Inilah yang terjadi jika kita lupa. Lupa dengan segala apa yang terjadi selama ini. Kekejaman dan kezaliman Bebal Nasional semudahnya luput dengan alasan-alasan lapuk ketuanan Melayu dan Islam sebagai isu sensitif. Insiden di Majlis Peguam baru-baru ini cukup membuatkan saya mual dan bersedih. Ke mana misalnya Teras, Pekida dan GPMS pada 7 RabbiulAwwal 1406 Hijrah sewaktu terjadinya – gelap hitam – peristiwa Memali? Kenapa keberanian mereka tidak sampai membantah habis-habisan pembunuhan beramai-ramai tersebut yang sehingga ke hari ini belum mendapat keadilan yang sewajarnya lagi. Ke mana Teras, Pekida dan GPMS dalam isu fitnah Anwar Ibrahim? Siapa Teras, Pekida dan GPMS dalam pilihanraya umum lalu dan sebelum-sebelumnya– jika tidak lain menjadi perkakas/ pencacai/barua United Malay National Organization.
Kenapalah kita yang bencikan kezaliman (baca Bebal Nasional) akhirnya lupa siapa mereka yang kononnya mahu membela Islam itu. Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan taktik kotor kerajaan Bodoh Nasional mahu memperbodohkan rakyat jelata agar bergaduh sesama sendiri. Taktik lama - pecah dan perintah.
Semua kita janganlah terlalu mengagung-agungkan perlembagaan yang dikarang hakim penjajah Inggeris Lord Reid itu. Semua kita perlu ingat Malaysia adalah gagasan asing Amerika Syarikat (AS) yang didokong orang seperti Mahathir Mohamad yang mengakui AS adalah, “liberator” pada waktu itu. Ini boleh dirujuk dalam laman webnya sendiri, kata Mahathir “Yet at that time we looked up to America as a friend and liberator.” Kalau tidak masakan profesor undang-undang Havard, Rupert Emerson telah menulis dan menerbitkan buku yang berjudul, Malaysia: Direct and Indirect rule pada tahun 1937 lagi. Tahun 1937 disaat warga di tanah ini belum tahu apa itu Malaysia lagi. Malaysia hanya dibentuk tanggal 16 September 1963. Pada tahun-tahun 1960an, walhal ratusan orang telah ditangkap dibawah ISA kerana menentang gagasan Malaysia. Seperti Said Zahari yang ditahan tanpa bicara selama 17 tahun di Singapura oleh Lee Kuan Yew kerana berpendirian Malaysia adalah gagasan AS sebagai penjajahan bentuk baru.
Jangan lupa kena ingat, setelah perang dunia pertama telah ada pakatan PUTERA-AMCJA yang cukup kuat membawa gagasan Perlembagaan Rakyat dengan kata Melayu sebagai konsep tanah air dan ketuanan rakyat. Seperti kata arwah Rustam A. Sani, perlu dibezakan bangsa sebagai “race” dan bangsa sebagai “nation” (rupa bangsa). Putera-AMCJA dipengerusikan Dr. Burhanudin Al-Helmy terdiri dari gabungan pertubuhan-pertubuhan rakyat dan parti-parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, API, AWAS, Malayan Democratic Union dan Hizbul Muslimin.
Kenapalah tidak faham-faham lagi minyak dan air tidak boleh bergaul dan bercampur menjadi satu sebatian. Majlis Peguam pula sama bodohnya, mendorong kemarahan dengan meletakkan para panelis yang terdiri dari bukan Islam. BN dan Umno memang menanti-nantikan peluang seperti ini untuk memecahkan PAS dari Pakatan Rakyat. Isu-isu agama terbukti berkesan, sejak zaman penjajah Inggeris lagi untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang budaya, agama dan kaum. JANGAN LUPA KENA INGAT-RAKYAT BERSATU TAK AKAN TERKALAHKAN!!!
Jangan lupa kena ingat: bacalah buku dan tulisan-tulisan Allahyarham pemikir Rustam A. Sani.
Sumber : http://aminiskandar.wordpress.com
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment