Pages

Monday, August 11, 2008

Dulu Hilang Batu, Kini Akan Hilang Pisang ?!

Di binanya Jeti dan sebuah setor simpanan. Diperluaskan kawasan rumah api. Dan katanya diceroboh tanah kebun rakyat Malaysia. Itulah scenario di Pulau Pisang. Rimas dan mencemaskan.

Geram dan menyampah! Bukan sahaja Perdana Menteri yang kerap tidur malah seluruh anggota kabinetnya serta wakil-wakil rakyatnya kelihatan seperti lembap, pasif, lambat dan tidak sensitif. Cuma seorang sahaja ahli parlimennya yang bertempik iaitu ahli Parlimen Pontian.

Yang lain semuanya hampas terutama Ketua Pemuda apatah lagi Naib Ketua Pemuda. Shahril dan Ghani berbalah fasal wilayah Iskandar. Mahyuddin yang semakin tak laku dalam UMNO, belum juga sedar-sedar, masih sibuk mencari ruang. Azlina lena dibuai mimpi. Khalid merepek dengan AUKU yang akhirnya nanti macam itu juga. UMNO dan kepimpinan terus lena. PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI SINGAPURA !

Kepimpinan UMNO memang gila kuasa demi kepentingan dan pengekalan kuasa peribadi. Semuanya beretorik, kerja tetap tak jalan. Bercakap banyak sampai berbuih air liur dan merah-merah bibir. Rais Yatim konon bijak dan handal berbahasa diplomasi. Diplomasi pasif ! Tak habis-habis hendak siasat. Sepatutnya apa yang berlaku di Pulau Pisang dialah antara yang mula-mula tahu . Singapura dah siap bina pagar baru rumah api yang lebih luas tetapi malangnya dia baru nak pergi siasat. Semuanya tahi hidung masin ! Inilah malang nasib Tanah Melayu. PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI SINGAPURA !

UMNO parti yang katanya mendominasi BN, tidak pernah pandai-pandai mengambil ikhtibar dan pengajaran dari sejarah lampau. Kedaulatan negara Malaysia sudah berkali-kali diinjak dan dihina oleh Singapura. Kepimpinan UMNO terus pasif dengan diplomasi bertaraf dunia katanya ! Kes Pulau Batu Putih sangat menghiris hati rakyat. Sudahlah Singapura dibenarkan UMNO mengambil Batu Putih, kini Singapura mahu mendominasi dan akhirnya mahu menguasai perairan sekitar Batu Putih. Belumpun selesai usaha jahat licik Singapura itu, mereka berusaha pula mendominasi Pulau Pisang dengan pembinaan jeti, stor simpanan yang entah apa-apa disimpan dalam tu dan memperluaskan lagi kawasan rumah api di Pulau tersebut. Apa yang kerajaan UMNO buat? UMNO tak kesah. Apa yang Menteri Pertahanan buat ? Pun tak kesah! Itu perkara kecil sahaja, hanya sebuah pulau…. !!! PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI SINGAPURA !

Jika begini sikap kepimpinan UMNO yang menerajui negara ini, batu apa lagi yang akan tinggal pada mereka nanti ?! Jika melihat sejarah di Bosnia, apakah ada jaminan batu yang ada pada mereka itu juga akan selamat ? UMNO dan kepimpinannya buat “dek je”! (ungkapan budak-budak remaja) ! Muka sadin! Tak rasa tercalar maruah langsung ! Rakyat Johor terus menjulang UMNO yang walaupun dah berusia tua masih tak pandai mengambil ikhtibar dan pengajaran dari sejarah ! PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI SINGAPURA !

