Pusingan 1
Hakim S.M Komathy membenarkan permohonan yang dihujahkan oleh peguam-peguam Anwar agar Anwar diberikan ikat jamin. Sekiranya ikat jamin tidak diberi, Anwar akan merengkok di dalam penjara sehinggalah perjalanan kesnya yang mungkin mengambil masa 4 ke 5 tahun selesai.
Ini merupakan isu yang sangat penting kerana jika ikat jamin dinafikan, Anwar terpaksa berseorangan di penjara tanpa pengawasan dan perlindungan dari sahabat-sahabat, ahli keluarga dan penyokong Pakatan Rakyat. Anwar akan berada di bawah budi bicara Ketua Polis Negara, Musa Hasan di dalam penjara dan komunikasi akan terputus antara Anwar dan masyarakat.
Lazimnya, dalam kes jenayah berat yang melibatkan hukuman yang lama, pihak pendakwaan akan membuat bantahan keras kepada mahkamah agar ikat jamin ditolak. Pihak pendakwaan biasanya akan menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapat bukti yang kuat bahawa tertuduh bersalah dan ikat jamin tidak boleh diberi kerana tertuduh mungkin mengugut saksi atau pengadu. Ini dikuatkan dengan kenyataan media Pak Lah bahawa polis mempunyai bukti yang kukuh dan kuat untuk mendakwa Anwar.
Permohonan menafikan ikat jamin hanya akan dilayan oleh mahkamah sekiranya pendakwaan mempunyai bukti kukuh atau wujud kemungkinan tertuduh akan mengganggu perjalanan mahkamah dengan mengugut saksi atau menimbulkan huru-hara.
Tindakan mahkamah yang membenarkan Anwar diikat jamin cukup memalukan dan menghampakan Pak Lah yang baru membuat kenyataan bahawa polis ada bukti yang cukup dan kukuh. Sebenarnya, adalah agak pelik untuk Pak Lah yang berulangkali membuat kenyataan tidak campur tangan dan tidak terlibat dengan pendakwaan kes Anwar untuk membuat kenyataan bahawa polis ada bukti yang cukup dan kukuh.
Ini kerana mustahil Pak Lah boleh mengetahui status kekuatan bukti-bukti polis jika tidak terlibat dengan pendakwaan. Selama ini pun, polis-polis dan pihak pendakwaan kerap kalah di mahkamah kerana bukti yang tidak cukup. Jadi, kenyataan Pak lah tersebut menimbulkan banyak persoalan.
Pusingan 2
Hakim membenarkan Anwar menyimpan paspotnya. Ini menunjukkan bahawa hakim juga berkeyakinan bahawa Anwar tidak akan mengancam keselamatan negara dengan apa cara sekalipun dan tidak akan melarikan diri ke luar negara. Lazimnya, paspot akan diambil oleh mahkamah untuk mengelakkan tertuduh dari lari ke luar negara melainkan mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan tidak di sokong oleh bukti yang kuat.
Dalam kes ini, pihak pendakwaan ada membuat permohonan agar paspot Anwar diambil oleh mahkamah tetapi gagal memberi apa-apa alasan mengapa pasport Anwar perlu diambil.
"Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialahpendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Pusingan 3
Tarikh baru untuk sebutan kes ialah 10 September 2008 iaitu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sekiranya tarikh sebutan baru sebelum pilihanraya kecil, terdapat kemungkinan bahawa pendakwaan akan memohon pada tarikh sebutan tersebut untuk membatalkan ikat jamin atas alasan bahawa Anwar dan penyokongnya mengganggu saksi atau mengancam keselamatan negara. Memandangkan tarikh sebutan akan datang ialah 10 September, Anwar berpeluang berkempen di Permatang Pauh tanpa risiko serius bahawa ikat jamin mungkin dibatalkan pada tarikh sebutan seterusnya.
Pusingan 4
Kadar ikat jamin yang rendah. Wang ikat jamin hanya RM20,000.00. Biasanya, hakim tidak akan mengenakan kadar ikat jamin serendah itu untuk sesuatu kes berprofil tinggi seperti ini. Tujuan ikat jamin ialah, antara lain, memastikan kehadiran tertuduh. Justeru, kadar ikat jamin biasanya tidak boleh rendah. Sekiranya Anwar dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000,000.00 pun diyakini Anwar, melalui bantuan penyokong Pakatan Rakyat, mampu membayarnya. Kadar ikat jamin yang rendah ini menunjukkan mahkamah tidak ragu-ragu bahawa Anwar pasti hadir dan bekerjasama.
Pusingan 5
Kenyataan Pak Lah wujud paksaan dinafikan.
"Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan mendakwa suka sama suka. "Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.Pak Lah dan kepimpinan UMNO pastinya cukup hampa dengan tindakan hakim yang memberi kemenangan 5-0 kepada Anwar. Anwar 5 manakala Pak Lah 0. Selanjutnya, Pak Lah dan kepimpinan UMNO pastinya terkejut dengan tindakan pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun yang tidak pun membuat apa-apa bantahan berhubung ikat jamin.
Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:“Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.”
Kertas pertuduhan ini sebenarnya terlalu banyak kepincangan dan cukup memalukan.
(i) Pertama sekali, waktu pertuduhan didakwa antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang. Ini bermakna waktu kejadian semestinya bermula dari pukul 3.01 petang dan bukan pukul 3.00 petang. Lazimnya, pendakwaan sepatutnya menyebut antara 3 petang dan 4.30 petang.
Bila disebut 3.01 petang, ini bermaksud bahawa sebelum Saiful diliwat oleh Anwar, Saiful telah melihat jam tangannya atau jam dinding dan berkata: “dah pukul 3.01 petang rupa-rupanya, silalah liwat.” Ini cukup pelik kerana sesiapa yang pernah membuat hubungan seks tentulah maklum bahawa pihak-pihak yang sedang ghairah tidak akan memastikan dengan begitu terperinci waktu, jam dan minit kecuali kes-kes pelacur di Lorong Haji Taib.
Isteri yang gersang pun hanya akan mengajak suami untuk bersama pada jam tertentu tetapi bukan pada minit tertentu. Contohnya, seorang isteri mungkin mengajak suaminya untuk membuat hubungan seks pada pukul 3 tetapi bukan secara spesifik pada jam 3.01 petang.(ii) Kedua: Saiful tidak didakwa sama
Lazimnya, melainkan Anwar didakwa meliwat saiful secara paksa, Saiful MESTI didakwa sama. Sekiranya ada unsur paksaan, pertuduhan akan menggunakan perkataan “secara paksa dan tanpa kerelaan mangsa”. Memandangkan pertuduhan tidak melibatkan unsur paksa, saiful sepatutnya mesti didakwa bersama-sama. Sebagai contoh, Pak Lah dikatakan berzina dengan Rafidah Aziz.
Apabila tiba di mahkamah, Rafidah tidak didakwa berzina sebaliknya hanya Pak lah yang didakwa berzina. Ini mustahil dan menyalahi akal kerana zina tidak boleh dibuat secara berseorangan. Liwat pun begitu juga. Kalau seorang diri, ia tidak dipanggil liwat sebaliknya dipanggil masturbasi. Sekiranya hendak mendakwa liwat, kedua-dua perlulah didakwa. Pendakwaan pelik yang pilih kasih ini cukup memualkan. Mungkin benar kata Mahathir bahawa Pak Lah bodoh jika cuba mengulang plot konspirasi tuduhan liwat ke atas Anwar. Mahathir berkata bahawa Pak lah tidak sebodoh itu tetapi ramai rakyat yang kurang bersetuju dengan pendapat Mahathir itu.
Kesimpulannya, kes ini elok benarlah diperhalusi oleh Pak Lah semula. Bantuan blogger-blogger UMNO seperti Antihusam, syardanny dan mereka yang seangkatan perlu dirujuk oleh Pak Lah dan Pak Lah bolehlah bermuzakarah atau bermuqabalah dengan mereka untuk mereka-cipta fitnah yang lebih berkualiti.
0 comments:
Post a Comment