Sebagaimana dijangka, kerusi ini dimenangi oleh DSAI dengan majoriti 15, 671 apabila memperolehi 31,195 undi menewaskan calon BN, Dato’ Arif Shah Omar Shah yang memperolehi 15,524 undi. Calon AKIM, Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.
Pada hari semalam, ketika semua 25 pusat pengundian dengan 110 saluran mengundi ditutup pada jam 5:00 petang, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor mengumumkankan seramai 38,144 daripada 58,459 orang pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh telah keluar mengundi sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8.00 pagi.
Jumlah ini mewakili hanya 65.25 % iaitu merosot sebanyak 16.62 % berbanding dengan peratusan mengundi pada 8 mac lalu.
Ketika Rancangan Analisa AWANI sedang keudara sejak jam 8:00 malam di siaran TV Astro, pengacara Rancangan, Kamarul Bahrin Haron dan Zaiful Arifin bersama dengan beberapa penganalisa politik yang dijemput khas dari Merdeka Center sekali lagi menerima pengesahan dari setiausaha SPR itu bahawa peratusan yang keluar mengundi adalah merosot iaitu 65.25 %.
Trend penurunan peratus yang agak ketara ini telah mendapat komen dari panel jemputan tentang kemungkinan kemerosotan ini menandakan bahawa rakyat di permatang pauh ingin menyatakan protes mereka kepada BN dengan tidak keluar mengundi.
Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah fakta tersebut menunjukkan bahawa apabila keputusan penuh diumumkan ianya mendedahkan bahawa terdapat lebih dari 38,144 kertas undi di dalam peti-peti undi.
Pengundi-pengundi pos telahpun membuang undi mereka pada Sabtu lalu, 23 Ogos 2008 yang berjulah 490 orang kesemuanya.
Jika mengikut pengesahan Datuk Kamaruzaman, 38,144 pengundi yang keluar mengundi pada hari semalam jika dicampur dengan jumlah pengundi pos, maka jumlah kertas undi yang sepatutnya ada dalam peti-peti undi adalah sebanyak 38, 634.
Petugas-petugas pilihanraya dari Pakatan Rakyat telah menjalankan gerak-kerja yang intensif pada hari semalam dan mendapati 81% pemilih berdaftar yang keluar mengundi menyokong calon keadilan iaitu Anwar Ibrahim.
Kalau mengikut kiraan kasar, 81% dari 38,144 akan menunjukkan sebanyak 30,896 undi. Ini menandakan bahawa berdasarkan kajian rambang oleh jentera pilihanaraya Pakaran Rakyat ketika pusat pengundian ditutup pada jam 5:00 petang, DSAI telahpun dapat dipastikan akan mendapat jumlah undi tidak kurang dari 30,000.
Bila keputusan rasmi diumumkan, DSAI telah memperolehi undi sebanyak 31, 195 dan jumlah ini hampir-hampir menyamai angka sebagaimana yang diramalkan.
Jumlah undi yang diperolehi oleh calon AKIM, Hanafi Mamat Cuma 92 undi dan terdapat sebanyak 447 kertas undi yang rosak. Jika jumlah kertas undi yang diperolehi oleh DSAI dicampur dengan kertas undi diperolehi AKIM dan kertas undi rosak, maka jumlahnya ialah 31,734. Oleh kerana hanya terdapat 38,144 pengundi berdaftar yang keluar mengundidicampur dengan undi pos (anggaplah semua undi pos menyokong BN) maka baki yang cuma tinggal itulah yang diperolehi oleh calon BN, Dato Arif Shah Omar Shah iaitu 6,900 undi sahaja.
Memerhati trend sokongan pada hari mengundi semalam dengan mengambil kira faktor semasa dan mood rakyat terhadap kos sara hidup yang meningkat, ketidakyakinan pengundi-pengundi terhadap kemampuan Kerajaan Pak Lah dalam menangani masalah ekonomi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO-BN, saya dari awal lagi menjangkakan bahawa Dato’ Arif cuma mampu mendapat undi antara 7000 hingga 8000 sahaja seandainya peratusan mengundi tidak mencapai 60 %.
Keputusan diumumkan SPR bahawa calon BN memperolehi undi sebanyak 15, 524 menimbulkan persepsi bahawa telah berlaku sesuatu yang tidak kena. Jika mengikut fakta bahawa hanya terdapat 65 % pengundi ( 38,144 orang ) yang keluar mengundi pada hari semalam, BN Cuma boleh memperolehi undi sebanyak 6,410 dan bukannya 15,524.
Fakta:
38,144 pemilih berdaftar (65.25 %) keluar mengundi
Semakan
Undi diperolehi Calon AKIM: 92
Undi Diperolehi DSAI: 31,195
Undi diperolehi BN: 15,524
Undi Rosak: 447
Jumlah undi Pos: 490
Jumlah Semua Kerta Undi: 47,748 ( jumlah ini menunjukkan bahawa yang keluar mengundi termasuk pengundi pos adalah 47, 748 orang iaitu 81.68% iaitu peratusan yang sama dengan jumlah yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh pada PRU ke12, 8 Mac lalu.
Sedangkan kita semua maklum bahawa melalui pengumuman yang disahkan oleh SPR bahawa pada kali ini cuma 65.25 % iaitu 38,144 orang pemilih berdaftar sahaja yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh. Dari mana pula datangnya sejumlah 9,114 kertas undi lagi yang telah mengubah jumlah undi yang sepatutnya diperolehi oleh BN iaitu 6,410 undi menjadi 15,524 undi.
Ini yang sepatutnya:

Undi diperolehi BN: 6,410
Undi Rosak: 447J
umlah kertas undi keseluruhannya: 38,144
Jumlah undi Pos: 490
Kesimpulan: BN & SPR menipu lagi lah.
Barangkali penipuan ini tidak perlu dipedulikan sangat sebab PR sudah menang. Tetapi apa yang dikesali ialah BN dengan memperkudakan SPR masih lagi mahu menipu rakyat. Pada PRU ke 12 lalu, BN telah mendapat isyarat bahawa rakyat mahu mereka melakukan sesuatu untuk memulihkan kepercayaan terhadap mereka. Sebagai seorang kakitangan kerajaan saya merasa amat malu dengan penipuan yang masih lagi dilakukan oleh kerajaan ini. Sepatutnya kerajaan meningkatan integriti dan moralnya dengan cara berhemah dan tulus ikhlas agar kepercayaan serta keyakinan ramai termasuk penjawat awam dapat dipertingkatkan semula.
Namun, amat mendukacitakan Kerajaan BN masih lagi memilih cara yang bangsat dan bedebah dengan melakukan penipuan dalam pilihanraya untuk memulihkan imej dan maruahnya yang telah tercalar teruk. Kalau beginilah caranya, tak payahlah menjadi kerajaan lagi selepas ini. BN boleh menipu tetapi dengan angka-angka ini jelas menunjukkan penipuan dilakukan tidak boleh ditutup dan dinafikan lagi. Tolonglah wahai Kerajaan yang memerintah, kalau ingin bernyawa lebih lama lagi, lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan jujur. Jangan menganggap rakyat ini bodoh seperti kambing, lembu dan kerbau!!.

1 comments:
Fakta: Jumlah pengundi keluar adalah 47,258 (80.83%)
Jumlah awal sebelum semua peti undi sampai hanya 65.25%
Post a Comment