Live dari P44:100,000 iring Anwar. Anwar layak bertanding
Sabtu, 16 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh
PERMATANG PAUH 16 OGOS (SK) -
[11.40 PAGI] SPR telah mengumumkan calon yang bertanding bagi parlimen P44 Permatang Pauh. Anwar layak bertanding. Najib yang turut serta semasa pengumuman di malukan dengan penyokong Pakatan Rakyat. Penyokong menyebut Altantuya. Dianggarkan 100,000 penyokong Pakatan Rakyat
[11.00 PAGI] Anwar Ibrahim dijangka mengadakan sidang media selepas proses pernamaan calon.
[10.30 PAGI] Malaysiakini melaporkan seorang calon yang dikatakan berdaftar sebagai calon bebas, Dr Mansor Othman akan menarik diri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya diterima bertanding dalam pilihan raya kali ini.
[10.00 PAGI] Proses pernamaan calon ditutup manakala sumber mengatakan 30,000 penyokong Pakatan Rakyat berada di pusat pernamaan calon.
[9.40 PAGI] Seorang calon bebas hadir bersama beberapa orang penyokong menyerahkan borang penamaan calon
[9.30 PAGI] Wartawan kami, Rusnizam Mahat melaporkan kira-kira 20,000 penyokong Pakatan Rakyat berada di Pusat Pernamaan Calon
Penyokong Pakatan Rakyat turut membawa bendera, banner dan poster bagi mewarnai suasana pernamaan calon.
Selain itu, tarian naga dari masyarakat cina dan gendang tabla dari masyarakat india turut menceriakan suasana.
Penyokong-penyokong BN yang masuk ke pusat penamaan calon melalui jalan mereka di boo oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Setakat ini tiada sebarang yang tidak diingini berlaku.
Ketika ini Naib Presiden PAS, Mohd Sabu baru tiba dan laungan takbir berkumandang di sana.
[9.14 PAGI] Ketika berita ini ditulis, Anwar masih lagi dalam proses menyerahkan borang percalonan manakala Arif telah selesai untuk mengisi borang.
Wartawan kami yang berada disana melaporkan Calon KeADILan Permatang Pauh telah masuk ke Dewan bagi menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.05 pagi tadi.
Manakala calon BN, Arif Shah Omar Shah didapati masuk ke dalam dewan kira-kira 10 minit awal sebelum Anwar.
Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Jika semuanya berjalan lancar, pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan nama calon-calon yang layak bertanding selepas jam 12 tengahari.
Kedua-dua penyokong telah tiba di pusat pernamaan calon di Institut Tuanku Bainun, kira-kira jam 8.45 pagi ini.
Kedua-dua penyokong, KeADILan dan Barisan Nasional dipisahkan pada jarak 30 Meter. Penyokong BN kelihatan hanya 3000 orang berbanding lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat menyebabkan ruangan yang disediakan untuk menepatkan penyokong telah penuh.
Difahamkan juga, masih ada lagi penyokong Pakatan Rakyat masih lagi berarak, untuk menuju ke pusat penamaan calon.
Sumber : Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment