Pages

Thursday, August 28, 2008

Anwar Selamat Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

PENASIHAT Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia jam 10:4 minit pagi ini. Penyempurnaan majlis itu bermakna tercapailah satu lagi majlis penting yang ditunggu-tunggu seperti mana dirancangkan.

Sebaik selesai upacara mengangkat sumpah dan menanda tangani watikah perlantikan, Speaker memahsyurkan perlantikan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pematang Pauh, Pulau Pinang.

Pendekar Amin juga kemudian turut memahsyurkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat. Perlantikan itu adalah sebagai mengganti isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menyandang jawatan itu sebelum ini sehingga beliau mengosongkan kerusi berkenaan pada 31 Julai lalu bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilhan raya kecil di Permatang Pauh dan seterusnya memasuki Parlimen.

Ketika upacara itu hanya dua orang menteri sahaja yang berada di dalam dewan iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Nazri Aziz dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Mustapa Mohamad. Nazri berada di dewan untuk menjawab beberapa solan berhubung dengan kementeriannya. Beberapa ahli Parlimen lain terutama dari Sabah dan Sarawak juga berada dalam Dewan.

Beberapa menteri lain, termasuk Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam Negeri, Shahrir Abdul Samad berada di luar kafeteria ahli Parlimen di luar Dewan dengan beberapa ahli Parlimen.

Ketika Anwar angkat sumpah wakil Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman masuk ke dalam dewan sambil berjalan dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan memerhati ke arah Anwar yang berdiri berhadapan spekar.

Kelihatan juga wakil seremban Khairy Jamaluddin berada ditempatnya mengikut upacara itu penuh tenang.

Hampir semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas, Lim Kit Siang turut berada dalam Dewan.

Beberap orang anggota Dewan yang bangkit mengambil bahagian dalam soal jawab mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Anwar, termasuk Nazri Aziz yang kelihatan berkata sesuatu kepada Anwar sambil mengucap tahniah. Anwar kelihatan tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala tanda menerima ucapan tahniah dari Nazri.

Setiap kali ucapan tahniah dewan bergema dengan paluan meja dari kalangan ahli Parlimen termasuk juga beberapa orang ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.

Selepas berada dalalam dewan kira-kira setengah jam Anwar keluar untuk mengadakan sidang akhbar sulungnya sebagai wakil rakyat. Puluhan wartawan dan jurugambar tidak melepas peluang mengikuti sidang akhbar berkenaan. Menjelang tengah ahri Ahli Parlimen Permatang Pauh itu beredar ke pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen dan mengadakan mesyuarat ringkas dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar yang mengenakan baju kebangsaan berwarna hitam dan berselindang labuh semasa berjalan ke pejabat Ketua Pembangkang diikuti oleh isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah. Para wartawan dan orang ramai juga turut mengurumuni beliau sambil bersalaman dan mengucapkan tahniah atas kejayaan dalam pilihan raya Selasa lepas.

Saya yang turut berdiri di situ turut disapa olehnya dan beliau kelihatan ceria sambil mengenyit-nyitkan kening berberapa kali sambil berkata "Ok... ok!"

Esok buat pertama kali Anwar akan bertentangan mata dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dan semua menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen apabila esok Abdullah dijangka akan membentangkan Bajet 2009 esok.

0 comments:

Post a Comment