Kepimpinan UMNO mendakwa, UMNOlah parti Melayu tetapi jahil mempertahankan hak kedaulatan bangsanya. Menjaga kedaulatan bangsa dan negaranya tidak boleh diharap, inikah muka yang boleh diharap untuk mempertahankan agama suci Islam ? Jauh panggang dari api. Tengok Iran, bagaimana negara Republik Islam itu mempertahankan kedaulatan bukan sahaja bangsa Iran malah lebih penting mempertahankan agama suci mereka dalam kes memajukan tenaga nuclear. Mereka sentiasa belajar dari sejarah, begitu tegar, konsisten, pro-aktif dan tegas. Mereka juga bijak berdiplomasi kerana diplomasi mereka bukan diplomasi pasif macam Rais Yatim dan seluruh kepimpinan Malaysia. Diplomasi Iran adalah diplomasi pro-aktif. Tetapi Para pemimpin UMNO yang mendominasi BN asyik sibuk membuat “projek mega” konspirasi, mengagih kuasa sesama pemimpin atasan macam parti hak sendiri, menabur wang kepada ahli-ahli bawahan, menabur fitnah sana sini dan berjuang apa sahaja cara, demi nafsu dan perut. Singapura terus membuat onar berusaha memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang. UMNO yang katanya pemangkin pemerintahan Melayu hari ini terus kuyu ! PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI SINGAPURA !

Mempertahankan kedaulatan negara adalah perintah agama. UMNO sentiasa mahu mengambil jalan mudah dan kadang-kadang seperti kehilangan idea. Pulau Batu Putih diserahkan kepada ICJ yang dikuasai Yahudi untuk membuat keputusan berhubung kedaulatan negara. Sedang kecerdikan Iran tidak pernah mahu menyerah nasib kedaulatan bangsa dan agamanya kepada PBB yang dikuasai Yahudi. Kita ? PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMNASI SINGAPURA!

Dalam kes apa yang berlaku di Pulau Pisang seperti yang dilaungkan oleh ahli parlimen Pontian, di manakah tentera Malaysia. Bukan kita suruh berperang dan menyerang, tidak! Tapi sewajarnya kem tentera di buka di sana. Kenapa UMNO khusus Menteri Pertahanan yang terlalu sibuk itu, mesti takut dan gentar untuk menghantar tentera berkem di sana kerana itu tanah kita dan kedaulatan kita. Penulis sebenarnya tiada maklumat tetapi penulis membuat andaian tentera kita tiada di sana kerana sikap Singapura yang terus berusaha mendominasi Pulau Pisang. Jika tentera kita ada di sana, mungkinkah Singapura berani membuat onar. ? Tidak mungkin. Inilah sikap UMNO parti yang mendominasi pemerintahan negara hari ini. PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI SINGAPURA !

Sudah pasti jika sekiranya ada para pemimpin UMNO yang membaca penulisan ini, mungkin akan terus berkata mengikut kebiasaan ulasan mereka; “ sebenarnya dalam soal kedaulatan negara kita tidak pernah bertolak ansur dan sentiasa buat yang terbaik dan jawatankuasa teknikal telah pun kita hantar untuk mengkaji dan menyiasat perkara tu !! Kita berbincang dengan Singapura dan Singapura memberi jaminan bahawa bukan tujuan Singapura untuk mendominasi mana-mana hak Malaysia ! Rakyat tidak perlu bimbang”. Agaknya ungkapan-ungkapan diplomasi kuffar inilah yang telah berjaya memerangkap dan men-tidak-cerdikkan para pemimpin UMNO yang mendominasi pemerintahan negara pada hari ini. AKHIRNYA… PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI OLEH SINGAPURA.

Rakyat yang cintakan negara merasa cemas. Pemerintahan yang mendakwa cekap ini mesti membuat sesuatu dan mendedahkan kepada seluruh rakyat apa yang telah dilakukan dalam usaha mengurang dan akhirnya menamatkan dominasi Singapura ke atas Pulau Pisang ! Kaji asas keputusan ICJ dulu dan tidak ada konfedensial dalam soal pembangunan Pulau Pisang dan mana-mana jua pulau-pulau Malaysia.. Bentangkan kepada rakyat apa yang telah dan hendak dilakukan. Jangan menjadi bodoh dan diperbodohkan buat kali kedua wahai pemimpin UMNO yang mendominasi pemerintahan pada hari ini. Kami rakyat akan terus kutuk kamu dengan sekeras-keras kutukan dalam sejarah tamadun kami, jika perairan Pulau Batu Putih dan Middle Rock serta PULAU PISANG SEMAKIN DIDOMINASI OLEH SINGAPURA !!!

Insaflah wahai pemimpin UMNO yang mendominasi pemerintahan Malaysia hari ini; kerana kelemahan kamu, dulu kita hilang batu, apakah kini kita akan hilang pisang pula ? Maruah !!


Sumber : http://www.tranungkite.net/v7/

0 comments:

Post a Comment