Pages

Friday, August 22, 2008

CERITA SEBENAR Bag mengandungi RM 100,000.00 Untuk Perangkap EXCO Perak

"a
“.........semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya. ......."

memetik kata – kata Tian Chua semalam

Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat PerakWan Nordin Wan Yaacob

Thu | Aug 21, 08 | 7:40:19 pm MYT

PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.

Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.
Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya.

Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.

"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.

Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.

Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.

Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.

Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.

Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.


Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. _

"

0 comments:

Post a Comment