Pages

Friday, August 15, 2008

Tak setuju jumpa dalam gelap langgar disiplin?

Harakahdaily melaporkan berita bertajuk "Temui pemimpin Umno bukan di atas kepentingan peribadi - Nasharuddin". Saya memohon Allah s.w.t. yang dikasihi memberikan saya kekuatan untuk mempercayainya. Bukan apa, saya teringat posting saya bertajuk "Tak tau lagi ka?"

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Nasha: Kenapa tak boleh dekati Umno?", beliau berkata, ahli PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura berhubung isu muzakarah dengan Umno adalah melanggar disiplin parti.

Ayat itu ditujukan kepada Tok Guru Mursyidul Am ka? Saya tak tuduh apa-apa. Tanya sahaja.

Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tak adalah apa-apa disiplin yang saya langgar agaknya. Saya memang tak bersetuju pemimpin-pemimpin PAS berjumpa pemimpin-pemimpin Umno. Memang al-Quran suruh kita berdamai apabila pihak sebelah sana nak berdamai.

Tetapi, adakah Islam menyuruh kita berdamai dengan puak yang bermain 'carrot and stick'? Sebelah tangan pegang carrot kononnya nak bagi kita makan. Sebelah tangan lagi pegang kayu nak katuk kepala kita.

Berdamai dengan orang yang menipu, bohong tak habis-habis? Kononnya tak harap kepada Datuk Seri Najib Tun Razak nak jaga Islam. Perdana Menteri jaga Islam?

Tuduh tak baik. Tetapi nak tanya, betulkah apa yang diberitahu oleh seorang Ahli Majlis Syura kepada saya bahawa setelah dua kali jumpa pemimpin Umno baru minta Majlis Syura endorse? Bagaimana dengan main-main telefon dengan Najib sebelum pilihan raya lagi? Ada keputusan Majlis Syura? Main-main telefon saja? Tak pernah jumpa?

Satu lagi nak tanya? Mengapa ada lagi pertemuan seperti itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang turut dihadiri Tok Guru Mursyidul Am memutuskan supaya pertemuan tersebut dihentikan? Baca posting saya bertajuk "Melayu, Islam hanya sampingan - Khalid".

Tak ada yang dilanggar?

Kalau jumpa dengan keputusan dan bukan jumpa dalam gelap, kenapa suruh Mahfuz bohong?

Satu lagi saya nak tanya, siapa pemimpin PAS yang tidak ada langsung soalan untuk dikemukakan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang? Benarkah ada pemimpin PAS yang tak hantar soalan Parlimen? Kalau benar, macam mana nak jadi pemimpin kalau malas sampai macam tu? Tak dan? Sibuk jumpa siapa?

Sumber : Penarik Beca

0 comments:

Post a Comment