuk menawan. Pada ketika itu matanya akan menjadi merah. Ia akan kelihatan resah dan menjadi mudah marah jika dipaksa bekerja.

Jika suatu masa nanti seekor beruk ditakdirkan memenangi kerusi Parlimen Rembau (contoh sahaja!), Chief Whip BN hendaklah memastikan MP tersebut tidak membahaskan sebarang usul atau membangkitkan sebarang soalan untuk jawab lisan ketika beruk itu berkeinginan untuk mengawan.

Lebih baik dibiarkan ia berehat dan melampiaskan syahwatnya tanpa sebarang gangguan.

Jika dibiarkan berbahas dalam keadaan ini, ia akan merapu-rapu, terjerit-jerit hingga sesak nafas dalam keadaan mata kemerahan dan berpotensi untuk menakutkan ahli-ahli parlimen wanita.

6. Untuk meredakan gejolak nafsu seekor beruk yang sedang ‘steam’, biasanya Kelompok Sekular Umno akan menyediakan seekor beruk betina.

Kaedah lumrah dan lazim ini kadangkala gagal mencapai matlamatnya kerana ada masanya beruk betina enggan digauli walaupun beruk jantan yang mengorat itu seekor beruk bertaraf VVIP.

Dikhabarkan suatu ketika selepas PRU 12 yang lalu, seekor beruk jantan telah mengorat dan meng’adjust’ seekor beruk betina yang bertugas di sebuah bar eksklusif dan menjadi tumpuan VVIP di Kuala Lumpur.

Malangnya beruk betina tersebut berasa geli geleman dengan jambang dan misai tebal beruk jantan yang kaki botol dan mengepit curut di jarinya sepanjang waktu itu.

Beruk jantan melampiaskan nafsunya dengan meraba punggung beruk betina dalam keterpaksaan. Beruk betina tidak puas hati, lantas membuat laporan polis.

Inilah akibatnya apabila Kelompok Sekular Umno tidak memberi perhatian kepada beruk-beruknya yang sedang mengawan. Akibatnya polis Malaysia yang sentiasa sibuk mengawasi ceramah pembangkang terpaksa kerja overtime.

Tambah merumitkan suasana Karpal Singh tumpang sekaki walaupun beruk betina itu telah bersetuju untuk menarik balik laporan polis. Terpaksalah pura-pura siasat dan pendamkan kes beruk jantan itu hinggalah ke hari ini.

Jika anda terjumpa Nordin Kardi, tolong tanyakan kepadanya apakah ‘pisang’ yang telah diberikan si beruk jantan berjambang itu hingga si beruk betina rela kes raba punggung itu dibakulsampahkan?

Baru-baru ini saya terlihat beruk jantan berjambang itu mengemukakan Point of Order apabila MP Pokok Sena menempelak kegagalan BN memenangi PRK Permatang Pauh sekalipun “Umno berlindung di sebalik punggung Sepol”.

Sumber : Tranungkite

2 comments:

Anak Bulan said...

CANTIK GAMBOR WEH!!!

mahal tur, TV3 tak berani kuar!

Tekong68 said...

Nasi orang punya...cuma tambah cili api skit..nak bagi lebih pedas bro.

Post a Comment